Thursday, July 8, 2021

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

 RINDU LA NAK MAKAN NASI DAGANG!

Sebagai anak jati Terengganu yang tinggal di perantauan, semestinya IQ sangat merindui rasa nasi dagang apabila berada jauh dari kampung halaman. Mencari nasi dagang yang rasanya pior di negeri lain semestinya susah. Yang ada semestinya agak mengecewakan, rasa tak cukup, rempah kurang, baunya juga kurang menaikkan rasa nak makan.

 NASI DAGANG ORIGINAL TERENGGANU DI LEMBAH KLANG?

Berbeza bila IQ diperkenalkan dengan Nasi Dagang Grannies ni. Bila dapat peluang merasai Nasi Dagang Grannies, IQ dapat merasai dari awal lagi keenakan rasanya walaupun hanya menatap gambar semasa nak order. Haha! Over betul! Biasa la kan? Mak mak mengandung memang feel lain macam. Rasa nak cuba tu tak boleh nak sabar langsung!

 NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Tiba hari penghantaran, seawal jam 8 pagi dapat call dah. Awal betul penghantarannya. Kata delivery man, sarapan pagi kak! Betul juga tu, nasi dagang paling best nak makan waktu pagi. Dapat je Nasi Dagang Grannies di tangan, dah dapat bau harumnya. Dah rasa tak sabar nak makan. Dan rezeki suami IQ awal pagi tu, dapat la bekal dia Nasi Dagang Grannies ni untuk pergi kerja. Bungkusannya pun mudah nak bawak ke mana, so…senang, tak perlu nak letak dalam bekas makanan lain dulu.


PILIHAN YANG TEPAT UNTUK SEISI SEKELUARGA, SET KENYIR

 NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

IQ order set Kenyir. Set Kenyir ni ada banyak pilihan lauk yang ada. Selalu kalau makan nasi dagang mesti lauk ikan tongkol je kan? Bukan pada Nasi Dagang Grannies Set Kenyir ni sebab set kenyir ni ada banyak sangat pilihan lauk yang ada. Siap ada lauk percuma lagi! Bertuah IQ pada hari tu! Dapat rasa macam-macam jenis lauk seperti Lauk Gulai Ikan Tongkol, Gulai Ayam, Gulai Udang, dan juga Gulai Telur. Meriah kan? Puas hati dapat makan dan rasa semua pilihan lauk yang ada dengan set kenyir ni.

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

IQ pernah baca review Nasi Dagang Grannies ni di Instagram dan jugak Facebook Grannies, rata-rata sesiapa je yang makan Nasi Dagang Grannies ni pasti puas hati. Mana taknya, rasa rempah gulainya cukup, nasinya pulak lembut, pakai beras basmathi pusa king kan? Mesti la teksturnya lembut, makan pun tersenyum-senyum. Sebab rasa sedap sangat, rasa rindu pada nasi dagang terengganu ni 100% terubat. 

Oh ya, kalau korang ni bujang, tak perlu risau. Nasi Dagang Grannies ni pun ada value pack. Just pilih jer nak lauk apa sebab harga berdasarkan lauk yang nak dipilih. Harganya pasti berbaloi dengan rasa. Jangan risau yer!



NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Kalau nak order untuk sarapan esok hari, pastikan order awal sehari tau? Kalau ada rezeki korang, selalu la cek instagram Grannies sebab kalau dorang ada lebih, dorang akan bagitahu di Instagram. Food delivery available untuk kawasan Lembah Klang. 

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Aduh, dah teringat-ingat plak keenakan rasa Nasi Dagang Grannies ni, nak order la untuk esok. Jom kita order sama-sama! Boleh order menerusi maklumat di bawah. 

NASI DAGANG GRANNIES PREMIUM, ORIGINAL TERENGGANU, TERLARIS DI KLCC

Whatsapp / Call : 013 907 5199

2 comments:

  1. sedapnya tengok.. mana nak dapat nasi dagang yang balut cam tu.. terbaik lah

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata