Thursday, March 30, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

March 30, 2017 12
Salam dan hye bloggers sekalian.

Owh, ok..IQ join contest lagi...saja nak join lagi...mana tahu ada rezeki lagi kan? hehe...contest kali ni memang best untuk mak-mak dan pak-pak blogger dekat luar sana, kenapa? sebab contest kali ni berkenaan baby fair!! Bakal mak pak pun boleh join naa, boleh buat bekalan masa depan, gituuuu..



Lazada Malaysia Big Baby Fair sedang berlangsung sekarang tau tak? Bermula 27 March sehingga 2 April 2017! Diskaun sehingga 85% tau!! Banyak sale untuk jenama-jenama barangan bayi di Lazada Malaysia sekarang. Antaranya, Sweet Cherry, Huggies, Mamy Poko, Autumz, Anakku, Drypers dan banyak lagi! Rugi kalau tak grab beli barang baby kali ni!


Lazada Malaysia Big Baby Fair juga ada FLASH SALE~! Bermula Jam 12 Tengahari hingga 4 petang dan juga 4 petang hingga 8 malam. FLASH SALE ada sale serendah RM1 tau! dari semalam IQ tunggu flash sale ni, lewat 5 minit pun barang dah kehabisan stok! memang ramai menantikan FLASH SALE ni sebab berbaloi beli, bayangkan mainan gelongsor budak2 pun boleh dapat RM10, fuhhh, yang tu memang tak sampai seminit pun habis...huaaa..

a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 

Favourite Diapers untuk anak IQ semestinya Huggies! Huggies adalah pilihan utama IQ sebab harganya berpatutan dan sesuai dengan kulit anak IQ. Huggies ada dua pilihan, di mana ada Huggies Diapers dan juga Huggies Drypants. Dua-dua jenis diapers ni juga ada yang biasa iaitu Huggies Dry dan juga Huggies Ultra. Dua-dua jenis IQ dah try untuk anak IQ dan sangat bagus kadar penyerapannya.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 


Anak IQ minum susu formula S26 Progress by Wyeth sejak dia baby lagi. Susu S26 ni sesuai diminum bagi bayi berumur 0 tahun hingga 7 tahun. Dan sekarang anak IQ minum susu S26 Progress Langkah 3 yang sesuai dengan umurnya 1 tahun 6 bulan++.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 



IQ memang suka belikan anak IQ mainan yang dia suka main. So, kali ni IQ macam nak belikan anak IQ mainan ni, sebab dia makin membesar, so..nak cari mainan yang pakai tenaga dan kemahiran sikit. NaVa Childreen Indoor Electronic Complete Bowling Training Game Play Set ni sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas bagi IQ, Boleh praktis main boling, mana tahu boleh jadi pemain boling negara plak kan? hehe.

Kepada sesiapa nak join contest ni, klik di sini yer!


Ok lah, moga dimurahkan rezeki semua orang Insya-Allah.

Till then. Bai!

Wednesday, March 29, 2017

Menang Lazada Blogger Contest!!

March 29, 2017 20
Salam blogger,

OK, IQ super excited, kekonon pergi blogwalking blog Seorang Syed tadi nak baca pasal Seorang Syed menang Lazada Blogger Contest ni, rasa macam sedih sebab macam tak menang tapi tak tengok senarai pemenang betul2 lagi, lepas tu saje cek url blog dekat senarai nama, then....

TADAAA!


Superexcited bila dapat tahu menang jugak dalam masa yang sama! Sebab tak ada email lagi daripada Pihak Lazada pasal ni, kena tunggu sampai dorang bagitahu melalui email. Tak pernah lagi IQ menang contest besar macam ni, kalau masuk contest nak menang tu mesti susah, bak kata orang, bukan seorang yang bertuah sangat..hehe.. Alhamdulillah, rezeki Qa'id mungkin, dan jugak mungkin untuk befday IQ akan bakal tiba Sabtu nanti! huhu, sebak plak, Arwah Suami IQ dah tak ada nak bagi hadiah, Lazada plak yang bagi kali ni, terima kasih Lazada!

Kepada yang tak berjaya, boleh join contest Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest yang berlangsung mulai 27 March hingga 2 April 2017 ini, info lanjut boleh tekan link tajuk contest yer, Rebut peluang memenangi Voucher daripada Lazada, menarik jugak tu, nak try lagi boleh tak Lazada? hehe, Contest melibatkan baby ni pun macam best jugak nak join, apatah lagi bila dah ada anak ni kan?

