Advertisement

Responsive Advertisement

Persiapan Raya Dah Berapa Percent Kome Oii!

Salam korang.

haha! Entry Ramadhan dekat blog ni pun sendu, tetiba nak cakap pasal raya. Ater tak pelik ke? haha! Tak perlah, janji sekarang mood nak menulis macam makin pulih. Diharapkan kekallah momentum macam ni sampai bila-bila. hahahaa!!

IQ banyak share perkembangan IQ di Instastory. Adehh..nak mudah kan? Tapi kalau share kat situ pun tak seronok jugak, setakat nak save dekat Highlight banyak2 nanti jadi serabut plak IG sendiri. So, kena la bersungguh jugak buat entry blog ni untuka abadikan kenangan sampai hari tua.

Tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. Aik? Tahun lepas dah beraya kat Terengganu, tahun ni beraya di Terengganu lagi? Yep, sepatutnya IQ beraya di Melaka. Namun, atas permintaan nenek IQ di belah Terengganu inginkan anak cucu berkumpul beramai-ramai, terpaksalah IQ beraya di Terengganu lagi tahun ni. huhu.
Persiapan Raya Dah Berapa Percent Kome Oii!
Raya tahun lepas, warna nude.
Namun, disebabkan tahun ni dah skip giliran, jadinya ada adik beradik yang tak dapat pulang beraya sekali iaitu adik bongsu dan kakak IQ yang sulung. Dorang pun ada giliran dorang dan dorang tak boleh skip. Macam IQ ni, boleh la nak skip-skip sebab IQ pun single not available, boleh la nak raya kat mana, janji kena pandai la pujuk IQ ni ajak beraya kat mana pun. haha! senget sangat perangai.

Persiapan raya? Boleh dikatakan selesai la. Baju semua dah dibeli dan dijahit. Ada yang dijahit awal-awal. Ada yang dibeli awal-awal lagi macam baju kasual Qa'id. Beli sikit-sikit. Tak ada terasa sangat bila nak berbelanja besar untuk raya kan? Hujung minggu lepas pun IQ just shopping baju raya IQ untuk raya pertama dan baju melayu Qa'id.

Ikut plan asal patutnya beraya di Melaka, dan sepatutnya tak perlu beli dah. Pakai baju yang sama masa kenduri adik ipar hari tu pun dah cukup. Tapi disebabkan tukar plan beraya last minute, kena la beli jugak baju melayu dan baju raya IQ yang lain. Tak perlah, baju yang tu pakai raya kedua, settle masalah.
Persiapan Raya Dah Berapa Percent Kome Oii!
baju raya kedua. haha!!
Raya kali ni IQ rasa macam tak der meriah sangat sebab ada adik beradik dan ipar yang tak balik raya dan jalan raya sekali. Kurang la meriahnya. Walaupun dapat beraya dengan abah, mama dan adik-adik yang lain, tapi still rasa kurang sebab dah biasa adik beradik sendiri tak ada untuk raikan bersama. Sobs.

Perjalanan raya IQ plak ke mana? Seperti tahun lepas, IQ akan beraya Terengganu - Pahang - Kuala Lumpur - Melaka. haaaa...biasa la ni kan? Trip sama macam tahun lepas. Tapi rindu nak beraya dekat Perak. Beraya kat Perak pun best. Tak ada rezeki nak beraya kat sana tahun ni. Moga ada jodoh beraya tahun depan. InsyaAllah. Amiin...

Korang plak macam mana? Raya mana? Baju raya da ada? Kuih Raya? IQ tak ada kuih raya ni, bak sikeeettt. haha!

Post a Comment

6 Comments

  1. nampak gayanya ina kena topup biskut raya.Dah 3balang habis dimakan oleh anak anak..huhuhu.Malas nak buat.. lagipon ank tengah melasak..

    ReplyDelete
  2. wow meriahnya jalan raya. kalau datang perak singgah la kualeee hehehe

    ReplyDelete
  3. Baju sorang tak sama kaler dengan family lain sebab tak ada saiz =(

    ReplyDelete
  4. Boleh pula terlupa nak beli kasut raya untuk diri sendiri. Kena gi belilah nanti.

    ReplyDelete
  5. done juga bab baju, biskut pun dah siap... sekarang ni tengah buat kek raya pula... tp semuanya atas bantuan mr.husband, mrs pip x larat nak buat tengah preggy ni mcm hilang mood nak raya pula.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)