Wednesday, September 28, 2011

hOrMaT!

September 28, 2011 2
hOrMaT!

 

do respect each other, so people will respect you back!

even you are the older one or the younger one

 

kadang-kadang kita terlepas pandang, terlanjur kata…
mungkin kita rasa dia tak akan ambik hati…
tapi kita mesti ambik tahu, dia terasa hati atau tak…
supaya kita tak berdosa atas kesalahan kita
yang kita tak pernah tau yang kita da TERBUAT salah

sekian.

 

*** hari ni IQ tak berenti nak gelak…ni sipolan dan sipolan la punye pasal, bagi kitaorang tak berenti gelak! adoi~~ pecah perut camni weyhh~~

*** domo kecik IQ hilang!!!! huaaaaaa~~~ sedih tahap gaban!

kesimpulan : pelbagai perasaan hari ni…aiyaakk~

Tuesday, September 27, 2011

pEnCaRiAn HeAdEr BlOg PaLiNg SeMpOi & KrEaTiF 2011

September 27, 2011 4
IQ ditag oleh itik kuning…se'busy-busy' itik kuning tu pun masih boleh join contest nih…cayalah nad! opss~ hee~~
IQ nak tag anyyss suhaimi, uzair suhud dan jugak nur hidayah isa
diaorang semua utm bloggers!
meh kenal-kenal meh~
heee~
done!
see ya!
*** teringin nak makan nasi ayam hainan dekat gerai B24 lagi…=)

2tH aNnIvEsArY!

September 27, 2011 2

annivesary

hari ni, genap 2 tahun IQ berblogging….Alhamdulillah~ tak putus-putus idea melainkan putus sumber tenet…huuu~

bermula 27 September 2009, IQ mula berblogging hanya sekadar nak menaip apa yang terfikir/terbuku/terkamus dalam ruang fikiran IQ sahaja…selebihnya…ideanya datang dari korang semua…

first entry IQ? klik di sini!! just entry pemula bicara…rasa macam ape ntah masa tu…mula-mula blogging memang tak bajet orang nak baca blog…sapa la kita kan sampai ada orang nak baca hasil tulisan kita…

namun, hari demi hari, waktu bersilih waktu…setelah dua tahun, IQ ada ramai kawan blogger!! terutama UTM bloggers yang teramat sempoi~ siyesly~ dalam banyak-banyak group blogger dalam facebook, IQ just stick pada group ni je…tak lari mana-mana daa~

dari mula IQ guna blog sampai sekarang, dari nama blog dulu AKU, DIRI AKU DAN TENTANG AKU dijadikan DUNIA BLOG IQ, korang pun boleh tengok, macam-macam jenis layout yang IQ gunakan…termasuk la header…walaupun dulu tak reti guna photoshop, rela guna macam-macam basic software macam paint untuk buat header…bersungguh nak cantikkan blog! ishhh3~~

IMG_4852(1)
first header dulu…..KOT! tak ingat da mana satu header first..heee~ yang ni la kot~

sekarang nak jadikan blog simple je, tak perlu ada widget banyak, simple tapi menarik…tu target IQ…ntah la blog IQ ni macam mana sekarang? pendapat korang la kan, macam mana blog IQ sekarang? ok ke tak? KOMEN SKET!

ok la, sekian dahulu coretan ulangtahun IQ…heee~~ happy birthday my blog!!! love blog sangat-sangat!!!

see ya!

*** terlalu banyak nak diceritakan, next entry plis!!!

Thursday, September 22, 2011

sLiDeShOw gAmBaR pHoToShOp~

September 22, 2011 2
sLiDeShOw gAmBaR pHoToShOp~
sila play, internet di UTm makin laju, so…play ler~ heee~

ntah kenapa, IQ makin seronok nak upload video-video IQ kat youtube….sebelum ni IQ ada buat macam-macam video…cuma tak dapat nak letak kat youtube sebab kengkangan internet…dan Alhamdulillah….nak upload video kat youtube sekarang makin laju di UTM nih…

terima kasih UTM!

gambar dalam video tu ada macam-macam jenis gambar, dan gambar pemandangan semua yang IQ ambik sendiri, gambar potrait dan budak pun sama…cuma kalau ada IQ dalam gambar tu, maknanya bukan IQ la yang tangkap…heee~~~

gambar diedit menggunakan efek HDR Toning…nak tau apa HDR Toning? klik di sini…dan untuk gambar kartun tu plak…camne nak buat? klik di sini pula…heee~

ok la, see ya!

 

***ingat nak letak video je tadi…bantai ada explaination lak…huu~~ sorry sorry!

KaR’11 aWeSoMe!!

September 22, 2011 0
KaR’11 aWeSoMe!!

salam semua,

IQ nak bercakap tentang Kursus Asas Rekreasi 2011 a.k.a KAR’11 ni da lama tapi memandangkan gambar program baru je diupload, so…baru sekarang la IQ nak update…

Alhamdulillah, program untuk student baru tahun 1 selamat dijalankan…walaupun hujan hampir setiap hari, namun…tak mematahkan semangat diaorang untuk enjoy program tu…kiranya diaorang tak mental sepanjang program tu…yang dengar masa akhir program hanyalah…

“KAR 2011 MEMANG BEST!”

“KEM NI TERBAEK!”

Alhamdulillah…respon daripada para peserta memang memberangsangkan!! kami sebagai AJK dan fasi berasa bangga dalam menjayakan program tahunan ni…untuk KAR kali nih, IQ pegang jawatan sebagai ketua department water…tahun lepas jadi fasi, tahun ni jadi benda laen plak…tugas tu memang berat…sebab korang kena sampaikan maklumat yang tepat dan bernas supaya input mudah diterima oleh peserta…

kali ni IQ tak ada gambar menarik nak letak…sebab da niat, lepas nih, tak nak letak gambar banyak-banyak dalam blog…sekeping dua cukup laa~ heee~~


macam biasa, banner program is the main! credit to Kamalizah for wonderful banner~


slot yang IQ handle…nampak IQ? tak nampak?? tawu la IQ kecik!!!


last but not least~ all members of KAR 2011 picture!!!

credit to SRC CREW for these pictures! nak tengok lagi? klik di sini yer!

ok, done~ mission accomplished! next program please~~ heee~apa next program? jamuan raya dan jugak jualan bunga konvo…minggu ini!!! waaaa~~

ok la, see ya!

*** mood yang sedang-sedang sahaja~ wuuuu~

Wednesday, September 21, 2011

JaNgAn rIsAu, SeMuA oRaNg CaNtIk!

September 21, 2011 7

salam semua!

apa korang buat petang-petang camni hah? tidur? main? lepak depan laptop? haa..tu IQ la tuuu…IQ nak join giveaway tapi hold dulu…sebab da join contest sebelum nih…baru pagi tadi buat kan?

bila ada internet nih, mula la idea mencurah-curah ke ladang gandum…sampai tangan nak menaip pun da tak cukup! sampai kadang-kadang, terlintas kat fikiran satu perkara, terus nak buat entry kat blog…perghh…itu da macam blogger tegar lak…heee~

topik kali ni, apa pendapat korang? korang tengok zaman sekarang nih macam mana? semua orang masih merendah diri lagi ke? masih anggap dirinya tak menarik ke? ke macam mana?

dulu, IQ berperasaan macam tu, selalu fikir tak menarik, tak mampu nak menarik perhatian orang dengan rupa/penampilan IQ…jujur IQ katakan, IQ dulu tak seperti sekarang…bukan bermakna IQ nak cakap IQ sekarang dah cantik ke apa…korang jangan salah anggap plak~~ eee..nakal!

dulu IQ tak ada keyakinan diri, well, mungkin sekarang masih ada kekurangan keyakinan diri…tapi bila meningkat dewasa, semua tu berubah…apatah lagi kita bergaul, berkawan dengan ramai orang…mungkin itu sedikit sebanyak mengajar kita bersama…

tapi sekarang jugak, tak dewasa pun da terlebih keyakinan diri…budak-budak sekarang suka menonjolkan diri, belum tiba masanya da nak cantik sana sini…sesuai ke? ntah…pendapat korang lak macam mana? budak sekolah yang baru tingkatan satu, da bergaya macam orang da bekerja? huh~ macam tak sesuai la plak kan?

