Sunday, March 31, 2013

Bersasadansa Sama Galpren, Bak Kata Farah.

March 31, 2013 4
 
hye korang.
 
hari ni hari ahad. alaa..semua orang tahu kan? =P ok. hari ni masih hari minggu. tapi mood nak keluar macam da pupus sebab semalam pergi jejalan dengan galpren a.k.a. 3stooges. hoyeaahh~ walaupun hakikatnya sekarang berada dalam langkah berjaga-jaga....sebab apa? esok la IQ bagitahu. sobs.

so, semalam bersasadanasa dengan 3stooges, plan nak ke jom heboh tapi kelewatan sebab jalan jam sangkut-sangkut. sampai sana da magrib, pergi angsana, solat ape semua. lepas tu baru shopping barang. errr...tak berhajat nak jumpa mana-mana retis tv...sebab tujuan utama nak borong makanan kat situ jer...=P

habis jom heboh, lepak danga bay...da lama tak lepak sana. dulu first time pergi masa tahun satu. ni da tahun empat. mengimbau kenangan. cewaaahh~ dan semalam buat danga bay tu macam tempat kitaorang yang punya. haishhh~ bergambar sana sini, tak hirau orang lalu lalang naik kereta api mahupun basikal beca tu. sorry. retis kampung nak bergambar. =P

so, these are our last night shots. blaah laa..cakap omputih lak dia ni. k.bai~


dari tak der belon, beli belon....dan sebenarnya banyak lagi gambarnya...300++ kau~ haaaa...macam hape ntah bergambar, tempatnya statik jer. terbaca komen kawan, "bergambar kat satu tempat jer, kalah nora danish " haha!!! just nak keep the moments together. lepas ni da tak boleh nak berjimba-jimba lagi dah. sobs. *sedih la plak~

these are our moment. and we love them. 

tiil then. bai~

***hopefully ada special photoshoot sebelum kita habis nanti..bley ek?

Thursday, March 28, 2013

Muhammad Anaqi

March 28, 2013 4
 
hye korang korang dan korang...
 
semalam, seperti yang dijanjikan, nak buat entry pasal baby muhammad! kan? sooo...here it is! hek3....semalam agak-agak macam tak sabar nak jumpa baby muhammad, sampai tak sempat tunggu geng atiq satu kereta kat belakang....hek3...
 
so, malas nak cakap banyak jugak....memperkenalkan....ini muhammad anaqi bin mirzan...=) *kalau nama penuh bob tu salah, maap yer nadia...XD hehehe~ anak kepada senior-senior SRC jugak....ramai rupanya couple kelahiran SRC ni...=P

tadaaa~ muhammad anaqi yang suka tidur...zzzzzzz~ dan jugak merah! =P

antara shot2 menarik~ 
paling best, wanie suruh baby senyum, baby boleh plak senyum dalam tidur!
haha, seriusly comel!
baby muhammad susah nak bukak mata, lepas dipaksa umminya dan neneknya, baru la nak buka, 
dan jugak...pantang nampak kamera! baru buka mata....haha...comel~

the aunties lak jadi hyper bila tengok baby muhammad nih....macam mana?

tengok bawah nih...
 
 
 
 
 
seee.....hyper sangat aunties ni semua..hek3...gurau je yer kawan-kawan~ =P
*dunno why scale gambar ni jadi pelik -__-"

wanie dengan baby muhammad...=)

as usual, jadi photographer ni memang tak ada gambar
sekian.

k.bai~

muhammad, jadi anak yang soleh yer! =)

tahniah bob + nadia...

^_______^

nak tengok anak kelahiran senior SRC yang lain? ini dia. klik di sini.


***next plisssssss~~ haha!!

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday #39 New Stuff

March 27, 2013 5
 
dari mini ke young~
 dari pinjam ke hak milik tetap~ =P
 
mini tak ada Instagram, Young baru ada...
dan dengan ini, IQ merasmikan akaun Instagram IQ... 
#cewaahh~ blaa laaa

izyanbalqis25

akaun ni tak private sebab malas nak private
 gambar dalam blog pun tak private~ =P kan?

so, kalau anda ada kerajinan yang lebih, folo la yer
gambar memang tak banyak lagi buat masa ni, tengok lepas cuti ni baru jadi hantu instagram...
muahahaha~ *ok..behave IQ

teaser~ ceehhh~
biskut munchys ini tak siap dibuat, bukan IQ yang da makan...
tapi memang ini yang ada dalam packaging dia.

k.bai
 

*** petang ni nak pergi tengok baby muhammad pulak! anak nadia + bob, next entry malam nanti...perghh!!!

Sunday, March 24, 2013

Sifat Itu Cermin Peribadi

March 24, 2013 5
 
hye korang
 
err....IQ tak ada nak dicakapkan, cuma mungkin ini satu entry yang nak luahkan perkara yang da lama bermain dalam lubuk hati dan pemikiran IQ ni...ini hanya pendapat peribadi IQ...mungkin ada terlibat sesetengah golongan individu tapi IQ tak akan mention sesiapa, sebab perkara ni random dan banyak berlaku...
 
IQ berkata bukan nak tunjuk IQ ni bagus ke apa...nope nope...jauh sama sekali menyimpang perasaan tu, tapi kita mungkin tak sedar apa yang kita buat, apa yang kita tulis, mungkin akan menyebabkan manusia akan berfikir pasal sifat kita, perangai kita....betul tak?
 
IQ sokong apabila ada group di facebook diadakan bagi menjadi medium perhubungan antara golongan pentadbir, atau golongan yang mempunyai kuasa bagi mendapat info dan aduan daripada pihak yang mempunyai masalah ni....TAPI...haaa..kan da capslock kejap....tapinya....yang tak berapa nak bestnye la kan...bila medium tu menjadi tempat untuk kondem/kutuk/pertikaikan apa jua cara pihak yang lagi sebelah tu buat....ada paham tak? ke tak?
 
memang kita perlu bagitahu apa yang kurang, apa yang masih boleh diperbaiki, TAPI kita boleh kan nak bagitahu semua tu dengan cara yang lebih sopan, tertib, dan berhemah...kan? tak perlu nak tengking, marah, nak ucap dengan kata kesat....bukan itu caranya....sesiapa pun akan rasa tersinggung apabila kita tiba-tiba melakukan semua perkara di atas dengan cara yang tidak betul....dan yang paling tak best, terlanggar batu sikit pun nak mengadu? errr....perlu ke? *contoh aje tu =P
 
kita ada adap, apatah lagi kita orang Melayu, *bagi yang melayu, dan jugak beragama Islam *bagi yang beragama Islam...kenapa tak kita tunjuk CARA KITA yang sepatutnya kepada masyarakat yang berlainan kaum dan agama...kan? tu yang sepatutnya....dan kalau boleh, perkara kecil tak perlulah dibesarkan, apa kata kita cuba selesaikan dulu masalah tu, cuba seberapa banyak cara, kalau da tak boleh, baru cari jalan lain untuk minta bantuan, bagi IQ...medium yang diberi, gunalah dengan baiknya, bukannya kondem sebaiknya....yer?

yang baik datang dari-Nya, yang buruk datang dari diri IQ sendiri. selamat beramal... XD

sekian.
 
berdiri sebagai ketua. bukan mudah.

*** nasihat menasihati amalan kita, terangkan hati...bukakan minda...=)

Friday, March 22, 2013

Main Masak-Masak

March 22, 2013 8
 
hye semua!
 
wah wah korang, mentang-mentang malam minggu, semua seronok je kan mengular, pergi keluar hang out, shopping...*ok, ni terasa...hek3...IQ kepenatan sikit, lepas beli barang...barang keperluan jer...XD
 
sejak dua menjak ni, 3 stooges rajin nak main masak-masak, yelah...memandangkan ada senior kitaorang pinjamkan dapur elektrik tuuu...kitaorang main bedal jer la nak masak apa....kadang tak tahu nak masak apa, main taruk je dalam periuk...konon macam ala-ala chef tu, main campak je kan...tup tup...sodap...haha...berangan je ler...
 
