Thursday, February 28, 2013

Saya Bakal Jurutera Yang Bagus! #Ceehhh!

February 28, 2013 6
 
mood nak berblogging macam membuak-buak....sebab header baru kot~ selalunya macam tu la, bila ada something baru kat blog jer, mula la ada mood nak menulis, konon je la...tapi serius....asal ek? kalau macam ni, kena tukar header/layout blog la selalu....baru ada semangat nak tulis blog....macam tu? #pening~

baru-baru nih, extension IQ meletup! alaaa, extension plug tuuu...masa IQ tengah nak masak air untuk mandi, **ok, hari hujan, tak tahan sejuk sangat air... tengah tunggu air dalam heater masak, terdengar satu bunyi, BOMM! ok, slow je bunyinya sebenarnya, tapi bunyi letupan la kan....serta merta heater tak berfungsi, so, pergi kat plug utama ada bau hangit...so, plug utama terbakar...tu pemikiran IQ....so, IQ expect nak beli plug baru jer...bukan extension baru, tapi plug baru....

plug baru beli kat jusco dalam RM4.90, walaupun hampir kena tipu hidup-hidup oleh seseorang yang cakap plug tu harga RM20.00++ jemm~~ haha! tapi bila da beli, baru terfikir nak buka plug tu, da tengok apa yang rosak, kalau betul plug rosak, tindakan beli plug tu betul la kan....daannn...satu hari IQ pun buka plug tu, rupanya??

kabel warna biru yang terbakar!! ok, beli plug baru tu kira macam free-free je....-__- dan semalam IQ potong kabel yang terbakar untuk pasang balik dalam plug tu, and.....at last......hidup!!! ok, IQ memang boleh jadi pomen barang elektrik~~ lai lai lai....sape nak baiki barang elektrik meh bilik IQ meh...XD
playar.gunting.done!
IQ memang suka baiki barang-barang, terutama barang elektrik, sejak sekolah....kalau ada barang kat rumah rosak plug, nak tukar plug baru, memang ummi akan suruh IQ yang buat, benda simple kan? orang perempuan pun boleh buat maa....masa kelas career minggu lepas pun lecturer ada tanya apa yang IQ suka buat, dan IQ cakap la IQ suka baiki barang....HAHAHA! ciri-ciri engineer yang bagus kan kan kan? *perasan! tapi silap bidang daaa~~

so, that's it! haaa...nak show something, dalam group Environment Management kitaorang ada seorang student dari China, dan kebetulan, dia masuk group IQ...semalam Paan ada bagi satu benda, katanya dari Meng (student China) tu....apa dia?
TADAAAA!
kipas dari China. bahagian depan.

bahagian belakang...
Nais kan? XD Thanks Meng!

k.bai!

*** baucer buku da habis shopping! seminggu je da habis? biase~~~

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday #35 Shopping Baucer Buku

February 27, 2013 10
 
 kipas tu beli tanpa baucer buku,
hardisk tu yer...

akhirnya dapat beli hardisk. Alhamdulillah =)

baucer ada balance lagi, nak kena beli buku + alat tulis.

jom shopping lagi! 

HEHE~

k.bai.

*** kipas tu da tak ada kaler lain dah...kalau tak, mana mau beli barang warna pink kan... XD tu pun da kena perli dengan 2stooges....haihhh~

Monday, February 25, 2013

Blogger Tegar?

February 25, 2013 10
 
Cuaca? setelah beberapa hari panas, akhirnya lewat petang tadi hujan lebat + petir sabung menyabung di bumi UTM....3 stooges yang sedang makan pun boleh terpelanting sudu ke lantai...*ok, tu tipu...XD
 
tajuk macam bajet je la kan....tapi IQ nak tanya jugak korang, blogger tegar dari segi apa yang dimaksudkan sebenarnya? post yang banyak dan bermanfaat? followers yang ramai? komen yang beratus-ratus? ke achaner? habaq mai sket~

ada suatu ketika dulu, dulu la...bukan sekarang...orang cakap IQ ni blogger tegar...blogger tegar?? IQ post pun tak banyak, followers pun tak sampai 1K lagi...nak kata komen beratus, seciput je haa komennya....bukan ramai pun, nampak banyak pun sebab IQ pun reply komen kat ruangan komen tu jugak....dan ada ke blogger tegar buat macam tu? XD haha!!