Ok, dah boleh start pikir nak beli apa, hehe..

till then, bai!

Tuesday, March 21, 2017

Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas

March 21, 2017 18
Salam bloggers

Hari ni IQ nak cerita pasal makanan! ok, bila teringat ni pun terliurnya! tadi terbaca pasal tomyam di blog Jepun Mari, terus teringat Tomyam yang IQ makan dengan kawan sepejabat IQ hari jumaat lepas, kesedapannya sampai terbayang ke hari ini...urmm...sedapnya..hehe

Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas


Tomyam yang paling sedap pernah IQ rasa semestinya di restoren Thai Cup bertempat di Solaris Dutamas atau Publika. Hari jumaat lepas IQ pergi buat kali kedua ke sana, dan kali kedua tak ada gambar sebab tak sabar nak makan sampai lupa nak ambik gambar, haha! IQ attach gambar masa IQ pergi kali pertama sahaja yer.


Menu di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas

Thai Cup ni menyediakan makanan Thai asli, tomyam yang menjadi igauan dalam hidup IQ tu tomyam asli Thai yang mengandungi santan, dan rasa dia sangat unik dan sedap! Tak pernah IQ rasa tomyam yang sedap seperti di Thai Cup ni, masa kali pertama IQ pergi, kami order Tomyam, ikan tiga rasa, dan sayur. Untuk kali kedua kami pergi, tomyam sedap wajib ada, ikan masak limau, dan sayur kangkung goreng belacan. Menu selain tomyam pun rasanya sangat sedap! Memang teringat sampai sekarang.

Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas

Tomyam Sedap di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas
Sayur Campur di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas
Tomyam Sedap  dan Ikan tiga rasa di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas
Air Green Tea di Thai Cup, Publika Solaris Dutamas

Harga di Thai Cup? Semestinya agak pricey, tapi kalau nak rasa kepuasan makan makanan yang sedap, memang harga yang agak mahal pun rasa sangat berbaloi! Tambahan pula pergi dengan kawan2, boleh tong-tong. Dapat la rasa kesedapan menu yang disediakan oleh Thai Cup tu bersama-sama.

IQ tak der nak show harga setiap menu di sini sebab IQ pun tak snap menu dia satu2, cuma masa IQ makan dekat situ hari jumaat lepas, dalam 4 orang pun, IQ kena bayar Rm40.00++, so around Rm160.00++ untuk sekali makan. Mahal tapi sangat berbaloi, rasa sangat puas hati. Kawan IQ sampai bungkus satu set tomyam untuk bawak balik makan dekat rumah, sebelum ni akak pejabat IQ yang bungkus, mungkin next time IQ plak bungkus tomyam tu nanti. haha!

Publika dengan tempat kerja IQ tak jauh mana, just naik Grabcar dalam 5minit dah sampai. memang kalau nak makan sedap sikit akan pergi Publika sebab makanan dekat sana banyak choice, tapi kalau agak2 dah hujung bulan, dah sesak2 tak ada duit tu, bungkus makanan dekat lori yang jual nasi campur dengan lauk-lauk melayu pun ok jer. heeee..

Kepada yang berminat untuk rasa makanan Thai yang sedap ni, boleh la ke alamat ini;
1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

ok la, tu jer nak cerita, next time mungkin tulis pasal makanan korea plak ke? heee~..till then, bye!

Wednesday, March 15, 2017

Pemilihan Carseat Untuk Qa'id & Tips Perjalanan Bersama Anak Kecil

March 15, 2017 18
Salam blogger sekalian.

Hari ahad lepas IQ pergi ke Bentong, Pahang. Melawat anak saudara kawan baik IQ yang lahir hujung tahun lepas. Dah lama bercadang nak pergi melawat tapi disebabkan banyak hal yang perlu diuruskan, asyik bertangguh plannya. 

Kalau ikutkan IQ tak jadi juga pergi ke sana, sebab tak ada yang berkelapangan nak menemani IQ. Tahu2 la kan IQ ada budak kecil yang sedang aktif ni, memang agak mencabar nak bawak berdua tapi disebabkan kengkangan masa, IQ paksa juga diri untuk melawat minggu lepas. Family kawan baik IQ tu sendiri dah macam family IQ sendiri, plak tu rupanya ada bau2 bacang antara kami semua sebab familynya juga berasal dari Terengganu. 

