Salam blog.
Kali ni sentimental sket. Baru usai solat isyak. Lewat solatnya sebab baru sudah urusan rumah selepas keluar seharian bersama keluarga.
Usai solat, IQ pandang telekung solat IQ. Telekung baru IQ pakai kali ni, sebab telekung yang selalu pakai tu basuh. Telekung yang baru ni brand telekung terkemuka sekarang ini. Ya. Telekung Siti Khadijah. Sangat berkualiti kainnya. Sejuk bila dipakai...kemas jahitannya. Sangat berbaloi beli satu ni untuk dipakai solat.
Bila ditenung balik kain telekung ni, rasa nak buat telekung ni untuk dijadikan kain kafan nanti. Terlalu cantik dan elok kainnya. Alangkah baik jika dipakai sebagai persalinan terakhir bukan? Bermonolog IQ kejap tadi...
Teringat masa Arwah ummi meninggal. Memang arwah ummi meninggal mengejut. Kami adik beradik tak prepare ape langsung. Mahu juga kami nak pakaikan telekung Arwah untuk persalinan terakhirnya namun jauh pula rumah Karak dengan rumah kakak masa tu. Tak sempat nak pergi ambil.
Mujurlah mak long dari Kuantan membawa set pengurusan jenazah. Lengkap segala benda untuk pengurusan jenazah. Dari kapas gulung sampai la kain membalut jenazah. Mak long sendiri pun memang pengurus jenazah di Kuantan. Alhamdulillah. Mak long sendiri yang menguruskan jenazah Arwah adik iparnya iaitu Arwah ummi IQ. Terbayang saat2 Arwah Ummi dikafankan. Sayu.
Terbayang pula ketika Arwah Suami pergi mengadap Illahi. Ramai menyaksikan Arwah dikafankan. Penuh bilik pengurusan jenazah masa tu. Arwah dikafankan selapis demi selapis. Dari lapisan kapas sehinggalah lapisan terakhir kain kafan. Handsome saat terakhirnya. Kenapa handsome? Sebab Arwah senyum di saat Arwah pergi mengadap Illahi.
Bila teringat, mula la rindu. Bila rindu, mula la menitiskan air mata.
Al-Fatihah.
Sekian.
1 Comments
ya,,betul..siap siagakah kita?
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)