Advertisement

Responsive Advertisement

Carousell LIVE At Publika Guys!

Baju tak muat? Suka shopping tapi dah tak muat almari nak letak baju-baju lama? Korang tahu ada aplikasi dalam talian yang memudahkan korang menjual barang Pre-loved dengan mudah?   Dengan hanya mengambil gambar dan upload ke aplikasi tersebut, barang korang akan mudah terjual dengan hanya chat bersama pelanggan.  

Carousell. Tahukah korang, Carousell adalah medium menjual barang Pre-loved yang famous di Malaysia sejak Ogos 2012? Bermula di Singapura, Carousell kini luas digunakan ke 19 bandar di seluruh dunia! Carousell menjual pelbagai produk dari 28 kategori termasuk fesyen, kecantikan, lifestyle gadgets dan juga Fesyen Muslimah. 
Carousell LIVE At Publika Guys!

Dan sekarang ni pula, Carousell mula mengadakan Pasar Lambak bagi menjual barang Preloved korang secara LIVE! Mudahnya kalau dapat membeli secara LIVE kan? Mudah nak mengetahui keadaan sebenar barang yang ingin dibeli.

Dengan kerjasama The Malaysia Red Crescent Society (MRCS) dan juga Carousell, satu Pasar Lambak  bakal diadakan hujung minggu ini 10 & 11 March 2018 bertempat di Publika Solaris Dutamas! Program tersebut diadakan bagi mengutip dana bagi aktiviti MRCS dalam menjalankan operasi menyelamat dan juga khidmat masyarakat.
Carousell LIVE At Publika Guys!

Program tersebut juga menjadi platform bagi ahli MRCS menjual barang Preloved mereka yang disumbangkan oleh orang awam secara LIVE bagi mengutip dana. Sesetengah barang yang dijual juga akan dijual secara atas talian menggunakan Aplikasi Carousell bagi dalam dan luar kawasan Lembah Klang.

Apa yang menarik adalah Carousell LIVE! juga bakal dimeriahkan oleh 20 Top Carousellers dan juga selebriti terkenal seperti Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Natrah yang akan menjual barang Pre-loved mereka seperti Fesyen, Aksesori, Art dan juga Barangan Elektrik. Dapat barang Pre-Loved daripada artis mest seronok kan?
Carousell LIVE At Publika Guys!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow info terkini mengenai Carousell LIVE! ni dekat www.facebook.com/carousell.my atau boleh download aplikasi Carousell di Apple Store atau Google Play Store.

Post a Comment

3 Comments

  1. Puas hati dapat belek satu-persatu preloved items ni kan IQ..
    Meriah masing-masing shopping sakan, hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah jugak beli barang kat corousell..

    ReplyDelete
  3. wow, menarik ni.bolehlah terjah ke sana nanti.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)