Advertisement

Responsive Advertisement

Minyak Zaitun Al'Ard Premium Organic First Harvest, Minyak Zaitun Yang Terbaik Di Dunia

Dulu IQ pernah share tentang Minyak Zaitun ni. Kalau terlepas baca, boleh baca di sini. Dan pada sesiapa yang selalu menggunakan minyak zaitun, pasti tahu akan banyaknya khasiat minyak zaitun ni. Mana tak nya, minyak zaitun merupakan minyak yang terbaik untuk diamalkan seharian. IQ pun suka menggunakan minyak zaitun ni. Elok untuk bahagian dalaman badan. Kalau untuk masakan, best kalau digunakan untuk menumis sayur goreng. Nak lagi sihat dan tak nak khasiat minyak zaitunnya hilang, boleh gaul salad dengan minyak zaitun. Sedap weyh! 


Minyak Zaitun Al'Ard Premium Organic Minyak Zaitun Terbaik Di Dunia

Kali ni IQ nak kongsikan salah satu brand minyak zaitun yang berasal dari Palestine iaitu Al’Ard yang merupakan brand yang diusahakan oleh penduduk Palestin sendiri. Korang tahu tak yang pokok-pokok buah zaitun yang ditanam di Palestine ialah tanah yang diberkati iaitu bumi Para Anbiya dan merupakan tempat pertama pokok zaitun turun ke dunia. Buktinya terdapat sepohon pokok zaitun tertua di dunia berusia lebih 5500 tahun masih berbuah sehingga ke hari ini dan setiap pokok zaitun berbuah mengikut musim setiap tahun di Palestine. 


Brand Al’Ard mempunyai pelbagai jenis produk berasaskan minyak zaitun. Sebagai contoh, produk Esklusif Limited Edition First Harvest 2022/2023 Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ini. Produk ini merupakan produk pertama di dunia yang dihasilkan oleh tuaian hari pertama buah zaitun pada musim 2022/2023.

Apakah keistimewaan minyak zaitun yang menggunakan buah zaitun hasil tuaian hari pertama ni?

  •  ·        Minyak zaitun First Harvest ni mempunyai 25 jenis khasiatnya yang tersendiri iaitu Polyphenols, Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi berbanding tuaian hari lain


  • ·        Minyak Zaitun Premium Organik Extra Virgin merupakan hasil proses perahan pertama (First Cold Pressed) yang menggunakan mesin berteknologi moden dan terkini bagi mengekalkan khasiat kandungannya. Sangat limited edition, dan mempunyai nombor siri untuk setiap botol yang dikeluarkan.


    No series limited edition: 00807 Milik IQ

  • ·        Minyak zaitun ni adalah hasil daripada pilihan buah zaitun hijau yang terbaik dan dipetik setiap bijinya hanya menggunakan tangan dan diproses pada hari yang sama. Dengan itu, kandungan khasiat buah zaitun jauh lebih tinggi boleh didapatkan.

  • ·        Jenis pokok zaitun asli di Palestin ini pula adalah jenis Nabali, Roomy dan juga Souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun yang terdahulu.

 Bak kata orang lama-lama, makin lama makin berisi. Begitu juga dengan pokok zaitun tua yang masih hidup dan berbuah melebihi 500 tahun di Palestine. Ianya kaya dengan khasiat antioksidan, vitamin dan juga mineral yang jauh lebih tinggi berbanding pokok-pokok zaitun muda di ladang zaitun di negara lain. Kawasan ladang pokok zaitun merupakan Kawasan tanah tinggi di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine yang dimiliki oleh lebih 2000 keluarga Palestine. 


Minyak zaitun First Harvest ini dikeluarkan oleh Syarikat Pengeluar Alard Palestinian Agri Products di Nablus, Tebing Barat Palestine yang memiliki pengiktirafan ISO-2000, FAIRTRADE dan juga HALAL PALESTINE dan melalui pelbagai ujian di makmal yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian Palestine. Kandungan acidity Oleic Acid Minyak zaitun First Harvest ini juga rendah iaitu kurang dari <0.5% dalam setiap pengeluarannya. Pembotolan Minyak Zaitun Al’Ard ini melalui proses pembotolan secara Nitrogen Injection yang menjaminkan khasiat minyak zaitun yang kekal dan berkualiti tinggi.

 


Makin banyak yang kita tahu tentang Minyak Zaitun First Harvest ni buatkan IQ makin kagum dengan masyarakat di Palestin sana yang tetap mengekalkan keaslian minyak zaitun ini dengan cara tersendiri. Malah, khasiat minyak zaitun yang dihasilkan bukanlah biasa-biasa. Setiap kandungan khasiat yang dihasilkan boleh memberi kesan yang positif di dalam badan. 

Tambahan lagi, bahagian luar badan juga boleh menerima banyak manfaat daripada khasiat minyak zaitun ini seperti merawat sakit sendi, menghilangkan kesan parut dan juga merawat masalah kulit kering. Haaa! Kepada yang ada masalah kulit Ekzema, radang kulit pun boleh cuba yer. IQ sendiri pun pernah cuba minyak zaitun untuk merawat masalah radang kulit dan ianya beransur hilang selepas beberapa kali memakainya. Memang berkesan!