dunia sekarang da advance….semua orang boleh lihat kecantikan masing-masing… macam mana? ada kamera handphone? ambik gambar sendiri, dan tengok! kalau cantek, ambik lagi, ambik lagi dan ambik lagi…heeee~ kalau tak cantik? stop je la, laen kali je la ambik…haha!

ok…tu je pendapat IQ….semua orang cantik, dan semua orang pun da boleh detect sendiri yang dia tu cantik kan? heee~ begitu jugak lelaki…situasinya sama ajeeeee~ ambik gambar sendiri! haha!

topik nih lebih kurang macam video kupasan matluthfi90 plak kan? tapi IQ just tulis apa yang terlintas dalam fikiran IQ…tak copy mana-mana entry ataupun video ok~

see ya!

IMAG0810 (2)

gambar tak ambik sendiri ok~~hee~…suke!

 

*** lalalalalaaa~~

cOnTeSt I lOvE dOmOkUn

September 21, 2011 4

semalam tak ada mood, bangun pagi buka laptop dan jugak buka blog,tengok link, terjah blog ke blog…so, jumpa la contest ni!!! siyesly~~ I’m crazy about DOMOKUN!!!

DUA SEBAB IQ MINAT DOMOKUN?

1- DOMOKUN TAK BOLEH TUTUP MULOT!

korang tengok kan domokun camne? ke mana jua, bila-bila masa mulotnye akan terbuka sepanjang masa, lagi kelakar bila domokun tidor, confirm banyak air liur basi dia meleleh…..nampak selekeh kan?? eee..selekehnya domokun….tapi IQ suka!!!!!

2- DOMOKUN COMEL SEBAB MACAM KUMAN

yang ni along IQ cakap, macam KUMAN!! kuman yang besar 10ribu kali ganda dan hidup macam haiwan yang lain! walaupun rupanya macam kuman bagi IQ,tapi DOMOKUN tetap comel!!! comel sangat! comelnyeeee~~~

disebabkan IQ obses sangat kat domokun ni, IQ edit gambar bersama DOMOKUN yang IQ ada…heee~gambar ni da edit lama, masa mula-mula IQ beli DOMOKUN tahun lepas..

giler domo!

dan jugak video ni IQ buat masa cuti 4 bulan hari tu…tengah lepak-lepak dalam bas dengan adik, buat la video ni, macam bese…IQ edit video…dan siap la VIDEO DOMO COMEL!

nak tag

apel [wan zuliyana]

nanad

princess nasuha

animation2

sekian sahaja dari IQ dan domokun!!! tata~~

 

*** teringin nak miliki beg domokun!!!!

Monday, September 19, 2011

GiVeAwAy bLoG iTiK kUnInG

September 19, 2011 9

salam semua, selamat petang!!!

da lama da tak masuk contest/giveaway…mungkin sebab selama masuk nih tak pernah ada luck or apa orang cakap, TUAH~ yeaah~~ dan giveaway ni plak dianjurkan oleh UTM blogger sendiri…so, nak masuk!! nak masuk!! tak dapat, kejar nad sampai dapat!! muahahahaha!!


gedabak besar banner giveaway IQ letak…nak join? klik la…

IQ nak tag sape-sape yang wanted!! HAHA~ wanted ek? hee

PRINCESS NASUHA

MISS NINNY

RENEX

done!

*** nad, kalau tak bagi sekor itik kuning tu siap ar….hahaha~~ gurau-gurau~~ heee..nak big apple! tak nak j-co..haha~

Wednesday, September 14, 2011

I’m BuSy Ok!!

September 14, 2011 9

salam semua!!!!! pekabor??

perghhh~~ tajuk macam bongkak semacam jer..erkkk?? saya tidak begitu ok~ just nak state kan di sini…

I’M SO VERY BUSY THIS WEEK AND NEXT WEEK!!!!!!

okeh~ paham? huhu…new sem da start…kalau da start memang gerenti banyak giler perkara yang perlu diselesaikan~ hal akademik? hal kelab? semua balance…dan mencapai graf yang tertinggi dan sama dalam urusan kehidupan IQ sekarang!!!

pagi macam biasa…kelas dan kelas dan kelas~~ naseb baek minggu ni banyak kelas yang tak ada dan jugak habes awal…bak kata itik kuning…kelas satu jam, jadi lima belas minit…kelas dua jam jadi setengah jam…minggu ni memang heaven…tapi minggu depan? faham-faham ke la…komitment beb!! komitment!!!

minggu ni kelab IQ adakan program untuk student freshie pasal basic rekreasi…so, melepak la hujung minggu IQ di dalam hutan UTM yang cukup indah untuk diterokai itu…kan kan kan??? heee~~~ siang tadi pergi beli barang makanan untuk program…perghhh~~ siyes banyak!! yang pergi pun just tiga anak dara yang kiut miut mengangkat beras sebanyak 4 x 10kg!!!! kuat kan kami~~ haha!

