Advertisement

Responsive Advertisement

Senyap Bersebab

Salam semua.

Dari hari khamis minggu lepas lagi IQ senyap tanpa update apa-apa di blog. Selalunya ada satu entry untuk satu hari tapi disebabkan keadaan semasa, IQ tak dapat nak bagi komitmen pada blog sementara waktu. Sekarang boleh la nak ngadap kejap sementara anak tidur. Yer, IQ cuti, tak kerja, sebab anak juga. Apa yang berlaku sebenarnya??

Sebenarnya Qa'id disahkan kena kayap sejak Jumaat 2 minggu lepas. IQ ada ceritakan dalam blog ni yang Qa'id kena jangkitan kan? Yerp. Dia kena kayap. Ekoran daripada Virus Chicken Pox dia yang tak habis keluar masa kena Chicken Pox bulan 2 yang lepas. Virus serang balik dan datang dalam bentuk KAYAP. Tapi bukan Kayap Ular sebenarnya. Kayap Ular lain. Ini kayap berbentuk pastils macam chicken pox.

IQ bagi ubat antiviral masa mula2 Qa'id disahkan kena kayap. Tapi masa hari rabu lepas, family mertua IQ nasihatkan IQ untuk cek darah dia untuk pastikan dia betul2 tak alami kayap yang serius, jadinya hari khamis lepas IQ pergi jumpa doktor lagi di Klinik Kesihatan kerajaan. Kali ni dapat antibiotik. Ujian Darah jugak showkan Qa'id tak ada masalah lain. Alhamdulillah.

IQ ambik cuti khamis dan jumaat. Bersambung ke hari ini. Hujung minggu lepas IQ balik Melaka, cadangnya nak cari Rawatan Alternatif tapi ubat makan dan ubat sapu yang IQ amalkan pada Qa'id membuahkan hasil. Qa'id sekarang makin pulih. Kayap dia dah makin kering. Ada tinggal saki baki lagi. 

Nanti la IQ update entry khas untuk Kayap ni. Sebab ikutkan budak2 memang jarang kena kayap macam ni. Mungkin disebabkan antibodi Qa'id memang lemah, dan Qa'id pun memang ada penyakit kulit iaitu Eczema, so...keberangkalian dia nak kena pelbagai penyakit kulit tu tinggi. Tu sebab mudah dia kena penyakit macam ni.

IQ mohon doa korang agar doakan Qa'id cepat sembuh. Alhamdulillah, dia tak demam dan aktif. Kalau dia demam dan tak aktif, memang kayap dia akan jatuh dalam kategori bahaya, Alhamdulillah...dia tak sampai tahap tu. Tapi masih mengerang kesakitan disebabkan kayap ni bersifat panas dan menyucuk2 otot kita. Kalau kita yang kena dah rasa perit, apatah lagi budak2 yang rasa. Kan?

Itu sahaja entry IQ kali ni. Tak berkesempatan lagi nak shopping hadiah voucher Lazada yang menang tempoh hari. Mungkin kali ni voucher digunakan sepenuhnya untuk beli tilam khas buat Qa'id. Kulit dia sensitif. Kena jaga betul2, 

Till then guys, bai.

Bahagian pelipat tangan dan kaki pun kena, bukan takat badan sahaja.

Post a Comment

27 Comments

  1. Comelnya Qa'id.

    Kesiannya dia bila kena kayap. Mesti tergaru2. IQ usahalah supaya penyakit tu hilang untuk selama-lamanya. Saya doa untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tergaru2 sebab gatal dan panas sangat! InsyaAllah, IQ akan cuba yang terbaik untuk Qa'id . terima kasih adam untuk doanya

      Delete
  2. eeee..geramnya dak ni..dah laaa comel

    ReplyDelete
  3. Siannya budak comel ni.. Semoga cepat sembuh Qa'id..

    ReplyDelete
  4. Lahai kesiannya awaak...qa'id semoga cepat sembuh yer sayang

    ReplyDelete
  5. get well soon Qa'id. alololo sedih je dia hmm

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    ReplyDelete
  6. Cepat2 la sembuh ek... risau juga bila jadi macam ini dekat anak.. betul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro...aah, maunye tak riso...anak sorang ni je la yg adanye

      Delete
  7. Oh baru sy tahu kayap ada macam2 jenis.. Semoga IQ tabah ye.. Stay strong. Semoga qa'id cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih DP! InsyaAllah akan kuat utk anak

      Delete
  8. allahu. kayap. bahaya tuu. semuga cepat sembut qaid

    ReplyDelete
  9. atototo pipi diaaa geramnyaaa ^^

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)