Thursday, March 31, 2011

dA 26 tAhUn…AlHaMdUlIlLaH~~

March 31, 2011 3

sebelum menjelangnya bulan April pada esok hari, IQ nak buat entry khas..khas buat kedua-dua jantung hati IQ..ummi dan abah IQ…

buat ummi dan abah

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-26

moga hubungan yang utuh selama 26 tahun ini
terus utuh dan kukuh sehingga ke akhir hayat kita semua…

acik sayangkan, cintakan
ummi dan abah sangat-sangat

acik janji acik akan belajar bersungguh-sungguh
untuk ummi dan jugak abah

I LOVE YOU SO MUCH!

IMAG0337
ummi.adik.abah

tunggu acik balik tau~
malam esok acik bertolak

acik rindu kalian sangat-sangat..
teramat sangat!

[nak nangis! cepat la masa berlalu]

 

***esok balik.esok balik.esok balik..yeye! yeye!

Wednesday, March 30, 2011

fAcEbOoK hAnCuRkAn uMaT!

March 30, 2011 4
fAcEbOoK hAnCuRkAn uMaT!

yes!
IQ berani kata sebab itu yang IQ alami
application dan setting facebook menghancurkan hubungan sesama umat!
yang baik menjadi buruk!
yang tenang menjadi kecoh!
yang berhubungan akhirnya putus!

dan apa yang IQ alami saat ini
adalah
kesedihan, kekesalan, bermacam-macam ke- lagi
yang tiada penghujungnya
sebab IQ betul kecewa
kecewa dengan apa yang orang buat
gunakan application dan setting facebook
menghalang suatu hubungan baik
kejam itu facebook!
kasi bunuh itu facebook!
cakap tutup 15 Mac..tapi tak tutup pun!

IQ benci facebook!
mau deactivate facebook!
facebook buatkan IQ sedih!!
teramat sangat!

***kecewa dengan seseorang ~~

5 bLoG pAlInG kErAp DiLaWaTi 2011

March 30, 2011 3
ditag oleh si epul sembang kemas….so, kena buat~ well..bukan selalu IQ rajen nak buat tag nih…selalu aje malas..malas bapak segala malas, kalau da malas, jadi malas la jawabnya..haishhh! merapu! serabut serabut~
5 blog paling kerap dilawati? means? yang paling kerap jenguk la ek…nak senarai pendekkan jadi 5 blog sahaja? so…ini dier carta hits blog kegemaran IQ untuk musim ini!! [ikut musim daa~ kalau tak besh? paham-paham sendiri!] klik di sini untuk penerangan lanjut~
carta1
  • blog IR ni selalu menjadi kunjungan IQ sebab berada bloglist blogger pilihan IQ~ entry besh..dan memanfaat kepada semua pembaca…walaupun masih muda..[muda ke?..haishh..tah tau umur IR laa]..namun idea yang diberikan bernas! cukup berguna untuk semua orang…blog IR tak der la formal sangat…penulisannya cukup sesuai untuk semua pembaca..ada tatasusilanya~
carta2
  • ini kawan si IR sebab IQ dapat link blog ayeem ni kat blog IR…contentnya? kadang-kadang agak censored…sesetengah orang tak dapat nak terima pembukaan minda yang terlampau luas si ayeem nih tapi bagi IQ, normal…kalau tak sesuai tuh, tegur la kan…betul tak?
carta3
  • blog yang menjadi kunjungan IQ sepanjang masa jika tuannya update! hehe…kawan satu kelas IQ nih..da rajen berblog…IQ pun da tak serajennya untuk update entry…rajen-rajen..keep it up! untuk blog ni, IQ suka cara mengolahannya..well, sempoi la kan..untuk remaja-remaja yang muda-muda macam IQ nih..haha!
carta4
  • ini adalah blog salah seorang kawan baek IQ~~ seorang guru ok! suka sangat penulisannya yang mempunyai bait-bait sajak dan penuh erti! bersastera la senang cakap…tapi penuh pengertian tuh~ besh! banyak ideanya…tak rugi singgah blog nih~ setiap kata-katanya bermakna..tak perlu olah panjang-panjang macam IQ.. =.=”

  • teman baek IQ juga!!! suka baca perkembangan sehariannya sebab dulu IQ sebilik dengannya zaman matrik…so, setiap ari IQ akan berkongsi apa jua cerita dengannya..lebih kurang macam bergosip la kan…kenangan pahit dan manis bersama…
actually kan, banyak lagi blog yang jadi tumpuan IQ untuk singgah tapi untuk kali nih, yang nih je IQ sempat buat…..heee~~~IQ nak kena tag sesapa tapi IQ rasa macam malas nak link kan pada sesape…IQ akan bagitahu sapa yang akan ditag…
ia adalah Princess Nasuha, Jasmadi Syah, Nabil Petak, Wawan Wisely…dan ramai lagi!
***done! fenat! mau study!!!!

mAu BaLiK kAmPuNg!!

March 30, 2011 2

entry pendek..hanya untuk sedapkan hati~

yes! akhirnya ada gak peluang balik rumah..walaupun cuma dua hari!!!! nak lepaskan rindu puas-puas! tapi puas ke balik dua hari je? mesti tak puas! tak nak balik terus la camtuh! haaa~ iye la tuh…banyak lagi test yang nak kena tempuh~ tak per la…asalkan ley balik gak~ especially my birthday is just around the corridor!! jeng jeng jeng~ yeaaahh! nak bodek abah beli handphone baru…handphone tak der sound..nanti abah call, tak dengar….abah gak marah kan3??  hehe…yeaahh!

balik kampung

[menggedix macam hape ntah…nak happykan diri…]

***ari ni tak der kelas tapi nak kena buat banyak urusan!! esok ada test! alamak!

Saturday, March 26, 2011

cUjEn tHe LeJen GiVeAwAy

March 26, 2011 2
ditag oleh nur hidayah isa, adik kepada penganjur giveaway ini..hehe..ok2…IQ join!

siyes cantek header nih…untuk join giveaway ini, sila klik header di atas ini~
da letak dan buat syarat-syaratnya…
untuk cerita kelakar tuh, sila klik di sini..
diambil dari blog Heidi Shafiq
(baru je start folo blog ni pagi tadi, da terpikat dengan blognya~ auwww)
hehe..
IQ mau tag..hani jalina dan azee salim
IQ mahu MNG Tatto Tote Bag itu!!!
heee…~
done!

**I’m too happy you know? thanks Allah!

Friday, March 25, 2011

mAsAlAh ViEw bLoG IQ jAdIk KeCiK?

March 25, 2011 11

sebelum memulakan bicara masalah ini, terima kasih kepada miszy dian sebab sudi mengutarakan masalah berkaitan blog IQ nih..apa masalahnya? meh kita tengok…

komen5

ini permasalahannya..baca dan faham..

“salam awak..
dari ari tu lagi saya nak tanya nie..
sbnrnya saya dah lama follow awak n bila saya buka blog awak kan.. knapa semuanya nmpk mcm kecik jak.. kdg2 tak boleh nak bca apa yg post.. tpksa saya skip mcm tu jak tp mmg kalu nak view blog awak kan, tak jelas sgt.. asa mcm viwe page 45 or 50% jerr.. tapi kalau saya view blog lain, ok plak..
maaf yaa..
saya nak bagi taw jak sbb saya tak blh nak baca post awak :) ”

apa yang berlaku adalah miszy dian tak dapat nak view blog IQ sepenuhnya..apa yang terjadi adalah seperti di atas…saiz blog jadi kecik dan segalanya kecik! hurmm..korang tau tak kenapa ini terjadi? IQ pun bingung….