227115_10150175366462454_625492453_6792551_63259_n
kami anak dara yang gagah! yeaahhh!!! Smile with tongue out

next week, jamuan-jamuan raya kelas dan kelab akan berlangsung…yang tu pun akan bertambah busy dengan jualan bungan konvo plak yang berlangsung hujung minggu depan….erkkkk??? time untuk jual menjual macam dolu-dolu la plak…heee~

IQ nak tulis banyak-banyak tapi takot korang bosan je ape plak kan? tapi tak per la, IQ nak bersiap, nak bermake up…nak pergi rumah terbuka presiden kelab plak nih…rumah dier belakang UTM nih je…meh ramai-rmai serbu rumah dier meh~~ heeee~~

sekian sahaj dari IQ…see ya!!

***korang nak tau sesuatu tak? IQ malu benor ari ni…sebab ape? nanti la IQ cerita….malu bebenor nih!!!

Sunday, September 11, 2011

EsOk Da KuLiAh Ok!!

September 11, 2011 4

esok da kuliah

tapi kelas start pukul 11 pagi…

satu kelas plak tu…

agak-agak, korang jeles tak?

heeee~~

selamat kembali berkuliah semua!

sem baru! semangat baru!!

YEAAAHHH~~

DSC04587

saje nak letak pic budak kecik tembam tiut miut nih kat sini…

rindu rayyan sangat-sangat!!

dia da pandai mengade-ngade!

see ya!

 

*** alamak! luper nak beli buku untuk kuliah esok~~ alahai~~~ malam ni meeting!!!

cOoL fEvEr…

September 11, 2011 0

salam!


comel giler budak nih demam, sebijik macam IQ…heh! Smile with tongue out

yang ni IQ tak tau nak cakap la…cool fever? ke hot fever? lantak la apa pun…cuma sekarang IQ pening sket, bila nak mula sesi baru kuliah mesti IQ kena demam….asal hah?

sesi lepas, masa nak masuk tahun 2…demam panas gila!! pergi klinik kesihatan kat UTM ni dan check suhu….damn! 39.9 darjah celcius beb~ tu memang serius panas…tapi IQ pelik gak, doktor tu cool je, kita tengah hot, dier boleh nak cool-cool kan? doktor tu tak bagi lak suntikan power atau apa-apa yang boleh turunkan suhu secepat yang boleh…pelik-pelik….

kes demam panas masa tu sebab pergi program anak angkat kat perak tu, IQ jadi photographer…so, kena berhujan panas untuk dapatkan shot menarik…balik UTM, terus demam panas~ memang cun habes! terbaring je atas katil…memang tak berdaya langsung masa tu…masuk kelas hari pertama kuliah da kabur-kabur…nasib baik tak belajar apa sangat…nama pun hari pertama kuliah~

hari ni hari ahad, esok da start kuliah la weyyhh!!! IQ demam lagi nih, cuma sekarang lebih kepada cool fever…[macam nama pelekat demam tu la plak]…sekarang hujan membasahi bumi, confirm sejuk giler! IQ da tempah pakej selsema dengan batuk…cukup la tu di samping badan nak panas nih….adessss~~ naseb la ko jah….demam kali ni tak tau kenapa plak….nak berhujan panas tu? ermmm…ada la kena hujan sket-sket..tapi selalunya tak efek sangat…naseb-naseb…

harap-harap demam ni cepat pulih, petang ni ada open house plak nih…hahahaha! da demam nak pergi open house lak, mengamuk la chubby IQ kalau tau nih….da la culas makan obat, ada hati nak jalan-jalan….nasib baik semalam tak jadi nak ride keliling UTM nih dengan rider-rider yang lain…kalau tak, bertambah teruk agaknya…hehehe~

ok la, kaki da sejuk, hingus da meleleh…nak makan ubat ke tak nih? heee~~ need to sleep lagi…see you soon~

bye!