da timbul kerajinan nak memasak, so...ada family planning gitu, waaahh, tong-tong duit beli barang dapur...senang dan jimat...haa...tak yah la nak keluar makan yang sekali keluar kadang-kadang hampir nak cecah sepuluh hengget sorang kan...kan...kan??
 
tadaaa~ barang dapur cukup untuk.....errrr...sekejap je ni bley habis.haha!
lauk-lauk yang telah dihasilkan...oleh chef IQ, chef wanie dan chef farah...hehe~
 
konon macam sedap, tapi biasa-biasa jer....ada nasi ayam, sup sayur, lauk sosej + sayur, cekodok manis, cekodok kentang....huargghhhh..lapar la plak....hek3....ada cadangan nak masak apa-apa tak? kadang da tak tahu nak masak apa, nak masak gempak-gempak, kena pinjam dapur mak cik kafe la kot...ngeh3....
 
selamat berhujung minggu kawan-kawan...=)

k.bai~

***kepenatan melanda...rasa nak tito jer~

Wednesday, March 20, 2013

Monday, March 18, 2013

Minggu-Minggu Test Menge'test'

March 18, 2013 8
 
hye semua.

err...macam biasa la, sekarang minggu ke-6 dalam takwim kuliah kat UTM ni...dan seperti biasa, minggu ke-6 akan bermula detik-detik study last minit yang kononnya sibuk buat kerja...*err.. memang sibuk pun sekarang lerr~ 

IQ baru je habis test Environmental Management...dengar macam MENTAL management kan? haha...silap tuu...silap...paper ni cara nak jawab dalam bentuk esei...lima soalan, dalam masa satu jam....errr...tak sampai satu jam, siap lukis muka pakwe hensem kat kertas soalan tu, tu bukan kes da siap jawab soalan, tu kes tak tahu nak gebang apa dalam kertas jawapan tu...gebang? tak tahu apa tu gebang? mengarut...haaa...mengarut la tuu...

sekarang ni sedang mencari mood nak buat assignment...assignment kena hantar hari rabu...baru dapat siang tadi...konon macam rajin, nak buat malam ni...tapi masih melihat kertas soalan..*pandang kertas... kejap lagi la start buat, kalau tak buat, nanti ada orang akan tanya, "da buat ke belum assignmentnya?" dan dengan innocentnya IQ akan jawab, "hehe...belum lagi..." sebelum kena bebel, baik buat.......lalalaaaa~

da final semester. baru mula nak fokus kat kerja-kerja. baru mula nak buat kerja sebaik mungkin. mula nak bertungkus lumus...haihhh..biasa la...mood matang la kononnya tu...matang la sangat~ masih ada test yang menanti...masih ada kerja/projek yang menanti.....sooooo....

my dear fellow friend, lets rock our final semester!!! *cehh...konon gempak la tuuu...pirraaahhh~

k.bai
muka innocent.*kelip2 mata XD

***alaaa, nak attach gambar dengan Ir. yang IQ interview ari tuuuu....alaaa...next entry jer laa...hek4...XD gedik melampau benau! ishhh3~

Friday, March 15, 2013

Zahra Auliya.

March 15, 2013 4
 
Salam jumaat semua...

hari ni cuaca macam baik sangat. Alhamdulillah, tambahan plak hari jumaat kan? hee~ semalam IQ dan kawan2 satu kelab SRC pergi melawat senior kelab yang baru bersalin...senior kahwin dengan senior...semua satu kelab SRC...=)

malas nak cakap banyak tapi nak tunjuk gambar Zahra Auliya binti Zuan Azhary ni jer.....TADAAAAA!!
Perkenalkan...Zahra Auliya...=) comel kan kan kan???
Aunty K pun nak iterprem...XD
Next Calon Mother-To-Be...HAHA! Aunty W dan Aunty F..haha!
Close Up Auliya, bersama? Calon Mother-To-Be ni dirahsiakan =P

Semoga menjadi seorang anak solehah yer Zahra Auliya..
Amin
^___^

next round, 
Muhammad
anak Nadia + Bob

bila nak balik JB nih? XD
sekian.

*** bau baby adalah bauan yang paling best kan? XD

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday #37 HTGYE + ....

