Advertisement

Responsive Advertisement

April Berlalu Dengan Pantas Tahun Ini

Salam korang.

Lama betul IQ tak menulis dekat blog ni. Bayangkan la untuk entry bulan April ni, hanya berapa kerat sangat entry yang IQ sempat tulis. Apa yang dah jadi sebenarnya? IQ sendiri tak tahu nak kata apa, mood menulis macam terbang jauh betul!

Sepatutnya bulan April ni jadi bulan paling banyak coretan untuk IQ tulis. Apatah lagi bulan April ni adalah bulan kelahiran IQ, of course la nak kena tulis yang best-best kan? Tapi hasilnya? Sepi dalam debu sangat. Mood menulis memang kelaut habis plus penat dengan aktiviti seharian IQ. Adoi!!

Bukanlah tak rindu menulis, rindu sangat. Tapi entahlah, semangat nak menulis seakan terpadam seketika, biarpun dalam kepala teringin nak cerita macam-macam. Dari hari ulangtahun IQ, sampailah trip jumpa kawan baik IQ di Johor. Macam-macam! Tapi entah la...kenapa dengan IQ ni tak tahulah..

Buat summary je la IQ untuk bulan April ni. Boleh tak? Boleh la plisss....IQ tak mampu nak cerita satu cerita satu entry dah ni. Masa terhad sangat sambil layan perasaan kononnya. huhu.....kalau sesiapa yang selalu follow IG IQ, korang je tahu apa yang IQ buat sepanjang April ni. heeee

1 April 2018

Semestinya tarikh tu tarikh keramat bagi IQ. Ulangtahun IQ yang ke-29 tahun. Tahun terakhir angka 2 di hadapan. Tahun depan dah jadi angka tiga dah oi! haha! Makin tua dah kita ni. Tapi tak sedor-sedor diri lagi. Anak nak masuk sekolah dah tahun depan, preparation entah macam mana IQ pun tak tahu lagi. huhu.

Ulangtahun ke-29 IQ rai di Melaka. Dua tahun Arwah Suami tak ada, dua tahun IQ sambut di Melaka. First year tu macam tak bersambut sangat sebab family mertua tak alert dengan ulangtahun IQ lagi. Tahun kedua ni, dorang da alert tapi sengaja dorang buat-buat lupa. hahaaha! Pagi-pagi tak mau wish befday IQ, dah sendu pagi birthday.
Tapi dorang bawak IQ jalan-jalan ke Muar, Johor. Ayah dan mak mertua bawak jalan-jalan. Naik cruise susur Sungai Muar. Family time sangat. Lepas tu, dorang buat seprais plak, belikan kek. Wahh...masa tu baru rasa nak nangis. Terharu akhirnya dorang ingat jugak. Haha! Sengal pun ada kalau IQ ingatkan balik. Poyo jer nak emo bagai. Yerlah, nak harapkan siapa lagi kan, Arwah dah tak ada. Nak beli kek sendiri, sambut sorang2 tu lagi la emo jadinya. haha!

6 April 2018

Team Kapten Black adakan majlis khas untuk IQ sempena jadi Champion masa JK1M 10 yang lepas. Kenapa buat Khas? Biarlah rahsia. haha! Dorang plan buat dekat Pusat Karaoke di Melawati Mall. Sewa bilik paling besar yang muatkan 20 orang sekaligus. Memang happening habis malam tu!
Thanks dekat Kapten Black atas kesudian mengadakan Majlis Khas ni. Tambah2 plak siap nyanyi lagu birthday ramai2 dan ada kek dekat sana. Terharu habis! Nak upload video kita ni pemalu sket, sebab siap ada ucapan on the spot yang buatkan lidah kelu nak berkata-kata. huhu. Apa-apa pun enjoy sangat malam tu sampai tidur lewat sebab kemas barang nak ke Johor awal pagi esoknya!!

