Lamanya tak mengarang dekat blog ni. 4 bulan berlalu dah kan? Last time pun nak cerita tentang anak kedua operate tonsil pun tak terpost lagi dekat blog. Tak perlah, nanti ada waktu, IQ kongsikan. Itu pun kalau masih ingat. haha!
IQ ni baru seminggu masuk bekerja selepas 98 hari bercuti pantang melahirkan anak keempat IQ. Anak keempat??? IQ pun tak sangka IQ dah ada 4 orang anak. Detik hampir setahun lepas, IQ dapat tahu IQ mengandung kali keempat tu, masih terbayang betapa IQ blurrr habis! Sebab kami suami isteri tak bercadang nak ada anak lagi. Cukup 3 masa tu tapi kuasa Allah SWT. Tetaplah ditiupkan roh kecil dalam rahim IQ pada bulan Julai 2024 yang lalu.
Masa berlalu memang cepat. Layan morning sickness pagi dan petang bertemankan 3 hero. Ayahnya jauh di selatan sana. Lembik badan Allah SWT je la tahu. Awal-awal mengandung memang menduga kesabaran dan kekuatan IQ dengan PJJ lagi. Bayangkan nak suap anak makan malam pun terasa penat yang amat sangat. nak nangis je rasa masa tu. Mengandung umur 30an hampir ke 40 ni memang mencabar yer. Memang rasa serik betul. Cukup la kot last dah ni. haha!
Bila dah sampai ke hujung-hujung waktu bersalin, husband ambil keputusan untuk berhenti kerja tapi dilarang oleh majikannya. Dia diberikan cuti tanpa gaji selama 3 bulan untuk jaga IQ yang sarat sampai la IQ bersalin. Masa tu fikir, okay la. At least kerja da secured. Tak perlu cari kerja lain. Husband balik sebelum Tahun Baru Cina. Terasa ringan beban IQ bila husband da ada dekat sisi IQ masa tu. Anak-anak lain pun husband uruskan. IQ just fokus diri IQ dan baby dalam perut serta kerja IQ selagi IQ tak bersalin.
Dari awal bulan Februari sampai la habis bulan Februari. Bulan Ramadhan pun menjelma. IQ dah hujung-hujung mengandung tu ambil keputusan tak berpuasa. IQ cuba berpuasa tapi sampai tengahari perut da cramp. Lapar. Terpaksa berbuka. Jadi la puasa setengah hari. Seminggu berpuasa, 8hb Mac tu kami balik ke Perak untuk berbuka dengan keluarga. Baby dalam perut pun masa tu tak nak keluar. IQ perasan baby kali ni macam seronok duduk dalam perut. Selalu abang-abang dia 38W-39W dah keluar tapi yang ni 39W++ pun macam segan nak keluar. Tanda-tanda cramp ada tapi macam kejap ada kejap hilang.
Lepas berbuka dengan family, IQ pergi tandas. Tetiba ada tanda coklat. Hah! Dah sudah. Dah balik kampung baru nak show tanda si baby ni. Terus bagitahu husband. Husband dah mula risau. Dia tak nak IQ bersalin dekat kampung sebab barang apa semua banyak dekat rumah sendiri. Dalam kereta ada barang basic je. Husband sampai plan nak balik Penang malam tu untuk ambik barang dan patah balik Perak. Tapi disebabkan just keluar tanda, contraction pun rasa tak rasa sangat, so...rileks duluuuu..
Lepas bersahur 9hb Mac, terus gerak balik Penang. Punya la risau terberanak dalam kereta la apa la. Tapi tak ada pun. haha! Sampai rumah boleh rilek-rilek lagi. Contraction ada, cuma kejap ada kejap tak ada. Kadang risau kalau pergi hospital, nanti doktor suruh balik jer sebab tak ada tanda-tanda sangat plak kan? Tapi sebab rasa contraction makin kerap rasa, decide pergi PAC HPP jugak sebelum tengahari.
Sampai PAC, tak ada orang nak beranak sangat. Lengang je berbanding 1st time IQ pergi masa ada problem masa 5 bulan sebelum ni. Nurse cek contraction secara manual, letak tangan atas perut. Dalam 15 minit, tak ada contraction pulak dah. Baby main-main ni. Tapi lepas tu doktor cek jalan dah 2cm, doktor pun tolong bukakan jalan sikit. Dah 2cm, memang kena tahan ler. Masuk jarum, terus warded. Husband dan anak-anak, IQ suruh balik dulu. Bagi dorang rest.
Dari tengahari ke petang, tanda-tanda contraction makin lama makin menjelma. Masuk je malam, dah rasa sakit makin kuat. Tak ada induce pun. Nurse yang lalu lalang pun ada pesan, kalau rasa sakit sangat, boleh request pain killer. IQ tak pernah guna pain killer lagi sepanjang beranakkan yang 3 orang sebelum ni. Jadi, macam teringin nak guna. Mana tahu kurang sikit rasa sakit kan?
