Friday, December 31, 2010

2010 mElAbUhKaN tIrAiNyA

December 31, 2010 0

salam satu malaysia pada semua warga malaysia..pada yang bukan warga malaysia, anda paham ke isi kandungan blog ini? wat2 paham la yer…saya di sini bukan mau jual obat mujarab atau pun ubat sakit puan, tapi mahu mengimbau kenangan-kenangan saya sepanjang 2010…hehe~

2010 memberi aku banyak erti dalam hidup aku apabila aku mengalami pelbagai masalah sepanjang tahun ini..namun berkat sabar dan kesungguhan dan jugak nasihat rakan taulan, aku gagahkan badanku untuk mengharungi cabaran dan dugaan hidup ini.. [ayat tak ley blah sekali lagi..sila sediakan baldi untuk preparation anda yer]

pada sesiapa yang mengikuti blog aku ni dari awal kemunculannya pasti tahu apa yang terjadi pada aku sepanjang tahun 2010 kan…yeahh~~ aku tahu siapa yang selongkar beg blog aku ni…tak lain dan tidak bukan..jeng jeng jeng…nama dirahsiakan demi keselamatan hidup insan terbabit…namun aku harap dia sedar yang aku maksudkan dia dalam cerita ini…paham-paham la sapa yer sebab sapa yang makan cili dia la nak cari air..kan3? nyway, aku salute pada dia sebab dia senior aku…aku pun follow gak dia..so..no hal kalu kitaorang tahu perkara tentang kitaorang antara satu sama lain..weyh!! sebagai kawan laaa..not more than that! full stop!

tahun ni aku rasa study aku paling teruk! ntah kenapa..well..untuk tahun baru yang bakal muncul…aku akan bertekad! untuk tidak seperti dahulu lagi! aku ingin mengubah cara belajar aku! aku ingin berubah! berubah!! berubah dan berubah!! iyaaaah!!penat untuk aku katakan lagi..aku rasakan tahun 2010 seperti berlalu begitu sahaja…tanpa ada apa-apa perkara penting yang berlaku…sampai aku sendiri leka dengan keadaan yang terjadi…astaghfirullahalazim~~

aku berharap…apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 ini dapat dijadikan iktibar buat diri aku sendiri..tak perlu aku cakapkan pada orang lain..yang penting adalah diri aku! kehidupan aku! keluarga aku! insan yang aku cinta! insan-insan setia di samping aku! ye! mereka semua adalah segalanya bagi aku…aku tak mahu hampakan harapan mereka…aku mahu mereka lihat aku berjaya!

2010..selamat tinggal…selamat tinggal…selamat tinggal! semoga kenangan yang tercalit sepanjang 2010 menjadi kenangan dan pengalaman termanis dalam hidup aku…

faroutfallbannercopy

“2010! selamat tinggal!”

 

***mengimbau masa lampau..2010…selamat tinggal sayang… sob sob… T_T

Thursday, December 30, 2010

sAmPaI dI bUmI kUdA KePaNg

December 30, 2010 0
sAmPaI dI bUmI kUdA KePaNg

selamat sampai di bumi kuda kepang jam 7.00++malam tadi…terima kasih kepada siti al-aina omar kerana sudi menumpangkan aku pulang dan tidur berduaan dengannya pada malam ini.. [cess..ayat nak muntah!]

ok2..aku selamat tiba di sini…setelah meninggalkan rumah, baju, dan kasut kesayangan aku…haishh~~ tak der la…aku telah meninggalkan ummi, dan adik di rumah lagi…lagi dan lagi…sebak di hati namun dikuatkan jua…sardis..sardis..

sepanjang perjalanan aku adalah hampeh kerana aku duduk bersebelahan denagn seorang lelaki hindustan!! alaa..bukan dier sorang je..ada family besar tapi dier gak la duduk tepi aku..hurmm..pelancong yang berasal dari india bercakap hindustan..macam dalam citer hindusta lam tv tuu..haaa..cam tu…family ni tak reti duduk diam langsung..mentang-mentang la tengah melancong, bley lak buat bas ekspress tu macam bas persiaran…haishh..siap bergambar lagi..siap rakam video…siap tukar lampin anak…siap buat bising lagi…tu yang aku tak tahan tuuu…meletihkan kepala aku sebab tak dapat tidur dengan lena…

okeh la…mau tidur laa…letih~~empuknya tilam alai nih…selamat malam semua~~

 

***nak melancong pun respek la rakyat yang berada di sekitar..adoi~~

hIdUp

December 30, 2010 0
hIdUp

kita tak tahu..di mana kita berada bila kita mempunyai masalah..kita akan bercelaru..serabut..rasa nak marah sangat-sangat..rasa macam nak baling barang..rasa macam nak marah kesemua orang yang berada di sekeliling kita..

