Monday, June 18, 2012

Zaman Darurat

June 18, 2012 8
salam semua!

hari paper da habes..Alhamdulillah, habes jugak akhirnya...dan mood macam-macam plak hari nih...sedih ada, gembira ada, nak ketawa pun ada....semua bercampur baur....nak buat camne...PERASAAN...

gembira sebab paper da habes.....6 paper dari dua minggu yang lalu...tengahari tadi habes...perasaan agak tak puas hati sebab tak perform elok...tapi nak buat camne lagi kan...da lepas...Tawakal untuk markah yang lebih baik...Insya-Allah..

sedih? sebab......huhuhu! Laptop IQ roooooooosaaaakkkk!!! sob sob sob! [online ni pakai laptop kawan ok!]....laptop IQ chipsetnya da rosak! nak kena tukar baru! kalau nak tukar baru kena spend dalam RM300-RM400....mana la plak nak cekau duit kan...so, lepas ni, IQ tak kan dapat update blog/FB/Twitter...MELAINKAN....ada laptop dan internet yang sudi ditawarkan oleh sesiapa pun...HAHA! *ketawa jahat...

nak gelak plak lepas IQ habes exam tadi....lalu kat sebuah kawasan cafe...mak cik cleaner tetiba cakap dengan IQ....IQ tak der plak cakap dengan dia....cuma terpandang mak cik nih jer tapi mak cik nih tetiba...

mak cik : tak guna pakai tudung!
IQ : sape mak cik? *risau mak cik tu cakap kat IQ... ~_~  
mak cik : mak cik yang kat depan tu, yang mengelap pinggan tu, kuat mengata orang!
IQ : laaaa... *dalam hati, mak cik pun macam lebih kurang jer...[eee..ja'at ko IQ!] 

so, apa moral of stori nye? paku dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih...haaa..lebih kurang la macam tu....tak nak cakap banyak-banyak....kita beringat...nak tegur, dia lagi tua...yang penting? ambik iktibar....

balik blok, tengok depan pintu bilik selipar jamban, selipar harian IQ semua da lesap....haihhh~ mak cik cleaner blok la plak terlebih rajin....kutip habes semua selipar depan pintu, dia pikir aras IQ tu semua da balik....IQ wujud lagi la auntie....so, terpaksa geledah tong sampah...tak der??? pergi bilik mak cik cleaner, tengok dalam beg kertas....penuh kasut-kasut....mak aih...nak jual bazar karat ke ape nih auntie? selipar jamban pun boleeehhh~ HAHA!

k la cerita merapu sebelum IQ menghilangkan diri buat sementara waktu, jangan rindu IQ...IQ tahu ada yang akan rindu IQ tahap gaban punya...HAHA! IQ frust nih, IQ ada lukis kartun yang ada tulis "selamat bercuti kawan-kawan"...tapi semua da tak boleh publish...sebab dalam laptop lama yang ROSAK! sob3....sedih weyh!!

selamat bercuti kawan-kawan!
k.bai!

*** planning masa cuti....jeng jeng jeng~
***susoh benor nak edit quote pakai manual nih....slalu update pakai software kan~~ =P

Saturday, June 16, 2012

Haaa Choooommmmm!!!

June 16, 2012 4

start semalam lagi kemas bilik….

habuk dalam bilik tok sah cakap, hidung yang bertutup pun boleh tewas

apatah lagi tak bertutup

dan sekarang…..

bersin tak hengat dunia!

satu blok L12 kolej tun hussein onn ni boleh dengar…

*tak per, dorang tak tau sape yang bersin…HAHA!

ok…nak bersin lagi nih…haaaa chooom!

k.bai!


sememehnya muka bersin….ishhhh3….

*** barang perempuan, paham-paham jer la…melambak-lambak!

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #20 Smile Dear

June 13, 2012 4
Wordless Wednesday #20 Smile Dear


smile dear

PLEASE!

Monday, June 11, 2012

Budak Sekolah Zaman Sekarang…Haihh~

June 11, 2012 15

salam semua!

berikut adalah komen2 IQ dengan seorang budak perempuan yang ntah mana datang dalam profile fb adik IQ….IQ bukan nak halang adik IQ berkawan, tapi adik IQ tu pun pemalu dengan perempuan…tapi kes ni lain sket…perempuan yang cari lelaki…waahh~ hebat kao nyah~ *derrr~~

fb4
fb5
sesetengah komen dalam bahasa terengganu..harap maklum

motif dak perempuan tu mungkin baik la, actually nak kawan je tu, IQ memang sengal sket, saje acah…dak tu plak terus menggelabah….terus plak ngaku ada boyfriend dan SAJE NAK KACAU….haha! adess…dak perempuan ni baru tingkatan DUA hokey! tingkatan dua da ada boyfriend, tapi tetap nak kacau lelaki lain…waaahh, nak cari spare ke ape dik? pening-pening…

ni la kesannya FB zaman sekarang, tak cukup kenal satu, nak kenal dua, tak cukup kenal dua nak kenal tiga….pandai-pandai la nilai yer….IQ nak bagi pengajaran pada adik-adik IQ yang IQ sayang sangat-sangat, kalau da bercouple zaman skola-skola nih, jangan cerita kat orang, nanti diri sendiri malu…kenapa?? nanti putus, kapel lain, putus, kapel lain…haaa..tak ke malu? nanti orang cakap tak manis la plak kan…kenapa kak IQ tahu? *tetiba kakak la plak kan….sebabnya kak IQ pun camtu dulu…HAHAHA! tak der la…salah tu…kak IQ ni setia…kalau putus tu maknanya tak der jodoh…*jodoh kepala hotak hang, sekolah lagi da pikir jodoh….haihh~~ HAHA!