Pukul 11-12 tengahmalam macam tu, sakit makin kuat dah. Minta cek jalan. Masih 3cm. Tapi masa ni IQ dah start request nak pain killer. Tak tahan sangat dah. Dan Ada la kata-kata kurang sedap nak dengar masa ni oleh doktor yang jaga masa tu, "U dah beranak 3 kali, 3 cm pun rasa sakit ke, nak painkiller jugak ke?" Rasa geram betul masa dengar tu. Dia ingat pain tolerance tu maintain je ke ikut umur? IQ dah 36 kot. Pain tolerance mesti la makin lama makin rendah. Mesti la tak boleh nak tahan sakit sangat. Badan da 3 kali beranak kot. Haishhhh! Geram betul dengan doktor tu. Dah la kita ni tengah sakit, boleh pulak cakap macam tu. Ahh, peduli apa, nak pain killer jugak!!
Lepas tu, IQ dapat pain killer. Cucuk kat punggung, sakit jugak kena cucuk. haha! Nurse dah pesan, painkiller tu buat jadi ngantuk dan ada orang yang tak tahan boleh muntah. IQ plak memang sedaya upaya tak nak muntah. Layan je la ngantuk, last-last boleh la lena sekejap. Contraction tetap ada tapi tak sekuat macam rasa sebelum tu. Dalam pukul 4-5 pagi, dah start contraction tu rancak balik. Menahan je la sakit tu. Tapi lepas tu request cek jalan. Dah 5-6cm. Nurse dah mula tanya mana baju baby. IQ dah boleh agak, akan gerak ke labour room lepas tu.
Pukul 5.45 pagi dah naik katil troli tu ke labour room. Seram sejuk je tengok labour room dia. Sakit pun makin rancak betul masa ni. Nak gerak badan dari katil troli ke katil labour room pun ambik masa sebab kejap kejap contraction datang. Doktor datang buangkan air kencing dan pecahkan air ketuban. Dah pecah air ketuban, makin sakit la jawabnya. Tak sampai beberapa minit lepas pecahkan air ketuban, dah rasa nak terberak. Mid wife yang datang tengok, terus cakap teran macam nak berak. IQ rasa macam eh?? Kena teran dah ke? Tak silap dorang cek jalan masa sampai labour room tu baru 7cm. Dah kena teran dah?
IQ memang tak ready masa ni. Mental fizikal tak cukup ready. Jadinya, time nak meneran tu rasa tak cukup nafas. Terus IQ menangis. Tak pernah-pernah nangis time bersalin. IQ cuba teran sambil curi nafas pun rasa macam tetap tak cukup teran. Cuba dan cuba. Tu sampai menangis tu. Payah betul si baby ni nak keluar. Ada sekali tu rasa macam dah keluar rupanya baru keluar kepala rasanya sebab kena teran lagi lepas tu, baru la keluar sepenuhnya. Lega terus lepas si baby dah keluar. Sekali timbang, nohhh, 3.3kg. Paling besar antara abang-abang dia. Padan la payah nau nak keluar yer baby.
Lepas midwife jahit luka, dapat skin to skin dengan baby. Lama jugak, dalam setengah jam. Dalam ramai-ramai, anak ketiga je tak dapat skin to skin. Alhamdulillah yang keempat ni dapat skin to skin lama. Bersalin pukul 6.10pagi. Pukul 8 lebih dah balik wad. Masa untuk rest. Seronok dapat rest tapi wajib report dekat suami dulu. Suami tak teman IQ bersalin. IQ pun dah biasa bersalin sorang-sorang. Nurse jenuh cari husband masa IQ kat labour room, tapi IQ biasa je jawab, suami sibuk handle anak-anak lain dekat rumah. Kami pun duduk jauh dari keluarga, jadinya semua kena handle sendiri.
IQ balik sehari lepas bersalin. Tak dapat balik hari yang sama bersalin sebab baby tak buang air besar dan kecik lagi. Kena pantau sampai la baby boleh buang air besar dan kecik dengan sendiri. Lega dapat balik rumah, berpantang dan berehat dekat rumah. Terima kasih suami sebab jagakan isterimu dan baby selama 3 bulan serta uruskan anak-anak yang lain.
Owh, lupa nak bagitahu. IQ dapat anak lelaki juga kali ni yang diberi nama Muhammad Hud Islam. IQ redha tak ada anak perempuan. IQ tunggu menantu perempuan je la lepas ni. hehe.
![]() |
10 Mac 2025. 6.10pagi. Hospital Pulau Pinang. |
Hud Islam: Cheq Oghang Penang!
0 Comments
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)