IQ rasa ini berkaitan dengan plug in dalam satu2 browser…iye tak? ke sumthing berkaitan dengan template IQ nih….tapi kenapa orang laen boleh view blog iQ macam biasa..dan dikatakan blog IQ je tak dapat nak view elok…

siapa lagi yang punyai masalah yang sama? ley kongsikan dengan IQ tak? IQ betul-betul perlukan bantuan blogger-blogger terer sekalian! plisz~~ huhu..[terasa sardis nih]

hope korang boleh gitau apa permasalahannya…

*** tetiba lemah…haishh~

Thursday, March 24, 2011

IQ dI sAaT bElAjAr bErKaWan…

March 24, 2011 6

heee…sebenarnya IQ terjah profile kawan-kawan lame IQ tadi..jadi stalker? tak…bukan-bukan…stalker tu intai tiap-tiap hari..nak tau perkembangan semasa tapi IQ just drop by at profile kawan-kawan IQ masa skolah rendah dulu…tu je…

dulu masa zaman sekolah rendah, IQ ada dua skolah rendah..skolah pertama, IQ skolah sampai darjah lima…then, pindah skolah laen…IQ lebih suka sekolah rendah pertama IQ sebab kat sana la IQ belajar bergaul, berkawan, bermain, bersukan..dan macam-macam lagi laa..IQ memang suka sangat!! nama sekolah tu SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN BURUNG..haa..macam nama syarikat bas kan? tapi tu la kenyataannya…IQ sayang sangat sekolah tuh…rindu pada kawan-kawan semua…

tapi masa drop by kt profile sorang kawan tuh, terjumpa la gambar-gambar panas! haha…gambar muka tak akil baligh lagi!!! muka licin je tapi gelap! sebabnya kuat sangat maen..haha! dulu IQ ni lasak! macam lelaki..kadang-kadang orang cakap IQ ni tomboy..tapi IQ tak kesah….sebab IQ suka!

kawan-kawan dengan uztaz faiz

nice sangat gambar nih…korang mesti tak cam yang mana IQ kan? kalau terer, cari IQ cepat! hahahaha! suka uztaz faiz…sebab dier encem! hehe..[kecik kecik da gatai..auww]

kawan-kawan skdb

gambar dengan kawan-kawan lagi..cepat! cari IQ….hehe…

nasyid dgn kawan2

rupernya, kesinambungan gambar di atas sebab ada pertandingan nasyid peringkat sekolah..nampak IQ? hehe..paling deeepaaannn..hehe~~

najian dan IQ

okeh! fine..gambar ni gambar IQ paling dekat! korang tak nampak gak tak tau la IQ nak cakap apa lagi…IQ bersama-sama kawan baek IQ sampai sekarang! najian always being my love..hehe..

kalau da jumpa mana satu IQ, senyap! IQ tau IQ masa kecik-kecik tak comel macam sekarang…hehe..dulu gelap! sebab kuat main..sekarang da cerah sebab da pemalu, nak maen kejar-kejar..[hish! ini tipu! sekarang masih macam dulu!] dulu mata luas, macam bola..sekarang da sepet..sebab pakai cermin mata..huhu..sardis!

bila tengok gambar2 lame memang rasa rindu giler pada kawan-kawan! IQ dapat rasa untuk sedih! untuk gembira! masa umur kita berada di peringkat ini, kita rasakan kawan adalah segalanya…betul tak? heee…sebab masa ni IQ lebih suka mengadu masalah IQ pada kawan baek IQ..sebab dia la yang selalu dengar luahan hati perut IQ..sayang najian sangat2!!!

bila da pindah sekolah laen, IQ totally berubah! tak aktif, tak lincah sebab IQ pindah sekolah yang lebih ramai yang terer…tak ley IQ nak tonjolkan bakat IQ..bakat IQ masa tuh? IQ aktif olahraga walaupun tak menang, IQ aktif main hoki, selalu wakil sekolah tapi bila da pindah sekolah laen, tak dapat nak join hoki kat sekolah baru…..hurmmm…

namun tu tetap kenangan bagi IQ…terasa manis bila dikenang..kan? ok la..da panjang celoteh IQ..

see ya!

***IQ merajuk! baru planning nak tengok wayang..da terpaksa cancel..huhu! mood down!

Monday, March 21, 2011

KiLaT iTu LaJu!

