Friday, May 27, 2011

aKtIvItI wAkTu cUti

May 27, 2011 7
IQ punye post ni dibuat pada 23 May 2011, tapi baru pada hari ini dipublishkan disebabkan baru ada internet…hehe…ni pun online di kfc~ ambek kesempatan! haha~…hehehe~~ musim cuti ni, IQ tak mulakan dengan mencari kerja lagi, tapi dimulakan dengan mengambil lesen! lesen ape lagi kalau tak lesen kereta~~ ari ahad ni ada ujian undang-undang~~ mood berdebar~~ fuhhh~

tapi sebelum tu IQ buat kerja sampingan, nak tau apa dia? scroll la ke bawah yer~~

DSC08082DSC08082
asal gambar ni kat sebelah kiri tu, telah diedit guna photoshop, sebelah kanan adalah hasilnya…

DSC08086DSC08086
begitu juga gambar ni…gambar ni adalah percubaan dan banyak lagi hasilnya kat bawah nih~

IMG_1424IQ cartoon
cartoon IQ
IMG_1517
IMG_2463
DSC01706
sketch1
ni sedikit sebanyak hasil photoshop IQ, IQ buat setelah mendapat ilham sebaik sahaja sampai di bumi Terengganu ni~ heeee~~
picturesofme! thatsfarahzulaikha thatsizzuanie
gambar ni saja-saja IQ edit, IQ edit sebab IQ rindukan diaorang…rindu sangat!
farah! wanie! aku rindu korang!
sekian.

***mesti korang cakap IQ tak der kerja kan, memang IQ tak ada kerja pun, hahaha!!!

Thursday, May 19, 2011

uMmI IQ rInDu IQ!!

May 19, 2011 9

salam semua….lama da tak menaip secara marathon…nak buat macam mana, sehari satu post je dapat buat…lepas nih, satu bulan satu post gamaknya IQ dapat buat….huhu…

IMG_2213IQ sekarang berada di rumah kakak IQ kat Bentong….actually, dekat Triang…sempadan Temerloh/Bentong…selama seminggu di sini sebab jadi baby sitter kepada Muhammad Rayyan Firdaus…memang fully jaga si Rayyan nih….merengek, menangis, semua IQ layan, cuma mandi dan basuh berak je tak sebab yang tu nenek dia buat….IQ tak biasa lagi sebab Rayyan baru nak genap sebulan pada esok hari…

tiap-tiap pagi, kat handphone Along mesti ada panggilan dari ummi kat Terengganu…tapi nak cakap dengan IQ…IQ tak dapat nak call ummi sebab kredit tak banyak…cuma bila ummi call Along, dapat la jugak IQ bercakap dengan ummi….ummi da mintak IQ balik awal, tak payah stay rumah Along lama-lama….ummi mintak IQ balik terengganu cepat-cepat…kalau boleh, sekarang mau IQ balik rumah…

jelas nampak ummi rindu IQ….IQ pun sama….kesian ummi, anak-anak perempuannya duduk jauh dari dia….yang tinggal hanyalah anak-anak teruna…anak teruna, nak diharap apa sangat…kan?

tak per, acik da nak balik lusa da nih…tunggu acik sampai kat kuala terengganu tu petang sabtu nanti….acik akan sampai sana jua….huuuu~ home sweet home bebeh~

ok la….next entry petang nanti kot….take care~

sekian.

 

*** IQ naik bas kat temerloh pagi sabtu nanti, ada sesape ada kat temerloh masa tu? heee~ [macam boleh jumpa….sembang kemas?]

Wednesday, May 18, 2011

LaNgiT tAk SeLaLu CeRaH~

May 18, 2011 6

biasa la, bukan tiap masa kita bahagia dengan kehidupan kita…bukan setiap masa kita boleh bergembira…bukan setiap masa kita boleh bergelak ketawa…

hidup…ada pasang surutnya…

IQ tak nafikan memang ada perkara yang menyedihkan hati IQ, meresahkan hati IQ…buat hidup IQ tak tenteram!