So, disebabkan adik ipar IQ tak free, adik perempuan IQ pun tak free nak teman IQ, IQ decide untuk pergi berdua jer dengan Qa'id. Tapi kena cari carseat dulu, sebab baby carrier Qa'id yang lama IQ dah jual preloved bersama stroller lama Qa'id. So, IQ plan nak cari carseat yang boleh tahan lama sikit, means sampai dia besar sekolah tadika mungkin?

IQ ingat nak cari yang preloved tapi yang ada jenama, macam Maxicosi, Joie, dan sebagainya tapi bila tengok harga yang preloved pun macam better beli baru brand Sweet Cherry, Sweet Cherry pun ok jugak, brand yang IQ pakai untuk stroller lama Qa'id. So, menapak la IQ ke Aeon AU2, Setiawangsa sebab itu je Aeon paling dekat dengan rumah IQ, tak sampai 2km pun. heee..

Nak pilih carseat yang sampai 4 tahun sahaja macam tak berbaloi, Qa'id sendiri dah nak masuk 2 tahun. Badan dia pun tembam dan besar macam dah lebih 2 tahun, so IQ plan nak beli yang advance sikit, yang boleh guna sampai dia sekolah rendah. So, IQ pilih Booster Seat. Boleh guna dari berat 9kg sehingga 36 kg. 

Pemilihan carseat
IQ pening sikit bila IQ baca berat yang sesuai dengan booster seat ni. Dikatakan berat dari 9kg dah boleh guna tapi kalau ikut spesifikasi dari berat 15kg baru boleh guna. Tapi Qa'id sendiri pun rasanya dah semput IQ nak angkat, assume dia dah layak pakai booster ni.

Booster seat ni boleh laras nak baring depends pada seat kereta sendiri, macam tempat duduk depan tu kan, kalau nak baring sikit, adjust dekat tepi, so, booster seat ni akan ikut seat kereta. Tak ada click dekat mana2.

Tu dia kemain dengan carseat baru dia. Ni sebelum gerak, kereta baru nak panas. Mata dah kuyu tu, nampak sangat nak tidur~
Tips nak bawak anak berdua sahaja menggunakan carseat ni. Pastikan waktu tidur anak anda, gerak dalam tempoh waktu tidur agar mudah pemanduan dan perjalanan anda. IQ dah banyak kali sebenarnya gerak berdua dengan Qa'id, cuma selalunya tak der la jauh sangat, dekat2 jer, pergi Bentong ni first time berdua sebab Bentong pun ambik masa sejam untuk sampai ke destinasi. So, untuk perjalanan yang lancar, pastikan anak anda tidur dalam perjalanan. hehe!

Perjalanan pergi dan balik sangat la mudah bagi IQ sebab Qa'id akan terus lelap sambil susu di mulutnya, tak sampai 5minit perjalanan pun mata dia dah kuyu. Masa mata dia dah kuyu, senyum lebar IQ dibuatnya, haha! Bukan apa, mudahkan perjalanan kita jugak kan, Qa'id pernah menangis mengamuk dalam kereta masa IQ tengah drive, memang membahayakan, tapi tiap apa yang berlaku, kita mesti dapat belajar untuk kawal anak kita kan? 

Baru 5 minit gerak, terus zzzzz. IQ berenti kejap nak laraskan balik carseat dia, Baringkan sikit kerusi tu, booster ni akan sama2 baring. Qa'id pun selesa. tidur sampai ke destinasi!
Lagi satu tips, IQ pasang cerita feveret Qa'id kalau dia tak tidur iaitu Upin Ipin! IQ beli magnet yang boleh attach dengan handphone untuk memudahkan Qa'id tengok, sebab kalau dia pegang handphone tu, tak lama la video tu bertahan, sebab tertekan sana sini, sampai ceritanya tertutup sendiri.

flyers tentang magnet ni. 

Ni yang IQ guna. Dan memang IQ beli dari Lazada, tapi masa penghantaran untuk ambik masa sebab item ni bukan dari Malaysia. Kualiti bagus dan IQ sangat puas hati!
So, that's it, itu sahaja yang IQ nak kongsi, tips ni simple sebab IQ guna untuk diri IQ sahaja dan tidak ambil tips daripada mana2 pihak, tapi panjang lebar kan? hehe, till then, bai!

