Tuesday, July 28, 2015

Kaki Kejang Ketika Mengandung - Cara Mengatasi.

July 28, 2015 5
Salam semua!

Selamat pagiiii...amboi kemain semangat yer IQ pagi pagi ni...biase lah, sebelum sibuk esok lusa ni, dengan ketiadaan staff sangat disebabkan meeting melambak, maka IQ boleh lah nak bersenang hati sikit. Semalam tak bersenang hati sangat sebab sampai sampai ofis jer dah suruh IQ buka laptop...punya la kerja tu menunggu macam pak guard kat depan ofis tu haa...hihi~

Melalut punya melalut, apa kaitan dengan tajuk entry ni haaa....nak cerita, awal pagi tadi, IQ mengalami kekejangan otot betis yang teramat sangat! Tengah-tengah syok mimpi indah, terasa kejang di otot betis kanan. Sakit dia rasa macam perghhhhh...nak nangis, tapi macam tak sempat nak leleh air mata, menjerit je lebih....huhu....mujur encik suami sangat la alert bila IQ ni mengerang sakit...biarpun sakit nak memerut je pun, dia dah terjaga....sangat berjaga-jaga orangnya...Insya-Allah kalau nak terberanak tengah malam nanti, harapnya suami pun senang terjaga macam tu....

Tapi....dalam situasi kejang macam awal pagi tadi tu, suami IQ tak pernah alaminya...so, dia tak tahu nak buat apa...IQ nak bagitahu step yang perlu dia buat tapi kesakitan mengatasi segalanya...last2 sempat jugak bagi sign kat suami supaya regangkan kaki dengan membengkokkan pergelangan kaki ke arah atas...macam gambar kat bawah ni...

kejang di bahagian bawah betis, tekan tapak kaki ke arah dalam.

Lepas suami buat macam tu, Alhamdulillah, lega sekelip mata....fiuhhhh...tapi lepas tu kaki akan jadi lenguh. Apatah lagi bila regangan kaki lambat dilakukan. IQ susah nak lelapkan mata lepas tu, sekejap sekejap jer, lepas tu minta suami ambikkan balm dan urut otot betis kanan. Baru lega tapi terus sampai ke siang tak dapat lelapkan mata...huhu...mujur la kena waktu orang nak bersahur...hehe..

Punca kenapa terjadinya kekejangan kaki ketika mengandung ni? Apa yang IQ cedok daripada laman web kegemaran IQ sepanjang IQ mengandung ni, iaitu Baby Center , mengatakan bahawa....

1- Kurang Kalsium dan Magnesium
2- Rahim semakin besar dan menekan salur darah besar kaki menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna
3- Banyak berjalan dan berdiri juga akan menyebabkan otot penat....huhu

**boleh klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut

Dan mujur la pengalaman banyak mengajar IQ, sebab program outdoor banyak mendedahkan IQ dengan kekejangan otot ni...dulu IQ dapat tahu, cara lain untuk mengelakkan kejang otot ketika berekspedisi ni dengan minum air garam...sebab bila bergerak, peluh banyak keluar dan badan akan jadi sejuk...senang untuk kena kejang otot...itu kekejangan ketika beraktiviti lasak...regangkan otot sama seperti gambar di atas...

Untuk info yang lebih mendalam tentang kekejangan otot ketika mengandung, boleh la klik di sini dan juga melawat ke laman web Baby Center. Boleh juga untuk menambah ilmu sebelum, semasa dan selepas mengandung. Sangat bagus tau...IQ dapat tahu pasal laman web Baby Center ni pun daripada kakak di ofis ni. Sejak dari awal mengandung, sampai sekarang...IQ dah boleh membayangkan saiz baby dalam perut IQ ni. 

Ok la, cukup setakat di sini. Kerja weyh kerja! hihi~

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Monday, July 27, 2015

Edit Gambar Guna Apps VSCO Cam

July 27, 2015 5
Salam semua.

Tadi duk blogwalking dekat blog blog...lompat sana lompat sini...komen sana komen sini...tersinggah la satu blog..dah lama follow cuma lama tak jengah...

Penulis blog tersebut buat entry pasal Apps VSCO cam. IQ pernai pakai Apps ni sebab dulu masa bujang2 suka bersentimental value sorang sorang. Apatah lagi kerja sorang sorang kat site sampai diperhati pak pak buruh...menakutkan tapi IQ lagi menakutkan bagi dorang sebab IQ kan garang...muahahahaha!!

Ok, off cerita pasal pak buruh. IQ tadi try edit gambar guna Apps VSCO cam ni lagi sekali dengan function terbarunya...makanya...inilah terhasil....




Haaaa...amacam? Ok x? Gambar raya family mertua plak jadi pilihan kali ni sebab sebelum ni tak pernah letak lagi. Hehe..

Apps VSCO kali ni ada adjustment untuk saturation, hue, shadow dan sebagainya...macam photoshop gitu. Heee...best kan? Try la jugak. Tak rugi. Heeee

Tu je nak share. Till then!

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Friday, July 24, 2015

Revolusi Raya Keluarga Haji Ali

July 24, 2015 4
Salam semua,

Masih mood raya walaupun berada di pejabat. Orang kat pejabat ni tinggal berapa kerat sangat lah hai....ada la tiga orang termasuk IQ ni haa...tenang yang amat! haha~ sampai hajah pun tegur, amannya rasa, boleh siap buat kerja on time. kalau ramai orang kat pejabat ni, tak jadi kerja dibuatnya....berborak je kerja....opsss~ HAHA!

bolayan pasal kerja...IQ nak share revolusi raya keluarga Haji Ali ni. Siapa Haji Ali ni? Haji Ali ni tokki IQ...tokki IQ belah abah IQ di Dungun Terengganu....haaa...tokki IQ sendiri pun dah bergelar moyang sekarang memandangkan dah ada tiga orang cicit....tahun depan bakal jadi lima orang...hui hui hui..ntah ntah lebih....heee...Insya-Allah...

meh kita tengok apa yang revolusi sangat raya bagi keluarga Haji Ali ni....


wokeyh....bermula tahun 2010...masing-masing berkumpul dan plan untuk snap gambar...tahun tu tema carca marba...means warna ikut family kecil masing-masing....masa ni masih ada pak sedara yang belum berkahwin..sorang pak sedara tak balik...kerja..dalam gambar ni IQ duduk...toksah cari....gelap jer orangnya...main panaih sangat...haha! 


tahun 2011. tahun bermulanya tema warna untuk keluarga Haji Ali. tema warna bermula dengan warna kelabu. tak paham jugak kenapa warna kelabu...ada yang kata sebab rumah tokki ni baru cat kelabu, so...kena ikut warna rumah...macam macam...tapi pak sedara yang pakai baju ungu tu je tak ikut tema....bujang la katakan...tak ada geng nak pakai baju sedondon...tapi ni jugak tahun last dia pakai baju lain warna daripada orang lain...sebab tahun seterusnya dah kahwin...hehe...


haaaaa..tahun 2012 adalah tahun family IQ tak balik kampung....time tak balik tu la dorang buat kaler best, warna turqoise...warna turqoise masa tu tengah up....tapi biasa la, ada la family tak dapat info, tu yang ada warna hijau pucuk pisang muncul dalam gambar...hihi..kitaorang tengok dari kejauhan je la mase ni....tahun 2012 pun IQ kerja part time masa raya...maka tak der la nak beraya sangat....tempat bergambar pun berubah, IQ tak pasti kenapa....


yang ni paling meriah, sebab warna merah ni memang paling menyerlah antara tahun-tahun yang ada....even kalau pakai maroon pun still nampak kemerahan tu...tahun 2013 ni kitaorang balik...tuuu IQ...berdiri sebelah abang ipar...grrrr~~ tak der ruang sangat....nak masuk frame sangat kan...XD...tempat bergambar berubah ke tempat asal...sebab lagi best ambik depan rumah ni...pencahayaan yang paling mantop berbanding dalam rumah yang tak cukup cahaya lampu...hee..


tahun 2014 ni tahun paling ramai tak balik..termasuklah family IQ..heee...kalau kitaorang tak balik sememangnya kuranglah meriahnya...HAHA~ perasan betul....memang nampak kekurangan tu sebenarnya...hehe...tapi meriah jugak kaler kuning maybank ni kan? boleh jadi maskot maybank kejap...hehe...


