Thursday, April 30, 2015

Esok Cuti.

April 30, 2015 1
Esok Cuti.

Suami dari semalam cakap.
Balik dari lunch bersama tadi pun dia sebut lagi.

"Aishhh...macam nak raya jer...nak balik kampung"

Reaksi semalam bila dia sebut macam tu, ape lagi...

"Wohoooowooo balik kampunggg!! Wohooowooo balik kampung!! Wohoowooo balik kampuunggg, hati riaangggg!!!"

Kemain seronok. Macam budak-budak.
Sebab rasa lama tak dapat cuti macam ni. Walaupun hanya 4 hari.

Terfikir balik, tahun ni raya kampung belah suami.....tetiba...

"Ayah dan ibuuuu...ayah dan ibuuuu...itulah permulaan kamiiii" ~~~~

Sobs. Selamat hari raya ummi abah adik beradik.

Eh?

Bai.

Izyan Balqis. 2015.

Friday, April 17, 2015

Anak Adalah Rezeki

April 17, 2015 4
Anak Adalah Rezeki

Kejap tadi ditegur oleh salah seorang staff kat sini. IQ tak tahu apa namanya, sebab staff kat sini terlampau ramai dan IQ hanya outsource contract staff. So, hanya yang selalu berurusan dengan IQ jer IQ tahu dan kenal namanya. *nampak sangat tak bergaul dengan ramai orang.

Sipolan: Dah berapa bulan?
IQ: Dah 4 bulan. *senyum
Sipolan: owhh, cepat ek...da besar da..
IQ: Aah, tu la...cepat...*awkward, xtahu nak cakap apa lagi
Sipolan: Tapi tu la kan, tak sempat nak enjoy.
IQ: Dah rezeki, kan? *senyum je laa

Nama dia IQ tak tahu, cara dia cakap macam dia tahu IQ baru je kahwin, *nanpak sangat pernah berborak tentang IQ kat belakang kan. Haha!

WELL......Anak tu rezeki. Sebelum kahwin, IQ memang plan tak nak pregnant lagi, nak hold dulu. Tunggu 5-6 bulan ke kan. Tapi apa yang dirancang, tak semestinya akan berlaku. IQ pun fikir, IQ dah 26 tahun, kawan-kawan IQ yang sebaya IQ pun ada yang beranak tiga. Jadi, kalau dilengahkan, tak mencapai target untuk dapat anak 8. Haha! Gurau2.

Anak tu rezeki. Jangan pernah persoal hal rezeki daripada-Nya. Sama seperti sebelum IQ kahwin. Jika niat kita betul, Allah permudahkan urusan kita. Urusan IQ dan suami untuk berkahwin berjalan dengan lancar, tiada pinjaman daripada bank. Guna duit simpanan dan juga pinjaman dengan rakan terdekat dengan jumlah yang sedikit sahaja.  Majlis sederhana asalkan selamat semuanya.

Sama seperti anak, kita tak pernah jangka akan dapat bila...tapi bila kita diberi rezeki anak, kita seharusnya menerima dengan hati yang terbuka. Amanah dari-Nya.

Well, IQ memang agak sensitif la sekarang apatah lagi mengandung kan. Ni lah simptom wanita mengandung. Hehe. So, be wise when talk to pregnant women ok.
Kan post kali ni terpanjang lebau berbanding ppst yang sebelum ni.

Hihi.

Till then, bai!

Izyan Balqis. 2015.

Thursday, April 16, 2015

Pekerja Yang Dayus

April 16, 2015 0
Pekerja Yang Dayus

Dayus.
Dayus.
Dayus.

Kalau dah 3 kali aku ucap
Maknanya da banyak kali aku ngadap
Ngadap dayus korang

Dayus korang bila
Salah korang pun salahkan aku
Salah korang pun marahkan aku

Tak sedar diri.
Lantak pengalaman bertahun korang
Adab korang ke laut
Laut paling dalam

Tahu?

Izyan Balqis.2015

Friday, April 10, 2015

Fahami Keperluan dan Kehendak

April 10, 2015 0
Fahami Keperluan dan Kehendak

Keperluan

"Abang, boleh tak nak beli baju baru? Baju ni dah tak muat. Ketat kat celah ketiak ni."

Kehendak

"Abang, cantik la baju tu, nak beli boleh tak?"

Zaman gst ni kena belajar kenal apa itu keperluan dan kehendak. Memang ada yang kata serap gst, tapi tak semuanya telus, tak semuanya betul.

Musim membeli online sudah tiada. Selamat tinggal.

Izyan Balqis. 2015.

Thursday, April 9, 2015

Masa Lepas.

April 09, 2015 0
Masa Lepas.

Kalau apa yang aku kata sekarang,
Kena tepat seperti aku pada masa lepas
Percayalah
Itu masa lepas aku
Yang berkurun aku tinggalkan
Yang penat aku lupakan

Manusia itu boleh berubah
Ke arah baik mahupun jahat
Jalan hadapan ada
Buat apa terbiar sahaja?

Aku sudah ambik langkah aku
Kamu pula? Sudah mula?

Izyan Balqis. 2015

Orang Yang Tak Mahu Faham

April 09, 2015 0
Orang Yang Tak Mahu Faham

Orang yang tak mau faham?
Apa maksud kau?
Orang yang buat tak tahu, buat tak endah situasi orang lain
Orang yang buat kesimpulan sendiri yang hanya daripada penglihatan diri dia sendiri
Orang yang tak dengar cakap orang dan anggap diri dia sahaja yang betul

Letih bercakap dengan orang macam ni
Jenuh berkata-kata
Apa yang patut kita buat dengan orang macam ni?

Angkat kaki, toleh belakang. Jalan.

Say nothing, move on. Left them.
Bye!

Izyan Balqis.2015.