Monday, March 13, 2017

Pixajoy Photobook 48 Pages - Kenangan Bersama Arwah Suami

March 13, 2017 30
Salam hari isnin.

Betul2 monday blues IQ hari ni, rasa penat sangat nak bangun, hari ni puasa tapi tak sempat nak sahur, aim bangun pukul 5 pagi tapi terjaga pukul 6 pagi!! Si kecik merengek nak susu lambat, pukul 6 baru nak susu, selalunya pukul 5 dah merengek. Penat sangat badan, sebab dua tiga hari ni tidur lewat tengok drama korea, haha! sendiri buat, sendiri mau ingat, nasib la badan jadi lemau...tapi puasa tetap puasa hari ni, sebab dah niat sebelum tidur...so, teruskan aje laa..

hari tu IQ ada cakap nak share gambar photobook yang IQ buat dan order. IQ beli kupon dia dekat LAZADA, satu photobook saiz 6'x 6' 48 pages hanya RM4.90!!! murah kan?? serius murah! sebab LAZADA tengah buat sale sekarang ni, rugi kalau tak grab, tapi lepas IQ beli yg RM4.90 harga dia dah naik seringgit, jadi RM5.90. Tapi bear in mind, photobook sahaja Rm4.90, cas penghantaran daripada pihak Pixajoy berlainan harga...around Rm8.00++ sekali GST...tapi bagi IQ reasonable la, sebab 48 pages, jenuh jugak nak edit...

IQ beli kupon hari jumaat dua minggu lepas, lepas tu dapat no.kupon hari isnin minggu seterusnya. Hari isnin tu jugak IQ edit gambar semua dan hantar dekat pihak Pixajoy. IQ tak edit beriya sangat, gambar lahir Qaíd pun lupa nak letak tarikh lahirnya...adehhh...nak cepat punya pasal, semua lupa!

So, hantar hari isnin, hari khamis da dapat!! Cepat kan?? Serius cepat, selalunya printing ambik masa tapi cepat pulak sampainya. hasilnya memang terbaik! kualiti gambar dan material yang digunakan memang bagus, warna pun cantik, tapi mesti diingat, kena edit gambar bagi cerah dan jelas kalau nak hasil yang memuaskan, bukan letak gambar lepas tu setel, tak ada istilah macam tu, just edit gambar bagi enhance, so, gambar akan jadi lebih baik..

Meh kita tengok sikit2, IQ tak tunjuk semua helai la...sebahagian je IQ tunjuk ok?

Gambar Kami dan juga gambar Qaíd masa lahir
IQ banyak letak gambar Qaíd dan Arwah Suami dulu untuk muka surat depan2 ni, last2 baru ada banyak gambar Qaíd dengan IQ, ikut turutan...
Letak jugak gambar berdua dengan Arwah...dan juga gambar Qaíd yang terkini..
Masa IQ buat photobook ni serius menitis air mata. Dan photobook ni sampai pun IQ menangis lagi, siap jua akhirnya...dah lama IQ nak buat, sejak Arwah ada lagi tapi selalu tak sempat dan tak ada masa...

Abang
Qaíd dah besar, dah makin panjang akalnya, dah makin nakal perangainya, kalau abang ada, mesti seronok dan bising rumah kita dibuatnya, Qaíd baik-baik jer bang...sayang tahu dia rindu abang...dia rindu nak main dengan abang...dia rindu pelukan kasih ayahnya...sebab dia tahu ayahnya sangat sayang pada dia...

Al-Fatihah..

Thursday, March 9, 2017

Tak Rugi Kalau Bagi Signal

March 09, 2017 4


Mood pagi ni sedikit panas. Kalau bawak kereta pagi2 tak pernah mood tak kelaut. Sebab apa? Tu haaa...pemandu-pemandu dekat KL ni 'berhemah' sangat. Sakit jiwa IQ dibuatnya!