2015. haaaa...tu diaaaa...yang terbaru dan terkini...masih hangat lagi...baru seminggu yang lepas....penuh frame kau~ tema hijau tak menjadi tahun ni sebab warna hijau ni kalau dah pilih hijau turqoise memang dah kelaut jadi gambarnya...ditambah perasa dengan pemakaian tudung yang warnanya lebih menyerlah berbanding warna hijau....huhu...tahun ni anak cucu menantu cicit semua ada....ada satu family jer tak balik...bukan tak balik cuma balik lewat dan tak sempat untuk sesi bergambar ni...cucu menantu pun dah bertambah tiga orang....iaitu suami IQ, suami kak ira dan isteri abang ery....penuh frame haaa~~ tahun depan tambah cicit plak tapi tahun depan tak balik....huaaa~~


macam itulah gayanya raya keluarga Haji Ali....habis jer raya pertama, dah mula berbincang tema untuk tahun depan plak dah....yang ni kitaorang tak interprem la sebab family IQ tak balik ke Terengganu tahun depan...IQ pun beraya dengan family mertua...mertua nak beraya dengan cucu katanya..heeee...

okeh la...till then...jom sambung makan kuih raya!

bai!

Izyan Balqis. 2015.

Thursday, July 23, 2015

Raya Raya Raya

July 23, 2015 5
Salam semua...

Haihh, bila da start pos ni maknanya cutiku sudah habis, melangut depan laptop di pejabat, dan tak tahu nak buat apa....haha...bosan bakhanggg...tapi nak buat camne. Cuti seminggu cukup lama masih dirasakan tak cukup. Bawak2 lak bersyukur iya dak..heeee

Kepenatan raya masih terasa. IQ dengan suami beraya sakan, macam dikaborkan...dari pantai timur ke utara plak...penat drive jer...heee..kesian encik suami drive jauh2. Tambah2 plak kereta mertua meragam tengah jalan, operasi beraya tergendala dan terus pulang ke melaka plak...dugaan raya...

Gambar beraya belah mertua ada dengan adik ipar. Tak sempat nak ambik walaupun cuti balance 3 hari dah spend dekat melaka...punya la mood nak rehat jer kan...memang berhibernasi sungguh..tunggu minggu depan la plak balik sana lagi...

Gambar berdua je la sempat diletak ni. Raya pertama, kedua dan ketiga. Raya pertama di dungun, raya kedua di dungun, kuantan dan pekan, dan raya ketiga di kuantan, karak dan slim river, perak.  Merata kau.....almaklum la keluarga dah bertambah besar... heeee

Dengan kawan2 pun tak sempat beraya lagi, InsyaAllah ada kelapangan akan ke rumah kawan plak hujung minggu ni. Mood raya masih on. Hee..

Jom sambung beraya kat opis! Walaupun seciput jer staff yang datangnya. Haha!

Till then. Bai!

Izyan Balqis. 2015.

mak buyung dan pak buyung. eh? hehehe~

Wednesday, July 15, 2015

Salam Lebaran 1436H

July 15, 2015 5
Salam lebaran buat semua.

IQ masih bekerja hari ini. Encik suami sudah bergoyang kaki di rumah sambil2 menunggu waktu berbuka. *haha, pagi lagi koottt. Tetiba je encik suami dapat cuti hari ni. Sepatutnya dia kena kerja separuh hari jugak tapi boss dia kemain la baik, bagi cuti camtu jer. Haishh...jeles nih!!

Sebelom kami memulakan perjalanan yang panjang esok hari, IQ nak mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aildilfitri

Maaf Zahir Batin


Marilah kita bermaaf2an sesama kita, salah silap harap diampuni. Makan lemang jangan lupa orang kat sini. Hui3.

Perjalanan raya IQ tahun ni panjang. Almaklumlah dah berkeluarga ni, nak kena beraya dua2 kampung. IQ akan balik karak-terengganu-kuantan-pekan-karak-perak-melaka....haaaa...hambek kau...punya la jauh perjalananku kali ni. Moga selamat pergi dan pulang semuanya. Amiin.

Jangan lupa duit raya untuk anak2 kecil. Anak2 yang dah besar kita bagi senyuman yang paling manis sudah. Hui3. Ikhlas ni tau....haha!

