Salam blog.

Hari ni mood sedih, sebab hari ni ulangtahun kelahiran Arwah Ummi IQ yang sepatutnya ke-53. Tapi awal tahun lepas, Arwah Ummi IQ meninggal disebabkan pendarahan dalam kepala yang menyebabkan strok. IQ ada cerita di sini tahun lepas. Boleh baca SINI kalau nak tahu lebih lanjut.

Dah dua tahun ulangtahun Arwah Ummi tak bersambut. Kalau Arwah masih ada, mesti IQ dah plan something untuk gembirakan hati Arwah. Selalunya IQ akan bawak Arwah makan luar, makan sedap2. Tak pun belikan Arwah something. Sedih hati IQ bila mengenangkan tak sempat nak bagi keseronokan yang lebih lagi pada Arwah. Arwah suami IQ pun pernah cakap, banyak luangkan masa dengan ummi. Selagi ummi masih ada. Memang masa mula2 kahwin pun, akan ada waktu untuk kami balik rumah Ummi untuk jenguk ummi, bawak ummi makan2, kumpul sama2. 

Namun, kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Di saat IQ baru hampir dua bulan melahirkan Qa'id, Arwah jatuh sakit. Strok serang buat kali ketiga di rumah Arwah. Dan pada saat tu IQ sedang tidurkan Qa'id. Arwah Suami IQ berada di KL. Memang kelam kabut keadaan pada masa tu. Di saat tu, Arwah sudah separa sedar. Dan bila dah tiba di hospital, Arwah dah koma. Sampai genap dua bulan Arwah bertahan, Arwah Ummi pergi buat selamanya.

IQ jarang bercerita tentang Arwah Ummi sebab IQ sendiri rasa rindu dan sedih bila mengenangkan dua insan yang IQ sayang pergi dalam tahun yang sama. Pedih, sedih semua ada. Senyum yang IQ lebarkan pada semua, hanya untuk menutupi duka yang ada. IQ banyak lakukan aktiviti, sibukkan diri. Sebab IQ tahu, kalau IQ dah mula teringatkan Arwah2 yang dah pergi, mungkin air mata tak berenti. (seperti sedang menaip entry ni sekarang)

Bila tak cerita, bukan tak rindu. Bila rindu, bacakanlah Al-Fatihah untuk mereka. Buka Al-Quran, bacakan surah2 buat mereka. Mereka perlukan doa kita di sana.

Al-Fatihah Ummiku Sayang dan Sayangku Abang. Kalian senantiasa dalam doa ini.

Allahyarhamah Rusna binti Abdul Jamal
08081964-14012016

Allahyarham Muhammad Asyraf bin Hassan Basri
24101988-21082016