IQ nak tenangkan fikiran…mungkin ianya salah IQ, mungkin juga tidak…apa pun IQ minta maaf…IQ mahukan semua orang senang dengan IQ…tak nak ada yang bermasam muka, tak ada yang menyimpan dendam…IQ tak nak semua itu berlaku…

hati IQ sekarang diruntun pilu, atas peristiwa yang lepas….IQ cuba tabah…maafkan IQ buat insan-insan terpilih…

entah la..emo la sekarang…nak datang bulan kot…[maybe]

k la….

sekian.

emo_everybody_hurts-1280x800

*** gambar KL tak dapat lagi..entah bila dapat…Muaz dan Zira lak tengah musim exam…alamatnya lambat lagi la dapat tengok gambar-gambar tu~

Tuesday, May 17, 2011

vIdEo kHaS bUaT rAyYaN fIrdAuS

May 17, 2011 3

semalam IQ ingat nak buat entry pasal pergi KL ari tu, tapi memandangkan gambar-gambar masih belum diupload oleh kawan-kawan IQ kat sana, so..ditangguhkan dahulu…semalam jugak, abang ipar IQ dan kakak IQ mintak IQ buat video khas untuk anaknya….Rayyan Firdaus tu ler~

dan semalam, bertungkus lumus IQ siapkan…tak ada la smart sangat video tu, bese-bese je….lepas siap, convert jadi kecik sket saiznya…then, upload kat youtube…da lama berhajat nak upload kat youtube nih, sebab senang nak masukkan dalam blog atau facebook….kan? sebelum ni, IQ tak dapat nak attach video sendiri sebab masalah nak upload ke dalam blog ni, berat! baik upload kat youtube..senang sket~

so, sila la lihat video tak berape kat bawah nih…nak komen? pastikan anda ada akaun youtube..jika tak der, komen kat sini pun bley…haha!

nanti IQ update lagi~ sementara internet ada lagi sampai sabtu nih…sabtu nih IQ da bertolak ke terengganu~~ so, grab the opportunity! hahah~~ k~

see ya!

***pesanan pada sesiapa yang tag IQ untuk join contest atau buat tag, sorry…tak dapat nak buat lagi setakat nih…nyway, suma da pakai tukar layout blog~ jeles2!!

Sunday, May 15, 2011

tErKeJuT!

May 15, 2011 7

IMG_2211

gambar profile facebook sekarang

terkejut!

first tengok header bertukar jadi lama, komen-komen entry pun banyak hilang…

agak mengecewakan hati IQ! seriously!

macam da tak ada mood nak update entry, padahal banyak perkara nak diupdatekan di blog kesayangan nih~

dari JB > KL > BENTONG

KL is awesome! terbaek! huhu…update nanti…Bentong? Rayyan di sini~~ berada di sampingnya~ hehehe~ Rayyan semakin tembam!!

ok…esok plak update~ yer?

see ya!

*** argghhh! mood yang tak berapa ada masih melanda~

Thursday, May 12, 2011

hEaDer LaGi~

May 12, 2011 19

salam semua…disebabkan exam da habes, memang tak ada koje la kan…selain kemas bilik, memang IQ suka buat kerja-kerja mengedit nih….heee~ by the way…korang da nampak kan kat atas sana…kalau sesiapa yang da terbiasa datang blog nih, mesti perasan apa yang laen…

header aku tag

heee….ni sebab bosan punya pasal, IQ pun buat header baru untuk blog IQ…well, ada banyak yang pelajari sendiri…bila da buat, baru paham…huhu..kiranya, boleh la dah nak buatkan header untuk orang lain secara terbuka…dulu tertutup sebab hanya suka-suka…kali ni boleh la buka tempahan~ eceh~~

contoh header yang da dibuat…

header blog anyys2 tag

file header nana tag

file header nad2 tag

header blog ijat

jika anda berminat nak singgah tuan punya blog yang memiliki header nih, sila klik header yer!

kalau korang berminat nak tempah header dengan IQ boleh la hantar :

1. Gambar yang bersaiz besar….[sebab senang nak crop dan gambar tak pecah-pecah]
2. Describe sket macam header yang korang nak….macam tema apa…apa-apa yang perlu…

kenalkan diri jugak tau~~ hehe~ dan anta semua tu ke emel ini ( izyan5025@gmail.com ) IQ akan berurusan dengan korang menggunakan emel, lagi senang…kalau nak suruh show kat sini dan copy paste tak digalakkan sebab header akan jadi saiz kecil~

heee….sebelom tu, IQ nak bagi sesuatu buat Miszy Dian…huuuu~ ni permintaan dier, da lama IQ buat…tapi baru sekarang nak show kat sini…sorry yer dear~~

tuan belog
Miszy Dian

see ya!

