Tuesday, December 31, 2013

#23 Penghujung Tahun

December 31, 2013 2

Pejam celik pejam celik
Dah hari terakhir 2013
Bermacam peristiwa berlaku
Selak saja dada akhbar
Banyak sisipan kejadian tahun ini
Manis Kelat Pahit
Semua ada

Dan aku ingin tanyakan di sini
Adakah azam tahun ini sudah tercapai?
Angguk? Geleng?

Aku sendiri? Hampir semuanya tercapai.
Alhamdulillah.
Hanya satu yang tak tercapai.
Namun dibawa ke tahun hadapan.
Apa dia?

Senarai yang paling bawah sekali.
K.bai.

Friday, December 27, 2013

#22 Adat-lah Tu

December 27, 2013 0
#22  Adat-lah Tu

Da dua kali
Da dua kali aku kena marah
Dengan orang yang ada bau bau bacang je dengan urusan kerja aku
Majikan aku sendiri tak pernah nak buat ayat sentap macam tu
Ini-kan pula mereka yang bukan bayar gaji aku

Yes!
Memang salah aku
Tapi boleh tak cakap baik2
Aku bukan hilangkan projek kau berjuta pun
Aku cuma lupa nak print dua helai kertas yang kau sendiri mampu nak print
Kau buat ayat sampai aku sentap
Yelah. Aku yang sensitif. Terlampau.
Kawan aku pun sama terasa. Dan dia pun sensitif sama.
Semua orang sensitif.

Kau je tak.

Tuesday, December 3, 2013

Potret Graduan Untuk Abah

December 03, 2013 4

edit

walaupun abah tak bersama kami
aku tahu abah tersenyum dari jauh

hati aku membentak, mahu abah bersama kami
tapi selama mana aku mahu membentak
ini tetap keadaannya

cuma
Abah…ini untuk abah
achik da berjaya tamatkan Ijazah ini untuk abah
KHAS..

IQ.2013