*** apa pun tak bley! dah tak ada ayat sampingan daa~

Saturday, September 10, 2011

rEmAjA tAk MiNaT bErPoLiTiK? kEnApA?

September 10, 2011 5
rEmAjA tAk MiNaT bErPoLiTiK? kEnApA?

salam kepada semua…

tengok tajuk! haaa..gerenti tak ramai orang nak buka page IQ untuk entry kali ni, sebab bunyinya agak serius kan? memang….memang bunyinya agak serius…melihatkan keadaan sekarang yang semakin runcing…golongan remaja pula? apa tindakannya?

IQ adalah remaja, hampir kesemua kawan-kawan IQ berada dalam lingkungan remaja…tapi bila disebut pasal politik kepada remaja….bermacam-macam jawapan yang diberi :

  • “Masih muda, tak perlu nak join politik-politik ni sangat”
  • “Politik sekarang kotor”
  • “Biar la, malas nak ambik tau!”

yang ni menjadikan remaja sekarang memandang masalah yang menimpa keadaan sekeliling dengan pandangan tak tau apa-apa…bila ditanyakan soalan berkaitan politik…itu la jawapannya…tak ada guna kerajaan suruh mendaftar sebagai pengundi sejak umur korang 21 tahun kalau korang tak tau apa fungsinya…

korang tau tak politik tu penting sebenarnya? politik itu sendiri berada dalam kehidupan korang…korang tau tak kesan korang tak nak ambik tau pasal politik ni?  banyak kesannya…tak tertulis IQ kat sini…cuma IQ nak tekankan…kalau korang berfikir mahu hidup enjoy setiap masa, dan tiba-tiba…keseronokan koran tersentap dan hilang dek kesan faktor politik ni…apa korang rasa?

cuma diingatkan… MEMBANGKANG LAGI SENANG DARI MEMPERTAHANKAN…

membaca dari blog ke blog, dari web ke web..memang banyak yang menyalahkan kerajaan…sebab terlalu banyak fakta yang memutar belitkan kepala….cuma ingatlah ayat di atas…MEMABANGKANG LAGI SENANG DARI MEMPERTAHANKAN…

sekian.

*** bersyukur la dengan negara yang aman, harmoni ni…korang nak ke ISRAEL/USA datang sini dan rampas negara kita yang tercinta ni? kalau mahu, teruskan berdiam diri…

Friday, September 9, 2011

bEr ‘PaMeRaN kElAb’

September 09, 2011 3

salam kepada semua

maaf la, IQ tak dapat nak post apa-apa dua tiga hari ni disebabkan IQ sibuk dengan pameran kelab IQ yang berlangsung 2 hari di dataran agora …

buat pengetahuan korang, pameran kelab ni diadakan khas untuk freshie-freshie yang baru sahaja mendaftar ke universiti… dan untuk UTM ni, 7-8 September ni jadi pilihan dan IQ pun terpaksa la balik ke UTM awal untuk menjayakan program ni…eceh~ hehehe~

gambar-gambar untuk pameran ni tak ada, yang ada cuma video khas temuramah pihak MPM UTM dengan salah seorang AJk kitaorang mengenai pameran kelab….nak tengok? tengok at bawah nih…

kama sebagai icon kitaorang hari berkenaan…heee~~

AJK yang laen pun ada dalam video tu, termasuk la IQ… heee~ Smile with tongue out 

kepada student yang baru mendaftar di UTM, jemput la untuk sertai SRC UTM…kami menyediakan pelbagai aktiviti outdoor yang best buat korang~ Antaranya :-

  1. Kursus Asas Rekreasi [16-18 September 2011]
  2. Ekspedisi Bukit Kutu
  3. White Water Rafting Ulu Slim [ini program yang IQ handle!]
  4. Explore Frim
  5. Caving
  6. Rocktrip @ Batu Caves

dan macam-macam lagi!! IQ lupa plak aktviti apa lagi yang ada, tapi siyesly ada banyak lagi IQ tak ingat….yang penting, semuanya aktiviti yang best-best! buat korang yang menggemari aktviti outdoor, jom la join kitaorang! [promote ni! promote nih!]

okeh la, nanti IQ update lagi ok~ IQ sekarang tak berapa nak sihat sebab tekak da sakit masa berpameran kelab nih, sekarang da dapat simptom-simptom nak demam, sakit tekak dan jugak selsema…wuwuwu~~

ok la, see you then~ see ya!