*** cepat!! masa untuk masukkan barang dalam stor! petang ni mau pergi melaka! makan freee~~ fuhhh~ ikan bakar…fuhhh~~ jom pi umbai melaka!

Wednesday, May 11, 2011

bUdAk SeKaRaNg mEwAh!

May 11, 2011 6

salam…traffic tak berapa lancar la dua tiga hari ni…sebab apa ek? hurmm…tengah fikirkan kenapa…da start cuti tapi tak ramai lak yang update blog…bukan ke da cuti makin banyak la masa nak update…ye daK?

okeh..sila lihat title entry IQ tuh…apa pendapat korang? korang pun boleh dikatakan budak kan? errr..bukan-bukan…bukan budak, tapi budak remaja…errk? ok, remaja….okeh, sebenarnya IQ tergerak hati nak tulis pasal ni masa IQ pergi rumah kakak IQ kat bentong sebelum start exam ari tuh.. [perghh, siyes lama simpan idea]…tak der la, baru sekarang teringat pasal tuh…dan sekarang mari kita bincang..

Rayyan…tu nama anak saudara IQ…baru je lahir pada 20 April yang lepas…cucu pertama ummi IQ, cicit pertama tok IQ, dan cuit pertama moyang IQ…moyang IQ masih ada tau! kesian tengok Rayyan…sebab baju yang Rayyan pakai tak kerap berganti…bila IQ tanya pada along IQ, kenapa tak tukar baju rayyan? Along IQ cakap, sebab dier tak beli baju banyak…sebab sebelum rayyan lahir, jantina rayyan tak diketahui…scan punya scan pun tak nampak…so, tak dapat nak beli baju sangat…

Along IQ ada cakap jugak, Along tak nak mewahkan cara hidup Rayyan…maknanya, tak nak bagi Rayyan hidup serba lengkap…bukan la tak lengkap sampai tempat tidur tak ada kan? tak kan laa…bukan macam tu, maknanya, tak perlu nak bagi pakai baju mewah-mewah…ala kadar cukup la~ biar kita didik anak mengajar cara hidup susah dulu…nanti bila da besar, dia akan tahu menghargai apa yang ada di hadapan mata dia….

IQ akui kata-kata Along IQ…sebabnya…budak-budak sekarang terlalu manja sebab disogokkan dengan kemewahan, tahu la mak ayah dia kerja doktor, lawyer, jurutera, tapi kalau kita mahu anak kita berguna pada masa hadapan, ajarlah dari kecil, hidup serba kekurangan…IQ percaya, bila kita bertindak seperti itu, anak cucu kita akan lebih terjamin keperibadiannya..

IQ ada banyak contoh untuk IQ lihat…memang apa yang IQ fikir, tepat dengan apa yang IQ teka…jika anak-anak sering dihidangkan dengan kemewahan, lebih bersikap terlalu bergantung kepada family, tak dapat nak berdikari….dan yang paling utama, membentak bila apa yang dihajati tidak dituruti…kan?

Mungkin ada ibu dan bapa muda ni bersungguh untuk menyediakan persiapan yang terbaek untuk bakal anak yang dilahirkan…tak salah untuk berbuat demikian, sebab mereka mampu tapi berpadalah…tak perlu sampai nak ada siap mainan untuk baby yang nak tumbuh gigi sedangkan baby baru nak lahir…heee..gurau je…tapi baru-baru ni IQ survey baju baby siyes bapak mahal!! lebih mahal dari barang orang tua! huuuu~

gambar dari blog http://ema82red.blogspot.com

gambar dari http://sulamankasihabadi.blogspot.com

800px-Pooh_Wallpaper_-_Rainbow,_Eeyore,_Pooh,_Piglet_and_Lumpy
untuk Rayyan Firdaus…cik yan selalu sayangkan kamoo!

okeh la…sekian sahaja pendapat IQ pada awal malam ini…

see ya!