korang tahu kenapa dak perempuan tu nak kaco adik IQ? sebab adik IQ nampak macho dan matang dalam profile picture dia…padahal adik IQ….baru darjah LIMA!! adesss…identiti profile terpaksa ditipu sebab nak buat emel punya pasal….budak bawah 12 tahun tak boleh ada akaun emel dan sebagainya ok tanpa pengawasan ibubapa, yang adik IQ nih punya pun kakak sulung IQ tolong buatkan….so…dalam pengawasan…haha!

entry ni bukan nak mengata sape-sape…tapi niat IQ hanyalah nak bagi pengajaran pada adik-adik yang baru nak meningkat remaja nih…harap paham la yer~ =D

k.bai!

latest punyer~
fb6
IQ memang nakal sakat orang…sekian…

 

*** untung dak sekarang, nak kaco guna FB jer, zaman IQ dulu, minat kat sorang brother pun main curik-curik ambik gambar jer…nak tegur? hareeemmm~ sampai sekarang taaakk~ HAHA!

Sunday, June 10, 2012

Nak Menang Kamera Canon 1100D?

June 10, 2012 4
Nak Menang Kamera Canon 1100D?

klik gambar atau di sini!

jangan lupa sign up!

ianya bukan contest, ianya hanya lucky draw…so…tak ada apa-apa syarat pun nak masuk KECUALI nak menang second lucky draw…refer kepada 5 orang, da boleh unlock kan SECRET PRIZE….menarik-menarik…..

IQ saje-saje masuk, nak kata bertuah? tak pernah bertuah pun…selalunya yang masuk contest macam ni kakak IQ yang sulung….dan selalu la dapat macam-macam jenis hadiah….dapat tiket wayang ler, dapat tidur kat hotel concord ler *eh, betul ke ejaan tu? hahaha!

ok….till then! hari ni tak ada paper, setelah 3 paper untuk 3 hari berturut-turut, hari ni boleh rileks sket, esok la plak papernya….

k.bai!

*** dapat kamera sebijik, rasa da bersyukur sangat2….tak pernah nak ada kamera sendiri, selalu pakai yang orang punya….kesian kesian…*tak per, yang penting, skill tu ada…cehh~

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday #19 Best OF Luck Exam!

June 06, 2012 11
Wordless Wednesday #19 Best OF Luck Exam!

klik anak panah untuk melukis juga! *hak milik terpelihara~ =P

esok IQ da start exam….macam awal kan? sebab tahun 3 kan kena praktikal…praktikal plak start 18 jun….so, paper yang melambak tu kena diawalkan…so….BEST OF LUCK kepada UTM students dan jugak students laen….

k.bai

*** sekarang baru nak start study….semalam dan hari-hari sebelumnya siapkan projek…..dan Alhamdulillah…semua da setel~ =)

Sunday, June 3, 2012

Pergi Kursus Kahwin??

June 03, 2012 13
Pergi Kursus Kahwin??

salam semua!

hehe…mood IQ agak happy la kan….walaupun penat tapi masih la nak senyum-senyum macam kerang busuk sket….sebabnye kan…IQ baru je habes berkursus…kursus apa? kursus kahwin….jeng jeng jeng~

haaa…tapi tu bukannya tanda IQ nak kahwin dalam masa terdekat nih ok~~…bukan-bukan…itu semua masih dalam perancangan tahunan tapi masih dirancang…dan belum ada kata putus lagi….yang penting IQ ambik kursus kahwin dah….so, da boleh kahwin bila-bila masa jer… *cehh~ konon la kan…

IQ just nak promote kan sini…pada sesiapa yang nak berkahwin tuu…yang belum ambik kursus kahwin, boleh ambik di sini…iaitu Pulai Utama Management….servicenya bagus! penceramah yang serius lawak giler~~ dan sijil dikeluarkan sebaik sahaja kursus tu tamat…..boleh tempah di blog admin….tak pun sms pada no dalam blog tersebut…

IQ masa mula-mula dulu, dapat flyers dari sebuah restoren je…then, da beberapa bulan baru la decide nak ambik, setelah didesak oleh chubby…tapi nak buat macam mana, masa tak ada…tempat plak tak kena…IQ ambik yang terdekat dengan UTM ler, kat Masjid Jamek Taman U tuuu…senang sket, tak perlu pergi jauh-jauh…

sepanjang kursus? terbaik! memang masuk kursus ni, memang rasa nak kahwin lagi sebulan…tak pun lagi seminggu rasanya…*gatai…dikelilingi oleh peserta-peserta yang dah bertunang, yang da ada tarikh nikah…yang da berkahwin dan bercerai dan nak kahwin lagi sekali lagi pun ada…sebab, kalau bercerai, lepas tu nak kahwin lagi, kena ambik kursus lagi sekali tau….sijil kursus hanya boleh digunapakai untuk sekali perkahwinan sahaja….jelas? bagus~

nak letak gambar sijil kursus tu tak ada kamera la plak nak snapshot….tak apa laa….ni contoh sijil yang IQ dapat…contoh je ok! sebab sijil ni pun dari penganjur yang sama…


sumber
*bayangkan gambar IQ kat dalam kotak tu…HAHA!

so….pada sesiapa yang berminat nak buat kursus kahwin….sila klik link di bawah nih…

PULAI UTAMA MANAGEMENT
*promote nih…promote! haha~

k bai….

 

*** misi masa cuti….