Salam semua..

Sempena hari jumaat barakah ni, kita mestilah bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan oleh-Nya. Harus kita ingat, setiap rezeki yang kita dapat walaupun atas usaha keringat kita, adalah sebenarnya datangnya dari Yang Maha Esa.

Korang perasan tak IQ ada tanya dekat beberapa entry yang lepas apa yang baru dekat blog IQ ni? Haa, header memang super duber baru. Template blog pun lagi awal daripada semua benda baru di blog ni. Yang baru tu adalah iklan daripada Google Adsense!! Yeah! Akhirnya Google Adsense IQ dah lulus. IQ apply dalam minggu sebelum raya tu. Masa IQ balik Melaka minggu lepas, IQ dapat email Google Adsense IQ dah lulus. Alhamdulillah...

So, rajin-rajin la korang klik iklan dekat blog IQ ni yer. Buat tabung kebajikan IQ dan Qa'id. hihi. Ada rezeki nak juga bercuti dengan budak kecik tu. Tak pernah bawak dia jalan-jalan selain balik kampung. huhu. Tak per, Insya-Allah ada rezeki kami nanti.

Yang keduanya, Alhamdulillah juga IQ dah menang tempat ketiga dalam Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest! IQ memenangi voucher Lazada bernilai RM100!! Ni kali kedua IQ menang Lazada Blogger Contest. Masa first hari tu IQ menang masa Lazada Big Sale. Boleh baca dekat sini. Alhamdulillah. Rezeki raya. Boleh la window shopping lagi di Lazada.
Rezeki mencurah di Hari Raya. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.