*** IQ da kemas barang 80%….esok da nak masuk stor…lusa da nak naik kL~~ huuu..jadi ke tak nih….ntah laaa~

*** baju Rayyan da bertambah sebab cik yan dier ni belikan baju baru…tapi rasanya da banyak baju Rayyan kat rumah tu…tak kira! nak bagi jugak…baju biasa je…tak mewah pun~

mAsA uNtUk bErEdAr

May 11, 2011 6

huhu~ lambat nak update pasal IQ kan? semalam IQ tak ada mood nak update blog walaupun happy giler sebab da habes paper exam….syukur Alhamdulillah!

apa yang happy sangat pasal semalam? haaa..sini nak gitau….semalam IQ keluar awal dari waktu sepatotnya untuk jawab exam… [so, apa masalahnya? standard la.. *kata-kata orang selain IQ*] okeh, korang tak paham IQ kan? IQ ni bukan bijak mana pun, tapi semalam, IQ boleh nak keluar awal…siyesly! exam kali ni tak pernah nak keluar awal pun tapi semalam, dapat lak kuar awal….[ giler jakun ko IQ!!]

paper da habes, apa lagi kan?? opkos la kemas barang! tapi mood kemas barang tak ada laa…huhu! sedih! sebab bilik IQ nih comel…tak sampai nak sepahkan…haha! huhu..tapi betul la sedih…sebab da tak dapat nak stay bilik ni lagi~~ huhuhu~~~

bilik bersepah
gambar diambil menggunakan cyberlink youcam…so, tak jelas sangat..harap maklum..heee~

tapi tak sampai hati pun da berjaya menyepahkan bilik da!! tengok! giler sepah! huhu….apa la nak jadi…tapi standard la nak pindah kan? kotak sampai 3-4 kotak…tak masuk beg jalan lagi…..haaa..beg jalan tu beg beroda laa…ermmm…nak simpan dalam stor esok…harap-harap buka lagi bilik stor yang aras IQ nih..huhu~~~ malas nak bertukar aras

ok la…IQ nak sambung kemas….jom tolong IQ kemas, ok…tau la..korang nak toong tengok je…tak per la, jom je~~ haha!

see ya!

*** sedihnya nak tinggalkan bilik comel nih~~ kenapa IQ cakap comel dari tadi? nanti IQ tunjuk yer camne ruper bilik IQ~ hee

Monday, May 9, 2011

pErNaH kOraNg bErFiKiR…..?

May 09, 2011 0
pErNaH kOraNg bErFiKiR…..?

sebelum IQ masuk tidur awal nih, IQ nak tanya pendapat korang…ini kesinambungan dari entry Anyys Suhaimi yang bertanyakan beberapa persoalan tentang isu hangat masa kini….dan korang boleh tengok komen IQ di sana….kat sini, IQ nak buka topik pulak…

# APAKAH PERANAN KORANG SEBAGAI REMAJA/BELIA TENTANG ISU POLITIK DI MALAYSIA SEKARANG?
# ADAKAH KORANG TAHU PERMASALAHAN YANG TIMBUL DI SEMENANJUNG UTARA MALAYSIA?
# ADAKAH KORANG MAHU AGAMA KORANG DIPERMAINKAN DAN DILETAKKAN SEBAGAI PERKARA KEDUA DALAM NEGARA SENDIRI?

ADAKAH KORANG PEKA TERHADAP ISU-ISU INI?
LUAHKAN APA YANG KORANG TAHU PASAL ISU YANG SEDANG DIPERKATAKAN INI…

sila tinggalkan komen anda di bawah…IQ mahu tahu berapa banyak yang peka terhadap masalah politik sekarang….dan berapa orang yang tidak mahu mengambil tahu langsung hal-hal seperti ini….

cuma IQ nak ingatkan, jika negara kita tergadai oleh bangsa asing…jangan salahkan kerajaan yang tak pandai….salahkan diri sendiri sebab anda la punca utama perkara terbabit terjadi…tak percaya? sila ambik kesah isu politik sekarang ini…jangan terkejut apabila anda tahu, pulau pinang bakal menjadi negara di luar Malaysia…

itu serba sedikit info….IQ nak tahu pendapat korang yang berusia muda, IQ pun berusia muda…masih 20-an…awal 20-an…korang pula bagaimana? pendapat korang?

sekian.