March 13, 2013 7
 
hujung minggu lepas. first day.
muka konon fokus.kamera hilang, tengok handphone balik.
HAHA!

ni untuk Nad dan Razfira.
da lama, memang da lama...sorry sangat-sangat~ 

Razfira, nak alamat~

*** malam ni ada test! test first untuk semester last ini~ cewah~ k.bai..

Sunday, March 10, 2013

Manusia Bernama Kawan

March 10, 2013 5
 
kalau bercakap pasal kawan.
bermacam kawan ada.
kawan waktu senang.
kawan waktu susah.
kawan waktu susah senang.

kawan waktu senang itu sakit.
kawan waktu susah itu ubat.
kawan waktu susah senang itu pula sahabat.

kita boleh hidup dengan bermacam jenis kawan.
kawan gelak. kawan nangis.
kawan makan kawan pun kita layan jer.
cuma tahan ke tak tahan jer la.

paling tak tahan dengan kawan yang.
kalau kita tak dapat bagi apa yang dia nak
dia akan akan bawa mulut merata.
kalau kita bagi apa yang dia nak
dia akan kunci mulut dia.

orang macam ni bahaya.
silap sikit, naya la kita.
nasib la.
manusia.
bukan sempurna.
ini lobak merah.bukan manusia. XP

*** Mohon dijauhkan. =) Amin~

Saturday, March 9, 2013

Sebulan Sekali.

March 09, 2013 7
 
sebulan sekali.
 
rasa nak marah-marah
rasa nak merajuk
rasa nak  meraung
rasa nak tacing-tacing
 
sebulan sekali.
 
biasa la.
 
perempuan.
 
 

*** farah da sihat~ Alhamdulillah... =)

Tuesday, March 5, 2013

Teman Susah Senang.

March 05, 2013 7
 
air mata dia tak berhenti mengalir
bukan menangis
tapi air matanya tak boleh nak dihentikan
sakit yang dia alami
hanya dia seorang yang rasa
 
berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul
aku lihat dia
mata yang tak dapat dibuka
sakit sangat rasanya
jalan dipapah
makan bersuap
serius aku sayu
hampir saja air mata aku gugur
tapi aku tahan
depan rezeki tak boleh menangis
 
sayu tengok dia makan bersuap
dan air mata tak berhenti mengalir
serius sayu.
 
farah. tolong sihat cepat.
aku sayang kau sangat-sangat.
=,(

Saturday, March 2, 2013

3 Stooges Yang Panjang Akal

March 02, 2013 6
 
selamat hari sabtu! yeaayy! hari ni panas, memang hari mendobi sedunia la gamaknya, dan pembantu mingguan IQ hari ni mogok, mintak bayaran lebih plak, selalunya sengget setengah jer, tapi kali ni dia bantai tiga hengget setengah, cekik darah betul! (situasi sebenar: mesin basuh telan sengget setengah free-free jer, mesin tu sebenarnya perlukan dua hengget sahaja) alahaaiii~~

3 stooges ni memang tak asing la dari blog nih, kadang-kadang IQ rasa macam nak kena buat tag blog baru, 3stooges la, senang sikit korang search dalam blog ni apa yang 3 stooges sebenarnya kan? tapi kalau nak cari sekarang, kena tengok tag yang bertanda BFF...heee~~ 3 stooges tu adalah IQ, Wanie dan Farah...mula digelar macam tu sejak tahun 1 oleh budak-budak kelab SRC....dan 3stooges selalunya memang panjang akal sikit sebab memang suka kenakan orang, terutamanya ahli kelab la kan? haha!

nak tengok kenakalan 3stooges? tengok video nih~ XD

IQ lebih suka menjadi perakam, so...IQ tak ada dalam video, hanya suara sahaja... =P

nasib la, memang 3stooges suka kenakan orang, dan mula risau, masing-masing nak grad nih, dorang plan kenakan kitaorang plak nanti~ haishhh~ risau-risau~ haha!!

tunggu next video, bukan 3stooges buat, tapi 3stooges hanya jadi rakan kongsi jer...tak ada la nakal mana~ 
HAHA!

k.bai~

*** bila da grad, akan rindu semua saat-saat macam ni, sangat!