Monday, March 12, 2018

Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic

Keadaan cuaca sekarang tak menentu buatkan kulit muka kita bermasalah sangat. Kejap panas, kejap hujan. Tengah-tengah cuaca panas plak terus masuk pejabat yang ber'aircond'. Perubahan keadaan sekeliling berikan kesan kepada kulit kita terutama kulit muka yang agak terdedah berbanding kawasan kulit yang lain.  Betul tak?

Kali ni IQ berpeluang menjalani satu rawatan muka yang dikhaskan untuk menghilangkan minyak  serta mencerahkan kulit muka. Sebelum ni IQ cuma buat facial treatment di beberapa spa. Tapi kali ni rawatan yang IQ jalani ni meliputi struktur kulit IQ dari dalam. Macam menarik kan? 
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Sebaik sahaja IQ sampai di Megan Avenue, Jalan Tun Razak, IQ terus menuju ke Premier Clinic yang berada di aras bawah. Mudah jer nak cari Premier Clinic ni, dalam Google Maps pun ada, taip jer Premier Clinic KL City terus keluar direction. Mudah sangat. Tak der sesat-sesat bagai.
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Bila IQ masuk Premier Clinic jer IQ disapa ramah oleh staff Premier Clinic iaitu Louise. Louise membantu IQ untuk daftarkan diri IQ di kaunter sebelum IQ berjumpa dengan doktor yang bakal merawat kulit muka IQ nanti untuk sesi konsultansi. Berdebar nak masuk dan jumpa doktor, apa pula yang doktor cakap pasal kulit muka IQ yang entah apa-apa ni. Cover dengan make up je lebih, tapi masalahnya IQ ni make up ker? hehehe
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Ruang menunggu yang selesa
Sesi Konsultansi bersama Dr Foo bermula dengan membincangkan apa masalah mengenai kulit muka IQ yang menjadi masalah utama. Biarpun secara kasarnya muka IQ kelihatan licin, namun hakikatnya muka IQ mengalami masalah kulit muka berminyak pada satu-satu ketika. Ini terjadi disebabkan liang pori terbuka dengan keadaan terdedah dengan sinaran matahari di waktu kerja di luar bangunan.

Bagi mengatasi masalah kulit muka IQ yang berminyak, Dr Foo mencadangkan IQ menjalani rawatan muka untuk yang dipanggil Carbon Laser Peel bagi merawat liang pori yang terbuka dan tona kulit muka tidak sekata. 
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Rawatan Carbon Laser Peel, Apakah Ia?

'Carbon Laser Peel' adalah satu jenis rawatan yang menggunakan laser namun tidak menyakitkan pesakit dengan minimum downtime yang hampir zero. Rawatan ni berkesan bagi sesiapa yang mengalami masalah kulit muka berminyak, bintik hitam pada muka, liang pori yang terbuka, kulit muka yang kesan dan juga jerawat pada muka dan badan. 

Kelebihan Rawatan Carbon Laser Peel
  • Merangsang pembentukan sel kulit yang baru secara semulajadi bagi menampakkan kulit muka lebih sihat dan segar. Kulit muka lebih berupaya mengekalkan kelembapan dengan lebih cukup dan memberikan kesan pemutihan semulajadi.
  • Menangani ketidaksempurnaan kulit, di mana lapisan kulit yang lebih licin akan terhasil menangani lapisan kulit yang lama.
  • Lapisan carbon yang disapu nipis sebagai agen penyerap, juga menghilangkan sekali lapisan kulit lama dengan pancaran laser yang digunakan di permukaan kulit muka.
  • Tenaga haba yang digunakan merangsang kulit dengan meningkatkan pengeluaran kolagen. Tisu di bawah permukaan kulit akan mula bertindak dengan lebih cepat.

Proses Rawatan Carbon Laser Peel

Sejurus selepas sesi konsultansi, IQ dibawa ke bilik rawatan untuk mulakan sesi rawatan Carbon Laser Peel ni. Keadaan bilik yang selesa membuatkan IQ berasa amat tenang dan tak risau dengan rawatan yang bakal IQ jalani.
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Bilik rawatan
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic

1- Pembersihan Muka

Sebelum memulakan rawatan, muka IQ dibersihkan terlebih dahulu. Segala mekap yang dipakai sebelum tu akan dibersihkan bagi meneruskan proses rawatan seterusnya.


2- Sapuan Carbon Lotion

Carbon Lotion disapu nipis di permukaan kulit muka IQ. Carbon Lotion ini bertindak sebagai agen menyerap haba yang dihasilkan melalui laser. Haba tersebut akan merangsang kolagen di bawah permukaan kulit yang kendur dan menghasilkan kolagen baru bagi menegangkan kulit muka.

3- Laser Dipancarkan Kali Pertama

Pada peringkat permulaan laser dipancarkan, ia akan menghasilkan satu letupan kecil untuk proses pengelupasan namun tidak menyakitkan pesakit. Kulit mati akan mengelupas dalam proses ini.
4- Pancaran Laser Kedua Untuk Parut Jerawat

Setelah pancaran laser yang pertama menghilangkan carbon daripada kulit, pancaran laser kedua dibuat untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam bagi merawat parut jerawat dan memudarkan jeragat.

5- Pancaran Laser Ketiga Untuk Rangsangan Kolagen

Pancaran laser ketiga berfungsi untuk meremajakan kulit muka yang dipanggil sebagai Proses Toning Laser yang dipancarkan akan menembusi lapisan kulit yang paling dalam bagi merangsang kolagen dan elastin. Pancaran laser yang ketiga ini akan membuatkan pesakit akan rasa haba di permukaan muka disebabkan tenaga haba yang digunakan.
Setelah rawatan laser selesai dijalankan, tuala yang sejuk akan diletakkan di atas muka bagi menyejukkan kulit muka.

Seterusnya, muka IQ disapu dengan pelembap dan sunblock bagi mengelakkan kesan pancaran matahari ke atas kulit muka IQ selepas rawatan dijalankan.
Rawatan Carbon Laser Atasi Masalah Kulit Muka Berminyak Yang Terkini di Premier Clinic
Pelembap dan sunblock yang digunakan
Sebaik sahaja rawatan habis dijalankan, IQ memang agak kaku. Dr Foo tanya OK ke pun IQ tak dapat nak jawab sebab memang kaku habis. Dr Foo berikan penjelasan yang sangat jelas sepanjang rawatan dijalankan. Setiap proses yang berlainan Dr Foo akan jelaskan apa dan mengapa proses tersebut dibuat. Sangat jelas dan IQ sangat berpuas hati.

IQ cuma diingatkan supaya sentiasa memakai sunblock dan pelembap kerana Rawatan Carbon Laser ni akan mendedahkan sel kulit baru. Bagi melindungi sel kulit baru, perlindungan seperti sunblock dan pelembap haruslah digunakan.

Rawatan ini tidak mempunyai downtime, dan mungkin minimum-to-zero. Tiada kesan drastik ke atas kulit muka kita sebaik kita selesai menjalani rawatan Carbon Laser ni. Cuma kulit muka kita akan berwarna agak pinkish seolah-olah memakai blusher. Namun, disarankan memakai payung jika berada di bawah terik matahari bagi mengelakkan kulit terdedah secara terus dengan sinaran matahari.
Terima kasih Dr Foo dan Premier Clinic untuk peluang kali ini



Cawangan Premier Clinic

TTDI: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

BANGSAR: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

PUCHONG: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

KL CITY: A-0-8, Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

General Contact Details: +6012-6625552
Email Address: contactus@premier-clinc.com


Instagram: @premier_clinic





Dr Kee Yong Sang: http://www.KLaesthetic.com



Tawaran Istimewa Untuk Korang! 

Kalau korang pergi ke Premier Clinic walau di mana pun cawangannya, jangan lupa sebut nama IQ iaitu Izyan atau Izyan Balqis sebab korang akan dapat diskaun terbaik tau! Jangan lupa tau! Rugi kalau tak grab peluang ni.

6 comments:

  1. BEstnya dapat wat rawatan macam ni. Reen kulit berminyak ngn liang pori terbuka .
    nak ke spa entah bila lah

    ReplyDelete
  2. macam pernah lalu kat sini, tp tak pernah cuba

    ReplyDelete
  3. Boleh hilangkan jeragat ea? Bagusnya..

    ReplyDelete
  4. Syok jugak sesekali buat rawatan muka camni.

    ReplyDelete
  5. waaa..berserilah kulit muka IQ lepas ni

    ReplyDelete
  6. Macam menarik jer... . Belum pernah try gak.
    Tengok ada banyak cawangan. Nanti nak pi laaaa

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata