Advertisement

Responsive Advertisement

Perhatian Seorang Anak

Setelah beberapa minggu sibuk dengan aktiviti, akhirnya IQ stop training bersama team Jom Kurus IQ. Bukan tak support hingga ke akhir tapi disebabkan game hujung minggu ni tak dapat nak sertai, maka training sepanjang minggu pun kemungkinan tak join juga.


Apatah lagi memikirkan si kecik Qa'id yang dah bermalam2 tak ditidurkan oleh ibu dia sendiri. Hanya ditidurkan oleh mak lang kesayangan dia jer. Kesian lahai anak ibu.


Malam ni IQ tak turun training walaupun kebiasaannya IQ akan sengaja turun padang untuk keluarkan peluh badan. Tapi untuk minggu ni, IQ akan workout di gym pejabat sahaja. Ambil masa sikit lepas waktu pejabat berlari atas treadmill dan jugak buat cardio. 


Malamnya boleh fokus pada budak kecik yang dahagakan perhatian ibu dia. Bila tiba waktu nak tidur, kemain bahagia muka dia mengadap muka ibu. Dipegang tangan ibunya langsung tak lepas. Tak cukup selesa, gerak bawah ketiak ibu plak. Nasiblah ibu dah mandi...kalau belum, nasib ed la nak oii..


Bila tengok keadaan dia macam ni, IQ faham....dia rindu IQ. Dia rindu nak manja2 dengan IQ. IQ tahu IQ kurang fokus pada dia menjelang malam. Cuba tebus pada hujung minggu namun masih tak cukup bagi dia. Maafkan ibu sayang. Lepas ni ibu ada dengan Ed selalu. INSYAALLAH...


Siapa lagi yang dicari oleh anak melainkan ibunya. Biarlah ramai yang datang menghiburkan hati dia, yang pasti...yang dicarinya adalah IBUnya. Pasti.


Love you son. With my fully heart.

Post a Comment

1 Comments

  1. betul tu IQ, anak ni walau siapa pun yg jaga dia, as long as they have mom,
    mmg mom juga yang mereka nak ...

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)