Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #25 Skuad Perodua ERA

October 31, 2012 6
Wordless Wednesday #25 Skuad Perodua ERA
hari khamis minggu lepas
best dapat topi ERA...terima kasih duit syiling seposen tahun 1968!!
dapat air free
dapat waffle free
dapat macam-macam free

Paan pun ada....tetiba muncul!

#macamjakuntapibest!

*** hari last sebelum balik raya haji....kat situ penuh budak-budak pantai timur nak naik bas balik kampung!


Monday, October 29, 2012

Sejenak....

October 29, 2012 4
Sejenak....
bodoh la saya kalau saya cakap saya tak ada perasaan..
saya nak kuat....macam yang lain...


Tuesday, October 23, 2012

Thursday, October 18, 2012

Hanya Selingan Kata

October 18, 2012 5

salam semua…

seminggu IQ tak update blog…bukan bermakna langsung tak ada perkara menarik yang berlaku dalam tempoh seminggu tu…ada…serius ada…cuma kalau boleh IQ nak compile semua sekali berserta gambar….tapi macam terlalu banyak la kan kalau nak diceritakan….hurmm~

lately, sejak seminggu yang lepas…cuaca akan bertukar dari panas terik menjadi hujan yang lebat….dum tam dum tam kebaaaboommm bunyi dia…*tipu la macam bunyi bom~ tapi betul la kan cuaca tak menentu…aktiviti petang-petang pun kadang tersangkut disebabkan hujan…tapi tak per…hujan kan rahmat… *insaf..

minggu konvokesyen da pun lepas….konvo kali ni ramai ahli kelab SRC yang terima ijazah….lebih dari sepuluh orang…ramai sangat! hadiah pun tak terbagi lagi sebab ramai…sebenarnya hadiah da ada…tapi 3stooges ni sibuk sangat….sampai tak ada masa nak bungkus hadiah…huhu..sibuk kenapa? macam biasa….jual bunga! sejak turun temurun tak pernah miss…*ok tipu, hari tu termiss jual sekali….sebab kelas…ngeh4…

51849_3697309837293_891484174_o
aizu dan aiman…tahniah! hari konvokesyen ke-2 sesi pagi…
52827_3697312157351_226782977_o
da only chinese in our club…Ti Jian Liang…senior fakulti IQ…*abaikan IQ…=.=

gambar kredit kat wawan wisely…=P

dalam suka gembira gelak ketawa semua ni…ada jugak kesah yang menyakitkan hati….berlaku pada member baik IQ sendiri….Farah..yes! Farah…malam sebelum hari ke-2 konvo, kereta dia da kehilangan 4 bijik tayar + sport rim!!! kueng asam punye perampok…IQ nak attach gambar kereta dia kat sini…tapi macam malas plak nak bluetooth dari handphone farah tu…hehe…tapi serius geram! time-time konvo memang perampok senang lenang boleh masuk kawasan kampus…dan buat onar….menyakitkan hati tapi bila diingatkan balik…apa yang berlaku macam mimpi….

P1020193
rupa tayar +sport rim yang hilang…ada maklumat sila laporkan kepada IQ… *konon… =.=

see….IQ da cakap, IQ tak update bukan pasal IQ tak ada idea tau tapi tak ada masa nak update jer…plak tu, gambar dalam tangan tak ada…ada gambar baru macam best sket nak cerita kan kan kan? apa lagi IQ tak update? haaa…ada ada! pasal nite ride….pasal apa lagi ek….luper la plak….. =.=

ok la…setakat ni dulu…apa-apa pun awasi jarak anda….eh? silap-silap…awasi harta benda anda…pesanan ringkas dari IQ…take care!

k.bai

*** hari ni IQ terponteng kelas sebab tak sihat…tak sihat hidung bukan tak sihat tangan…tu sebab boleh je menaip nih…=P
*** hari ni befday ITIK KUNING!!! epi bufday itik!

Monday, October 8, 2012

Allah Sayang Kita

October 08, 2012 4
Allah Sayang Kita

salam semua…

lately IQ banyak berhadapan depan masalah tentang hati..ehh…bukan IQ laa..tapi orang di sekeliling IQ…kalau IQ sekalipun, tak kan la IQ nak bagitahu…yer dak? peace!

