Advertisement

Responsive Advertisement

Sekali Lagi Beli Kelengkapan Sekolah Baru Di Hari Hari Sebab Puas Hati!

 Anak-anak dah mula cuti sekolah hari ni. Sebulan cutinya. Lama! Tapi sekarang ni pejam celik pejam celik, tup tup cuti dah habis. Masa memang berlalu dengan pantas, sampai tak sedar lepas cuti nanti anak dah masuk Darjah 2!

Memandangkan cuti sekolah ni plan nak sunatkan si anak, persiapan sekolah dia IQ memang nak prepare awal. Risau dua kemungkinan, satu; anak bersunat, dan perlukan masa yang lama untuk sembuh. Kemungkinan kedua; risau kelengkapan sekolah banyak habis bila beli lambat-lambat.

So, hari tu iaitu minggu lepas, IQ nekad nak beli kelengkapan sekolah Qa'id awal biarpun sekolah dia tak mula bercuti lagi masa tu. IQ plan nak beli di tempat yang sama IQ beli kelengkapan sekolah dia masa mula-mula dia masuk sekolah dulu iaitu di Pusat Pakaian Hari Hari. 

IQ pergi ke cawangan Hari hari yang terletak di Perda, Bukit Mertajam. Tak ada lah jauh mana dari rumah IQ, seronok jugak jalan-jalan keluar pulau. Sampai di sana, IQ disambut ramah oleh pekerja di sana. Dan pencarian kelengkapan sekolah pun bermula. 

Hari Hari Bukit Mertajam

Kenapa IQ suka beli di Hari-hari?

Sebab di Hari hari bukan hanya ada baju sekolah, malah ada kelengkapan sekolah dari hujung rambut sampai hujung kaki. Cukup lengkap! Ada set baju sekolah, ada tudung sekolah, ada songkok, ada vest sekolah, botol air, set alat tulis, stoking, kasut sekolah, kiwi kasut pun ada! Banyak kan? Mudahnya nak beli sebab semua ada di bawah satu bumbung. Orang putih kata apa tu, One Stop Center? Haaa...itulah dia. =P 

seluar sekolah, baju sekolah, vest sekolah, botol air pelbagai warna dan design

kiwi kasut, set alat tulis, beg sekolah, kasut sekolah

Sepanjang setahun Qa'id bersekolah, dia pakai baju sekolah dibeli di Hari-hari. Tahan lasak dan tak pernah koyak even Qa'id ni sangat la lasak di sekolah. Balik sekolah kalau tak kotor bajunya memang tak sah! So, tahun ni memang pilih pilihan yang sama!

Kualiti baju sekolah di Hari hari setanding jenama mahal. Pelbagai jenis kain boleh kita pilih di Hari-hari ni, nak kain cotton atau kain licin. Semua ada! Memang puas hati bila membeli baju sekolah di Hari hari ni. Kalau anak jadi Pengawas Sekolah ke, ataupun jadi Pengawas Pusat Sumber ke pun boleh cari baju sekolah di sini. Pilihan warna baju sekolah yang dikehendaki insyaAllah ada.

Kemain try kasut sekolah macam Thor dah gaya. haha!

Dah termenung nak pilih baju sekolah ke?

Tak sah kalau tak pilih Cars untuk alat tulis.

Kita try brand lagi satu ni plak. Pakai cotton spandex baru la kaki tak ada bau ashem. hihi


Kelengkapan sekolah Qa'id yang IQ beli di Hari hari kali ni termasuklah;

  • 2 pasang baju sekolah
  • 1 pasang kasut sekolah baru
  • 1 set stoking baru
  • 1 pasang baju sukan
  • Pakaian dalam Qa'id
  • 1 unit botol air
  • Set alat tulis. 

Beg sekolah IQ tak belikan yang baru sebab beg yang dibeli di Hari-hari tahun lepas masih elok kualitinya. Mana yang boleh kita save, kita save dulu. Kalau dah rosak, datang Hari-hari lagi untuk beli. hehe.

Masa ni nak memujuk pilih beg baru, mana yang kita boleh save, kita save yer sayang. Beg sekolah lama elok lagi, dah putus kita datang sini beli baru okay?

Tahun lepas IQ membeli kelengkapan sekolah Qa'id di Hari hari cawangan Dungun disebabkan masa tu IQ tinggal di sana. Tahun ni membeli di cawangan Bukit Mertajam pula. Untung sangat bila cawangan Hari hari ni ada 98 buah kesemuanya di Semenanjung Malaysia. Pindah jer kat mana-mana negeri di Semenanjung ni, confirm mudah nak beli kelengkapan sekolah anak. Mana tahu next year IQ berpindah tempat kerja lagi ke lain-lain negeri, harap-harap mudah nak beli kelengkapan sekolah anak ni lagi di Hari hari.

Staf Hari hari yang banyak membantu dalam mencari dan memilih baju. TQ!!

Korang plak macam mana? Kelengkapan sekolah anak dah settle? Belum? Cepat tau! Kalau lambat, risau kelengkapannya habis pula. Hari tu brand seluar sekolah pilihan IQ untuk Qa'id dah habis stok tau! Mujur di Hari-hari ada dua brand yang okay untuk dipilih. Dua-dua kualiti terbaik. Kalau tak, termenung juga IQ nak pilih seluar sekolah Qa'id yang okay ni.

Bakul dah penuh, menjeling apa lagi agaknya tu?

Puas hati juga kali ni dapat beli baju sekolah Qa'id. Walaupun masih ada baju sekolah lama yang masih elok dan muat, tahun baru sesi baru kita beli juga untuk buatkan dia bertambah semangat untuk masuk darjah baru nanti. Betul tak? Dengan pencapaian yang memberangsangkan dia dalam sesi lepas, buatkan IQ nak sediakan yang lebih baik untuk dia. InsyaAllah. 

Bila tengok gambar ni baru perasan anak bujang dah tinggi, nak masuk darjah 2 dah nanti!


Jangan lupa membeli di Hari hari tau, Marilah pergi Hari hari!

Terima kasih Hari Hari!


98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. aah, da besar sangat dia, hari ni dia da nak bersunat. XD

      Delete
  2. Yer laa lama tak singgah blog IQ, tetiba Qa'id dah besar hehehe
    Pusat pakaian Hari-Hari one stop centre, semua kelengkapan sekolah di bawah satu bumbung, mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima singgah blog IQ. Qa'id pun dah makin membesar, nanti sggah blog iQ mesti qaid da sekolah menengah.. hehehe

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)