Sunday, February 27, 2011

yE! sAyA bErPuAs HaTi! SANCTUM mEmAnG keNa DeNgAn jIwA sAyA!

February 27, 2011 7
haha…tajuk entry tak ley blah kan? macam juri yang terhormat lak nak bagi kesimpulan camni…haha~ ok…IQ bangun lewat ari ni ekoran folo through diaorang yang turun dari kL sana…kebetulan Yus kahwen semalam, so..ramai alumni kelab yang datang…alang-alang datang, bukan selalu..so..wat gathering…petang main wall climbing…malam tengok wayang..midnight lak tuu..adess~
SANCTUM.

korang tau apa yang berkaitan dengan cerita ini? tak tahu? memang rugi laa! pengarah cerita ni telah mengarah cerita AVATAR dan TITANIC tau~ SANCTUM ni cerita yang mengisahkan penerokaan sebuah gua..bukan calang-calang gua~ PINTU SEGALA GUA di dunia ini…bukan rekaan..tapi kisah ekoran kesah benar…Esa'ala Cave memang wujud….

gua esa’ala terletak di papua new guinea

keseluruhan movie ni memang gempak…TOTALLY OUTDOOR bak kata cogan kata kelab IQ…meliputi diving dan climbing…kena dengan jiwa outdoor IQ..IQ memang minat dengan aktiviti lasak…dan semalam tengok movie ni pun dengan ahli dan alumni kelab seramai 17 orang semuanya…betapa minat yang mendalam..
kata hadi [senior kelab] jalan ceritanya slow..’anda tidor hadi, mana anda tau sampai ke akhirnya!’ adoyai~~ dia tidur, bley plak cakap slow…kitaorang yang tak tidur..memang fokus betul-betul dengan cara diving, climbing dia..devices yang diaorang gunakan..haha~ nak praktikkan nanti senang..

part abseiling~ victoria-watak dalan cerita ni amat-amat menjengkelkan…degil!

part diving~ frank dan judes, frank-the best father, judes-mati paling awal~
joshua~ pakwe IQ yang terbaru..haha!
ok..actually malas nak review..anda patot tengok! jika anda minat aktiviti outdoor seperti IQ! baru rasa jiwanya…memang truly I say…crite ni memang gempak habes! surviving dalam gua tanpa mental yang kuat memang kecundang! seperti life kita~ tapi dalam cerita nih, tanpa mental yang kuat…just say bye-bye to the world…tu je~ yang penting, kita kena kuat…kuat itu penting!
apa tunggu lagi tu? online cepat, tengok movie sanctum start pukul berapa di laman web berkenaan~ anda pasti puas…oh, jangan lupa, crite ini ada dalam 3-dimension tau! lagi besh kalau dapat tengok 3D..lebih puas hati! IQ tak dapat nak tengok 3D, jimat duet..haha! kebanyakan movie review dari blogger laen mengatakan movie ni besh….tak caya? klik di sini dan di sini…mereka mengatakan movie itu memang besh! memang masyuk!
ok..cukup IQ berceloteh..macam mak nenek..haihh~~ ok..stop IQ.. tapi korang pergi tengok tau..haha..nak kerah orang jugak tuh…gelak guling guling camni! lepas ni IQ nak tengok 127 hours lak…berkaitan dengan outdoor jugak! hehe…jiwa tetap jiwa…apa nak buat~
ok..till then~
see ya~
*** movie ini telah membuatkan IQ menangis! oh tidaaakk!!!

Friday, February 25, 2011

AmBiK gAmBaR dEnGaN aRtIs kEnA bAyAr???

February 25, 2011 4

waaahh~~ ini topik mau bikin gempak industri media tanah air nih…~~ tapi seriously…IQ memang betul-betul terkejut kerana perkara ini memang betul-betul berlaku! terkedu? ini kisah benar! bukan cerita rekaan ok!

baru jap tadi IQ tepon adik IQ yang perempuan tu..saja nak tanya buat apa kan…so, as expected..ngah membuta, masih awal tapi da tidur~~ ok! tidur sebab kepenatan…penat sebab apa? IQ pun tertanya-tanya…oohh~~ rupanya family IQ terjah karnival jom heboh yang julung kalinya diadakan di terengganu~ sebelum ni terengganu hanya membenarkan untuk adakan perkampungan hadhari dan jugak sua rasa sahaja…sekarang da boleh adakan jom heboh ek? ok~ fine~ really don’t mind it sebab IQ da pernah pergi ke karnival tu sejak first karnival diadakan di kuantan pada tahun 2002 lagi..tak heran..

gambar sumber google

nak dijadikan cerita hot storynya bila adik IQ ni nak bergambar dengan artis..so, bila nak ambik gambar dengan artis kat situ, kena bayar!! whaatt??? kena bayar?? what the what man?? perlukah berbayar? sebelum ni, selama 9 tahun karnival tu didakan tak ada plak bayaran yang dikenakan kan? explanation dari adik IQ…pihak mereka mahu mengutip derma..kononnya duit yang dikutip sebagai bayaran untuk pengambilan gambar, akan disumbangkan sebagai derma…derma? derma untuk apakah? adik IQ pun tak ingat derma tu untuk apa…[budak nih pun satu, bukan nak ingat derma untuk apa..] haihh~~

apa pendapat korang? nak ambik gambar dengan artis kesayangan kita pun nak kena bayar? perlu ke? kalau berniat untuk derma, biarlah niat untuk derma tu betul..niat seikhlasnya…ni, kalau nak ambik gambar, nak kena bayar kononnya untuk derma, agak-agak korang la kan, orang yang derma tu, hati dia berpuas hati tak? mesti tak kan? sebab fokus dia nak bergambar dengan artis kesayangan dia, bukan nak menderma…niat da salah, duit derma pun tak dapat keberkatan…ye tak?? IQ tak pandai nak berbicara pasal agama..tapi cukup untuk peringatan diri yang boleh memperingatkan orang lain….

bayangkan..
seorang artis = RM2
10 artis?
200 orang nak bergambar dengan seorang artis??

gambar sumber google~

so…kalau korang jumpa artis kesayangan korang kat luar la kan, ada ke artis tu nak mintak bayaran untuk ambik gambar bersama? mesti tak kan? so..better tak payah pergi karnival tu, jumpa je artis tu kat mana-mana…senang! habes cerita~~tak kena bayar…gambar dengan artis pun dapat…

baik ambik gambar dengan artis camni, tak kena bayar…happy je macam adik tu..kan3??

itu semua pendapat IQ…pendapat korang plak camne? tinggalkan komen korang di sini…boleh kita bertukar pendapat~

sekian sahaja dari IQ…

see ya!

***esok ada kenduri kawen senior IQ di utm..nak bergambar sakan..tak perlu bayar! photographer free! sebab semua da ada DSLR sendiri! so..possing je la esok! weee~~

IQ aDa t-ShIrT uTm bLoGgEr!

February 25, 2011 9
pada student UTM yang menjadi blogger tegar…
anda da beli t-shirt khas UTM BLOGGERS tak??
IQ beli t-shirt tu!!
hehe..besh! kualiti t-shirt tu bagus sangat!
IQ amat-amat berpuas hati..
terima kasih dan tahniah pada admin UTM BLOGGERS yang mengadakan t-shirt yang besh nih!
bju
esok IQ mau pakai t-shirt ni buat pergi kelas!! hehe…amacam? excited semacam kan???hehe~~
ok~ IQ da penat sebenarnya nih..tadi telan ubat pun tak ngantuk-ngantuk lagi~
buat teman-teman, sorry ya! IQ tak dapat nak balas kunjungan korang lagi..kalau ada masa free, IQ jalan-jalan blog korang yer~
selamat malam semua!
see ya~!!
***nak t-shirt yang admin utm bloggers pakai tadi…cantek!

Thursday, February 24, 2011

aNoNyMoUs

February 24, 2011 3

ok…selamat petang...mood IQ ari ni cam ampeh je..bukan sebab tajuk..tapi sebab tahap kesihatan IQ yang tidak memuaskan pada hari ini..sepanjang hari selsema tak henti..ekoran terkena hujan petang semalam tapi tak mandi terus sejurus selepas tu…bak kata abg Amir [pengurus WWR] , “ni mesti budak nakal nih” hihi~ bukan-bukan…saya memang nakal..nakal sket je..wink3…

so…ari ni ada test..pukul 5 petang tadi..mujur ari ni habes kelas pukul 10 pagi…memang banyak masa terluang boleh digunakan untuk study last minit tapi ekoran selesema…study terbantut…kepala da pening..air mengalir laju dari hidung [erkk??] so..farah dengan senang hati membuatkan air panadol soluble selepas tengok IQ tak henti bersin! euuww~~ tak shedap la air tuh! macam sabun! siyesly! macam sabun!!!! nyway, chubby IQ boleh berterima kasih pada farah sebab da paksa IQ makan ubat..damn! sweet sangat la tu..weekk~~ haha!

close topic!

new topic!

anonymous..

apa pendapat korang pasal anonymous?

ok..ni pendapat IQ..hanya pendapat IQ..pada pandangan mata/hati/kepala/jantung IQ sendiri…tak der kopi teh dengan mana-mana pihak…

  • ORANG YANG BETUL-BETUL TAK ADA BLOG/AKAUN GOOGLE – means, orang ni nak komen tapi tak der blog, da la tak der blog, tak der akaun google lak tu…so, terpaksa komen menggunakan perkataan anonymous untuk meng’komen’ blog-blog yang dia suka baca….macam chubby IQ la kan..suka komen dan guna nama anonymous…kalau dia rajin..letak la nama sket..kan? kalau tak letak nama..so, tak tahu la sapa…

 

  • ORANG YANG ADA BLOG, TAPI SAJA-SAJA NAK BERGERAK MACAM TAK ADA BLOG (FULL TIME SILENT READER) – means, orang nih mungkin malas nak tonjolkan diri dia sebenar…selalunya orang seperti nih, lebih suka komen secara telus…secara jujur la senang cakap…kalau dia perlu cakap, dia akan cakap..tapi dengan cara nih, dia akan sesuka hati je komen orang, dan orang lain tak kan dapat mengetahui sapa diri orang yang meng’komen’ tadi, secara tak langsung, bley mencetus sifat tak puas hati pada penghuni blog yang dikunjungi..yelaa, orang datang umah kita, nak tau gak sapa dier…kan? tinggalkan komen tapi tak tahu sapa..sama la dengan tinggalkan kad kahwin, tanpa bagi alamat tempat alamat kenduri..eh? betul ke? betul la kot~

 

  • ORANG YANG ADA BLOG, OPEN BLOGGER TAPI KOMEN PADA SESETENGAH BLOG YANG DIKEHENDAKI TANPA TINGGALKAN IDENTITI – means, like a stalker la kan? senang crite..ada blog tapi bila pergi satu-satu blog yang dikehendaki, komen pakai anonymous…selalu komen guna anonymous…just like not nice di situ…kadang-kadang komen berbaur tidak enak…dan akan mencetuskan pergolakan perasaan tuan blog…

itu je kot pendapat IQ pasal anonymous…secara kesimpulannya, tak perlu la nak sembunyikan diri sebenar…yang penting, beranikan diri untuk mengutarakan pendapat..nama pun berblog..kalau ada salah silap, bley tegur menegur…tak perlu sembunyikan diri…tak professional orang cakap…bukankah tegur menegur tu salah satu cabang untuk mengeratkan hubungan? iye tak?

persepsi korang plak camne? apa pendapat korang pasal topik nih? sila tinggalkan komen anda~

ok..sampai sini dahulu~

see ya!

*** malam ni IQ nak siapkan poster untuk program IQ…hidung pun masih berair lagi..kepala pun masih pening~ doakan IQ cepat sembuh..k

Wednesday, February 23, 2011

iNi kEsAh bUdAk CoMeL + DeGiL yAnG sAkIt gIgI

February 23, 2011 3

ada sorang budak

comel tapi degil!

dia sedang kesakitan

sakit gigi

da lama sakit gigi

bila ajak ke klinik tak mau

bila suruh ke klinik tak mau

nak angkut bawak pergi klinik, lari satu kampung!

alasan bila suruh pergi klinik,

“ jap lagi hilang la sakit nih, jap je”

tak pun

“nanti pergi la klinik, kalau ada masa lapang”

tapi tak pergi-pergi jugak

sampai sekarang

minggu lepas sakit lagi…

sekarang sakit lagi!

sebab makan makanan manis dan keras!

macam baby tak ley makan benda keras..

nak tahu sapa budak tu??

ni dia!

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

Snapshot_20110223_7

wuwuwu~~ T_T

cakitnya!!!

huaaa~~

sakit gigi..

pesanan dari chubby

“letak panadol kat gigi yang sakit”

erkk?

menjadi ke?

tak nak try..

huh! degil lagi!

Snapshot_20110223_3

 

*** ok..sambung study…walaupun sakit gigi! huaaa~~

rUsh!

February 23, 2011 4

OK~ gedix sangat IQ nak update gak blog walaupun kena study untuk test pada esok hari..ok~ esok punyer test memang memeningkan IQ sebab satu subtopic pun IQ tak paham hape pun..malam ni mau study bersama-sama farah! farah! mau study bersama!!

nanti IQ akan buat program WHITE WATER RAFTING dekat kuala kubu baru….apa itu white water rafting?? WWR singkatannya adalah aktiviti air yang melibatkan bot pelampung di kawasan air deras…amacam? ada bran nak join? nanti IQ akan post di laman facebook…sapa budak-budak UTM JB yang mau join, bley update di SRC CREW oke !!!

rafting macam ni laa~~

tak nampak camne lagi?

camni?

amacam?

ada bran?

jom join!

khas pada penggemar aktiviti rekreasi!

jangan lupa add src crew ok!

see ya!

 

***ok..perlu mandi..tadi kena hujan…chubby IQ da marah!

Tuesday, February 22, 2011

cUmA aKu–HeLiZa HeLmI + vIdEo

February 22, 2011 4

Aku suka kamu aku cinta kamu

Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku

Aku kenang kamu aku bayangkan dirimu

Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta jika tiada rindu

Mana ada kasih jika tiada sayang

Apa kata kamu mahu undur atau maju

Mungkin cuma aku tapi kamu belum tentu

Untuk apa cinta jika tiada sudi

Untuk apa kasih jika tak memberi

AKu suka kamu aku cinta kamu

Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku

Mana ada cinta jika tiada rindu

Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta jika tiada sudi

Untuk apa kasih jika tak memberi

Mana ada cinta jika tidak sudi

UNtuk apa kasih jika tak memberi

Mana ada cinta jika tiada rindu

Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta jika tidak sudi

Untuk apa kasih jika tidak memberi

Mana ada cinta jika tiada rindu

Mana ada kasih jika tiada sayang

 

*** credit pada sapa yang post kat FB petang tadi yang telah menarik IQ untuk download lagu nih…besh!! heliza sooo cute dalam video ini!!!

Monday, February 21, 2011

cErItErA bAsIc rOcK cLiMbInG

February 21, 2011 7
cErItErA bAsIc rOcK cLiMbInG

sebelom ni, IQ da pernah post pasal program nih…BASIC ROCK CLIMBING..IQ nak cerita apa ye pasal program nih…nak show gambar-gambar je la kot..sebab rasanya da banyak entry IQ mengenai wall climbing nih…kali ni special sebab program official…congrates pada wanie sebab dapat mengarah program ni dengan baik sekali!

antara yang hadir

antara yang berjaya menawan puncak wall difficulty

antara yang berjaya menawan puncak speed wall

antara yang merakamkan kejayaan menawan wall

antara yang belajar menjadi belayer

antara yang tergantung

antara yang tercedera

antara yang terbuat cute

antara yang ‘koya’

antara yang sengal

dan sengal lagii!!!!

and last but not least

antara yang memang memang cute!!

IQ dan che naa!

hahahaha!!

buat kawan-kawan yang tak der gambar dalam blog ni, sorry..ruang da penuh..nanti lambat plak orang nak load blog IQ nih..hekhek…

untuk gambar yang lebih lagi…klik sini! credit pada src crew for the picha!