Manfaat Tersembunyi Yang Tak Ramai Tahu 

Minyak Perubatan Islam

Satu manfaat lagi yang IQ baru dapat tahu daripada suami IQ yang merupakan perawat Perubatan Islam. Dikatanya para perawat perubatan Islam akan mencari Minyak zaitun yang terbaik untuk dijadikan minyak untuk tujuan perubatan. Lebih-lebih lagi Minyak zaitun yang tulen seperti Minyak zaitun First Harvest ini kerana tiada penggunaan bahan kimia dan rendah asid. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kehebatan sebagai penawar penyakit.


Daripada Ayat Al Quran:

Firman Allah Taala: “Demi buah tin dan buah zaitun!”…
- (Surah at Tin; Ayat 1)

 

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. "...Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;..."
- (Surah An-Nur : Ayat 35)

 

Daripada Al Hadith:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat."
- (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Wallahu ‘alam…

IQ baru nak belajar makan minyak zaitun ni satu sudu satu hari sebelum makan pagi dan satu sudu sebelum tidur malam ketika perut kosong. Dikatakan khasiat yang ada di dalam minyak zaitun premium seperti Minyak Zaitun First Harvest ni boleh memberikan khasiat sepenuhnya tanpa teroksida. Bagus kan? IQ nak cuba la nanti. Sebelum ni IQ selalu gunakan dalam masakan. Nak cuba makan terus la pula, InsyaAllah lebih sihat nanti.


Sabun Minyak Zaitun Al'Ard Mencantikkan Kulit

Oh ya! Selain produk Minyak Zaitun yang berkualiti tinggi, Al’ Ard juga mengeluarkan produk seperti Al’Ard Nabulsi Olive Oil Soap yang menggunakan 100% Minyak Zaitun Extra Virgin. Sabun Minyak Zaitun ini merupakan sabun yang dihasilkan 100% buatan tangan oleh Koperasi Wanita Palestine di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.

Semestinya khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sabun ini lebih kurang sama seperti minyak zaitun kerana terdapat pelbagai khasiat Antioksidan termasuk Vitamin A dan E di dalamnya. Khasiat yang terdapat di dalam sabun ini boleh melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan. Malah jika ada masalah kulit seperti eczema pun boleh mengurangkan masalah tersebut dengan mengamalkan pemakaian sabun ini.


Sabun ini terhasil daripada resipi sabun tertua di dunia semenjak zaman ‘Levant’ tau? Apa itu zaman Levant? Zaman yang wujud lebih 2000 tahun terdahulu. Haaa…faham? Kandungan sabun ini juga bebas daripada Parabens, SLS, SLES, pengawet , pewarna tiruan, dan juga pewangi tiruan. Jadinya, ianya amat sesuai digunakan oleh golongan kanak-kanak malah juga orang dewasa. Boleh juga digunakan sebagai syampu tau! Sabun ini didatangkan dalam bentuk sabun buku 125 gram, dan sabun cecair saiz 250 ml dan juga 500ml.

Teksturnya lembut, seakan minyak dan tidak berbuih

IQ ada beli yang 250 ml ni untuk anak-anak IQ. Kulit masing-masing agak sensitif sejak dua menjak ni. Apatah lagi yang sulung memang ada penyakit eczema. Kerap menggaru jika kulitnya kering. Boleh la cuba sabun minyak zaitun ni untuk dia nanti! 

Kalau korang nak cuba juga, boleh klik link di bawah. Pelbagai produk Al’ard boleh korang cuba dan pastinya produknya asli dan terbaik! 

http://www.alardproducts.my

http://www.alard.ps

http://www.alard.my

Post a Comment

7 Comments

  1. Kita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al'Ard nie. Pilihan terbaik!

    ReplyDelete
  2. Kena cuba ni minyak zaitun al ard ..

    ReplyDelete
  3. Minyak zaitun ni nad pun ambil, lebih yakin dengan jenama Al'Ard. Sabun tu nanti nak try la

    ReplyDelete
  4. Boleh guna untuk masak tau! Lagi sedap, should try

    ReplyDelete
  5. penting rupanya kala kena botol hitam gitu kan .haha k.azni pun baru tau

    ReplyDelete
  6. Saya langsung browsing ada masuk Indonesia kah produk ini atau tidan ternyata ada, tapi yg first Harvest limited edition tak ada 😔.

    Tak apalah, saya nak beli yg regular extra virgin

    Saya pun rutin minum olive oil extra virgin setiap pagi kak.

    Dan kalo malam oles olive oil yg untuk face. Baguus sangat utk meredakan iritasi dan anti aging lah. Utk masak pun saya pakai, apalagi dah mengurangi sangat masak yg digoreng kan. Jadi untuk sautee pakai olive oil.

    Teringin coba pakaj brand Al Ard ini.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)