Sebenarnya, IQ meneruskan misi IQ untuk kurus. (tak kurus-kurus lagi ke tu IQ oiii??) Tak, belum mencapai BMI normal lagi yer. Berat masih tidak stabil. Masih perlukan guidance daripada coach yang berpengalaman. So, inilah yang IQ buat. Masuk program Fit Superb 4.0 yang dikelolakan oleh coach fitness kesayangan iaitu Kapten Black.
APA BEZA PROGRAM LEPAS DENGAN FIT SUPERB NI?
Mesti korang tertanya-tanya kan apa beza program JK1M dengan program Fit Superb ni. Program JK1M tu korang boleh baca dekat sini, tapi untuk Fit Superb ni, korang boleh baca di bawah.
Fit Superb merangkumi pelbagai training, Mix Body Weight, HIIT dan Functional Training Movements untuk melatih perseorangan mendapat bentuk badan yang ideal dan sihat selain melatih untuk meningkatkan daya ketahanan badan.
Apa yang IQ nampak, Fit Superb tak jauh beza dengan program lepas yang IQ join. Cuma kali ni lebih fokus kepada body workout dan membina muscle selain mendapatkan berat badan yang stabil. Disebabkan IQ sekarang memang tak reti duduk diam, sebab kalau duduk diam tanpa mengeluarkan peluh dalam tempoh seminggu tu, confirm badan tak sedap dan rasa nak demam. So, IQ decide untuk teruskan program fitness seperti ini demi kesihatan IQ sendiri.
FIT SUPERB 4.0 ADA COACH SUPER AWESOME!
Program Fit Superb 4.0 merupakan program persendirian kali ke-4 diadakan oleh Kapten Black sendiri bersama 3 lagi coach yang terlatih iaitu Doktor Nurul Farha, Coach Jojo dan juga Coach Elve. Program Fit Superb 4.0 kini sedang berlangsung selama 5 minggu bertempat di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang bermula 8 April 2018 hingga 13 May 2018.
Sesi Kick Off diadakan pada 10 April 2018 yang lepas, dan mengumpulkan semua peserta Fit Superb 4.0 bagi kawasan KLCC. Kali ni pun IQ tetap memilih kawasan KLCC untuk tempat IQ training, walaupun pada awalnya memikirkan jarak office dan tempat training agak jauh, namun...demi menurunkan berat badan yang degil nak turun sekarang ni, IQ tetap join. hehe. Semangat kan? huhu. Semangat la sangat. haha!
Sesi Kick Off |
Sesi Kick Off yang WAJIB ambik gambar 3 posisi. Nak tengok kurus ke idak nanti ler ni |
Peserta FS4 untuk Sesi Kick Off |
Kenapa IQ tetap join walaupun agak2 macam tak sempat nak training pun? Bila IQ tengok masa workout bermula 6 petang hingga 7.30 petang, IQ fikir...ok, boleh. Mesti boleh. So, redah la IQ. Redah apa? Redah highway dan jammed semua la. haha!
APA KELEBIHAN PROGRAM FIT SUPERB SEBENARNYA?
Fit Superb 4.0 ni banyak tekankan cardiovascular. Ketahanan otot korang akan dilatih dari masa ke semasa, mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kapten Black sendiri. So, bermula dari cardio yang ringan-ringan, sampai la yang tough dibuat untuk melatih otot para peserta supaya lebih kuat dan mantap.
Lower Body Workout |
Buat sampai habis! |
Plank |
Lari selaju2nya |
Selain latihan kardio diadakan, Fitness Test diadakan setiap dua minggu bagi merekod perkembangan ketahanan badan setiap peserta. Selain itu, ukuran inch anggota badan juga diambil untuk memantau inch yang berjaya dihilangkan. Haa...masa ni tahu la kan workout korang selama ni berhasil ke tidak...adakah hanya letih semata-mata ataupun berjaya hilangkan lemak-lemak tepu dekat peha tu. (Adehhh...terasa den, peha den besor mak aihhh..haha!)
Walau apa pun, setiap apa yang dilakukan mestilah diberikan sepenuh tenaga dan komitmen. Jangan lakukan perkara separuh jalan. Kalau kita target untuk capai sesuatu, pastikan kita dapatkannya. Usaha sampai dapat!
Kitaorang boleh, korang pun boleh! |
Jika korang berminat nak join program ni, masih belum terlambat tau! Hubungi Kapten Black dengan info di bawah.
WhatsApp: +6013-3310702
Instagram: @kaptblack
Facebook Page: Kapten Black
5 Comments
bestnyaaa boleh sertai aktiviti gini.
ReplyDeletetak mampu lagi nak join aktiviti macam ni, skrg just buat exercise sikit2 kat rumah je.
ReplyDeleteabeh la .. sape nak geng akak mengomok sama ni hahaha
ReplyDeleteall the best IQ!
ReplyDeletelamanya tak join aktiviti fizikal macamni..badan pun dah start tak fit
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)