IQ tak tahu kenapa la dengan pemandu dekat KL ni macam nokharom sangat. Nak masuk kemain himpit kereta kita, bagi la signal akak/bang oii! baru la orang tahu kau nak masuk ke kanan ke kiri ke, baru la orang boleh bagi laluan pada kau nak masuk, ini jadi perahsia sangat, tak nak bagi signal tapi kemain menghimpit nak masuk, macam masuk rumah orang tak ada adap, tak bagi salam terus menonong masuk nak duduk atas sofa. cess!

Ini kali kedua da IQ cerita perangai entah hape-hape pemandu dekat KL ni terutamanya. Sakit jiwa. Tak nak spesifik la kaum apa jantina apa. Tapi IQ tahu la siapa yang selalu buat perangai memandu entah hape-hape tu kaum apa dan jantina apa..kadang tak kira pun...semua konon nak cepat, bantai masuk tanpa tengok kiri kanan.

Nak bawak kereta ni mata kena la jadi mata burung helang sikit, pandang side mirror dan back mirror tu, tengok blind spot, jangan main taruk masuk...bagi je la signal even tak ada kereta belakang kereta kau, praktikkan selalu, tak ada la menyusahkan orang lain terutama motor, kesian dekat motor, kalau dorang laju, korang masuk tanpa signal, dia langgar kereta korang jugak...sape salah? korang la! nak masuk tak tengok kiri kanan, signal tak bagi...dah kena jangan nak tunding jari jer...

hari-hari mengadap jem, tahu la perangai pemandu dekat KL ni macam mana, tak adanye orang kedekut nak bagi kau masuk kalau kau bagi signal, IQ sendiri selalu bagi signal lagi mudah dorang nak bagi laluan dekat IQ sebab dorang tahu ke mana arah tuju IQ sebenarnya..ye tak? Tak der la orang tetiba brek emergency semata-mata kau masuk tiba2 tanpa signal...makan maki hamun orang lain je nanti..

nampak tak IQ dah geram sangat sebenarnya? sebab tadi pun ada la satu kereta ni, main himpit je kereta IQ sebab nak masuk lane, nak masuk depan IQ plak tu, signal langsung tak bagi! lepas tu IQ bagi la laluan, lepas tu dia masuk lane lain pun tak bagi signal, dan bila lane yang dia masuk tu lambat gerak, dia nak masuk lane IQ balik, agak2 nampak macam tayar kereta dia nak masuk lane IQ balik, IQ bagi hon sekali haaa...geram! nak masuk tak bagi signal...agak agak la amoii...tukar2 lane tak bagi signal...susahkan orang laaa..

haha! cukup la entry geram IQ kali ni. dah lepas dekat sini...fiuhhh...haha! bai~

Tuesday, March 7, 2017

Rasa Sebuah Kehilangan

March 07, 2017 11
Salam blog.

Hari sabtu lepas, IQ keluar dengan adik IQ, bertiga dengan budak kecik Qaíd. Tujuannya nak buat IC baru untuk IQ dan Mykid Qaíd dan juga nak pergi Jakel Mall, tengok material kain untuk adik IQ buat keluaran tudung baru ahad nanti. So, berjalan lah kami bertiga ke UTC Pudu.

Dalam perjalanan ke sana, adik IQ mengadu pasal dia sunyi sebab suaminya out-station ke Kedah, ada kerja selama seminggu. Dia cakap baru sekarang dia rasa rindu sangat dekat suami bila dah berjauhan dengan suami sendiri akibat kengkangan kerja. Dan dia juga baru faham apa yang IQ rasa bila IQ sudah kehilangan suami IQ dari sisi IQ buat selamanya.

Adik IQ "Sekarang baru aku rasa, apa yang kau rasa. Tapi rasa tu tak kan sama sebab Usop (suami adik) pergi sekejap jer, ni Arwah pergi buat selamanya"

IQ "Itulah yang aku rasa, rindu yang tak tertanggung"

Sebak sangat bila adik sendiri bercerita, IQ sendiri ni rindu tak tercakap dah. Bila bercerita mula la nak menitis air mata, teringat dengan Arwah...semua orang tahu baiknya Arwah pada IQ dan juga adik beradik IQ. Dan memang betul, orang yang baik disayangi ramai dan juga akan pergi terlebih dahulu. 

