Advertisement

Responsive Advertisement

Google Adsense: Tukar Alamat Perlukan PIN?

Hari tu IQ ada la tengok setting Google Adsense. Konon nak prepare Alamat yang betul kalau ada cash out nanti. Sebab dah fobia masa cash out Nuffnang dulu salah bagi alamat, melayang cek RM50 tak sampai-sampai. Masa study dulu kalau dapat RM50 pun rasa macam dah kaya sangat. Ni plak tak sampai-sampai. Sedih oii!.

So, bila IQ tengok alamat untuk Adsense IQ ni, IQ letak alamat rumah. Tapi sekarang ni IQ lebih suka letak alamat pejabat IQ. Sebabnya kalau hantar memang direct IQ dapat. Lebih mudah la. So, IQ tukar la alamat Adsense kepada alamat pejabat IQ. Masa isi semua tak ada apa. Sampai save setting pun sama. Tapi bila tiba waktu malamnya, tetiba IQ nampak notification line merah dengar Dashboard Adsense IQ. Aikk? Kenapa plak ni?

Rupanya tukar alamat perlu verification PIN daripada pihak Google. Mak aih. Memang leceh jugak la macam tu. Tapi untuk keselamatan memang bagus sebenarnya. So, IQ apply la PIN untuk verification. Ingatkan diberi dalam bentuk SMS ke apa, rupanya PIN dihantar melalui POS. Fuhhh, memang lama la jawabnya nak sampai ni.
Google Adsense: Tukar Alamat Perlukan PIN?
Dan hari ni IQ ushar peti surat pejabat IQ, akhirnya muncul jua PIN yang IQ tunggu2 setelah hampir dua minggu yer! 18 Julai 2017 apply, dan hari ni IQ baru dapat. Mungkin dah sampai Jumaat lepas, IQ tak pasti la sampai bila sebabnya Jumaat lepas IQ cuti. kuikuikui.

So, apa yang IQ buat lepas dapat PIN? Pergi kepada ACTION. Dan masukkan PIN sepertinya dikehendaki. Line merah untuk Notification tu tak hilang terus yer. Perlu waktu untuk hilang sebab Pihak Google akan verify balik selepas kita masukkan pin tersebut. Dalam sejam dua hilang la line merah tu. IQ tadi sibuk dengan kerja. Tak perasan bila hilangnya line merah tu. Yang penting lepas line merah tu hilang, IQ senyum lebau tak terhinggaaaaaa..hehe..
Google Adsense: Tukar Alamat Perlukan PIN?
Langkah 1 selepas dapat PIN: Klik Action

Google Adsense: Tukar Alamat Perlukan PIN?
Langkah 2: Masukkan no PIN

Google Adsense: Tukar Alamat Perlukan PIN?
Tunggu Pihak Google untuk pengesahan PIN
So, yang penting, make sure masa daftar Adsense tu letak alamat yang sebetulnya yer. Kalau tak, jadi macam IQ ni, tukar alamat banyak kali. hehe. Tapi mungkin IQ akan tukar alamat lagi sebab pejabat mungkin akan pindah. Pindah ke mana? haishh, pindah ke tempat yang sibuk dengan jem..tidaaakkkk!!

ok bai.

Post a Comment

9 Comments

  1. Sis pernah cash out Google Adsense guna Western Union jer IQ so tak perlu surat-menyurat.. Select kat kaedah bayaran.. Kalau cek kena komisyen bank tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke, IQ tak tahu sangat sebab tak pernah cash out adsense lagi. kalau macam tu keadaannya, lagi mudah. terima kasih LZ!

      Delete
    2. tu la, IQ pun macam tertanya2, camne nak buat western union tu

      Delete
  2. okla dia buat keselamatan ketat macam tu..wah syoknya dapat adsense

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpernah cashout lagi ni nad, tu sebab macam noob sket. heee

      Delete
  3. IQ,u look so cute, btw i punya limit dah lebih US100, tapi dah lima 5 minggu lepas request pin adsense still blum sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! tenkiu! selalunya ambik masa 2minggu , tapi kalau dah lebih 5minggu better check lagi

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)