kepala otak da serabut..rasa macam nak hentak-hentak kepala kat dinding..biarlah kepala mereng..biar hilang segalanya..hilang ingatan segalanya..rasa macam lega bila semua itu hilang bukan? mau try?

don’t try this at home…

 

***kepala mau pecah..ada sesiapa mau tolong bawakkan aku ke hospital?

Tuesday, December 28, 2010

MaTrIkUlAsI

December 28, 2010 5

aku bukan mahu berkata soal gaya pembelajaran di matrikulasi sekarang atau apa yang bersangkut paut mengenai matrix nih…aku cuma mahu mengimbau kembali kenangan aku di sana…tetiba teringatkan kisah silam..rindu plak rasenye…

untuk matrikulasi, aku telah memilih matrix changlun kedah untuk tempat pengajian aku…perghh~ ayat bapak skema seyhh~ok2… di kmk atau orang panggil kemek…aku ambik program dua tahun…yakni bermula tahun 2007-2009…kenapa dua tahun?? sebab aku tak pandai macam korang laa…aku kurang cerdik sket…sooo, aku ambik la program dua tahun ni..bukan aku tak nak pergi ke program-program yang aku dapat lepas tu tapi aku malas nak berpindah randah mengangkut barang yang berat yang ntah pape aku bawak dari rumah tuu…da2..merapu plak aku nih…

zaman matrik adalah zaman kegelapan aku…kenapa? aku tak punya ramai kawan seperti aku di zaman universiti nih…well, tahun pertama aku di matrix agak bercelaru…ntah la…susah diungkapkan tapi memang aku tak enjoy tahun pertama aku di sana…walaupun orang cakap Program Dua Tahun itu mudah tapi ntah kenapa aku ni terlampau lembab untuk memahami subjek-subjek basic sains yang diajarkan..bila da sampai hujung sem baru la tergedik-gedik faham apa yang lecturer ajar..dan masa tu la baru ternonong cari lecturer…sebab da faham sket-sket kan..baru cari lecturer…kalu tak faham langsung, haram nak jumpa lecturer nih, malu sebab tak faham!

tahun kedua aku bermakna sebab aku ada ramai kenalan..well, kebanyakan kenalan yang sama tapi mostly memang aku lebih serasi dengan mereka yang berusia muda dari aku…rakan sekelas aku mula ada yang muda setahun..dulu time-time skolah mana ada berlainan umur berada satu kelas melainkan dia tu lompat katak kan? soo, bila aku bergaul dengan diaorang-diaorang yang muda ni aku berasa lebih muda dan lebih mesra…ngee~~ terjalinlah hubungan sejenis yang dipanggil tutormate dan sebagainya…

tahun kedua aku menjadi begitu aktif apabila mula bergiat cerdas dan cergas! baru la nak turun padang maen basketball dengan kawan-kawan..apa?? tak caya aku maen basketball?? kueng asam! tak caya tengok la gambar kat bawah nanti…aku pakar sumbat bola dalam ranjang ok! opss~ ayat aku terlebey ke? tapi asenye da betol da tu…kan??

aku rindu zaman matrix aku..bila aku teringat, aku jadi senyum sendirian..ntah kenapa..sejak dua menjak nih…aku jadi teringat plak pada KOLEJ MATRIKULASI KEDAH, changlun kedah tuu…awat ek? haihhh~~ rindu sangat la tuu..rindu pada bangunannya..lecturernye..studentnye…alahai~~ perasaan oh perasaan…kenapa kau maenkan hati aku begini…

okeh, da tak mahu bercerita panjang..mau setop di sini…pada sesiapa yang pernah belajar di matrikulasi, apakah perasaan anda sekarang? mesti rindu bukan? same la kita….kita dalam star cruise yang sama…ok..

sebelum beredar, saksikan gambar aku yang tak comel zaman matrik…[ rela plak aku nak tunjuk gambar paling hodoh kat blog nih kan..tak per..aku sedar diri aku..kikiki~~]

see ya!

DSC00140

haa! tu aku la tuu..percayalah aku bermain basketball!!!! walaupun aku pendek! iyaahh~~~

1_461084392l

rumate tahun pertama~

DSC01451

rumate aku tahun kedua…

DSC00707

gang aku mase tahu kedua..mish them laa…

DSC01154

musim bunga sakura di kmk~ rindunya waktu itu..terlampau cantek!!