tapi....apa-apa pun setiap pandangan orang berbeza....bagi IQ, blogger tegar tu macam update blog sepanjang masa, paling kurang pun sekali sehari....dan sekali dia post, mesti berduyun yang komen kat ruangan komen dia...haaa..bley dikatakan blogger tegar la tu...pejam celik pejam celik...haaa..korang la kan orang-orangnya kan....

apa-apa pun, niat menulis biar ikhlas, IQ tak harap orang baca blog IQ nih pun, benda terbuka, setiap apa yang kita tulis ni orang akan baca, dan kalau baik isinya, jadi baik la hasilnya...kalau sebaliknya? haihhh~ pikir la sendiri...penat IQ nak taip...haha~

IQ sebenarnya sesaje nak tulis post ni, nak show kat korang tu haaa...header baru yang camcomel la jugak kot~ hahaha...da lama tak ada header kaler-kaler kan...tu yang jadi excited sket, pastu mula la nak membebel kat blog, konon ada idea la tu....KONON je la...haha~

ok la...till then. bai~

sebelum tu, tengok ni dulu...jangan gelak tau...tahan...tahan... XD
 


*** nak tidur awal, esok kelas Dr Jamaluddin!!!! tak nak nyanyi depan kelas kalau lewat~ aaaaa~

Sunday, February 24, 2013

Se'simple' Tuannya.

February 24, 2013 9
 
 haccchhhooommmm!!! ok...maap maap...hingus setepek kat muka korang...maap yer~ srooot srooot...huhu~ mood sekarang adalah TAK SIHAT. heh~ sejak dua menjak ni selalu sangat tak sihat...cuaca? mungkin...kurang minum air pun mungkin....srrooott srooott~ #euuwww..selekehnya!!

IQ perasan, blog ni makin lama makin simple, bukan tak terniat di hati nak hias blog cantik-cantik...tapi entah la...orang kata, bukan IQ kata la kan...blog tu macam tuan dia, kalau simple, maknanya simple la macam tuan dia... ye ker? so, IQ ni simple la gitu? entah~

IQ nak hias blog ni cantik-cantik tapi......currently photoshop is not available...laptop IQ masih rosak dan dalam proses dibaiki...so, sekarang pun kalau nak edit pakai portable photoscape, nak donlod portable photoshop punyer la susah ceq oit.... =.="

IQ blogwalking tadi...ternyata banyak blog yang comel-comel, semart-semart, simple but nice pun ada, blog IQ ni je la yang terlampau simple kot sekarang, sesiapa yang tengok blog IQ dari dulu kan mesti cakap benda yang sama kan....tapi simple tu kan mudah, mudah nak load blog...hehehe~ XD

dan........IQ sekarang marathon tengok Running Man dari episod 1-133...errr....tapi bukan marathon sangat la kan sebab da banyak da tengok sebelum ni, cuma fill in the blank jer, mana yang tak tengok lagi, so...tengok la kan..kan kan...heeee~~

Mr Acer!


 ok la. cukup la merapu, merapu sebab nak penuhkan blog jer...agaknya ada orang ke yang baca? Ntah~~

till then, bai~

*** esok isnin, kelas lagi  =.="
***asal la font tetiba jadik kecik ni...haishhh~ 

Thursday, February 21, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday #34 Happy Birthday Photoshop!

February 20, 2013 4
 
 
Happy Birthday Photoshop
Besaq daa hang eh...
 
#beza umur dengan IQ setahun jer, tua betul hang ni PS...
 
HAHA!
 
k bai.
 