March 21, 2011 5

sekali lalu…sepantas kilat~

dalam proses menyiapkan assignment lagi! esok due date..tadi da lepas present etnik..selamber badak je present sebab tak prepare hape pun~ tapi at last..habes jua..maceh banyak-banyak pada group yang baek hati~

tunggu assignment hidraulik nih lepas..then? minggu depan test part 2 akan bermula dengan geoteknik~ harap yang tu jugak dapat buat yang terbaek! sebab IQ mahukan yang terbaek!

budak ini mau nangis cakap tepontak dapat nak tulis something interesting sangat~ idea mencurah-curah tapi perlukan masa yang lapang untuk menulis tentangnya….masa yang pendek nih? buat je la entry pendek..sedapkan hati yang gelisah kalau tak tulis entry walaupun satu hari!

ngah serabut kepala sangat~ ubat da skip makan…ari rabu ada appointment dengan doc! haha..nak tau apa? nanti la IQ gitau..malu la nak gitau awal-awal…haha! lepas habes program IQ di Perak nanti memang da aim nak balik rumah~ giler babeng menangis meroyan mintak nak balik…disebabkan kerja yang melambak, dan jugak program yang da lame dirancang. nak balik! nak balik! giler babeng punyer rindu pada family..abah da mula tanya bila nak balik..tak pernah pernah tanya, da mula tanya…maknanya…abah da mula rindu anak nakal dier sorang nih..heee~ besh3~

okeh..done! I’m LEGAAAA~

see ya! have a goooddd day!

***waiting for coming friday…cepat la masa berlalu~~

Sunday, March 20, 2011

aNoNyMouS dI mAnA-mAnA~

March 20, 2011 4

kang IQ cakap IQ femes..korang cakap IQ perasan..tapi korang gak yang selalu wusha blog IQ yang buruk nih…IQ pun tak paham la jenis manusia apa…penat eden layan haihhh~~

korang bengang kan kalau anonymous muncul dalam hidup korang? bengang tak? IQ ngah bengang gak nih…IQ tak pernah kacau idop sape-sape, rajen plak orang nak ganggu hidup IQ..[nyanyi lagu bengang jap]

IQ bukan apa…penat la IQ usaha tak nak bagi sang kelembai, eh sang anonymous ni comment kat blog IQ nih…tapi muncul plak kat formspring tu haaa~ bukan nak tanya soklan pun, saje nak bagi statement bagi IQ hot~ I’m hot? stay suam suam agi nih..

anonymous haram j

apa yang IQ tulis kat blog nih, kenapa tak komen kat bawah je? sebab IQ da buang bahagian komen untuk anonymous tuh ek? so? jelmakan la diri…kenapa nak hidup dalam kegelapan?~ adoooyyaaaii~ fenat la camni..layan orang halimunan! IQ memang buang bahagian komen tuk anonymous sebab IQ buhsan layan orang tak der identiti..hidup berpura-pura baik~ kalau anda benar, jelmakanlah diri..say it in front me~ wat per la duk blakang pintu tu haaa…penakot benor!

ni kali ke-bla bla IQ diganggu anonymous haram j~ IQ tak pernah pun pergi blog orang komen sebagai anonymous….sebab IQ tak nak jadi pengecut cam anonymous yang brani komen IQ tuh…hidup memang sengaja nak porak perandakan kehidupan orang..tak cukup bahagia ke dengan kehidupan sendiri? kalau korang berani la nak wat orang camtu..baek korang solat sunat taubat banyak-banyak..sebab korang da berdosa..buat sakit hati orang lain..sungguh tidak baik~~

jawapan yang IQ jawab untuk soklan di atas? biar sang anonymous tu baca sendiri! dia bukan tau IQ menangis tiap malam rindukan family IQ..bukan dier tau tahap mana IQ sayangkan family IQ~ bukan dier tau sebab dier bukan IQ!

buat sang anonymous…korang tak rasa jaga family korang masa sakit..masa tuh korang akan rasa betapa sayangnya korang pada family korang..korang rasa sendiri la bila salah seorang family korang terutama mak korang sakit yang hampir kepada maut…IQ sayang mereka..tapi tak perlu IQ nak sebut satu-satu dalam blog nih…korang pikir ini blog perlu nyatakan semuanya ke? bapak la korang jadi stalker terbesar bila IQ nak bagitahu semua…sebelum ni pun IQ ada post pasal IQ sayang gila babeng kat family IQ..asal? tak baca ke? oohh~ lupe…korang kan tak perlu baca semua sebab korang da tau bila tengok IQ sebelah mata korang..bapak laaa~da la tak baca blog ni sampai habes..nak cakap kat orang ikot sedap taip je…haihh~ manusia yang bertopengkan internet semata-mata!

korang ingat IQ tak dapat jejak korang? silap laa..setiap kali korang jejak blog IQ nih, setiap kali tuh la jejak korang dicatat…IQ ada buat trace ID pada sesape je yang datang blog IQ nih..sejak ari tu..sampai sekarang…silap la korang bukak blog buruk IQ nih~

herm~ puas hati IQ….da…cukup..sambung buat kerja!

see ya~

***da setting balik formspring, korang komen la kt shoutmix lak..senang sket nak trace ID~~ besh3…

Friday, March 18, 2011

BeRdAtInG dEnGaN FiZo OmAr

March 18, 2011 10

IQ ni tak suka menipu..tak caye tak per…tak yah scroll ke bawah ler kalau tak caye…[nada merajuk]..

hari ni 6 jam IQ dengan 2 orang kawan baik kesayangan IQ kuar..mentang-mentang la petang jumaat tak ada kelas…bedal ronggeng kat kawasan JB..haihh~~ apa nak jadi la anak muda zaman sekarang…alaa..kitaorang ada tujuan laa..bukan saje-saje je…nyway, kitaorang pergi sebab nak temankan wanie tu pergi terminate maxis broadband dier..[ok! IQ belum terminate lagi berukband IQ..jangan gitau pihak maxis k!]

urusan wanie belum selesai..terpakse ditangguh sebab hal-hal yang terlalu merumitkan! nak terminate pun susah~ banyak sangat syarat..kena tunggu 31 hari laa..macam-macam! susah sangat nak bagi orang senang…dulu janji manis semata-mata..sekarang? haihh~~

pastu pergi CS….lepak jap..makan-makan….then, chow pergi hutan bandar…plan nak photoshoot kat situ…da lama tak outdoor shoot~ so…pergi bertiga..siap bawak tripod agi….[tapi at last, tak guna pun]….

sampai hutan bandar…[pergi da banyak kali, pergi lepak makan…] tak jumpa pintu masuk plak daa..sebab tak pernah pergi kawasan rekreasi kat situ…alih-alih dapat satu gang nyamuk! damn! badan mula la gatal-gatal…nyamuk oh nyamuk…memang nak kena laa~

IMG_2983IMG_2988
IMG_2986IMG_3010
IMG_3012

snap sana..snap ini…IQ snap dorang..dorang snap IQ..haa~ possing sakan der~ daaannn..sedang IQ snap kawan-kawan IQ ni, ada la satu group lalu….dan..sesorang bagi salam “Assalamualaikum!” IQ pun balas laa “Waalaikumussalam”…IQ mase tu da berpaling…mamat tu pun cakap lagi “nak masuk jugak bley?” means, nak bergambar sekali laa…haihh~ IQ pun da pelik..macam kenal je mamat nih..asal cam kenal hah? kawan-kawan IQ da fenin-fenin lalat daa..duk ingat balik nama dier..rupernya??? si fizzow omar rupernye~~

IMG_3025IMG_3026IMG_3027IMG_3028IMG_3029

Al-kesahnya fizzow buat shooting kat hutan bandar untuk rancangan 3 hari 2 malam daaa~~ camne kitaorang tau? apa lagi~~ kitaorang buat muka tak malu nak bergambar la dengan fizzow nih..ok~ IQ yang mulakan step dulu…mintak kebenaran nak ambik gambar..[lagipun dier yang tegur kitaorang tadi kan3??] mintak tolong abang kameraman jadi jurugambar sebentar…hihi~ bila ngah bergambar..macam-macam soklan la kitaorang tanya…camtu gak fizzow..tanye kitaorang macam-macam…tak reti nak diam! [fizzow satu kos dengan kitaorang tau! civil engineering~~]

IMG_3030

ramah benor fizzow tuu~ siyes laa~ bley nak gurau-gurau..walopon sekejap..tapi masyuuk~ malas nak kacau dier sangat sebab dier pun macam da penat shoot tadi..so..biarkan dier rest..kitaorang pun sambung shoot kitaorang…weee~~

IMG_3038IMG_3042
IMG_3054IMG_3084

itulah al-kesah pada hari ini….bukan senang nak jumpa artis yang tegur orang ramai…ter’excited’ lak tadi..sket je…tapi bab dier tegur IQ snap gambar tadi laa buatkan IQ tak lupa sampai sekarang..hihi~~ ok..

nak tengok gambar banyak lagi? klik kat sini ~~

sekian sahaja~~penat daaa~

selamat malam semua!

*** tunggu episod ke-12 rancangan 3 hari 2 malam kalau tak caye…ok? hihi~

cOnTeSt SeUnIk NaMaKu

March 18, 2011 7
ok~ akhirnya IQ buat jugak entry dari ditag oleh Qaimatul…huhu..sorry ye sayang..baru buat nih….okeh..malas nak membebel tanpa arah lagi..jom layan dulu~

klik banner contest untuk menyertai contest ini!
DSC01552
nama IQ yang sebenar adalah…
IZYAN BALQIS bt. ABDUL WAHAB
kenapa IQ rasa nama sebenar IQ tu unik/istimewa??
sebab nama tu abah IQ yang bagi…bermaksud Izyan = Perhiasan dan Balqis = Permaisuri/Puteri…masa IQ kecik, IQ malu dengan nama IQ..sebabnya IQ rasa nama IQ pelik! setiap kali menjelang sesi persekolahan yang baru..mesti cikgu-cikgu IQ panggil nama IQ tergagap-gagap…salah sebut pun ada!! dari izyan jadi azean! azean tu tak elok sebenar maksudnya…so..IQ agak geram kalau orang salah sebut nama IQ..walaupun malu nama pelik, tapi IQ tetap geram bila nama IQ tak disebut dengan betul!
ada suatu ketika zaman skolah rendah, masa tu IQ nak ambik exam PTS…korang tau apa tu PTS? Penilaian Tahap Satu..alaa..yang boleh lompat terus ke darjah 5 kalau pass exam tu..haaa~ masa nak ambik exam tu, ada la sorang cikgu yang mengawas kat situ datang check nama dan no.surat beranak IQ..dier pun berkata, “nama Izyan ni selalunya lelaki, pelik jugak ek ada budak perempuan guna nama nih” huh? malu lagi laaa IQ masa tuh..baru darjah 3 tapi tahap pemalu tuuuu..haihh~~ budak baik..bese laa..haha!
camtu la kesah nama IQ..tapi sekarang IQ berbangga dengan nama IQ..sebab bila IQ sebut nama IQ atau pun ada orang terpandang kad matrik IQ, mesti diaorang cakap “waa..sedapnya nama dia” atau pun “ canteknya nama, sesuai dengan orangnya” hehehe..sapa tak bangga kan bila orang cakap camtu..kikikiki~~
selalu kawan-kawan panggil Izyan, tak pun Izyan tak pun Izyan..haha! IQ tak biasa orang panggil IQ dengan nama laen..family panggil Achik sebab anak ketiga…kalau yang gedik tu, sengaja la panggil IQ dengan nama Balqis..dorang cakap nama tu ayu! hohoho~ budak-budak kelas sekarang plak panggil Babal..naseb baek tak bebal..haihh~~ nama manja IQ yang direka khas oleh seorang rakan sekelas..TQ inana..huhu~. Iez pernah jugak digunakan dan Qis hanya untuk yang tercinta guna..kikiki~~~
nama samaran IQ nih plak korang tau kan dari mana datangnya? tak tau? cari sendiri! haha..ok~  nanti penat lak orang nak baca kesah nama samaran IQ nih plak..ok~..
IQ mau tag..nisa, uzair, renex
hehehe..sila buat kalau ada kelapangan!
sekian~ see ya!
*** lagu dalam blog terpakse dibuang demi traffic…huhu~~

Tuesday, March 15, 2011

I’m ThE qUeEn!