 

*** kenangan itu berharga bukan? so…hargainya!

Monday, December 27, 2010

gErAm

December 27, 2010 0
gErAm

aku geram sekarang

terlampau geram

tapi

sabar..

sabar izyan balqis…sabar…

Saturday, December 25, 2010

fRiEnDlY aWaRd

December 25, 2010 0
buat rakyat jelata yang beta sayangi…erk?? salah tempat plak nak cakap camtu…bese la..terikot-ikotkan cerita putera katak kat tv3 tuu…haha!!
okeh…berkenaan tajuk yang diperkenankan…di sini aku nak buat pengakuan..eh..silap, nak show award yang aku dapat…

tadaa!! haaa..awat? jeles? hehe…ngeh~ tak per…jangan risau..sesiapa yang singgah di blog ini boleh memiliki award nih..sila la ambik yer..sila la..sila laa..please..please…please!!
nyway thanks kepada saudara umar yang cute?? haha~~ thanks la yer sebab sudi memberikan award ini…anda memang baik hati naa~~
kena jawab soklan la plak..meh jawab meh~~!!
1. apa pendapat tentang blog umar yang cute?
simple but besh~~ ape la yang aku tulis nih


2. tempat yang paling nak lawat?
pulau sipadan..cuti2 malaysia maa~

3. 3 perkara tentang diri anda
  • suke berblog sampai muak~~ tapi tak muak-muak…
  • sangat2 menghargai masa bersama dengan sesiapa pun
  • currently di rumah..minggu depan da perlu pulang ke johor~~

4. aku pun nak bagi award award pada sesiapa pun..especially…
  •  muas
  • chudah
  • helmi aziz
  • afiq
  • miss galaticos
  • hani jalina

ok~~ setel..see ya!!

***mau award..mau award..mau award..adoi!

Saturday, December 11, 2010

MuAzAtUl AdAwIyYaH

December 11, 2010 4
rasa macam nak nangis-nangis..nak tacing-tacing…aku terlalu rindukan zaman muda-muda aku dahulu, zaman pakai baju seragam semua sama je…kain biru, baju putih…pernahkah anda berasa begitu? pasti ya kan??
bila teringat zaman sekolah pasti ada terjalinnya suatu persahabatan yang erat, yang kita rasakan tak akan putus sampai bila-bila…itu perasaan aku bila aku bersahabat dengan insan yang bernama MUAZATUL ADAWIYYAH BINTI YAKARI. Insan kedua yang menjadi sahabat baik aku zaman persekolahan…terlalu banyak kenangan pahit dan manis antara kami…
bila aku ingatkan kembali, aku dengan muaz penah gaduh besar…besar sangat sampai tak bertegur sapa hampir setahun tapi da kembali tahun yang baru, aku dan dia kembali pulih dan kami menjadi bertambah erat sampai la ke saat ini…
muaz,
ingat lagi tak? kita pernah gaduh sampai nangis-nangis…u cry, I cry too…sebab iz tak pernah sanggup tengok sahabat iz nangis sebab iz…iz memang tak sanggup sebab iz betul-betul sayangkan az…
kita sama-sama ambik PMR di sekolah yang sama tapi bila naik tingkatan empat, kita mula berpisah…iz pindah ke sekolah teknik, az pun berpindah ke sabah, pastu ke penang pula..iz selalu fikir kita tak akan dapat berjumpa lagi…tapi bila az kembali ke terengganu, iz lega..lega sangat-sangat..sebab kita masih boleh jumpa selepas tu…
habes SPM, kita sama-sama ambik matrik..cuma bezanya, iz kt changlun, az kt gopeng…jauh kan? tapi kita sentiasa contact…suke sangat…habes matrik, kita kerja sama-sama…waahh~~ yang tu paling besh…kenangan kita bersama, tak akan iz lupakan…

cantek az sekarang..u getting matured n matured sayang~~
02042008181
huuu..miss this tyme…

iz tak sangka az menulis tentang iz…iz terharu dengan entry az tuu..thanks sayang…

*** persahabatan yang terjalin adalah suatu hubungan yang suci..betul kan?

Friday, December 10, 2010

cAmErOoN hIgHlAnDs

December 10, 2010 2

owh…ok…aku nak jelaskan sket di sini…melihatkan pada tajuk tu pun da tau bukan apa aktiviti terbaru aku kan? hee..Alhamdulillah…ada jugak aktiviti yang terluang untuk aku dan family pada musim-musim cuti sekolah nih…Abg long aku dengan berbesar hati mengajak kitaorang pergi ke cameroon..first tyme pergi nih! ok…aku memang jakun…aku kan orang miskin..tak mampu nak gi jauh-jauh…sekarang pun dapat pergi pun atas ehsan orang lain..shian kan? huhu…huhu

mls nak tulis banyak2…nak letak gambar banyak-banyak je buley? hehe…

DSC09116DSC09127DSC09134DSC02088DSC09148DSC09155DSC09156DSC09159DSC02135DSC09163DSC09181DSC09178DSC09171

DSC09173DSC09184DSC09200DSC09204DSC09210DSC09214DSC09266DSC09246DSC09265DSC09276DSC09277DSC09281DSC09288DSC02192DSC02193DSC02194DSC02196

 

ok…da habes…kalu aku letak semua gambar dalam ni, mesti semua orang tak nak tengok da…yang penting, besh sangat bila dapat pergi ke kilang teh BOH…huhu~~

ok la…chaw!