*** ulasan daripada persoalan ini akan dibincangkan entry seterusnya…sila bagi maklum balas…

uMmI….

May 09, 2011 4

ok…IQ tau, IQ lambat nak post pasal hari ibu…well, walau apa pun, IQ nak buat entry khas buat ummi IQ….heee~

IQ nak cakap banyak-banyak pun macam IQ ulang apa yang korang da tulis dalam entry korang….tapi IQ pernah sebut pasal hal ni pada hari ibu yang lepas….yup! nak tau…klik di sini

da baca? perasaan korang plak bagaimana? ketika nyawa ummi/mak/ibu kita berada di hujung tanduk…rasa dunia ni da gelap gelita… korang akan rasa bersalah…rasa bersalah sebab takot tak sempat nak mintak ampun…rasa macam tak ada tempat nak bergantung…macam-macam perasaan yang muncul kan?

IQ tak nak cakap banyak…cuma IQ nak cakap pada ummi IQ..

ummi,
acik tawu acik banyok wat saloh kat ummi,
slalu dop dengor kate ummi,
wat-wat dop dengor kate ummi sokmo..
ummi mitok tolong skek pun acik maroh doh…
kadang-kadang hor, acik sokmo bangkang mende hop ummi cakak..
sebak acik pikir mase tu, acik sorang je hop betol..
jahak orp anok ummi sorang ning

tapi

sekarang acik sedor,
sejop ummi saket ari tu
acik sedor acik sayangkan ummi sangat-sangat..
dop sanggup nop kehilangan ummi dari depang mate acik ning…
dop tahu guane jadi kalu ummi tak dop dalam dunia nih
walaupom family kiter banyok masaloh…
ummi tetop kuat..
ummi nangih tapi ummi tetop kuat

maafkan acik ummi
acik tahu acik anok hok paling naka dalang keluarge kiter
naka je laa..hop jahat hor orang laen…
naka naka acik, acik dop sanggop tengok ummi ilang dari hidup acik nih
dop sanggop tengok ummi nangih
walaupom acik jarang kol ummi tapi benornye acik slalu ingat ke ummi…
cume tak dop mase je nop kol…gitu la benornye…

acik sayang ummi sokmo…
sokmo eber after!

*muahhhhh!!*

untuk ummi jer, hop laen jangang nop gata…

haha!

ummi
ummi selau cantek, menarik, tertarik kau memang da bomm!!
sayang ummi sokmooooo!!

sekian.

*** hahaha!! korang paham ke tak apa yang IQ tulis kat atas tu? tak paham? pergi bukak kamus bahasa terengganu cepat! hahahahha!

sAbOr-sAbOr~

May 09, 2011 11

huaaaa…erk? salam hari isnin buat kengkawan semua…tahniah pada budak-budak kelas IQ yang da kehabesan paper untuk dijawab pada hari ini….tahniah!! huuu~~

tapi IQ masih dalam sisa perjuangan disebabkan ambik paper extra sem nih…repeat ke? kalau yer, salah ke? malu ke ambik paper repeat? bukan ke sapa yang ambik paper repeat tu untung? untung sebab masih diberi peluang untuk membaiki gred….gred IQ paper repeat ni memang agak hancus laa sem lepas…tak dinafikan bila lihat result sesape yang lepas pun macam lebih kurang..lepas cukup-cukup makan je…so, baek ambik balik paper ni kan?

so, disebabkan paper ni jugak IQ kena stay sehari lewat…well, IQ tak kisah sangat sebab da biasa balik lewat ke rumah…nanti da habes paper pun nak naik kL…nak jumpa buah hati pengarang jantung…heeee~ esok last paper…pliz! give me your full support! hahaha~

pagi tadi, sebelum IQ bergerak ke fakulti untuk paper MOM, sesuatu telah terjadi!!handphone IQ jatuh! huaaa….yang harunya…jatuhnya siyes slow, lembut je…tapi??? damn la! terus tak ley on….sebelum ni dia da tunjuk tanda-tanda dia nak nazak…tapi kali ni dier da nazak betul-betul! dier vibrate tak berenti! on je terus vibrate…wanie cakap, dier tu da nazak sangat da tu, sampai shacking non-stop! wanie suruh IQ menerima hakikat yang dier tak dapat bertahan lama lagi…IQ redha….huuuu~

