Tuesday, February 6, 2018

Lupa Tutup Api Dapur Masa Keluar Rumah??

Kejadian berlaku masa IQ dan Qa'id keluar ke Taman Tasik Titiwangsa ahad hujung minggu lepas. Pagi tu IQ panaskan nasi putih yang IQ masak malam sebelumnya. Nasi tu untuk Qa'id makan tapi budak tu tak berapa nak makan sangat sebab tak sihat. So, IQ just nak panaskan nak elakkan nasi tu basi awal. IQ just buka api paling kecik dan biarkan atas dapur.

IQ terus bersiap-siap. Jam dah tunjuk pukul 7 pagi, terus siapkan Qa'id. Bawak bekalan. Kot2 budak kecik ni lapar nanti. Ok, singgah beli air mineral dan roti juga dekat stesen minyak. Sampai dekat Titiwangsa, happy-happy dengan budak kecik tu. Plan nak join aerobik geng JK1M dekat tempat yang sama tapi bila mengenangkan si Qa'id bukanlah budak yang reti duduk diam, terpaksa batalkan hasrat tu.
Lupa Tutup Api Dapur Masa Keluar Rumah??
Budak demam kena berpeluh sikit
Habis pusing 1 round Titiwangsa, Qa'id dah nampak letih dan mula mintak dukung. Loteh nak dukung budak 15kilo ni, tapi layankan aje. Plan nak bawak dia main taman permainan dekat tasik yang sama pun terbantut sebab gaya macam Qa'id dah letih sangat. Terus gerak balik.

Tapi biasalah, bila dah keluar rasa tak puas kalau pergi satu tempat jer. Last2 pergi rumah adik IQ dekat Jalan Gombak tu. Ajak dia tapau roti canai dan makan dekat rumah dia (OK, kantoi diet kelaut, haha! Tak per, ahad cheat day...haha!!)

Bila da settle makan, si Qa'id mula dah nak main dengan Medina. Terus dia nak main masak-masak dekat dapur mainan Medina. Sekali dia buka dapur mainan Medina tu, terus ada bunyi dan lampu macam api untuk masak2. Mainan budak sekarang advance betul. Tetiba...
Lupa Tutup Api Dapur Masa Keluar Rumah??
Sumber
ZAPPPP! Teringat IQ dekat nasi yang IQ panaskan atas dapur pagi tu!!!! Bunyi dapur mainan Medina buatkan IQ istighfar banyak kali!! IQ mula gelabah!! IQ panaskan jam 7 pagi dan masa tu dah 10.30 pagi!! Dah 3 jam lebih api dekat dapur rumah tu terpasang!! Handphone plak kehabisan bateri, kalau jiran call confirm tak dapat!!

Terus ajak adik ipar (suami adik IQ) pergi rumah dengan kadar segera! Qa'id ditinggalkan bersama adik IQ. Dalam perjalanan dah terbayang asap berkepul2 keluar dari rumah, dah terbayang barang-barang habis hangus terbakar. Bukan apa, keluarga adik IQ pun pernah berpengalaman yang sama di mana dapur dorang terbakar di saat dorang tak sedar cerek masak air atas dapur dah terbakar. Nasib dorang sempat padamkan, cuma dapur masak je rosak teruk dan tempat letak bawang. huhu.

KEADAAN YANG TERPAKSA
Adik ipar memang langgar habis semua lampu isyarat sebab emergency. Hati IQ memang tak tenang langsung! Adik ipar buat anggapan dia sendiri, moga2 gas habis. Tapi IQ pun baru tukar tong gas baru hari tu. huhu. Hati bertambah tak tenang!

IQ cuba hidupkan handphone IQ dalam kereta. Tiada panggilan masuk. Tiada mesej panggilan cuba masuk juga. Bila hampir sampai ke rumah, keadaan seakan tenang. Tak nampak kepulan dari kawasan rumah, tak ada bomba. Alhamdulillah. Tapi betul-betul tak pasti lagi keadaan macam mana selagi tak masuk rumah!

Bila nak buka kunci rumah, dah terbau hangit. Ok, memang confirm lupa tutup api dapur. Bila dah masuk rumah, terus menerpa ke dapur. Api masih ada, maknanya gas dapur memang banyak. (Tapi lepas ni kena tukar baru la jawabnya). Terus tutup api. Dan tengok keadaan nasi dalam periuk. Dah jadi kerak semua! Atasnya kuning, bawahnya usah kata lah, memang confirm hitam.
Lupa Tutup Api Dapur Masa Keluar Rumah??
Gambar contoh nasi hangit macam ni . (Sumber)
Mujur tiada apa yang berlaku. Syukur Alhamdulillah. Lega sangat! Tapi mesti korang pelik kan, IQ ni tak der periuk nasi elektrik ke apa duk masak nasi atas dapur? IQ suka masak nasi atas dapur lagi sebab kalau masak nasi atas dapur ni lagi cepat dan bila IQ masak nasi dengan kuantiti yang sikit macam 2 pot jer macam tu, memang IQ akan masak atas dapur. Jimat elektrik sket. kan kan?

IQ tak pernah alami situasi macam ni. Bila dah berlaku memang akan buatkan IQ jadi alert sepanjang masa. IQ akui yang IQ cuai kali ni. Excited nak keluar sampai lupa nak cek keadaan sekeliling rumah. IQ akan lebih berhati-hati lepas ni. InsyaAllah.

13 comments:

  1. alhamdulillah semua selamat dan tak jadi apa2 yang buruk. make sure lepas ni semua check sebelum keluar rumah walaupun dekat. CT penah jadi cemni jugak tp soket memang terbakar habis hitam. syukur api tak besar.

    ReplyDelete
  2. ya Allah..cuaknya..nasib api kecik..klu besar..nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. Adoiiii..pasni make sure sebelum kuar semua api dh matikan, semua suis pun matikan..

    ReplyDelete
  4. pernah jugak jadi kat saya, iron tak tutup selama 2 hari..bila teringat balik rasa cuai nye..nasib baik tak jadi apa-apa yang tak diinginkan.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah nasib takde kejadian yg buruk..

    ReplyDelete
  6. salam IQ..
    Allah boleh smpai lupa gitu.Alhamdulillah takda apa blaku yunk oi.huhu
    kena hati2 lebih pasni. Yaya pun pernah tlupa tapi masa tu kat dlm uma je.xde kluar pun.bru teringat sebab ada terbau hangit kat dapo.hahahaha =p

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    nasib tak ada apa2 benda buruk jadi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rumah akak takde pape.. Lepas ni memang sis kena sentiasa beringt la.. huu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah takde pape. tips: letak reminder kat pintu keluar

    ReplyDelete
  10. Nasib baik tak berlaku kejadian buruk... kak ema tak ada peiruk elektrik kat rumah..suka masak atas dapur gas jer..

    ReplyDelete
  11. Pengajaran kan IQ, mrs pip pun pernah jg dulu jd kes mcm IQ... bila masuk rumah, asap putih dah penuhi ruang dapur.. Nasib tak terbakar ... Kita tinggal kat apartment, jiran semua kerja.. Mmg serik la, asal kluar rumah mesti off kan gas...

    ReplyDelete
  12. Jadi pengajaran kan, saya pernah tak tutup iron. Syukurlah tak jadi apa-apa

    ReplyDelete
  13. Lynda pun pernah jadi macam tu. Sebab memang masak nasi atas dapur. terlupa tutup api kecil. Nasib baik takde apa. Kena beringat dan berhati2..

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata