kalau ada rezeki
dapat-lah aku miliki benda itu
impian dari tempoh belajar
Insya-Allah
mohon dipermudahkan
mohon dilancarkan
kalau tak dapat
usaha lagi lain kali
tak apa.
semua orang kan punya peluangnya sendiri.
kan?
kalau ada rezeki
dapat-lah aku miliki benda itu
impian dari tempoh belajar
Insya-Allah
mohon dipermudahkan
mohon dilancarkan
kalau tak dapat
usaha lagi lain kali
tak apa.
semua orang kan punya peluangnya sendiri.
kan?
Bila da mula bekerja
Bila da mula pegang duit sendiri
Baru tahu penat jerih abah ketika dulu
Demi mencukupkan makan pakai kami
Demi memuaskan hati kami
Meski da punya pengalaman kerja
Pengalaman kerja yang tetap paling bermakna
Kerja dengan kemahiran yang ada
Kerja dengan minat yang ada
Insya-Allah
Berkat kehendak abah suatu tika dulu
Rezeki yang diterima akan lebih barakah buat kita
Terima kasih abah.
Kerana memaksa anak-mu ambil bidang ini
Terima kasih :,)
Anak-mu ini memang kuat
Adik-mu ini memang handal
Kakak-mu ini memang cekal
Serba serbi boleh buat
Serba serbi mampu tangani
Tak perlu nak dirisaukan
Anak-mu
Adik-mu
Kakak-mu
Ini.
Sebab dia da cukup handal.
Sampai boleh lawan setiap apa jua cabaran di depan dia.
Cukup 'handal'
Biarpun trauma
Biarpun fobia
Tak per. Dia boleh kawal.
Handalnya sampai hari ni.
Esok lusa kalau jadi apa-apa.
Tak per. Dia boleh tanggung sendiri.
Tak per.
Salam semua.
Dengan niat IQ untuk berblogging semula, tadaaa….I’m here!! *ceit. Macam orang heran sangat ke kewujudan kau IQ… -_- *fine*
sambung sambung
HATERS. anyway haters ni selalunya berlaku pada orang femes femes jer. macam kau kau dan kau *tunding jari* eh…perasan le tu~ =P hehe..maap maap. Awal pagi tadi IQ ada la scroll scroll kat instagram. Well…IQ ada la follow someone yang IQ adore sangat-sangat…dan IQ dapat tahu ada haters yang benci gila gila sampai kutuk tahap melampau kat someone tu. IQ tak nak la mention kat sini. Sebab IQ lebih prefer bertindak macam someone tu. Diam.
Cuma IQ terfikir jugak la…apa motif dia buat macam tu? Life da cukup complete? Life da sempurna sangat? Tak ada salah silap, hanya satu benda yang tak puaskan hati dia yang orang lain tak ada la benci, malahan orang lain suka dan minat sangat-sangat…terus da kondem sangat-sangat. Kenapa?
Pelik. Dalam sejuta ada satu. Biasa-lah.
Tapi kalau da benci sangat, tak perlu-lah nak kutuk keseluruhan kehidupan orang lain. Sangat tak baik. Cuba kita fikir kalau orang buat macam tu kat kita…macam mana? tak ada perasaan? ok. kalau bukan pada kita sekalipun, pada ahli keluarga kita? adik beradik kita? perlu diingat, hidup kita ini bukan kita seorang yang ada. bukan kita yang punya.
masa IQ baca apa yang dikutuk terhadap someone tu, Ya Allah…terasa macam tiada adap-kah insan ini terhadap makhluk ciptaan-Nya? terkedu bila membacanya. Ini perasaan IQ, apatah lagi perasaan someone yang dikutuk itu…bayangkan.
IQ salute sangat pada someone tu, da banyak kali melayan haters…tenang dan cukup sabar melayan. Salute you!! Haters ni sebenarnya tak perlu dilayan, hanya perlu diam, sebab kalau dilayan, makin rancak jadinya, cuma kalau ada masa perlu…bidas la dengan sepatah dua. kasi tutup itu mulut, =P
Kalau kita nak buat jahat, kita mesti ingat…apa yang kita buat, pasti patah balik dan jadi pada kita. Hukum karma. Dan itu yang IQ pegang. Moga apa yang dikongsikan kali ni dapat membuka minda kita.
Peringatan buat IQ dan korang semua.
Sekian.
*** terasa entry kali ni sangat dewasa. sangat sangat dewasa. Oh man, I grew so fast. Nooooo!!!!
Salam.
rasanya tak perlu dihabaq lagi. sedia ada maklum kalau sesiapa yang tahu sekarang kan musim manusia berkonvo, jadi...ini giliran IQ pula.
terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi dorongan, kawan baik iaitu 3stooges yang tak jemu melayan perangai IQ yang sentiasa emo memanjang, captain hati yang memberi semangat walaupun pada saat akhir, teman teman seperjuangan, geng kelab rekreasi mahasiswa UTM (SRC) yang sentiasa menghilangkan resah bila kerja banyak, dan pada sesiapa yang telah tolong IQ secara langsung dan tak langsung sepanjang 4 tahun ini.
ribuan terima kasih diucapkan.
tiada kata mampu diucapkan. hanya ucapan Syukur Alhamdulillah. akhirnya IQ menamatkan pengajian.
tak sangka da habis belajar, da makin tua. sobs.
buat adik2. belajar lah bersungguh2. da habis belajar baru boleh main2. #pandainasihatjer,buattakpandai
HAHA!!
sekian.
izyan5025@gmail.com