Minggu lepas IQ ada order voucher buat photobook dekat Lazada, dan semalam pihak Photobook dah hantar kod voucher melalui email. Semalam juga IQ design photobook untuk kami tiga beranak. IQ letak gambar Arwah Suami, IQ dan juga si kecil Qaíd. Seperti IQ menaip entry ni dengan menitiskan air mata, seperti itu juga masa IQ buat photobook tu semalam, rindu sangat. Nanti kalau dah siap, IQ kongsikan di sini. Insya-Allah. 

Ok la, jumpa lagi. 
Jalan-jalan sementara IC siap di Times Square. 

Monday, March 6, 2017

Mudah Shopping Dengan Samsung Pay

March 06, 2017 8
Apa itu Samsung Pay?


Memperkenalkan cara termudah dan selamat untuk membuat pembayaran menggunakan gadget anda! Dengan menggunakan telefon pintar anda, anda boleh membuat pembayaran dengan mudah dan selamat!



Dengan menggunakan model Samsung yang terpilih, anda semua boleh menikmati penggunaan Samsung Pay ini di mana-mana kedai yang terpilih. (Yang ada touch device Samsung Pay ini)


Soooooo, IQ dah buat! Hp IQ pakai antara model Samsung yang boleh buat fingerprint security, model2 yang tak ada fingerprint tak boleh buat sebab ini penting untuk secure tranksaksi yang dibuat. 


Ini menu utama apps Samsung Pay, boleh banyak mana pun kad bank yang kita nak guna. Tapi hanya Maybank yang boleh guna kad debit setakat ini. Bank2 lain hanya kredit sahaja.
Swap je dari bawah, Samsung Pay akan muncul. Tak perlu buka Apps Samsung Pay.
Ini details card kalau kita nak tengok dan jugak transaksi yang telah kita buat, IQ baru daftar, tak try lagi.
Untuk mulakan pembayaran, kena guna fingerprint tu. Kalau tak lepas, pastikan pin pun kita ingat dan simpan untuk diri sendiri yer. Jangan kongsi dengan orang lain!
So, masa ni kita akan touch dengan device Samsung Pat di kaunter pembayaran. amacam? best tak?

Macam best je kan Samsung Pay ni kan? Kalau nak senang, memang tak payah bawak kad bank dll, tapi ic dan lesen pun nak kena bawak, so, tak tahu la perlu ke tak Samsung Pay ni dalam hidup IQ sebenarnya...haha! Risau makin kuat plak shoppingnye nanti...huaa!

Ok la, tu je nak kongsi. Bai!

Friday, March 3, 2017

Lazada 5th Birthday Sale !!!!

March 03, 2017 4

Salam dan Hye!

Buat sekian kalinya IQ masuk contest! Dah lama tak masuk contest ni, tapi sebab utamanya adalah Lazada Malaysia adalah tempat IQ selalu shopping kelengkapan rumah. I am super excited! So, jom mulakan!

Soalan 1: Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Apa yang IQ suka? Semua! Barang-barang di Lazada Malaysia sangat murah! Terutama bila ada sale! IQ suka beli kelengkapan rumah kerana mudah untuk memilih dan melihat barang yang ingin dibeli. Pilihan yang banyak membuatkan IQ rambang mata nak pilih. 

Soalan 2: 3 Pilihan Utama Barang daripada Lazada Malaysia (Daripada Pilihan Kesukaan Anda) 



Okeh. Benda ni penting sangat sebab IQ punya hp pun tak lama lagi akan memory full. So, untuk memudahkan transfer tanpa menggunakan kabel, memang USB ni amat  penting bagi IQ, apatah lagi kenangan dengan Arwah Suami IQ, IQ nak simpan betul2. so, plan nak beli ni nanti! Ada pilihan storage untuk kita pilih, mudah kan?

Rak TV pun murah!! Alahai, kalau tahu murah dan ada style moden macam ni, baik beli cepat2 dari dulu. IQ memang plan nak tukar rak tv IQ yang rasanya tak lama lagi nak roboh. TV tak berat tapi disebabkan sebelum ni pakai TV kotak, so, rak tv jadi melendut. hihi. kalau ada rezeki, memang nak yang ni, simple dan moden. 

Beanbag!! IQ dah lama nak beanbag ni, disebabkan rumah IQ tak ada sofa (rumah kecik jer), so IQ nak sangat ada beanbag ni, nak tengok TV pun selesa la sikit kan? Beanbag ni sesuai digunakan untuk semua lapisan umur. Dan kalau anak IQ pun nak guna, boleh ajer...sangat fleksibel kan?