*** kat bilik dapat internet guna kabel LAN…masyuukkk~~~

Sunday, September 4, 2011

rAyA yAnG sInGkAt

September 04, 2011 6

baju melayu

salam semua..

korang semua da bercerita panjang pasal raya korang kan? IQ je malas nak menaip lagi dan cerita apa yang patut…bese la, bukan malas ke ape, hari-hari along IQ ajak pergi beraya…so, tak ada masa sangat nak menaip semua nih…dan sekarang nak cerita kronologi yang bese2 je tahapnya tentang raya IQ tahun nih~

PETANG RAYA:

DSC04579

bertolak balik ke Dungun dari Chemomoi, Triang…IQ drive jalan biasa je dan masa kat highway memang IQ malas nak drive, tak best….jalan lengang kan? sebab sehari sebelum raya ni kiranya ramai da pulang ke kampung…so, kitaorang conquer jalan..weeee~~ sampai kat Dungun malam…sebab banyak persinggahan sangat!

RAYA PERTAMA :


keluarga kecil kami~~ Embarrassed smile
tak pandang kamera sebab pandang kamera lain, banyak sangat tumpuan~~ weee~~
309759_2187017808703_1644803442_2161464_832237_n
keluarga besar kami sebelah abah~
tema tahun ni semua kelabu kecuali dua tiga orang tak pakai kelabu…
gambar ni tak menjadi sebab yang dua orang tak depan tu nak cepat2 masuk gambar…
tapi siyes gambar ni cun sebab semua orang gelak~ Smile
IMAG0973
sebelum nak ambik gambar ramai-ramai tu, ni la gelagat pak-pak sedara IQ…nak letak kamera tapi tak ada tripod…so, yang ni la jadinya…macam-macam cara dorang buat…Smile with tongue out
IMAG0989
raya ni tak berapa nak meriah jugak sebab adik bongsu IQ demam…dan jugak cirit birit sian asyraf tak dapat nak kutip duit raya macam sepupu-sepupu dia yang lain….cuma terbaring atas tilam dan sambut je duit raya yang diberi oleh sedara mara…sian adik… kalau dia sihat, dia la orang paling lincah dan aktif nak kutip duit-duit raya nih… Sad smile

tengahari raya pertama terus bergerak ke Kuantan, kampung belah umi plak….masa beraya kat sana, alamak…bateri kamera habes plak…tak ada la gambar dorang kat sini…sob3….

RAYA KEDUA :

raya kedua nih IQ follow along IQ balik Chemomoi dan umi, ateh dan adik adyraf balik ke Kuala Terengganu…sedih sangat! da 4bulan cuti dan dengan masalah yang ada, IQ tak rela umi balik ke sana…hermmm…

dalam perjalanan balik, chubby IQ mesej….katanya maknya ajak pergi majlis pertunangan sepupunya di Kuantan…kebetulan tunang along chubby ada jugak…so, IQ follow…best! raya kedua da dapat berjumpa dengan kekasih hati….sronok~~

RAYA KETIGA :

majlis pertunangan abang ngah kepada chubby IQ…majlis sederhana tapi meriah sebab pihak lelaki je bawak berbelas-belas bijik kereta yakni kaum kerabat ler…berarak masuk ke Felda Lepar 1…majlis pertunangan yang disekalikan dengan majlis cukur jambul…

*********

Raya keempat dan kelima malas nak cerita sebab tak buat apa sangat…IQ balik ke chemomoi dan beraya di sini pula…dan masa untuk kembai ke kampus!!! IQ akan pulang ke kampus awal sebab ada program kelab untuk student baru…IQ akan pulang pada selasa tengahari…naik bas ke skudai~ korang plak bila balik kampus??

ok la, sekian dulu…

see ya!

*** hari ni beraya lagi!!