Advertisement

Responsive Advertisement

5 Tips Untuk Bersahur Dengan Mudah Dan Sihat! - Quaker Oat Pilihan Utama!

Seorang ibu semestinya akan menjadi super duper busy dengan automatik bila menjelangnya bulan Ramadhan kan? Tipulah kalau tak betul. Mana taknya, sebelum Ramadhan menjelang lagi ibu-ibu mesti pening nak fikirkan menu yang sesuai dan berkhasiat untuk ahli keluarga yang tersayang. Dan kalau dapat sediakan menu yang mudah, sedap dan berkhasiat pasti menjadi perkara bonus bagi seorang ibu ni kan kan?

Untuk IQ, IQ tak ada masalah untuk menyediakan sahur yang banyak memandangkan IQ seorang ibu tunggal dan anak IQ masih kecil untuk berpuasa. Tapi IQ tetap nak kongsi dengan korang tips bersahur dengan mudah dan sihat! Apatah lagi makin hampir ke penghujung Ramadhan ni, makin ramai anak-anak liat nak bangun sahur kan?

5 Tips Untuk Bersahur Dengan  Mudah Dan Sihat! - Quaker Oat Pilihan Utama!
  • Menu Telur Rebus Bagus Untuk Sahur
    Telur rebus bagus untuk sumber Protein dalam badan korang. Makan dua biji telur rebus ketika bersahur akan melengkapkan pengambilan protein korang selain makan nasi. Sediakan telur rebus sebelum masuk tidur agar tidak mengambil masa yang panjang untuk rebus pada waktu bersahur
  • Pilih Roti Yang Mengandungi100% Wholegrain
    Pengambilan karbohidrat penting untuk bekalkan tenaga sepanjang hari. Sesetengah orang memilih untuk makan roti namun pemilihan roti mestilah tepat. Roti putih yang kita biasa lihat dan makan adalah kurang elok dimakan untuk bersahur kerana ianya cepat hadam. Pilih roti yang mengandungi 100% Wholegrain untuk memberi tenaga yang lebih kerana roti jenis ini lambat untuk dihadam dan tidak membuatkan korang cepat lapar.
  • Kurma Sebagai Sumber Tenaga
    Korang mesti tahu kurma adalah sumber tenaga yang baik untuk badan korang. Amalkan makan kurma bersama susu untuk berikan tenaga yang cukup sepanjang hari. Kurma juga dapat mengekalkan kandungan cecair dalam badan selain membuatkan sistem pencernaan dalam badan kita lebih baik.
  • Cukupkan Pengambilan Air
    Minum air secukupnya! Tapi jangan minum air terlampau banyak ketika bersahur. Amalkan minum air setiap jam mengikut kadar yang diperlukan. Dan pada waktu sahur, disarankan minum air sebanyak dua gelas sahaja bagi mengelakkan pembuangan air dari dalam badan berlaku dengan cepat.
  • Sediakan Makanan Berasaskan Oat
    Oat adalah satu sajian yang mengenyangkan perut korang kerana oat mengandungi 9.4 gram serat dalam setiap 100 gram dan mempunyai protein yang lebih tinggi berbanding beras perang, tepung gandum mahupun barli. Makan oat untuk bersahur adalah pilihan yang baik untuk korang sebab ia lambat dicerna serta dapat bekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.
Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam!
Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
5 Tips Untuk Bersahur Dengan  Mudah Dan Sihat! - Quaker Oat Pilihan Utama!
“Di Quaker, kami percaya yang ‘Hari Hebat Bermula dengan Quaker’ kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadan, ramai orang sukar untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat. Ramadan ini, nikmatilah Quaker Oats yang dapat membantu membekalkan tenaga serta cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah.”
Resipi Overnight Oat Dengan Kurma
5 Tips Untuk Bersahur Dengan  Mudah Dan Sihat! - Quaker Oat Pilihan Utama!
Bahan-bahan

1. Quaker Instant Oatmeal
2. Susu skim / Susu Kambing / Susu Low Fat
3. 1 sudu besar Chia Seed
4. 3 Biji Kurma
5. Badam (ikut kesukaan)
6. Bekas jar

Cara Membuat:
5 Tips Untuk Bersahur Dengan  Mudah Dan Sihat! - Quaker Oat Pilihan Utama!
1. Hiris halus kurma mengikut kesukaan korang. Tak nak hiris nak letak sebijik sebijik pun boleh tak ada hal.
2. Masukkan dalam bekas jar. Mula-mula masukkan oat dan disusuli dengan kurma, chia seed, dan juga badam. Akhir sekali masukkan susu. IQ pakai susu yang dibancuh. IQ guna satu gelas kecil untuk 3 sudu besar oat. 
3. Seterusnya, tutup bekas jar dan sejukkan dalam peti sejuk untuk semalaman. Dah nama pun Overnight Oat kan, kena la buat sebelum tidur. hehe. Sesuai dimakan untuk sahur dan juga sarapan pagi. Kenyang pun kenyang!

Untuk melihat menu yang lain, korang boleh lihat pelbagai resipi yang menarik dengan menggunakan Quaker Oat di Buku Resipi Quaker ni. OK?

Maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my

Post a Comment

5 Comments

  1. Tips bagus ni. Suka makan oat.. sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  2. Pakcik kalau sahur mesti cari nasik.

    ReplyDelete
  3. tq share ... mmg ringkas dan berkhasiat menu ni...
    susu putih tu boleh ganti dgn susu perisa lain ?
    mrs pip preggy ni tak boleh hadam minum susu putih...

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan oat tapi dulu dah pernah buat resipi ni tak jalan jugak, lapar jugak :P

    ReplyDelete
  5. makan oat memang kenyang..nad memang ambil oat untuk sahur..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)