sekarang IQ da tak ada handphone!!! huaaaaaa~~~ sedih sangat-sangat! huaaa~ ni pun curik-curik guna handphone kelab IQ….kebetulan IQ pegang handphone kelab nih, so…sedang menggunakannya sampai ada handphone baru nanti… [kalau la ada budak kelab baca entry ni, habes la kena ambik…huhu!] pada sesape yang handphone lebih yang tak diguna pakai, derma-derma la kat IQ yer…nak tunggu ada duet? kena cari kerja la camni~ huuu~

handphone ni sebijik macam handphone IQ yang baru rosak..huu..pink~~


handphone ni yang terbaru tapi da rosak lame….skrin terbakau! sayang giler~ huh!


huaaaaa…macam sedih je hari ni…dengan paper tak habes lagi, dengan handphone rosak….ada sesiapa yang boleh hiburkan IQ tak? lepas ni IQ nak pergi study dengan kawan IQ…IQ online jap je…sampai la petang besok…lepas petang besok, IQ freeeeee je memanjang…pergi kL pun 13hb nih….so, memang 2 hari free….

ok la korang..cukup la IQ merapu…tengah sedih, merapu la banyak kan? k la…

see ya!

Sunday, May 8, 2011

kIsAh 1 LaKi + 3 BiNi mErOnGgEnG!! HaHa!!

May 08, 2011 9

selamat pagi buat korang semua, pagi ni sepatutnya IQ da mulakan study untuk paper besok tapi masih mengadap laptop ni, dan jugak sekarang da menunjukkan jam 8:51 pagi dan IQ masih belum mandi…erkk? mandi awal la baru besh nak study kan? huhu

apa crita tajuk sebenarnya? kali ni entry IQ panjang sket…korang nak baca, korang baca…korang tak nak..sila berlalu dari blog IQ ni…IQ tak nak orang menyampah tengok/baca blog IQ…yelaa, IQ suka tulis-tulis perihal hidup IQ…IQ tak suka cerita pasal umum sangat..tak ceria beb!

ok, kita mula…pada 6 May tu besday wanie kan? then, family wanie pun datang, nak ambik barang wanie yang nak dibawa pulang…sekaligus membawa kemari durian yang melambak-melambak…serius!! IQ makan sepuas hati beb! puas sangat!! hahaha~~ termasuk jugak kawan-kawan IQ yang lain…terima kasih wanie dan family…heee~

IMG_8753
family wanie…semua adik beradiknya perempuan…kalau nak ngorat, adjust sendiri! haha!
IMG_8746
makan-makan durian..

seterusnya, planning da lama….rentetan dari kisah 1 laki + 3 bini hari itu, si laki pun nak keluar hang out @ meronggeng dengan 3 bini dia nih…haha! so, planning hampir dicancel disebabkan 1 orang bini dikatakan moody + ada masalah… [padahal ada planning laen! damn!] so, pergi meronggeng ke mana? haha! tak ke mana sangat…just pergi bukit indah, then beli makanan dan lepak kat mutiara rini….then, pergi karok selama sejam…then, pergi makan lagi….then??? last episod nanti IQ cerita lagi…jom layan gambar-gambar kami jap…kalau tak nak jangan scroll ke bawah~ lalaalalala~~

