Friday, December 22, 2017

Mocha Kau Bahagia

Kalau nak cakap pasal bahagia, macam tak layak jer. Huhu. Sebab hati sendiri pun tak bahagia sangat. Bahagia dengan anak dan keluarga. Perasaan sendiri letak tepi. Ok dah2...

Siapa pernah tengok drama pendek Mocha Kau Bahagia lakonan Syafiq Kyle dan Farah Nabilah? IQ sempat tengok dua tiga episod dan episod last jer. Boleh la nak search dekat mana-mana web tengok online. Kalau IQ ni, masa nak tengok video ni terhad betul! Kalau tertengok tu kira beruntung sangat aihhh..

Kisah tentang seorang lelaki yang susah nak ungkapkan sayang dan cinta terhadap seorang perempuan yang dah lama diminatinya. Watak perempuan tu pun suka dengan lelaki berkenaan TAPI perempuan tu mestilah nak lelaki yang propose dia dulu kan? Tak ada la nampak macam perempuan tu terhegeh2 jer.

Sampai la perempuan tu kapel dengan orang lain. Dah melepas dah. Seeee..disebabkan lelaki tu tak berani nak ucap kata cinta dan sayang, dah melepas. Terpaksa membawa diri. Bawak diri sambung sampai luar negara. Cliche sangat tau! Mesti nak kena bawak diri ke luar negara, kenapa tak balik kampung ke tolong mak ayah, mak ayah cari calon menantu lain pun ok whatt...haha! Tak baik betul IQ spoil plot cerita ni. Anyway, kesudahan cerita ni pun semua boleh agak. Malas dah nak cerita.

BERANIKAN DIRI
Tapi apa moral story yang boleh kita ambik? Lelaki kena la berani nak cakap sayang dan cinta tuuu...tak kan nak harap perempuan terhegeh2 plak. Walaupun kadang2 ada sesetengah perempuan yang ambik 1st step dulu, tapi tak semua perempuan suka buat macam tu. Orang kata tak sweet laaa. Kebanyakan yang jate ni memang sekarang pemalu lebih dari yang tino, ambe pun dok tahu nok kate gane agi. huhu. Pahe ke dop?

Nak lagi best, terus jumpa family masuk minang. Haaa..yang tu paling respek la kan. Bercinta lepas nikah gitu. Lelaki sangat gentleman kalau berani jumpa mak ayah cakap nak minang. "Saya nak pinang anak pak cik mak cik" Adehhh...berdebar-debar plak feeling dia.

So, apa yang patut korang buat? Luahkan laaa...ape lagi!!! Korang mesti pelik kan kenapa IQ buat pos macam ni...adehhh..macam budak2 pun ada. Macam orang bercinta la plak. huhu. Tak layak kot nak cakap tengah bercinta. IQ just mengimbau kenangan lama jer. huhu. Maaf la kalau macam orang baru nak kahwin. huhu. 

14 comments:

  1. tak pernah tengok lagi cita ni..ummm.. tapi nampak seperti menarik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik jugak la, tapi biasa lah, banyak cliche gak

      Delete
  2. dia punya title pun dah rare...nanti nak tengoklah bab i is peminat shafiq kyle...hihihi

    ReplyDelete
  3. akak tengok juga beberapa episod itupun sebab tertengok hehehe tapi best jugalah cerita ni, yang lagi best sebab pendek je tak banyak episod dan meleret2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, padat dan tak meleret, sebab memang short drama sgt. heee..baru nak drama sket, dah tggu next episod..hehe

      Delete
  4. Ingatkan salah ejaan untuk "MOGA" tadi. Hehehehe. Tak pernah pula tengok drama pendek mocha kau bahagia ni. Tapi pergi McCafe untuk minum pernah.. bahagia juga la minum Mocha. Kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, kaannn. mesti rasa macam salah eja, tapi its true!

      Delete
  5. Hehee dah tengok ritu tapi tu laa, ambil masa 10 mnit antara cekerama. Dah pening terus tengah tengok cita apa sebenarnya. Yang best trus g mekdi order mocha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tu la, sama laa...tengah tengok drama, tetiba ada drama lain, waktu dorang selitkan macam tak kena sangat. haha, ok, nak order mocha juga!

      Delete
  6. Kadang2 perempuan tu dah bagi signal, tapi laki pulak buat taktau.. Hadoii.. Pernah tngok cerita ni 1st episode je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan buat taktahu, tapi seriusly, lelaki lembab bab ni. ai know laaa..haha

      Delete
  7. macam menarik sinopsis drama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama pendek jer ni radhia, 5 minit je setiap hari. heeee

      Delete

Komen Sepatah Dua Kata