*** yang penting kek red velvet tuuuu.....sedapnyeeeeee, nak red velvet!!! lama da tak makan =.=...

Tuesday, February 19, 2013

Anak Kedua

February 19, 2013 4
 
 dua-dua teman dari kecik.
terpisah lepas IQ berpindah ke tempat lain.
tapi mereka tetap sahabat baik.
 
dan mereka da kahwin
dua-dua baru jer bersalin ANAK KEDUA
 
tahniah kalian.
 
IQ pula?
 
NTAH.
 
K bai.


*** mampu dukung anak orang jer, tak pun anak sedara. Insya-Allah, ada rezeki, ada la...

Friday, February 15, 2013

Kuliah Bermula, Semester Akhir

February 15, 2013 9
 
final semester telah pun bermula!!!! yeaaayy!! *lambat la ko IQ...#derrr... errr...hehehe...IQ dah pun start kelas....walaupun ramai lagi kawan-kawan yang masih berlibur bersama family...=.=" IQ tak dapat nak extend cuti lama-lama sebab ada urusan pejabat...*amboih, macam da bekerja...

dan semalam, semangat sangat nak pergi kelas! sebab hari rabu da ter'ponteng' kelas...hehe...jadual dalam sistem tak dapat nak tengok, so...main bantai je ponteng...at last, dapat tau ada lecturer yang masih bercuti sebab pergi Umrah *fuhhh, nasib baik...XD semalam bangun awal, bersiap kemain....at last....eh? Dr Rozana? eh? kelas CPM? IQ da ambik laaaa semester lepas... -_- ok, bersiap pergi kelas pukul 8 pagi, rupanya salah kelas...patutnya tak yah pergi pun....#derrrr...*hilang semangat kejap...HAHA!

petang semalam jugak ada kelas environment, lecturernya Dr Bad...haha~ Dr Bad ni serius kelakar....dan dia mintak claim limau sekotak sebab tak datang kelas hari sebelum tu....maaf Dr., saya tak tengok jadual awal-awal...hehe...dan semalam pun just buat sesi orientasi...memandangkan ramai student yang tak datang...nama, asal, HOBI???? hobi saya adalah....haha...blogging! *cewaaahhh.... dan boleh plak Dr. Bad suruh IQ buat blog pasal environment? ermm..mungkin akan dibuat suatu hari nanti...kan kan kan? Insya-Allah... =)

permulaan semester yang boleh dikatakan baik, Alhamdulillah...diharapkan semuanya berjalan dengan lancar sampai ke penghujungnya...dan peroleh gred yang lebih baik untuk semester terakhir ini....Amin.... #Arghhhh!! da nak habis belajar ke??? *tak percaya!

selamat berkuliah kawan-kawan...=)

***masa untuk tukar cermin mata baru! #bertukar!!! jyeaahhh! *mood matang, KONON

Wednesday, February 6, 2013

Ketuk Game! Versi Family Outing (Korea)

February 06, 2013 3

Assalamualaikum semua!

mood hari ni? suam-suam kuku kot…memandangkan cuaca pun hujan, so…kita ambik suhu suam-suam kuku, tak berapa nak panas, tak berapa nak sejuk…*ok, merapu! kembali ke tajuk asal…

dalam entry yang lepas, IQ ada cakap kan nak cerita pasal satu game, game yang IQ tengok dalam satu rancangan korea…bukan Running Man, tapi Family Outing…rancangan ni jugak dipengaruhi oleh adik IQ….#grrr… so, IQ ni kiranya senang dipengaruhi dengan cerita/drama…tapi rancangan ni macam family sket, tak der lari-lari…cuma banyak masak-masak…yumm yummm #lapar…

dalam satu episod FO, IQ tertarik dengan satu game…game tu guna satu penukul masa zaman kita kecik-kecik dulu tu, yang kita ketuk ada keluar bunyi camcomel tu….tak ingat?  -_- try tengok video kat bawah nih…tengok part mula-mula masa game tu je tau….kang tengok lebih-lebih terus nak tengok episod seterusnya…lepas tu, cakap IQ lak influence korang…tak nak bertanggungjawab tau… =P

haaa…dapat? hehehe…lepas IQ tengok episod nih, terus rasa nak cari penukul camcomel tu dan nak main game macam tu dengan adik IQ…so, ada la satu hari masa cuti tu pergi pasaraya….mencari penukul camcomel tu….mula-mula da give up, sebab rasa macam da lama tak wujud penukul camcomel tu, dan at laaaaast!! jumpaaaaaa!!! kat pekan karak pun jumpa tau~ =P

