Thursday, June 3, 2021

Raya PKP 2021

June 03, 2021 1

 Hari ni dah masuk 22 Syawal dah, baru IQ berkesempatan nak coretkan cerita raya yang agak-agak hampir nak basi dah tu. Nak buat macam mana, walaupun kita ni kejap PKP, kejap PKPB, kejap-kejap LOCKDOWN terus ni, urusan kerja pun jadi carca marba. Musim raya pun langsung tak terasa sebab sibukkan diri dengan kerja. Tahun ni lagi la hilang rasa kemeriahannya bila kita langsung tak boleh buat ziarah raya. Naya kan? Disebabkan kes jangkitan Covid di Malaysia ni pada tahap membimbangkan, terus la kerajaan melarang aktiviti ziarah dilakukan walaupun berada di daerah yang sama, bangunan yang sama.huhu..


Cerita raya IQ pun kira sedih jugak la tahun ni. Walaupun ada gambar raya, kalau siapa perasan, IQ upload gambar tu pun masa raya kedua. Sebab raya pertama memang IQ sekeluarga tak pakai baju raya langsung! Kesahnya disebabkan pipi IQ kena bisul. Dan nanah keluar pagi raya tu sampai berlubang haa pipi IQ ni. Bisul tu dah muncul 2 3 hari sebelum raya lagi. Sehari sebelum raya, IQ pergi klinik dan doktor pun terkejut tengok bisul dah bengkak teruk macam tu. Doktor kat klinik terus masukkan antibiotik dalam badan IQ. Dan kena consume antibiotik untuk beberapa hari. 


Jadinya, bila da makan antibiotik, nanah akan keluar. Dan dia keluar plak pagi raya. Suami IQ pun cakap kena pergi klinik sebab risau lubang tu terdedah sangat. Nama pun pagi raya kan? Memang semua klinik tutup la jawabnya, pergi Hospital Shah Alam pun nampak macam ramai. Last2 pergi Hospital Umra tu haa...Naseb doktor cakap tak perlu buat apa-apa sebab dah on antibiotik.


Balik dari Hospital Umra terus hilang mood nak pakai baju raya. Suami cakap pakai esok raya kedua. IQ iyakan aje. Walaupun dalam hati sedih la jugak sebab raya tak maam raya. huhu. Walaupun tak pakai baju raya, IQ tetap masak lauk raya. Petang raya sebelumnya, IQ beli lemang. Sebelum tu dah merendangkan siap-siap selama 2 jam. Pagi raya pun suami request nk makan nasi lemak. So, IQ pun buatlah nasi lemak. Makan dengan rendang masa pagi raya.


Walaupun tak pakai baju raya, still nak videocall dengan keluarga semua. Alhamdulillah semua sihat-sihat je walaupun jauh di mata. Adik yang duduk dekat Shah Alam ni pun tak dapat nak jumpa, inikan plak nak jumpa Abah dekat kampung sana. Videocall je la pengubat rindu.

Dah masuk petang, semua dah tukar uniform raya, raya dekat rumah kan, pakai baju raya pun untuk bergambar je. haha!


So, pagi2 raya kedua IQ dah siapkan anak-anak. HAHA! Nak bergambar jugak sebab dah beli baju raya semua kan? Mesti la kena bergambar. Rugi la tak pakai dan bergambar weyh!

Paling awal siap, tengah mood okay tu, baik snap cepat-cepat, lagi2 si kecik tu kadang mood on off

Si abang kalau dah senyum hilang mata, macam nak nyanyi lagu negaraku pun ada

Gambar ni ayah dia snap, memang nampak okay la kan? haishhh...

Gambar Raya PKP 2021.

Kena la ada satu, bukan selalu.

Nampak tak ibunya struggle si kecik tak duduk diam

Ayah pun struggle

Kat sini IQ letak sekali gambar raya keluarga IQ yang berada di kejauhan. Dua family ni tak plan pun tema warna sama, tetiba eh...semua maroon dah! 

Keluarga abah+mama+adik-adik
Keluarga adik perempuan...Yang ni pun kelakor, beli baju raya online kaler lain, sampai warna sama maroon, terpaksa la beli baju suami dia dan anak2 lelakinya maroon. hehe. Ragam hari raya ni macam-macam betul...
Keluarga mertua. Tahun ni sayu sebab first time raya tanpa Arwah ibu yang tercinta. Kakak ipar pun first time beraya tanpa Arwah Suaminya. Dugaan besar buat kami tahun lepas. Semoga ada sinar buat semua lepas ni. InsyaAllah.

Sekian sahaja cerita raya kali ni. Yer, IQ tahu IQ jarang sangat nak update blog. Kesibukan yang amat plus kesihatan sejak dua menjak kurang memuaskan. huhu. Doakan yang baik-baik jer.

Selamat hari raya semua! 0 0 yer! 

till then, bai!