Saturday, December 4, 2010

TeReNgGaNu!! aKu BaLiK nInG!!

December 04, 2010 3

Alhamdulillah…aku telah selamat sampai di bumi tanah air tumpah air darahku~~ selamat tiba di stesen bas utama di bandaraya kuala terengganu tepat jam 8 malam tapi nak tunggu dorang [insan-insan terpilih yang akan menjemput aku dengan kereta kuda] sampai?? agak kelewatan…heh~ aku yang da tak sabar-sabar untuk ceng pun terkepit-kepit menahan dengan penuh sabar..haha!

perjalanan yang bermula seawal jam 10.30 pagi…mengambil masa..ermm..kira sendiri la..aku tertinggal kalkulator kat UTm..perjalanan yang agak memboringkan, dan aku memang tak suka ambik perjalanan siang-siang nih..biar la orang nak cakap selamat ke ape ke…yang penting aku tak suka trip siang..too boring laa~~

DSC09094

muka tu sedey sebab tinggalkan my chubby~~ huhu..

 

kenapa aku kata boring? da la tak der apa yang boleh buat, PSP tiada di tangan, MP3 atau MP4 lagi la dalam kenangan…memang boring tahap gaban ler! ok2..aku tipu aku ada semua tuu…cuma ada handphone kedua aku yang memainkan hanya tiga buah lagu feveret aku sekarang…nak tau? search sendiri…mp3 gak la tuh kan? ampeh benor aku nih..bukan ape…takat 3 lagu je aku dengar…lagu laen tak der ati nak dengar..muak~~

tapi ngantuk punyer pasal, aku tidur jugak la dalam perjalanan semalam…ngantuk sebab malam sebelum tu, my chubby ngan kawan-kawan dier + awex menculik aku dan bawa ke pandan city~~ aku da pernah pergi sana, tapi sekadar pergi, tak hafal jalan..mula la teraba-raba mencari jalan benar…sesat!!! pastu balik lewat ke UTm dan kad matrik kne scan..damn! haha~~

okeh2..berbalik dengan cerita aku dalam perjalanan semalam, aku tidur dalam masa 4 jam jugak la..tak pernah-pernah aku dengan begitu lena tidur lam bas..selalunya aku akan buat macam-macam gaya untuk dapatkan keadaan yang selesa untuk tidur…plus dengan sejuk yang mencengkam kulitku yang nipis tanpa lemak ni lagi kan…haihh~~ memang naseb pada sesiapa yang berkulit tanpa lemak tepu, anda pasti mengigil bukan? tak per..saya senaseb dengan anda~~

perjalanan dari skudai ke yong peng, aku masih mencelikkan mata, selepas melalui yong peng, mula la ubat tidur memainkan peranan..ngantuk bukan maen..sedar-sedar je da sampai simpang di Gambang, kuantan..perghh~~ tidur mati benor! then, mula la lepas tu aku tak buley nak tidur, da tidur siang sekali, mesti tak dapat nak lelapkan mata da lepas tu…boring lagi!

bila da masuk area rantau abang, hujan mula diredah oleh bas transnasional yang aku naik tuu…keadaan kejap lebat kejap renyai…keadaan hujan sampai la tiba di kuala terengganu…sebelum tu, ada je student-student dari terengganu yang sama kacukan ngan aku turun sebelum sampai di stesen..yakni, tinggal di kawasan yang berhampiran dengan jalan utama laluan bas..besh kan camtu? sekejap je sampai rumah, rumah aku jauh lagi..tak dapat nak turun awal~~ tapi naseb dorang masa nak turun tak baek la yer…ujan tuuu~~ basah habes korang…sian kat pakcik drebar bas plak sebab banyak kali tolong bukakan pintu tempat letak bagasi korang yang berat-berat tuu..sian pak cik tu basah…aku gak baek, turun di tempat sepatutnya…baek kan aku? haha!

DSC09096

hujan oh hujan~~~ lokasi ; marang, terengganu

 

mula la merapu sana sini…dah-dah…cukup2…okeh~ aktiviti aku semasa cuti nih plak? hermmm..minggu depan planning pergi cameroon, lgi dua minggu gi umah my chubby lak~~ hehehe…tapi semua tu masih diusahakan…harap-harap diluluskan oleh pihak kerajaan family aku nih..haha~~k la..see ya!

 

*** I miss my chubby damn much!!! T-T