Wednesday, June 27, 2018

Belajar Menganyam Ketupat Sempena Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya korang!! Ni dah raya ke berapa dah IQ oit! Baru nak wish hari raya. Heeee...bukan apa. Nama pun raya, sibuk beraya la kan? Nak bukak laptop memang susah sket la. Ni ceritera raya pun belum sempat singgah dalam blog lagi. Tapi nak cerita kisah IQ dengan menganyam ketupat dulu. Boleh tak?

IQ balik ke kampung hari last puasa hari tu. Raya hari jumaat, pagi Khamis baru gerak pulang ke Terengganu. Yer, IQ beraya di Terengganu LAGI tahun ni. Sepatutnya beraya di Melaka, tapi atas permintaan, IQ beraya di Terengganu. IQ gerak slow2 dari KL ke Terengganu. Sempat singgah Mesra Mall kejap beli kasut raya untuk adik IQ. Then, sambung perjalanan ke Dungun, Terengganu.

SAMPAI DI KAMPUNG.....
Masa sampai tu, hampir nak masuk Asar. Macam lama jer kan perjalanannya? IQ gerak pun hampir pukul 11 pagi sebab banyak hal nak settle sebelumnya. Sampai jer rumah abah IQ, IQ nampak abah tengah duk sibuk menganyam ketupat sorang-sorang. Daun kelapa macam banyak lagi yang tak terbuat ketupat. Laju jer IQ pergi duduk depan abah sambil ambil daun kelapa. Konon nak tolong tapi sebenarnya...

IQ dah lupa cara nak menganyam ketupaaaattt!!! Pernah la dulu masa tahun 2010 ke 2011 kot abah IQ ajar IQ menganyam ketupat. And yes, cepat jer belajarnya. Terus boleh buat. Then bila nak buat balik hari tu, blur habis sebab dah lupa. 7 tahun kot tak menganyam. Mana la boleh ingat.
Belajar Menganyam Ketupat Sempena Aidilfitri 2018
Abah tunjuk step satu-satu
Tengah duk kusyuk tengok abah anyam, tetiba IQ pun, "Abah, ajarkan achik anyam ketupat ni balik boleh tak? Dah lupa laaa" Abah ni jenis tak kisah nak ajar apa-apa pun. Dia memang suka mengajar. Apatah lagi kalau anak dia yang nak belajar. Lagi lapang dada dia nak mengajar. So, dengan senang hatinya abah ajar satu-satu. Dari gulungan daun dengan jari, sampai la selit selit ekor daun.

Mungkin IQ pun jenis senang nak faham, so...sekali jer abah ajar lepas tu terus faham dan boleh buat satu ketupat. Menjadi oi!! Ingatkan dah tua-tua ni susah nak belajar benda rumit macam ni. Kira rumit la kan sebab tak ramai yang pandai buat ketupat ni. Heeee...
Belajar Menganyam Ketupat Sempena Aidilfitri 2018
Antara yang dah siap dianyam
Tapi ada juga sekali tu tersalah step, dah jadi senget ketupatnya. Amende ko IQ. Pelik nau bentuk dia. Tapi abah cakap, janji boleh tutup untuk isikan beras. Tapi IQ ni jenis tak puas hati kalau tak jadi seperti yang IQ nak. IQ akan bukak balik dan buat semula. Buat sampai jadi! Memang perangai ko nak perfect je kan IQ??

IQ reti buat ketupat bentuk bawang jer. Bentuk 4 segi tu tak reti lagi. Abah cakap kalau ketupat 4 segi tu perlukan 4 gulungan di jari dan lagi cerewet. Jadi, IQ lebih memilih untuk buat ketupat bentuk bawang je la sebab ketupat ni senang. Dalam masa kurang 5 minit pun boleh siap. 

Sedar tak sedar, IQ dan abah IQ dapat siapkan 50 biji sarung ketupat. Puas hati. Lama-lama buat memang boleh mahir. Abah cakap, kalau pandai buat sarung ni, boleh dijual. Mama pun cakap, dekat pasar ada orang jual sarung ketupat ni. 5-6 biji pun dah RM12. Mahal kan? So, IQ dah boleh fikirkan bisnes baru tahun depan ni. hahahaa!!

KEMAHIRAN MENGANYAM KETUPAT YANG MAKIN HILANG....
Kemahiran menganyam ketupat ni makin lama makin hilang di antara anak-anak muda. Yelah, orang lebih ambil jalan mudah untuk beli nasi impit instant yang ada dekat pasaran sekarang. Tapi sebenarnya kan, lain rasanya dengan yang asli. Rasa nak menambah-nambah jer makannnya walau hanya makan dengan kuah kacang. Betul. Tak percaya? Sila cuba.
Belajar Menganyam Ketupat Sempena Aidilfitri 2018
Tak salah kalau kita belajar benda-benda macam ni. At least boleh eratkan hubungan keluarga kan? Nak raya-raya ni mestilah nak rasa kemeriahan untuk persiapan raya jugak. Baru makin meriah suasana nak berhari raya. Gituuuu..

Ok la, bila nak cerita pasal raya lak IQ? Ermmmm...tengok la kalau rajin. haha! K bai.

7 comments:

  1. Kalau di JDT, ketupat nasi daun kelapa ni jadi menu wajib di hari raya.

    ReplyDelete
  2. wah orang terenganu raya masak ketupat ke? Kalau orang Johor memang raya masak ketupat. Layan dengan sambal goreng, ayam masak merah dan lodeh. Selamat hari raya IQ

    ReplyDelete
  3. bestnya IQ pandai anyam ketupat
    ketupat ni makanan fav reen tapi tak reti nk wat
    kalau reti wat leh wat sokmo
    mohon ajar.hee

    ReplyDelete
  4. betul tu
    tak ramai yang tahu cara anyam ketupat sekarang

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata