Advertisement

Responsive Advertisement

Tarik Minat Anak Dalam Bidang Kulinari, Berbaloi Untuk Masa Depan

Pernah tak kita sebagai ibu bapa terfikir ke mana hala tuju anak-anak selepas habis sekolah? Macam IQ, IQ terfikir jugak nak tentukan karier anak-anak memandangkan karier IQ dulu pun ditentukan oleh abah IQ. Namun, selepas dinasihati oleh suami, IQ decide untuk biarkan apa yang anak-anak nak decide kemudian hari. Apa yang diaorang minat, just support dan bagi sokongan sepenuhnya. 

Lambat lagi IQ oiii nak fikir tentang masa depan anak-anak. Aishhh, tak ada la lama mana, anak sulung IQ pun dah darjah 2...pejam celik pejam celik tetiba dah nak kena masuk asrama...lepas tu mula la anak-anak tak lekat dekat rumah dah sebab masing-masing nak kejar kerjaya dan minat masing-masing kan? Nak kata overthinking pun tak jugak tapi planning semestinya perlu ada.

Tarik Minat Anak Dalam Bidang Kulinari

Anyway, IQ tertarik dengan satu web ni, satu web yang menunjukkan sebuah sekolah yang menyediakan kemahiran memasak. Ya! Bidang kulinari. Bidang yang jarang orang kita galakkan anak-anak untuk ceburi melainkan dengan minat dan kesungguhan anak itu sendiri untuk belajar. Teringat IQ tentang satu kisah seorang adik bongsu yang teringin belajar kulinari namun ditegah oleh abahnya sendiri, hanya disebabkan beliau tak pernah melihat adik itu ke dapur langsung. Begitulah orang tua, jika dia rasa kerjaya itu tak berbaloi, ditegahnya. Kesian kan? Galakannya tiada.

Namun, bila IQ tengok laman Culinary School ni, IQ tergamam. Mana tak nya, kesungguhan orang luar dalam membina kerjaya anak-anak sangat bagus. Menjadi supporters utama anak-anak yang membawa kepada kejayaan anak-anak itu sendiri. Di web Culinary School ni pelbagai cabang yang cuba disampaikan. Daripada peringkat permulaan pembelajaran sehinggalah ke peringkat tinggi pembelajaran akan diberi guidelines untuk memilih sekolah atau universiti terbaik di seluruh US bagi menjalani bidang kulinari yang diimpikan.

Section Health 

Ada juga section yang menarik minat IQ iaitu Workout Calculator! Walaupun IQ dah lama sangat tak exercise secara berjadual, namun minat IQ terhadap sesi workout dan fat burn amatlah tinggi. Biasalah, orang yang mempunyai berat badan yang overweight memang macam ni. Teringin nak kurus tapi sesungguhnya satu-satu usaha itu teramatlah mahal sekali nilainya kan? hehe.


Bila dah letak details macam gambar kat atas ni, masuk sekali info berapa kerap korang exercise dalam seminggu macam dalam gambar kat bawah ni. Lepas tu, terus boleh calculate berapa Calorie yang korang perlu burn setiap kali korang workout. Kalau tak ikut yang ni, tak payah la korang bersenam sebab korang tak kan tahu apa yang korang buat. Korang kena ada target, baru la berat badan tu turun. Faham ke tak?
Lihatlah BMI IQ yang Ya Allah, bila kau mau sadar wahai IQQQQ


Bukan hanya Workout Calculator, malah terdapat juga Body Fat Calculator dan juga Weight Loss Calculator. Kita boleh mengikut berapa Body Fat yang perlu ada dalam badan dan boleh buat calculation untuk pengurangan berat badan secara berjadual. Haaaa, bagus kan? Tapi tu laaaa...bagi IQ,  kena ada coach jugak, kalau tak ciloknya tak habis-habis. hehe.


Psst! Agak-agak nak release stresss tu boleh la klik Culinary Kids Games. Terdapat lebih dari 100 games yang melibatkan masak-masak dalam tu. IQ kan suka main game online sekarang kan? Memang IQ cuba la satu games ni. Satu je...tak banyak. hehe.


Alaaa, kasi can la kan? Janji yang ni satu jer. hehe


Post a Comment

2 Comments

  1. sy ada kawan yg belajar kulinari, matriks engineering tapi bertukar bidang dan mula dari bawah dengan ambil kulinari, settle belajar, kerja atas kapal luar negara. Good experiences, tapi iman kena kental. Apa yang tersurat, pasti ada tersirat. Allah SWT punya rencana juga hebat

    ReplyDelete
  2. Pada uncle kulinari ni bidang yang berseni....

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)