Photo1083
#abaikan muka terover excited..  -_-

bukan IQ pilih penukul camcomel tu warna pink tau, tapi adik IQ…dia suka sangat warna pink…#euwww~ errr…so, lepas tu kitaorang main macam dalam video atas tu, TAPI….disebabkan da lama tak berguling, adik IQ fail…so, IQ ambik peluang ketuk ketuk ketuk dan ketuk!! hehehe…serius camcomel je bunyi dia….korang pun try laa….best~~ =P

ok, dah…cukup…next game plak…hehehehe~~

till then, bai.

*** da balik utm, tak boleh da nak main… =.=”

Tuesday, February 5, 2013

Change.

February 05, 2013 4

suddenly.

I became

A Quieter
A Silencer
and

More Shy?

tumblr_m96sf9hrD21rcccqao1_500
#Current FB DP

Self-Conscious maybe.

#havelearnedmanythingsfromthepast.

*silent again*

Sunday, February 3, 2013

Sedetik…Sejenak…Cuti…

February 03, 2013 12

Assalamualaikum semua…

woahh~ rasanya agak lama tak mencoret kata-kata kat sini…sejak habis final yang lepas, excited sangat nak balik, tak sempat nak say Bai Bai kat sini…maap yer…saya mintak maap…almaklum la, exam paling lambat habis kan…*ngeh4…

by the way, IQ berada di UTM sekarang setelah seminggu lebih di rumah…cuti masih lagi bersisa 9 hari tapi dah balik ke UTM…plan nak kumpul data untuk PSM…so, the mission is begin! cewaahhh~ konon betul-betul buat la tu? kang ngadap cerita je lebih, maklum la line super duper laju kan…orang tak ramai, memang heaven nak tengok cerita online…*ngeh4…

CUTI. cuti ni tak dapat nak buat apa sangat…sehari lepas sampai rumah, terus TV kat rumah rosak…haishh~ memang hilang fear factor, setia hujung nyawa semua….seminggu bosan! seminggu je la sebab lepas adik perempuan IQ balik dari kelantan, dia pengaruh IQ dengan Running Man plak daaa~ jemm betul budak tu…habis-habisan influence kakak dia ni dengan korea dia…arghhh!!! sampai sekarang da tak boleh lepas nak tengok JaeSuk, KwangSoo, JiHyo, KangGary, JongKook, Haha, JongKi dan SukJin….tak cukup dengan tu, influence lagi dengan kumpulan Big Bang… GD, TaeYang, TOP, Seungri, Daesong…arghhh!! #influece!!

Running Man 4
Running Man
bigbang-running-man_001
Big Bang dalam RM

okeh, dah cukup! mentang-mentang la TV tak dak, tengok Running Man je la kan..nak buat macam tu, tu je buatkan IQ survive kat rumah, kalau tak, bosan tahap….errr….ntah laa…#weeee~ ditambah dengan Family Outing plak dah…*ishhh3…k dah! tak nak cerita dah…ada orang da tarik muka tu..bosan tau tak! hehehe…*maap2..

errr…macam-macam IQ nak cerita….walaupun kebosanan kat rumah, masih ada cerita yang nak diceritakan…tapi, cuba lihat ni dulu….

fb2
Yeah!! IQ da genap 2_ tahun! #kesilapan

kepada itik kuning yang comel-comel…
birthday IQ bulan 4 yer…bukan bulan 2, bulan 2 tu awal sangat…=P

till then, nanti IQ cerita banyak lagi yer…sebelum berpisah, meh dengar lagu feveret IQ terbaru…cewaaahh, macam ada album sendiri plak…  -_-

*** ada game baru….influece dari program Korea jugak…nak tahu? next entry! =P