March 15, 2011 6
wait wait wait! sebelum korang cakap IQ perasan ke hape ke..tengok gambar nih dulu!
DSC07316
haaaa~ tergamam? bukan setakat korang je tergamam, kawan-kawan sekelas malah IQ sendiri tergamam! the queen binti abdul wahab izyan…mau tergelak IQ dalam kelas MOM tadi~~~sebelum IQ dapat giliran nak tandatangan attendance pun, kawan-kawan da tergelak..ingatkan ape laa…. inilah kesahnya kalau korang ada lecturer yang berwarganegara laen…means…International Lecturer~
lecturer MOM da bertukar! part 2 untuk kos MOM diajar oleh Dr.Bala…asalnya dari Nigeria kalau tak silap IQ…and…that’s the result! nama student sume tunggang terbalik! yang da jadi nama ayah kat depan, yang binti jadi nama pertama pun ada! fenin kan?
korang tengok sendiri la camne nama IQ boleh tunggang terbalik jadi THE QUEEN BINTI ABDUL WAHAB IZYAN!  siap translate lagi nama kedua IQ jadi perkatan THE QUEEN! advance benor laptop dr.bala..siap nama ditukarkan jadi maksud…farah plak nama zulaikha dia hilang! jadi WIFE! walau apa pun, IQ rasa besh sebab….nama yang ditranslatekan berdasarkan nama-nama ISLAM! itu yang penting..jika nama tersebut ada makna yang bersesuaian, ianya akan bertukar! tapi fenin la kan? nama kedua IQ da ilang sebab da jadi permaisuri..pergghh~ permaisuri tuuu…alahaaaii~~
tak per la…apa-apa nama kat attendance pun, attendance tu kena la penuh..tapi melihatkan cara Dr.Bala ngajor nih, adeehh~~ macam susah sket IQ nak paham…tulisan dier tulisan italic, bersambung-sambung..guna font 10 plak tuh…susah nak baca~ adeehh~ moga IQ dapat la blajar dalam kelas MOM untuk kali nih…amin~
sekian sahaja celoteh..
see ya!
***maaf pada nisa dan uzair…kalau IQ ada kesempatan, IQ buat..kalau tak der, sorry yer! nite!

Monday, March 14, 2011

wAll ClImBiNg & MtB @ PuTrAjAyA cHaLleNgE pArK (PcP)

March 14, 2011 7
korang ada baca entry sebelum nih? kalau tak baca, korang tak dapat bayangkan tempatnya camne…sebab gambar yang IQ curik nih, tak ada gambar yang tunjuk tempat PCP yang besar gedabak tuh…klik di sini untuk dapatkan gambaran tempatnya dahulu..=P
kali nih IQ nak show gambar-gambar je..ok..gambar ni sama je dari blog kawan IQ iaitu blog JSyah..a.k.a jasmadi syah…[okeh jas! da tulis da nama ko!] gambar-gambar ni sekali dengan description sebab dalam blog jas tu tak tulis apa-apa..ingat nak komen lebih-lebih tapi tak dapat sebab da nama pun blog, bukan facebook!
ok..jom layan gambar!
ni sebelum maen..haha..gambar sebelum masuk tak ada la…jangan salahkan IQ! salahkan Jsyah! haha!..ok..tu bukan dslr IQ..IQ miskin…tak ada apa-apa~
in IQ’s group! IQ, cidot and fint! masa ni da panjat wall..panjat yang mana satu? tengok gambar kat bawah nih!
muka kelihatan bapak laaa letih! macam nak nangis pun ada! bukan apa…amat meletihkan~ huhu..da sampai atas…disuruh lak pandang bawah~ nak buat muka cute pun memang tak lepas ler~ 
as usual! IQ akan ambik gambar farah yang kesengalan! hehe..walaupun hak milik gambarnya jas, tapi IQ capture gambar nih..super duper sengal kan? thanks la jas! sebab upload gambar nih..suke suke suke! kan farah kan??hihihi..=P
yang berhampiran dengan wall tuh dak-dak kelab…tapi yang macam sedang fokus tuh budak-budak sekolah berhampiran di putrajaya...dorang pun datang nak maen…diaorang compete each other..ikot stage..besh gak~ ada timer..soo..pecut naik atas! iyaaahh!
nak tergelak IQ tengok gambar nih…yang sorang bersungguh2 nak belay..yang sorang possing~ tapi…..agak-agak la capek! tali tak tegang pun! nampak sangat tipu tengah belay..hekhek..iye ke? ntah…mereka sahaja tau kebenarannya..
newbie dalam kelab..tapi bapak la sengal! kawan-kawan jas….capek dan ridzjacob [bluekk!] maen bloudering pun nak tolong-tolong macam nih..3 meter je pun..jatuh bawah je la! =P
compete dengan azie…hehe..menang….muke letih lagi! damn!
the most interesting picha!! pia tergantung selepas fahmie fall~ haha..bayangkanlah fahmie yang lebih berat di’belay’ oleh pia…siyes! dua kali belay..dua kali tuh jugak pia tergantung! macam besh je! nak jugak..haha!
santai2…ni nak habes daa…tengah belay si cidot..tapi sempat bergambar..eh2..cidot da turun la masa tuu….ngeee~
korang mesti nak tau sape si jas tuh kan? haa..tu dier! yang pakai baju star wars tuuu..si sengal bersama kawan-kawannya yang sengal..=P


