Tuesday, January 2, 2018

Macam Mana Laa Qa'id Kalau Dah Sekolah Nanti?

Anak-anak dah masuk sekolah kan hari ni? Rasa seronok pagi ni nampak dari luar rumah, ramai anak-anak kecil dipimpin oleh ibu dan ayah untuk pergi ke sekolah untuk tahun baru ni. Dari rumah IQ boleh nampak jelas sebab rumah IQ berhadapan dengan sekolah rendah.

Memang penuh mak bapak parking kereta dan motor depan sekolah. Tak kurang juga ada yang parking area rumah IQ ni. Nasib tak blok kereta IQ pagi ni, kalau blok jadi la macam tahun lepas, angkat motor dengan sesapa alih motor ke tepi. huhu.

Pagi ni hantar Qa'id ke rumah pengasuh dia pun agak cranky. Mungkin sebab minggu lepas jarang ke rumah pengasuh dia. Mak sedara dia tak kerja minggu lepas tapi minggu ni mungkin jarang pergi lagi. Hari ni jer kena pergi memandangkan mak sedara dia tak sampai lagi dari Terengganu. So, nak tak nak kena la pergi rumah pengasuh yer naakk.

Sampai rumah pengasuh, Cik H tetiba cakap "Haaa Qa'id, awak dah tak ada geng gaduh dah. Semua dah sekolah" . Alaaa..kesian plak dengar, kawan-kawan satu rumah pengasuh dah ada yang kena sekolah. Dah kurang geng main dia. Tak perlah, nanti turn Qa'id plak sekolah. kan?
Macam Mana Laa Qa'id Kalau Dah Sekolah Nanti?
Sumber Gambar
Qa'id sekolah?? serius laaa..rasa macam kecik lagi jer tapi tahun ni dia dah 3 tahun!! 3 tahun dah? Kenapa IQ rasa dia masih baby? Huaaa...tak puas lagi nak main dengan dia. Rasa macam nak lambung-lambung lagi walaupun hakikatnya berat dah 15kg. Sakit lutut ibu dia kendong naik turun tangga hari-hari.

Bila kerja jauh dari rumah macam ni, selalu fikirkan macam mana Qa'id nak sekolah nanti. Nak cari sekolah area pejabat ke area rumah? Nak senang baik area pejabat, boleh terus kejar kalau ada apa-apa hal. boleh ambik dia balik sekolah dan letak jer dekat pejabat sampai waktu pejabat habis. Tapi boleh ker buat macam tu? Haishhh..pening kepala ni mikior.

Apa-apa pun, boleh start kumpul duit untuk sekolah dia lagi 2 tahun nanti. Nak masuk 4 tahun ke 5 tahun ek bagus? Tadika atau Pra Sekolah? Haiyaaa...pikir lagi..haha!

Selamat bersekolah anak-anak! hehehe~

9 comments:

  1. hehehe.. seronok tengok budak2 masuk sekolah tau. maknye pun sengih sampai telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tak boleh nak bayangkan bila tiba waktu tu. huehehe

      Delete
  2. mesti comel Qaid masuk sekolah. Insha Allah ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tak boleh nak bayangkan lagi. huhu.

      Delete
  3. Awal sangat akak fikir.. hahaha.. But it's good to list out the plans now.. Nanti senang.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qa'id dah 3 tahun tahun ni, so kena fikir untuk masa depan dia jugak. heee..kan?

      Delete
  4. Zafran umur 5 tahun nanti baru saya hantar tadika..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata