Disebabkan IQ bekerja di Shah Alam, training iaitu Fitness Test di sebelah petang IQ tak dapat join bersama Team KLCC Charlie. Namun, jadual untuk Team Kapten Black sangat-sangat fleksibel dan tetap berikan peluang bagi orang yang bekerja macam IQ ni untuk lakukan aktiviti bersama kumpulan kitaorang.
Aktiviti malam lebih kepada game dan kali ni game yang dipilih adalah Dodgeball. Dodgeball ni macam bola beracun zaman kita kecik-kecik dulu juga la. Kena elak bola dari kena badan kita. Nampak macam mudah jer kan? Tapi hakikatnya bukan semudah yang disangka. Bola laju macam peluru, sekali kena pusing kepala kejap. Mujur la bola Dodgeball tu lembut jer tau! haha!
Game Dodgeball kali ni diadakan di Ampang Sports Planet. Sebelum aktiviti Dodgeball dimulakan, senaman regangan dilakukan. Taklimat ringkas mengenai peraturan permainan Dodgeball diberikan. IQ dapat belajar tentang permainan Dodgeball ni lebih mendalam. Sebelum ni hanya dengar orang bercerita itu dan ini jer tentang permainan ni. Sekarang ni, main laa ape lagi kan? hehe.
DODGEBALL BERMULA!
Permainan dimulakan dan IQ hanya lihat dari tepi dulu. Nak tahu macam mana cara nak main Dodgeball ni. Sekali Capt kata,"HIT!" "OUT!" "LIVE BALL" "FOUL" . Dah mula nampak corak permainannya macam mana. Rasa tak sabar nak take part untuk main sekali ni.
Bila dah tiba giliran kena main, dah mula rasa tak senang. Haishh, mudah ker nak main game ni? Ker susah? Main elak-elak dulu lah. Haha! Nak baling bola dah kelaut pergi bola tu. Last-last tinggal sorang dalam court, dah jadi mangsa tuju oleh pihak lawan jer. Ilmu tentang Dodgeball ni masih cetek, kena asah lagi ni.
Kekonon bersedia sangat tu |
Penyokong tegar kat tepi |
4 FAKTA MENARIK TENTANG PERMAINAN DODGEBALL
- Permainan yang selamat walaupun nampak kasar sebab bola yang digunakan bersifat lembut.
- Memerlukan 10 orang pemain dalam satu kumpulan.
- Jika korang dapat tangkap bola, korang boleh hidupkan ahli kumpulan korang. Nice kan?
- Balingan kepada pihak lawan mesti dilakukan dalam tempoh masa diberikan, jika tidak, balingan bola akan bertukar tangan.
Kapten pun join |
Blogger Azni mula untuk baling bola |
Blogger KBBA9 |
Permainan ditamatkan dengan sesi cooling down. Masa ni dah terasa kaki tangan dah macam nak cramp. Dah lama tak join sukan, memang mengundang sakit la kan. Senaman cooling down ni bantu IQ untuk kurangkan rasa sakit otot ni. Tapi 2 3 hari kemudian, mula dah jalan macam orang lepas bersalin. Kejang habis! Alahai...tapi apa-apa pun permainan Dodgeball ni sangat best dan enjoy! Bak kata blogger Zarin, ketagih!
Selesai cooling down. |
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman web rasmi Jom Kurus 1 Malaysia di bawah.
Disclaimer: Gambar diambil daripada Facebook Fanpage Kapten Black melainkan yang dinyatakan di dalam gambar.
9 Comments
hahaha..memang best dodge ball ni. eiii terserlah kegemukan i dlm gambar..
ReplyDeleteehh.. ada gambar iols hahaha.. kita sembang apa tu wei....
ReplyDeleteHari tu first time main dodge ball. Betul lah cakap zarin, gian lepas main. Hahaha!
ReplyDeletemacam bola beracun la yer.. seronok tu..bole throwbck zaman kanak kanak.
ReplyDeletefuh meriahnya, ramai sungguh yang join main dodgeball tuh ya..:)
ReplyDeletewoooo macam best je, tp mcm takut je bola kena badan hahahaha...
ReplyDeletebagusnyaa aktiviti riadah macam ni.. perjumpaan yang sihat ^^
ReplyDeletetak pernah main dodgeball..teringin jugak nak join aktiviti macamni
ReplyDeletewah, macam best..rugi tak join...
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)