7-9 April 2018

Kalau ikutkan masa birthday IQ, IQ nak bawak diri pergi bercuti berdua jer dengan Qa'id sempena birthday IQ. Tapi bila KBBA9 buat Family Day ke Legoland pada 7 April yang lepas, terus cancel niat. haha! Terus plan untuk trip ke Johor hujung minggu tu. Sengaja stay lebih sehari berbanding yang lain.
Settle Family Day dekat Legoland, IQ stay dekat Hotel Amansari Gelang Patah satu malam. Nak rest cukup2 sebelum beberapa malam sebelum tu tak cukup tidur sebab ada aktiviti dengan team Kapten Black. Geng KBBA9 semua pergi Food Hunting, IQ just nak dream catching je kat bilik hotel dengan Qa'id dan adik sepupu IQ. haha!

Esoknya, IQ pergi rumah kawan baik IQ, Farah dekat Pasir Gudang. Lama tak jumpa kawan baik yang sorang ni sebab dia duduk Johor, belajar dekat Johor, kahwin kat Johor dan menetap di Johor. haha! Yang biasa baca blog IQ dari awal mesti kenal siapa si Farah ni, BFF masa study. Geng 3 stooges.

Seronok dapat jumpa si Farah kali ni sebab first time jumpa anak dia yang dah genap setahun baru dapat jumpa! haha! Setahun dah anak dia, baru berpeluang nak jumpa. Punya la tak ada masa nak turun Johor tu kan.  Bila ada kesempatan macam ni, barulah dapat ngadap ko aku ni. Rindu masa lepas sangat! huhu.

10 April 2018 sehingga sekarang

Bermulanya aktiviti workout kembali selepas JK1M tamat pada bulan March yang lepas. Disebabkan badan ni tak reti nak duduk diam, dan rasa nak demam je kalau tak berpeluh, IQ join team workout bersama coach yang sama seperti JK1M yang lepas iaitu Kapten Black di bawah program Fit Superb 4.0.

IQ akan turun workout setiap selasa hingga khamis di KLCC Park selepas waktu bekerja. Letih? Agak la. Tapi IQ nak capai berat ideal IQ. Target nak capai 55kg tahun ni. Dan bila dah loose weight hampir 7 kilo ni, nak turun berat sekarang bukan mudah yer. Kalau tak jaga makan, memang susah. IQ pun dah mula susah nak turun (tapi sebabnya makan tak jaga sangat sekarang). huhu.
Program ni bakal berakhir minggu hadapan, iaitu sebelum hari pengundian untuk negara Malaysia. Gituu.. haha! So, tak tahu la IQ berjaya ke tidak turunkan berat badan pada kali ni. Kalau tengok tracker, IQ dah kalah dengan beberapa rakan yang lain. Dorang lagi semangat nak turun kali ni. huhu. Tak per, kita plan untuk join FitRaya plak nanti. Ada bran workout time puasa? hehe.

28-29 April 2018

Penang Trip!! Ok, yang ni fresh lagi. Baru sampai dari Penang pukul 2.51 PAGI tadi tau! Penat pun tak hilang lagi. Nasib IQ tak diminta untuk drive kali ni. Ada tiga orang adik ipar yang boleh drive, so...dorang drive la, kak long dorang ni nak tidoq kat belakang nun. haha!
Entry untuk Penang ni harapannya ditiupkan angin semangat sangkakala agar semangat sikit nak menulis. haha! Nak menulis memang kena ada masa betul. Nak feel tu, tapi betul la orang kata, kena tulis awal, baru ada feel lepas. Tapi depends jugak kot, kalau ada kenangan manis, mesti sampai bila2 boleh menaip dengan laju bila feel dah masuk kan? hehe

OK, yang tu antara aktiviti yang paling IQ ingat la dalam bulan April ni selain dua lagi aktiviti bengkel Videofon KBBA9 dan juga Food Review Me'nate. Yang tu, boleh baca di entry blog ni. OK?

Till then, Bai!

Post a Comment

3 Comments

  1. full xtvt IQ bulan ni. kalau asing2kan banyak post da dapat tu..
    kagum tgok IQ turunkan berat bdn tu. reen dah kelaut dalam da misi kurus.huhu

    *lama tak dengar perkataan 3 stooges tu :)

    ReplyDelete
  2. Eppi belated besday IQ
    Baya anak2 pakcik aje.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)