Soalan 3) Pada pendapat anda, bagaimana cara Lazada Malaysia boleh menambah baik?

Pada pendapat IQ sepanjang IQ menggunakan khidmat Lazada Malaysia, Alhamdulillah, Lazada Malaysia sangat menjaga pelanggannya, sentiasa update maklumat jika ada masalah penghantaran dan IQ berpendapat, Lazada Malaysia boleh meneruskan momentum yang ada untuk memberikan khidmat pembelian secara atas talian dengan lebih baik.

Soalan 4) Apakah ucapan ulangtahun yang kelima buat Lazada Malaysia?

Selamat Ulangtahun Ke-5 buat Lazada Malaysia! Terima kasih untuk perkhidmatan yang ohsem! Dan juga diskaun yang best! Semoga Lazada Malaysia bertambah maju dan menjadi satu medan yang besar dan terkenal di seluruh dunia. 


Ok, sesiapa nak join contest by Lazada ni boleh la klik link di bawah ini. 

Thursday, March 2, 2017

Apabila Si Kecil Membesar...

March 02, 2017 4
Apabila Si Kecil Membesar...
Alhamdulillah..cerah hari ni...matahari di KL pagi ni memancar dengan terang sekali. Memang terasa bahang kepanasannya walaupun berada dalam pejabat yang ber-áir-cond ni...tapi pejabat IQ ni kalau pasang áir-cond pun tak terasa sangat, laluan koridor ke lif lagi sejuk...huhu..

Pagi ni rutin bertukar sikit dari kebiasaan. Kebiasaan dua tiga hari ni mandi sebelum subuh tapi hari ni lepas subuh baru mandi. Badan letih sangat, rasa nak tidur jeeee tapi bila fikirkan nak cari rezeki terus bangun. Sebelum ni mandi-solat-gosok baju-masak tapi hari ni bertukar sikit, gosok baju-mandi-solat-masak...

Budak kecik si Qaíd tu plak bangun awal hari ni, masa IQ tengah gosok baju pun dia dah bangun, mungkin sebab semalam paksa dia tidur awal, haha! Mujur Mak Lang dia tak pergi kerja lagi, so boleh tengokkan dia sementara IQ mandi lepas tu. Dan dua tiga hari ni solat tak kusyuk, sebab budak kecik selalu kacau duduk depan atas sejadah...subuh tadi pun sama -_-'

semalam waktu nak Maghrib pun dia main atas katil, risaukan dia jatuh atas katil sebab main lompat sorang2, dua tiga kali jugak solat terbatal, sebab terpaling dekat dia..risau dia jatuh..huhu..ganas kalau main..last2 mak lang dia ambik main dekat luar bilik..

pagi ni keluar dari rumah awal 5-10 minit. Efektif sangat hidup kalau bangun awal ni, boleh keluar rilek2 tak der berkejor sangat. Macam biasa, budak kecik tu pun nak jalan sendiri, tak der dukung2 dah...tapi ajaibnya hari ni, tak der plak dia melencong nak pergi taman permainan dulu, sebaliknya terus melencong ke laluan rumah pengasuhnya...terkejut IQ kejap jadinya...dah tahu mana hala tuju pagi2..hee

lepas panjat tangga ke rumah pengasuhnya, sampai pintu rumah, Qaíd terus bagi salam, belum sempat ibu dia nak bagi salam, dia dah bagi salam pelatnya, then menonong masuk rumah tanpa tanggalkan kasut, pengasuh dia jawab salam sambil gelak sampai terbatuk2...hilang terus dia dari pandangan ibu dia, panggil keluar untuk salam pun tak muncul2, last2 pengasuh dia ambik untuk salam dan cium pipi..alahai...dah besar anak ibu ni...

bila dah berlalu dari rumah pengasuh, mula la berfikir macam2...dah besar anak IQ ni, dah pandai dah..banyak keletah, kalau IQ membebel sebab dia sepahkan rumah, mula la dia nak membebel sekali..alahai..ank ibu..kalau ayah Ed masih ada, mesti dia pun sama naik dengan Ed, mungkin dia pun saje buat2 bebel, lepas tu Ed gelak2...saje nak sekongkol dengan Ed...ok...sebak..

ok la, till then..bai.