Bak kata seseorang yang IQ terbaca dalam fb, tak payah laju2. Kampung tu tak lari pun. Yang lari tu masa. Ok, yang tu IQ tambah. Hui3.

Ok la. Selamat hari raya semua!!!

Izyan Balqis. 2015.


Raya berdua tahun ni, tahun depan bertiga pula. Insya-Allah

Saturday, July 11, 2015

Kasut Raya Encik Kereta

July 11, 2015 4

Salam semua,

Kita da sampai minggu terakhir sebelum menjelangnya Aidilfitri jumaat nanti. Seperti kebiasaan, nak balik kampung..ramai yang akan servis kereta mereka terlebih dahulu. IQ pun tak terlepas untuk servis kereta masa hari kedua puasa hari tu....tapi...

Disebabkan tempat IQ servis hari tu tak ada bahagian untuk allignment dan balancing, maka terpaksa tangguhkan dahulu...dan hari ni, dapat peluang buat allignment dekat pusat servis di melaka. Kenapa melaka?? Kebetulan balik kampung belah suami, dan tempat servis daerah sini ada buat allignment. Terus call dan booking.

Booking pukul 4 petang memandangkan kitaorang dari KL. So, ambik masa sikit. Sampai dalam 3.45 petang, terus pass kunci. Terpaksa tunggu sebab tau2 je la nak raya, banyak kereta beratur nak servis untuk balik kampung.

Tetiba dipanggil mekanik di sini. Katanya kalau buat allignment pun tak guna. Terkejut kejap dengor kata2 tu. Tayar kereta tu dah teruk sangat ke? IQ dan suami tak pandai jaga kereta ke macam mana? Huhu. Risau sangat.

Rupa2nya tayar kereta da kembong. Katanya dawai dalam tayar da rosak. Menyebabkan tayar kembong. Bila diaorang pusingkan tayar tu, memang tayar tu berpusing dengan tak stabil. Patut la husband dan IQ bawak kereta macam tak selesa, bergegar je walaupun kelajuan tak sampai 100km/j.

Lastly, tukar dua bijik tayar baru. Haihhh....banyak duit keluar musim2 raya ni. Nangis hujung bucu bilik la jawabnya. Tak per lah. Demi keselamatan keluarga nak balik kampung nanti juga kan. Nasib baik tergerak hati nak buat allignment, kalau tak buat dan pecah tayar tengah jalan? Wallahualam...minta dijauhkan kecelakaan...Amin..

Pesanan penaja daripada IQ, sila periksa kereta anda sebelum gerak pulang ke kampung. Ok?

Sekian. Bai!

Izyan Balqis. 2015.

Gambar - pernah nampak panduan untuk buat allignment tayar ni di facebook kan? Haaa..yang ni terdapat di pusat servis jasin, melaka. Pusat servis perodua yang bagus sebab segala servis ada di situ. Eh...terpromote plak..heee

Thursday, July 9, 2015

Kuih Rayaku Tiada

July 09, 2015 10
Salam semuaaa...
Erhhhh....kemain IQ taip tadi, panjang lebar, siap bye2 dah, lepas tekan done, boleh plak entry panjang lebar lesap...pelik bin ajaib. Penat den taip panjang...meh la kita cuba lagi sekali, kot2 feel dia taip macam tadi kan kan... *ambik hati balik...huuu

Ok, dua tiga hari lepas IQ terbaca dekat group whatsapp family IQ. Dikna iaitu Adik ipar IQ bagitahu dia da siapkan kuih raya yang kawan2 abangnya di UKM tempah. Kuih raya yang dikna tu buat diberi nama, Cornflakes madu dikna perghhhhh...*ok, ni IQ bagi nama sendiri, sebab memang perghhh rasa dia sangat sedap, dijamin menggunakan bahan2 yang ori. Heee...paham kan kalau IQ cakap bahan ori?

Bahan ori dan ciplak boleh dapat rasa bezanya. Terutama bahan utama. Macam biskut cornflakes madu ni, of course la cornflakes kan. Cornflakes yang ori selalunya datang dari jenama yang biasa kita dengar macam Kellogs. Kalau yang ciplak plak, banyak dijual secara bungkusan yang besar dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Perbezaan penggunaan bahan utama pun da cukup buat kuih raya kita rasa yang berlainan.

