Monday, October 19, 2015

40 Kereta Pancit - Kereta IQ Turut Terlibat

October 19, 2015 6
Salam semua,

Selamat monday blues. IQ masih dalam tempoh berpantang. Makanya, istilah monday blues tiada dalam kamus hidup buat sementara waktu. hihi. Jadual IQ berubah pada setiap subuh akan bangun bila ada 'alarm semulajadi' berbunyi. Siapa lagi kalau bukan si kecil tu. Alhamdulillah, kuning baby IQ makin hilang, tapi masih dalam tempoh pemantauan. Sebab sebulan dah kan? masih kuning lagi...huhu..

Hari khamis lepas, IQ plan nak balik KL kejap, nak setelkan urusan dengan adik IQ. pagi ada checkup kat hospital melaka, petang kemas kemas barang, dan terus drag sampai lepas isyak. Ikutkan hati dari petang tu dah tak sedap...tapi duk ignore perasaan tu. huhu..

Kitaorang gerak lepas isyak pun dalam pukul 9 malam. Memang orang tua tua kata tak elok jalan malam, tapi tak boleh nak elak sebab suami ada kerja esok harinya. So, gerak jugak malam tu. Masuk highway, area alor gajah...entah macam mana tetiba kereta macam terlanggar sesuatu. Terasa tayar pecah dan kereta tak stabil. Bagi signal, masuk lorong kecemasan.

Masa tu, IQ nampak ada sebuah kereta berhenti sebelum kitaorang. Pikiran jahat IQ ni fikir diaorang lah punca tayar kitaorang pecah, yelah...banyak sangat kes sekarang yang tetiba excident sebab diaorang nak cari makan...area yang kitaorang kena pun dikira area panas jugak...

Rupenye diaorang mangsa jugak. Tayar diaorang pun pecah. haih...kereta kitaorang kereta kedua yang kena. Lepas daripada tu, lepas sebuah sebuah kereta tayar pancit dan berenti di lorong kecemasan. Bayangkanlah, baru 5 minit, 11 buah kereta yang kena! Memang cepat benda tu berlaku.

Suami IQ call ayah di Jasin. Minta pinjam tayar spare daripada jiran sebelah sebab kereta IQ pancit dua tayar di belah kanan. senget sebelah kau...haaa...

Memang jadi berita lepas tu. Wartawan datang lewat. Walaupun kitaorang antara yang terawal kena, kitaorang tunggu tayar spare datang lagi. Yang kena satu biji tayar tak perlah, tayar kat belakang terus boleh ganti. huhu...tu yang tetiba kena temuramah kejap dengan wartawan...

metro online. 16/10/2015
Harian Metro 19/10/15
Cekodok IQ!! IQ dalam kereta je la..tak leh keluar.

Memang menakutkan betul pengalaman tu. Dan banyak bagi pengajaran. Lain kali, jangan gerak malam-malam...bahaya. huhu...besi yang jatuh tengah jalan tu besi buruk. Ada lori tercicir besi tu. Bukan ringan ok. 200 kilo dianggarkan berat besi tu...huhu..dua tiga orang angkat un tak mamp...orang dalam gambar kat atas tu eksen je lebih...haha..

ok la. Sekian sahaja laporan daripada IQ. lagi dua minggu pantang habis!! yeay! seronok!

k.bai!

p/s: Membongak jugak wartawan metro ni, lain yang dicerita, lain yang ditulis, nak bagi cerita hangat, pecah 2 tayar, jadi 3 tayar, kereta viva jadi kereta kancil, tunggu 2jam jadi 5jam!!! jangan percayakan wartawan lepas ni..haha!!

Friday, October 2, 2015

Demam Kuning Si Anak

October 02, 2015 7
Demam Kuning Si Anak
Salam semua,

fiuhhh...da masuk bulan Oktober dah...IQ tak update sejak 20 September lepas...nak buat macam mana, ada anak ni lain sikit feel dia. Nak mengadap anak je manjang kan...si ayah pun dah kembali bekerja...tinggallah IQ dan anak di rumah mak mertuaku..heeee...

Anak IQ masih demam kuning. Dah masuk kategori Prolong Jaundice dah. Kena ambik sample darah dengan air kencing sebab kuning lama sangat. Sedih tu sedih la, sapa yang tak sedih kan? masa mula-mula dia kena demam kuning pun, IQ tengok dia duduk bawah lampu biru, berderai air mata...sedih dia Allah je tahu....dah ler baru 4 hari usia dia masa tu...dah kena masuk Special Care Nursery (SCN)...

Sekarang pun kuning asyik naik turun naik turun...nak try makan pape untuk rawatan kuning dia jadi risau plak....doktor suruh bagi susu ibu jer....so, secara tak langsung, IQ pun tak boleh nak makan jamu jamu lagi sampai sekarang....dah hari ke 16 hari ni....memang tak sentuh apa apa jamu langsung...

Banyak petua yang orang bagi. Tak kira dengan susu kambing, anggur hitam, air zamzam, kurma, macam macam lah, ada certain IQ try dan ada jugak IQ tak try...risau lebih menguasai diri mungkin....huhu...IQ dapat bagi susu ibu sepenuhnya jer sampai sekarang...huhu..

Doakan anak IQ cepat sembuh yer. Nak sangat tengok dia sihat tersenyum kat ibu dan ayah dia ni....

Sekian. Bai~