*** ok..da2…sian korang kan? happy tak ?? happy tak?? hehehe~

Sunday, February 20, 2011

cOnTeSt bLoG PaLiNg hEbAt By AiDa ShAfIeNa

February 20, 2011 2
cOnTeSt bLoG PaLiNg hEbAt By AiDa ShAfIeNa
tak sampai setengah jam IQ buat contest pada entry yang lepas…ada plak pesanan ringkas di soutbox oleh saudari anys..”ada tag untuk izyan” [lebih kurang la kot] haha! ok..sekali lagi salahkan si Anys nih sebab tag IQ join contest…IQ tak mau, tapi da kena tag..so, kena wat..haha!
contest paling simple bagi IQ, tak perlu cari gambar cantek-cantek! senang! just bagi pendapat..give ur words~ easy? that’s nott too easy..tapi bley laa…belom cuba belom tahu…kan?
ok…lihat banner? tak menarik? opss~~ bukan IQ cakap k..orang laen cakap..bagi IQ, simple..but steady~~ ececee~~
komen plz!
  • BLOG DUNIA BLOG IQ
blog IQ ni terlalu simple..itu pendapat IQ sendiri~ dulu IQ lebih suka letak gambar-gambar insan-insan yang IQ sayang…letak lagu, macam-mcam widget yang cute-cute..tapi sekarang tidak lagi! kenapa? IQ nak blog IQ ringan untuk pengunjung IQ buka blog IQ…bila ringan, orang akan suka singgah blog kita kan? tak perlu letak macam-macam jenis application, animasi..kerana benda-benda tu semua hanyalah memberatkan blog anda…bila blog anda ringan, dan ramai pengunjung yang kunjung tiba di blog anda…maka blog anda adalah blog yang hebat! tak gitu?? wink3..
  • BLOG AIDA SHAFEINA
okeh…I’m telling you the truth ok..no ampu-ampu…this is through my bottom heart! blog aida soooooo nice, cute!! tak der widget yang memberatkan dan senang untuk buka laman blog aida…nice kan? bila senang dibuka maka, IQ pun suka kunjung blog aida! tak perlu tunggu masa yang lama untuk load blog aida…kan? cute stuff pun ada walaupun sedikit, telah men’cute’kan blog aida nih.. and for all those things…u deserve being the blogger that have superb blog! nice ok!
pesanan buat penaja : syarat telah dituruti..mohon diterima penyertaan ini..trimas! =)
tag!
  • nana
  • azee
  • apel
cukup!
see ya~
*** ok~? stop! hehe….

jUmPiNg hIgH pHoTo CoNtEsT

February 20, 2011 5
lihat! lihat! lihat la dunia! IQ join contest lagi! [macam tak der kerja laen kan IQ nih!] ok…ni adalah tagging oleh kawan jiwa IQ…azee salim..sila salahkan dia sebab dia la IQ join contest lagi! =P
okeh…tengok perkatan JUMPING itu? maknanya?? lompat laa!
lompat si katak lompat..
lompat la tinggi-tinggi…
cepat la adik cepat…
join contest ini!
haha..siap ada pantun lagi tu…waahh~~ da lame IQ tak berpantun…wink3..okeh..jangan nak melalut..ini entry pasal JUMPING HIGH PHOTO CONTEST..bukan pasal laen! fokus! fokus!
ok…contest ini dibuat oleh saudari tyra..
gambar yang IQ nak pertaruhkan adalah gambar ini!
IMG_5458
gambar ni diambik setahun yang lepas…diambik ketika berada di universitas sumatera utara, medan indonesia ketika program trans medan indonesia anjuran kelab rekreasi IQ…lihat mereka semua! pelbagai jenis lompatan yang dibuat..termasuk IQ..nampak IQ? tak nampak IQ maknanya korang buta! IQ depan sekali tuuu~~ haha! waktu tu masih pagi..sebelum aktiviti seterusnya, kitaorang ambik gambar ramai-ramai depan pejabat hostel dorang..apa ntah nama lam bahasa indon..lupe daa..haha!..besh moment! love to remember this~
okeh..ni kali kedua IQ join contest berkaitan lompat-lompat nih….first tyme masuk tak berjaya sebab saingan memang sengit! kali nih pun IQ rasa saingannya amat-amat sengit! tapi IQ tetap cuba jugak dan join contest ini! hehe
IQ mengetag diaorang yang power!
  • muas
  • epul [sembang kemas]
  • uzair
  • wak
ok..setakat itu dahulu..ikotkan hati mau letak banyak lagi gambar lompat..tapi disabarkan hati sahaja..hee…
see ya!
*** nak berpantun lagi!

cHiLL mY lOvE~

February 20, 2011 0
cHiLL mY lOvE~

this post dedicated for my my lovely sister…

the elder one..

sis..

and

in that case…

because…

you always have

it’s hard to get near with you right now…

but

because

…really miss you~

just remember that…

all the things happen,

 

*** mood : unhappy to hear ‘bout her condition…but I always want the best for her…

Friday, February 18, 2011

cOnTeSt “sPlAsHy mOmEnT” bY fIqKbE

February 18, 2011 4

alop.alop.alop.anybody home?

nampak itu tajuk? bagus! tak nak cakap pape da…straight forward je k! hehe…sebelum tu..nak interprem banner contest….menarik!!

nak join?? klik banner contest di atas yer!

okeh…just nak cakap…hadiah dier menarik woooo!!! sapa yang suka main air, rugi tak masuk contest nih…IQ giler maen air tau…kalau ada peluang, ada air…memang IQ terjun! bukti? tengok gambar IQ kat bawah nih!

DSC06887

IQ yang mana satu?? haha! tak kan korang tak kenal IQ..IQ yang tengah tu haa!! giler air kawan-kawan IQ cakap..haha~ IQ enjoy maen air..untuk gambar nih, masa IQ jalani kem kat melaka…kem tepi pantai..apa lagi kan? memang bergetar lutut nih tengok air..muahahaha! n by the way, bulan 4 nih, IQ akan adakan aktiviti air..anjuran kelab IQ la…white water rafting! hehe…insya-Allah…kalau diizinkan program tu berjalan~ and IQ nak maen air lagi!! haha!

ok! IQ nak tag petak=nabil! sebab IQ tau dier ada gambar maen air besh-besh! hehe…ok!

till then..see ya!

***baru jap tadi ujan lebat..tapi da berenti da..ingat nak ambik gambar baru..main air..tak sempat plak..wuwuwuwu…..

jOm SeRtAi bLoGlIsT iR @ bLoG lEbAh

February 18, 2011 5
jOm SeRtAi bLoGlIsT iR @ bLoG lEbAh
haaa..cantek kan gambar lebah tu? tengok tuan punya blog laa..haha~ okeh2..tak mau merapu merepek…ni review buat blogger bernama IZAMIR RIDZWAN
IZAMIR RIDZWAN ni boleh dikatakan macho jugak la..[okeh, jangan kembang lagi] blog IR besh…isu-isu terkini mahupun peribadi banyak terungkap dalam blog IR…... IQ mula follow blog lebah bila menyampuk komen IR di sahabat blogger [group dalam facebook] ok~ that’s it! apa? nak lagi?? tepuk dada, sakit la dada..haha~ nyway..ur blog just nice…wink3! besh paer..gossip with yuyu zulaikha..haha! nice match lor!
okeh…pada sesape berminat nak join bloglist IR sila klik di sini! sapa cepat dia dapat! terhad pada 150 orang terawal sahaja..harap maklum~
just nice…haha..see ya!
*** cari source up traffic..traffic ngah tak stabil..adoi~~

BaSiC rOcK ClImBiNg!

February 18, 2011 0

selamat tengahari cikgu!! heh~ teringat plak zaman skolah rendah…walaupun da penat. waktu tengahari ke apa jua masa,mesti jerit SELAMAT TENGAHARI CIKGU! tu kuat-kuat…semangat! haha…nice moment to remember right?

okeh, IQ tak nak berbicara mengenai apa-apa kali ni..melihatkan pada tajuk, sudah tentu ramai yang berminat ataupun tertanya-tanya kan? heh..ok! itu nama program ok! program tu dikendalikan oleh kelab rekreasi UTM..kelab yang IQ sertai..lama jugak IQ tak bercerita pasal program kelab kan? tak per..IQ akan cerita kemudian..lepas program selesai..heh~

gambar poster

program ni diarah oleh wanie…besties IQ…bakal berlangsung besok di Kompleks Belia dan Sukan, LArkin Johor…dan pengumuman! penyertaan ditutup..terlalu ramai yang berminat nak bermain climbing…tak per…lain kali kitaorang buat lagi..mungkin tak official..tapi tetap maen benda yang sama! besh!

ok…IQ nak kemas bilik…kelas da habes..esok plak ada program climbing nih, so..nak kemas bilik awal-awal..senang sket nanti….

take care.see ya!

*** tak sabar nak main wall lagi..tiap-tiap minggu main wall…muscle da tangan nih..haha!

DiLeMa tEsT

February 18, 2011 4
DiLeMa tEsT

salam buat semua yang menyinggah blog IQ nih…

IQ sebenarnya baru je habes test IQ yang ketiga untuk musim pertama semester ini..test STATISTICS ok! apa? susah ke tak? korang pernah ambik kebarangkalian tak zaman skolah dulu? haaa! yang tu la IQ ambik test tadi..apa??? senang je? senang la korang cakap…korang dulu darab campur je..sekarang da advance…formula berlambak-lambak kena ingat..da la IQ ni jenis ingatan agak ting tong..ingat satu perkara, tersepak batu..terus lupa..haihh~~ =.=”

setiap semester IQ akan menghadapi dua test untuk dua musim untuk setiap subjek..depends pada lecturer plak nak tentukan berapa test yang perlu..IQ masih ada 4 test yang perlu IQ ambik…haihh~~ bila la nak habes nih….selagi tak habes belajar,test/study/exam akan terpampang depan mata…jangan duk nak lari sana sini ler…exam tu kejar sampai dapat…adoi!

petang tadi IQ tak online langsung! petang tadi memang IQ tak der kelas pun..dari identification test for rock tadi, IQ da free..so, IQ study statistics dengan kawan jiwa IQ…dari tengahari sampai petang..ok! tipu! rehat jap makan ayam goreng McDonald yang kitaorang wat delivery…ok~ canggih kan? nak makan? call jer..gila pemalas! bukan pemalas ok! bila musim-musim test/exam ni lebih suka memerap dalam bilik ramai-ramai, makan ramai-ramai sambil study..baru masyuk kan?

study kaw-kaw petang tadi..rasa konpem bley jawab..tapi bila da masuk dewan ujian..cam ampeh pun ada…ada 4soalan, 1 je rasa konpiden betul..haiyaakkk~~ nak buat macam mana nih..kawan-kawan pernah jadi camni ke pada kawan-kawan??? cuba bagitahu IQ sket…kalau sama je keadaannya..kita serupa [nyanyi lagu sket]..haha!

apa-apa pun IQ tak nak berputus asa! target IQ nak jadikan subjek-subjek sem nih cemerlang! itu target IQ! IQ tak nak hampakan sesapa lagi! IQ janji! [ececece..tersemangat la plak IQ nih]

minggu ni dan minggu depan test, minggu depan jugak minggu pilihanraya kat UTM nih…nak pilih calon mana? nak pilih kawan sekelas sendiri? proaktif ke? tunggu next entry…ok?

sekian sahaja berita dari IQ…salam hormat dan Assalamualaikum…=P

 

***ngeeeee~ [chumil kan senyum sambil tunjuk gigi? ce try ce try! haha!]

Wednesday, February 16, 2011

kOrAnG pErNaH kEnA cUlIk? iQ pErNaH!

February 16, 2011 0

selamat petang semua..ok..mood IQ da bertambah pulih sekarang..terima kasih pada yang bagi sokongan pada IQ, IQ hargai sangat-sangat..sayang sangat-sangat!

melihatkan pada tajuk, IQ nak tanya pengalaman korang dulu..korang pernah kena kidnap? apa korang rasa? wang tebusan ada tak? haaa..macam-macam persoalan kan bila timbul soal culik nih…dan pada zaman sekarang, kalau da kena kidnap, nak berjumpa dengan ahli keluarga balik hanya tinggal 0.001%  je..betul tak cakap IQ nih? dunia sekarang makin kejam kan? IQ da makin seram nak duk sorang-sorang tepi jalan raya, bila-bila masa je ada orang naik van, berenti depan IQ, humban IQ dalam van tu..huh! mintak simpang ler~

okeh..IQ nak cerita ni berdasarkan pengalaman IQ masa IQ kecik-kecik dulu..ok! walaupun IQ masih kecik masa tu, dalam umur 7-8 tahun masa tuh, IQ da boleh la nak fikir orang tu orang jahat ke tak…bermula kisah bila ummi IQ mintak IQ ke kedai belikan barang…tak tau la barang apa, barang nak masak kot, IQ pun da lupa, masa tu pagi lagi…masa IQ nak pergi kedai tu pun IQ tak mandi pagi lagi [ok, ni la sebabnya IQ susah nak mandi pagi sampai sekarang, sebab dari kecik da macam tu!]

IQ pun ambik beskal chopper IQ dan memboncengnya..korang tau kan beskal chopper camne? rugi korang tak pernah tengok…beskal tu jadi beskal turun temurun femly IQ…beskal besar, tapi tayar kecik..ok2..sambung cerita…ummi IQ akan tengok IQ berbasikal sampai dia tak nampak IQ..so,nak dijadikan cerita, start IQ keluar dari pagar rumah IQ, IQ diekori oleh seorang pak cik tua yang agak selekeh la..bawak beskal gak macam IQ…dia follow IQ dari belakang bermula dari depan rumah IQ lagi…

lebih kurang la macam beskal IQ masa tu…cuma handle tu macam besar sangat..haha! [gambar sumber goole]

then, konon nak tunjuk dia ni genteman kot, [masa tu ummi IQ masih nampak IQ lagi dari jauh],dia suruh IQ bawak beskal betul-betul..jangan bawak tengah jalan sangat..konon takot kena langgar dengan kereta la kot…well, jalan kat situ just jalan taman kot..tapi IQ fikir positif, IQ just ikut la apa pak cik tu cakap kan? so…pak cik tu terus ikut belakang  IQ sampai la ummi IQ tak nampak [masuk selekoh]

bila ummi IQ da tak nampak..bermula la adegan jahat pak cik tadi, dia suruh IQ berhentikan beskal IQ..IQ pun berhentikan beskal la kan..ingatkan nak bagi duet syiling wat beli gula-gula la kan? rupernya tak…korang tau pak cik tu nak wat apa??? pak cik tu nak angkat IQ naik atas beskal dia…!!! dia usha line clear…then, terus angkat IQ..tapi…bila IQ da start nangis masa tu, terus je dia gelabah…yela, nak angkat IQ depan rumah-rumah kat taman tu, kalau IQ nangis, orang lain dengar, mesti kena kejar punya pak cik tuu…

at last, pak cik tu blah camtu je…IQ yang nangis melalak kat tempat kejadian tadi pun berenti bila tengok pak cik tadi da blah..menjadi jugak helah IQ kan? padahal memang penakot! yelaa…sape tak takot nak kena angkat dengan orang yang tak kenal kan?? lepas kesat air mata, terus IQ pergi ke kedai, tak jauh pun kedai tu dengan tempat kejadian…dalam 80 meter je, cuma terlindung sket oleh selekoh-selekoh tajam…

then, sampai kat kedai, mungkin tuan kedai perasan ada air mata kat mata IQ, then ,dia tanya kenapa nangis…IQ cakap la ada orang tua nak angkat IQ naik atas beskal dia…tuan kedai tu boleh selamber cakap “alaaa…orang gila la tu kot” aihh..dia nampak ke pak cik tu tadi? macam nampak je kan? kalau betul orang gila pun, tak ley wat maen gak…maunya dia jadikan alat %&&*^*..haaaa! sapa nak tanggung…??

pak cik tu macam lan gambar nih..dikira macam orang gila ker?? [gambar sumber google]

ALHAMDULILLAH…naseb baek tak jadi pape kat IQ masa tu, IQ cerita kat femly IQ..diaorang semua risau..well, yelaa..kalau IQ kena culik, ntah bila IQ dapat ditemui balik kan? ntah-ntah..IQ da tak hidup da sampai sekarang…dan tak boleh nak berblogging macam sekarang kan? syukur Alhamdulillah…

amacam? korang lak camne? ce cite ce cite!

ok la..sampai di sini dulu kisah IQ…

see ya!

*** naseb baik zaman dulu tak sekejam zaman sekarang kan?

Tuesday, February 15, 2011

GaMbAr pHoToShOoT dEnGaN kAwAn jIwA~

February 15, 2011 2




starring by :
  • IQ
  • Wanie
  • Izy
  • Ina
  • Farah (the photographer)
kawan
************
ini farah..
show off sket gambarnya sebab dalam gambar ramai-ramai tak der gambar dia..yer la..dier kan photographer kitaorang..hehe.. =P
khas buat teman-teman IQ~
sweet…dari IQ
=P [geli IQ nak sweet-sweet nih]
*********
sebelum IQ terlupa, IQ nak ucapkan~
سلام مولد الرسول
bersama-sama la kita berselawat ke junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

***ari ni juga besday kawan IQ..ina..ada dalam gambar di atas..yang mana satu? carik sendiri..yang penting dia ROCKS!!!

Sunday, February 13, 2011

iQ sAyAnG tEmAn-TeMaN iQ

February 13, 2011 2

this entry created for appreciating my fellows friends over there..

hey guys~

you are too miracle in this world…

please~

don’t walk away from me…

just

walk together with me

can you?

180181_10150097397637454_625492453_6200012_4590277_n

three of us called

‘3 stooges’

 

*** mau dating sama diaorang!

Saturday, February 12, 2011

kErEtA pUn AdA bUlU mAtA!

February 12, 2011 5

tak percaya? tengok nih!

carlashes

berminat nak letak kat kereta korang? hehe..klik di sini~~

eyelashes untuk kereta maybe lebih sesuai untuk kereta gegurl kan? IQ pun teringin la nak pasang bila IQ da ada kereta nanti..mesti cantek…pastu ada kereta milik sang kumbang lak minat..haha! macam cerita kartun lak…tapi nice kan? hehe~~ kereta bercinta dengan kereta..hehe~

ok…setakat ni dulu~

see ya!

*** ari ni IQ penat maen wall lagih..tapi masyuk…besh3~~