tiga gambar sebelum naik bas…siyes! happy sangat bersama mereka! nak join program lagi! nak maen wall lagi! nak maen MTB lagi!
maaf la yer..gambar untuk MTB terpakse upload kemudian sebab Wak tak upload lagi…kalau letak video lagi bagus..nak letak gak lam blog nih…nantikan PCP part 2 untuk MTB…ok? banyak lagi gambar yang boleh dilihat di sini..klik sini laa!
see ya!
***sronok! hepi! kalau ada chubby mesti lagi happy! ehek3~~

kHaS uNtUk bLoG eKSpReSi RuAnG

March 14, 2011 3

adoi! entry pagi-pagi menyegarkan semua orang…cuaca yang tak panas, lebih selesa..dan terasa mau tidor lagi..hehe..ok! bangun2! walaupun kelas pukul 11 pagi nanti, tak ada nak tidor2 lagi! hehe…

entry ini khas untuk blog EKSPRESI RUANG [tadi nak eja nama ekspresi banyak punyer susah!] kerana telah menjadi Follower blog IQ yang ke-400!!!! hehehe..tahniah yer! tak tau nak panggil abang ni nama apa…melalui column follower, nama abang nih, DIEWALAZ..kan? hehe..terasa segan plak…

award4

ni award untuk blog ekspresi ruang!
boleh letak kat sidebar, buat entry khas..atau simpan kemas kat blog..sila ambik..huhu~

blog EKSPRESI RUANG ni seperti namanya juga..lebih kepada minat terhadap ruang-ruang yang unik! dan jugak sudut-sudut yang bakal menarik minat si peminat seni dalaman…haaa..jika anda hendak mau lihat…sila klik di sini..anda pasti tertarik…abang ni kemungkinan arkitek..huhu~ admire sangat pada arkitek..nak wat camne, cita-cita IQ yang dahulu, yang terpaksa dikuburkan…sedih kan? bagi la tisu! terima kasih! huhu~~

*********

okeh2..tak mo sedeyh2..hidup mesti diteruskan! iyaaahh!! hati IQ berbunga sebenarnya…classmate IQ yang ada blog tuu..yang tuuu..alaaa..yang tuu tuu…haha~ penat korang ek..ok2…blog kawan sekelas IQ..si epul [not chubby IQ ok!] owner blog SEMBANG KEMAS buat entry khas mempromote blog-blog kawan-kawannya..hehe..tak puas hati jugak ler, sebab IQ baru tukar header blog, dier da kebas! sengal kan? mau tumbuk dier?mau sepak dier? jom baca apa yang dier tulis pasal blog IQ nih…jom2!! klik di sini!

hehe..stop dulu..IQ nak tulis pasal aktiviti PCP ari tu…sebab kawan IQ da upload gambar kat blog dier…hehe.so, berhajat nak curik..tapi kena mintak permission dier dulu…da mintak..tunggu reply je..hehe…tunggu next entry ok!

sekian dahulu~…see ya!

***kelas start pukul 11 ok! STATISTICS batal! yeaaahh!!  =.=”