Advertisement

Responsive Advertisement

Al-Fatihah Ummi.

Assalamualaikum..

Sebelum ni IQ ada pos pasal rumah ummi kan? Sebenar tu entry tu entry scheduled. Dijadualkan publish pada masa sekian sekian. Dan pada waktu entry tu dipublish, IQ sedang berangkat ke tanah perkuburan untuk pengebumian ummi IQ..

Ummi IQ meninggal pada 14 Januari 2016, pada jam 5.30 petang di rumah kakak IQ. IQ dapat tahu berita pemergian ummi IQ pada pukul 6 lebih. Terus IQ berangkat balik rumah untuk packing barang dan balik ke Pahang.

Mujurlah pengebumian dijalankan keesokan hari iaitu hari ni. IQ sempat memandikan dan mengafankan jenazah ummi. Alhamdulillah. Segala berjalan dengan lancar.

Cuma.....IQ sampai sekarang masih terasa hangat pipinya semasa IQ cium minggu lepas dan semasa kali terakhir IQ cium pipinya, terasa sejuk dan kecut kulit pipinya...

Semoga roh arwah ummi dicucuri rahmat oleh-Nya.

AL-FATIHAH

Post a Comment

7 Comments

  1. Takziah IQ. She's in better place. InshaAllah berjumpa di sana nanti. Be strong yaaa

    ReplyDelete
  2. salam takziah IQ. maaf lambat, baru perasan. harap ummi sekeluarga tabah menghadapi pemergian ummi tersayang. doakan bersama agar rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihiraji'un.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Sayu sangat baca entry IQ.. I wish you're strong to face all this.. May Allah bless her, you and your family.. AL-Fatihah

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan disisi orang orang beriman..

    ReplyDelete
  5. innalillah..baru baca ni..salam takziah ye IQ..semoga tabah dan redha.. Tp memang susah nk lupakan kenangan2 kan...takut rasa nak hadapi saat2 mcm ni.huhu

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)