Cornflakes madu yang dikna ni buat memang IQ da try sebelum puasa hari tu. Memang lepas pertama kali IQ rasa, IQ tak lepaskan langsung balang kuih tu. Melekat dekat pangkuan IQ. Haaaa...nampak tak kesedapannya tahap macam mana? Heee...lemak berkrim disukai ramai!!

Selain kuih raya dikna, kuih raya mak mertuaku juga akan ada dalam list kuih raya IQ. Kuih yang menjadi bualan akak akak di pejabat encik suami bertahun lamanya...nampak sangat kuih semperit mak mertuaku femes amos sangat. Terkenal dengan kelembutan, kerapuhan yang perghhh...*tak habis2 dengan perghh ko ni IQ. Heeeee..

Kuih raya IQ plak? Hanya kuih raya tunjuk2 la nanti. Haha. Tak sempat IQ nak buat kuih tahun ni. Dengan perut memboyot, ditambah balik lambat...memang susah nak buat kuih raya kali ni. Tunggu next next year lak..hehe....

Ok lah. Cukup2 lah cakap pasal kuih raya ni. Buat terliur den jer pagi2 ni.

Ok la. Till then. Bai.

Izyan Balqis. 2015.

cornflakes madu diknaaaaa...tunggu kak long balik yerrrr

Kuih raya yang encik suami dapat dari office semalam

Tuesday, July 7, 2015

Persiapan Aidilfitri

July 07, 2015 4

Salam Ramadhan semua.

Hari ni dah masuk Ramadhan ke-20. Tup tup minggu depan dah raya. Ya Allah...kejapnya rasa...cuti raya pun tak hantar untuk kelulusan lagi...punya la cepat masa berlalu..

IQ ngantuk sebenarnye ni, tadi da terlelap 10 minit kat kerusi, nasib tak der sape yang perasan, nampak tak senyap je IQ membuta, sopan sangat...haha!! duduk opis mesti tersengguk sengguk, (kalau kerja banyak, merungut). Haha!! Biase la, manusia mana pernah merasa puas..

Macam mana persiapan raya korang? IQ mostly da setel da, tak larat nak angkut perut yang memang confirm ramai orang yang akan shopping last minit. Kan? So, ambil langkah untuk shopping awal seawal seminggu sebelom puasa, eh? Kemain awal kan...tu pun ramai yang dah start shopping sebelom puasa, alasan? Tanya dorang, mana IQ nak tahuuu...

Tahun ni mak mertua bagi green light untuk IQ beraya di kampung belah IQ dulu. So, tahun ni IQ balik Terengganu!! Tak jadi beraya di Melaka seperti yang dikatakan sebelom ni.

"Terima kasih mak, nanti raya ketiga kita raya sama2...nanti Balqis belikan baju yer mak? "
*ambik hati itu penting yer anak2...heeee...

Macam biasa, bila balik Terengganu, diaorang iaitu family besar IQ da set kan warna untuk baju raya mengikut tahun, tahun lepas kuning, dan tahun ni hijau lah pulaakkk...jenuh nak cari warna hijau  oiii....ramai kot yang mencari baju raya warna hijau ni...sampai nak cari baju untuk ummi minggu lepas pun asyik habis jer...geram plak...hurmmm...tahun ni mula raya berdua, kemain la nak sedondon..jenuh jugak round Jalan TAR tu nak cari warna sedondon...mujur la masih banyak pilihan masa tu....mujur la..heee...

Apa2 pun, berbelanja lah mengikut kemampuan, jangan ikut nafsu. Yang berduit ke tak berduit ke, sambutlah Aidilfitri ni secara sederhana. Yang penting, kunjung mengunjung sesama saudara, bertanya khabar apatah lagi yang lama tak balik kampung macam IQ ni...setahun sekali baru nak nampak muka kat kampung tu...maaf tok..anak cucu tumpang laluuu...heee

Selamat berpuasa kalian, dan selamat menyambut Aidilfitri! Eh..terawal pulak ucap rayanya...heeeee..

Sekian.
Bai.

Izyan Balqis. 2015.

*** gambar - jenuh nak cari kaler yang lebih kurang sama...lastly sipi2 je samanya....alahai