IMG_8812
driver kami pada hari berkenaan~ husband kan? haha!
IMG_8802
farah jumpa kereta kegemaran dia…tengok!! teringin nak sentuh..akhirnya impian tercapai~
IMG_8806IMG_8816
gambar kiri : di bukit indah.. [gambar tak banyak kat sini sebab : dilarang ambik gambar…aha!!]
gambar kanan : tujuan farah nak sangat pergi bukit indah, sebab nak beli sunglasses ni..perghhh~~ impian tercapai lagi!
IMG_8819IMG_8834
gambar kiri : sampai di mutiara rini….ambik view sket..okeh..model~
gambar kanan : sebelum makan, sila peace! ok..terima kasih
IMG_8827
makanan pada petang itu….lapor lapor! kami mau makan!
IMG_8841IMG_8844
gambar kiri : boleh jadi model kfc tak agaknya? weeee~~
gambar kanan : muka orang nak membuli orang yang lemah! haha~~
IMG_8845
muka yang baju pink tu da pelahap sangat daaa…ambe lapor~
IMG_8847
ayam oh ayam…kenapa engkau sedap? macam mana aku tak sedap, memang da kerja aku…haha!
IMG_8858
makan time, di teratak usang kami~~ haha!
IMG_8864
cik abang ni cepat benor makan…aishhh~ ishhh3~
IMG_8880
okeh, nak balik daa…balik ke?
IMG_8884IMG_8883IMG_8882
cun kan? IQ tak ada la sebab IQ ambik~ posisi yang sama…
IMG_8886
IMG_8887
IMG_8888
IMG_8892
gambar yang silih berganti  orangnya….weee~ ambik view sunset la kununnya~
IMG_8901
ambik view terbaek…heee~ singgah jusco, solat dan startnya planning si farah di sini~ ciss!
IMG_8919
lepas tu apa lagi…karok!!
IMG_8921IMG_8922
depa dua orang ni sore memang sedap…siyes tak tipu~~
IMG_8928
pehal la IQ duk mengcangkung macam tu?
IMG_8930
cesss…ada hati jugak nak nyanyi….sore macam katak puru~ adesss~

planning farah yang IQ katakan tu…actually, farah planning dengan din s, buat surprise untuk wanie dan IQ…ingatkan wanie sorang je sebabnya befday wanie kan baru sehari sebelum tu…terang-terang masa tu cakap nak makan kek yang diberi oleh kawan wanie masa terserempak dekat jusco tu…kunun nak makan ramai-ramai la kek tu…rupernye?? cesss~ kat jusco tu la, cakap nak pi berak la hape laaa..rupernya dengan IQ sekali kena…anyway, thanks pada farah dan din s sebab sudi buat semua nih…

IMG_8942IMG_8943 
gambar kiri : cari port kat tasek UTM..tempat common la kan?
gambar kanan : muka cuak + segan orang nak buat sambutan untuk dia…
IMG_8953
jeng jeng jeng…rupernye IQ sekali sambut….thanks! weeeee~~~
IMG_8954
muka excited lagi…macam makan ayam tadi…hahaha!! huuu..terharu sebenarnya~
IMG_8955
then tiup~~~ fuuuuhhhh~~ huuu~
IMG_8963
aummmm~ makan farah…haha!~~
IMG_8966
haha! muka comot! hahahaha!
IMG_8969
alalaala~~ omey omey comot! hahaha!
IMG_8975IMG_8979
gambar kiri : cik abang ni makan feeling habes!! haha!
gambar kanan : suka yer ko farah..suke yer!
IMG_8981
zoom in kek…tak payah secret recipe…yang penting kegembiraan tu! kan?
IMG_9001IMG_9006
muka-muka yang ter’excited state’ hahahhaa!
IMG_9030
ingat quote tu sampai bila-bila tau!

IMG_8870

mesti korang tertanya-tanya kan siapa gerangan jejaka yang kacak lagi bergaya nih…haha! meh sini nak perkenalkan…ini adalah sipolan bin sipolan…hanya dipanggil din S atau din sopan…eh..silap, din subuh….bukan kerana selalu bangun subuh..sebab ayah dia nama subuh…haaa~ tapi bukan dia tak bangun subuh langsung k! kitaorang da lama kenal dia, sejak masuk kelab SRC tu lagi…pendiam, pemalu, penyegan, pelangkung…eh…tu silap…silap silap…haha! easy going denagn dia…dan dia da nak habes pengajian, dan kitaorang amat sangat la sedih…mesti lepas ni tak ley kacau dia lagi… [nampak sangat nakal selalu kacau orang kan? bukan IQ…kawan-kawan IQ je….haha!]

huhuhu~ panjang kan? mesti susah nak load kan? tak per…yang penting…kami happy! weeee~~heeee~ ambik masa dua jam nak siapkan entry ni…perghhh!! campur dengan farah kacau IQ nak tengok gambar dan video plak..haha! untuk video, next entry la IQ letak..tu pun kalau dapat..heeee~

k la…sekian~

*** din, wanie, farah! aku sayang korang….jangan putuskan hubungan kita ini!