Advertisement

Responsive Advertisement

Kelebihan Halia #1 Untuk Sihat Badan Semulajadi

Badan siapa berangin? Berangin maksudnya selalu sakit sendi sendi, perut selalu tak selesa sampai rasa pening nak muntah. Tu tandanya badan korang ada problem tau. Macam IQ ni la. Sebab dulu terbiasa urut-urut badan, bila dah lama tak urut sakit sendi sana sini. Dah ghoper orang tua dah.

Angin ni tak boleh dibuat main-main tau. Lagi-lagi kalau badan dah berangin, ditambah pulak dengan sakit gastrik, gerd dan seumpama dengannya. Memang naya kalau kena serentak. Memulas tanpa sebab, sampai jadi pening nak muntah.

Banyak ubat-ubatan terkini yang boleh membantu merawat sakit seperti ini tapi IQ pun jadi risau bila terlampau makan perubatan moden ni. Wallahualam, kita tak tahu side effectnya. Dan IQ cuba untuk cari alternatif lain untuk merawat angin dalam badan sampai menyucuk sendi sendi ni secara semulajadi. Bak kata orang lama-lama, guna cara orang dolu-dolu.

Hari tu IQ disarankan menggunakan satu produk ni iaitu Halia #1. Eh, bukan produk bahan campuran memacam. Tapi ianya 100% bahan semulajadi iaitu HALIA. Halia yer semua. Yang ada dekat dapur tu haa, tapi IQ pasti la, kalau korang jenis tak berapa nak rajin macam IQ ni confirm la tak der nya nak kupas-potong halia hari-hari untuk buat minum. Kan? Sekarang semua nak advance. Sepantas 1-2-3 step jer. 

Produk yang IQ cuba ni merupakan serbuk yang hanya mempunyai bahan utamanya iaitu Halia. Tiada bahan campuran lain, 100% halia yer. Paling mudah. Hanya masukkan serbuk halia ni dalam segala macam makanan atau minuman yang korang nak makan ataupun minum. Nak buat air campur halia dan lemon atau madu pun boleh, nak letak dalam masakan harian atau dalam salad pun sedap!


Khasiat Halia yang korang mungkin lupa. Kenapa IQ kata korang lupa? Sebab mak mak kita ni kan selalu berpesan, halia memang bagus dimakan untuk sistem penghadaman kita kan? Jadinya, tu sebab IQ sebut balik ni. Hehe.

Halia ni bagus untuk:
  • Membantu sistem penghadaman badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Menguatkan imuniti badan
  • Merendahkan paras kolestrol
  • Mencegahkan pertumbuhan sel kanser
  • Melegakan sakit kepala
First time IQ try serbuk Halia ni memang terus pening IQ dibuatnya. Kenapa? Angin dalam badan langsung tak lepas. Sendawa balik kali tapi perut tetap tak selesa. Ianya tindak balas daripada halia yang IQ minum. Memang dalam 5-10 minit slow-slow dia refleks. Untuk masalah ni, boleh google pulak urutan khas untuk angin Gerd di Youtube. InsyaAllah angin yang tak lepas akan beransur hilang.

Lepas IQ minum dan amalkan halia setiap kali lepas berbuka dan bersahur ni, memang IQ tak ada masalah perut berangin dan berasid. IQ pun ada masalah gastrik yang minima. Kalau tak sahur tu, memang rasa pedih jer perutnya. Tapi lepas IQ amalkan halia ni, perut dah jarang pedih walaupun IQ makan sahur sedikit. IQ makan sahur sedikit, tambah plak IQ menyusukan anak ke3 IQ. Faham-faham jer la kan macam mana air dalam badan kena sedut lagi. Maunya lembik tak ada tenaga, perut confirm meragam habis. Tapi ni tak. Alhamdulillah, semuanya baik-baik jer.


IQ selalu amalkan dengan madu tualang. Bancuh serbuk halia ambil hujung-hujung sudu tu ajer dengan air suam. Lepas tu, masukkan madu. Kebetulan kat rumah IQ ada madu, kalau tak ada madu..boleh minum dengan lemon. Orang kata sedap juga!

Dan ini antara testimonial pengguna Halia #1 yang berjaya menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka:




IQ beli dengan kenalan IQ iaitu blogger hebat plus abang sado iaitu Ben Ashaari. Dia pun amalkan makan halia ni selalu tau walaupun dia selalu amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Kita yang makan ikut dan ni tak kan tak nak sihatkan badan jugak kan?

Kalau korang nak try Halia #1 ni jugak, boleh klik link whatsapp ni untuk pembelian.


Post a Comment

1 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)