Allah sayang kita. Setiap dugaan Allah S.W.T nak bagi tu ada sebabnya…mungkin kita terlalu leka dengan aktiviti kita…mungkin kita terlalu gembira dengan keadaan selesa kita…mungkin juga Allah nak bagi hamba-Nya kuat dari segi hati…YES! Kuat dari segi hati….hati hamba-Nya terlalu rapuh…mudah untuk menangis…mudah untuk tertawa…

dan sekelip mata juga Allah menduga kita…di saat kita ketawa terbahak-bahak, kita boleh untuk menitis air mata…sedih..gelisah…kecewa…ada juga kita sedia ada berada di dalam keadaan duka, Allah tambahkan lagi duka kita…

dan ingatlah..segala apa yang berlaku….itu semua Allah nak bagi kita ingat kat Dia…Allah nak suruh kita mengadu pada Dia…Allah juga nak bagi hati kita kuat….kuat menghadapi dugaan yang Dia beri…

IQ bukanlah seorang uztazah…tapi pengalaman hidup banyak mengajar IQ…kadang memang IQ selalu alpa dengan kehidupan sementara ni…selalu sangat menangis hanya kerana perkara kecil…dan IQ sedar…apa yang berlaku adalah bersebab…sebab Allah nak bagi hati IQ kuat…

namun, buat insan-insan sekeliling IQ yang ditimpa musibah sekarang…kuatkan hati korang…Allah sedang menguji korang sekarang….sebab Allah sayang korang…mengadulah pada Dia…jangan lupa Dia…

sekian…


koleksi Hafiz Hamidun…dengarlah untuk ketenangan hati…

 

*** hati tenang…Alhamdulillah… =)

Friday, October 5, 2012

Cerita Malam Minggu

October 05, 2012 6

minggu ni sibuk…hujung minggu pun sibuk
hujung minggu lepas sibuk beraktiviti luar..
hujung minggu ni sibuk beraktiviti dalam dewan plak…

minggu ni ada UTM Professional Skills Certificate
Management course
pagi esok, pepagi buta akan terpacak di bangunan FAB
yeaahh…minggu yang penuh dengan ilmu…

projek dan assignment mula menampakkan wajah
PSM lagi….haihhh~
so, tak ada masa nak bermanja atas katil lagi
tak ada masa nak menatap laptop lama-lama

selamat tinggal masa lapang
selamat datang masa sibuk

betul la apa yang diperingatkan..

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
salah satunya

Lapang sebelum Sempit

543448_380050362064452_47354243_n
bila la ada masa lagi untuk buat aktiviti macam ni lagi…hurmmm~

k.bai

*** malam ni siapkan assignment…jangan lengah-lengah lagi!

Thursday, October 4, 2012

Pemenang Contest Soalan Unik

October 04, 2012 3

salam buat semua….

sorry la buat kawan-kawan IQ yang tunggu keputusan…IQ sebenarnya mencari masa yang terbaik nak umumkan pemenang sebenarnya…*cehh, macam ramai je yang join kan….huhu…yes, tak ramai join sebab IQ buka contest ni sekejap je…sehari…memang tak ramai la kan yang tahu…huhu….sorry yer~

okeh…paling tak, ada la dua orang yang sudi tanya soalan kat IQ….so, antara dua soalan yang diajukan, IQ telah memilih satu soalan yang pada IQ tak pernah la kot orang nak tanya kan….soalannya berbunyi…

soalan
Nadirah Farhana

Jawapan : IQ akan selalu harap yang view dan komen adalah si Dia…paling tidak, view pun da cukup, untuk Dia tau IQ da update blog untuk Dia tengok dan baca….yang selebihnya, pembaca setia DBIQ…=D

ok, tu adalah pemenang utama untuk contest soalan unik ni…

tapi

ada sorang lagi pemenang saguhati, sebab dua orang jer pon pesertanya…dan soalannya berbunyi…

soalan1

Razfira

Jawapan : IQ nak tamat belajar dengan cemerlang…Insya-Allah…impian yang harus diusaha keraskan…haha….*apa punya ayat daa…

ok…dah!

untuk hadiahnya nanti IQ update, eceli IQ tengah cari-cari jugak barang untuk hadiah nih…tunggu pesta konvo nanti la IQ carik yerp….untuk pemenang utama, bley bagi by hand la ek…hehe…untuk razfira, nanti IQ postkan….hehe…

Tahniah buat pemenang…hehe…

lain kali IQ janji akan buat contest yang lama-lama punya ek…sorry la, IQ sekarang pun tengah sibuk, tapi mengada plak nak buat contest bagai kan… *bley jalan daaa…sob3..

k..till then…

k.bai

*** nak cari hadiah…nak cari hadiah…nak cari hadiah….=P