Advertisement

Responsive Advertisement

Lagak Pemandu Kita Di Jalanan

Pinnnn! Pinnn! Ok, siapa yang selalu bunyikan hon bila memandu? Suka tekan hon? Orang lambat sikit terus Pinnn! Tak sabar betul korang ek? Korang tahu tak kalau yang suka tekan hon ni memang tahap sabar dia nipis macam kulit bawang berbanding yang tak tekan hon? hehe. Bukan IQ yang kata, orang kataaaa.
Sumber
Pagi ni perjalanan ke tempat kerja memang mencabar berbanding minggu lepas sebab jalan dah mulai sesak seperti hari bekerja biasa. Minggu lepas ibu bapa sibuk dengan anak-anak nak masuk sekolah, so jalan di awal pagi agak kurang keretanya berbanding biasa. So, jalan raya sekitar 7.30 pagi ke 8.00 pagi trafik ok lagi la.

IQ boleh dikatakan hari-hari akan travel sejauh 38km satu hala menuju ke pejabat. Dari Keramat ke Glenmarie Shah Alam bukanlah satu jarak yang dekat sebab nak kena lalu tol dan juga jem. Dekat KL ni highway pun jem ok? Jalan biasa tu usah ditanya la sesaknya macam mana.

Namun, ada la segelintir pemandu yang sikapnya boleh tahan 'sengal' bila tibanya waktu trafik kemuncak ni. Sikap pemandu ni selalu la IQ nampak di atas jalan raya, tak mengira kereta besar mahupun kereta kecik. Mahal atau murah sesuatu kereta tu lagi jangan dibezakan sebab yang paling utama iaitu SIKAP yang bukanlah sesuatu yang boleh dibeli di kedai seperti kereta.

3 Jenis Sikap Pemandu Yang Selalu IQ Jumpa Di Jalan Raya

1- SIGNAL MANA? SIGNAL?
Sumber
Part ni memang IQ tekankan. Biarlah kita dah ada lesen berpuluh tahun, biarlah kita ada kereta mahal yang siap kamera reverse, TAPI kalau nak bagi signal pun malas, jangan la jadi seorang pemandu. Sikap malas nak bagi signal ni benda yang IQ selalu nampak di atas jalan raya bila nak masuk lorong berlainan, terus masuk jer tanpa bagi signal. Bukan sahaja membahayakan pemandu lain, malah risiko nak excident tu tinggi. 

Benda ni kerap berlaku terutama kereta dengan motorsikal. Yang jadi mangsa mestilah motorsikal. Kalau kereta kemek, janganlah marah yer, dah awak tukar lorong pun malas sangat nak bagi signal, orang lain bukan tahu awak nak ke mana kan? Tup tup tukar lorong. Pagi ni jer IQ nampak banyak kereta macam tu. Ater signalnya cabut dah ker? Beli kereta mahal-mahal pakej tanpa signal ker? 

2- MASUK SIMPANG IKUT LORONG BELAH MANA?

Pagi ni jugak IQ dah kena yang ni. Marah ni marah! haha! Dah tahu nak masuk simpang belah kiri, duduk la belah kiri siap-siap. Jarak simpang dah nak dekat baru nak tukar lorong. Dey!! Ingat jalan ni hang sorang punya ka? Dua tiga lorong jer nak masuk satu simpang dah kenapa? Nak masuk lorong belah kiri tu standby la duduk belah kiri dalam 100-200 meter sebelum simpang. Ni lagi 20-50 meter baru terkocoh2 bagi signal nak masuk.

IQ jadi marah sebab selalunya lorong kanan kan lorong laju. Tapi bila lorong kanan pun jadi lorong standby nak masuk kiri, dah mengganggu pemandu lain yang terpaksa brek semata-mata sikap pemandu ni. Kalau nasib baik, tak ada la kemalangan berlaku. Kalau ada? salah siapa? Salah orang belakang?  Sila fikir orang lain juga yer!

3- BAWAK 80KM/J SILA KE LORONG KIRI
Sumber
Tak kira kereta Audi mahupun Mercedes ataupun BMW, jika bawa slow dan ada kereta belakang yang ingin potong tapi tak lepas, sila laaaa ke tepi. Tak jatuh air muka kalau pakai kereta mahal duduk lorong kiri pun. Makan angin bukan di lorong memotong yer. Lorong memotong bukan khas untuk kereta mahal sahaja. Untuk semua jenis kenderaan yang ingin memotong.

Pagi ni pun ada yang buat perangai macam ni, tapi sampai satu tahap AKHIRNYA kereta tersebut masuk lorong tengah. Kereta di belakang pun dah bersusun nak potong, tapi kalau ada kereta yang buat perangai macam ni, memang jalan raya yang tak sesak pun boleh sesaaakkk.

Wahhh, kemain IQ komen orang lain bawak kereta kan? IQ bawak kereta bagus sangat ke??

Nak kata bagus tu tak ada la, tapi at least nak masuk lorong lain, BAGI SIGNAL, nak masuk simpang duduk lorong yang sepatutnya dan tak menghalang kereta lain nak memotong. Lagi satu, tak hon kenderaan lain mengkhinzir buta. Yang tu pun penting jugak kaaannn? hihi.

HORMATI PEMANDU LAIN JUGA
Bawak kereta secara berhemah ni bagus, sekurang-kurangnya mengurangkan jem, mengurangkan kadar kemalangan di jalanraya. Sentiasa beringat bahawa bukan kita sahaja yang guna jalan raya tersebut, orang lain juga menggunakannya.

So, bertolak ansurlah ketika memandu. Sila jangan jadi seperti Video Viral Seorang Wanita Yang Tunjuk Lagak Samseng Di atas Jalan Raya baru-baru ni. Bukan sahaja menyusahkan orang lain, sikap membuli di atas jalan raya tu pun boleh mengundang bahaya kepada orang lain.

Post a Comment

20 Comments

  1. Paling stress kalau tengah jammed, pemandu lain sibuk hon kita lepas tu ada pulak yang tukar lorong tanpa signal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah jammed pun hon tu memang undnag kemarahan..huhu

      Delete
  2. itulah.. mana adab si pengguna jln raya.Ada tu,siap wat turun cermin lagi.walhal dia yg salah..lagak samseng. tak kira usia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kadang pak cik2 yang otai memang bawak slow, tapi yang muda kadang tak bertimbang rasa sangat. huhu

      Delete
  3. betul sangat, jangan la pentingkan diri sendiri bila memandu dan ikut peraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! jangan lebih2kan diri sendiri atas jalan raya

      Delete
  4. kadang orang lain selfish giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, selfish, boleh lepas dia sorang pun jadi laaa,

      Delete
  5. tu yg buat kita stress di jalanraya.. tapi nasib akk dah tukar auto...errrrr #tetibajekan hahahahaaa

    ReplyDelete
  6. Jauh juga dari rumah Iq ke pejabat. Glenmarie tu memang kawasan jem. Apa yg iq tulis tentang sikap pemandu kita tu memang betul. Bila kat jln raya sikap mereka tetiba berubah.

    Minda orng kita masih semoit. Pentingkan diri. Saya pun kadang2 terikut cara mereka. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, biasalah adam, keadaan jammed di malaysia ni memang kadang mengundang kemarahan ramai orang

      Delete
  7. Part yang bagi signal tu mmg reen gerammmmm. tiba2 tgh laju dan2 brek masuk simpang.kita yg blkg ni plak kena brek mngejut,

    kadang tu kita da berhemah bawak,org lain yg tah pape.

    drive safely yer IQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu reen, kadang kita dah pandu elok dah, tapi orang lain plak yg buat hal

      Delete
  8. selalu jugak berdepan dengan pemandu berperangai sebegini..terpaksa tahan sabar ajelah

    ReplyDelete
  9. betul sangat! Kadang tu kereta main keluar je simpang, kita terpaksa emergency brake haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalau masuk tu boleh laju terus xpe la, ni dah masuk, slow plaakkk

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)