Thursday, September 24, 2020

Kembali Mencari Rezeki, Alhamdulillah Atas Kurniaan-Nya

September 24, 2020 5
Kembali Mencari Rezeki, Alhamdulillah Atas Kurniaan-Nya

 Salam semua!

Akhirnya IQ dapat luangkan masa sekejap untuk menaip mencoretkan sesuatu dekat blog IQ ni. Rasa macam lama dah tak menaip. Biasa la dengan urusan harian sebagai seorang ibu memang susah bagi IQ nak curi peluang berkarya di blog ni.


IQ pernah kan bagitahu yang IQ teringin nak kembali bekerja. IQ nak tolong husband IQ mencari rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Dan semua pun sedia ada maklum bahawa IQ diberhentikan kerja pada Mei yang lepas. Memang lebih 4 bulan IQ menganggur tanpa kerja tak termasuk cuti bersalin. Kalau campur cuti bersalin, lebih 7 bulan IQ berada di rumah sepenuhnya!


CUBA BUAT BISNES ONLINE

IQ cuba untuk buat bisnes online beberapa minggu sebelum ni. Kalau sesiapa perasan IQ ada follow beberapa rakan IQ yang sedia ada di Instagram. Tapi IG shop IQ ni rasanya tak hidup sebab IQ rasa tak mampu nak uruskannya dengan keadaan ada anak kecik sekarang. Dulu boleh, sekarang da ada dua hero, rasa macam lelah betul rasanya. Give up dengan IG Shop sendiri. huhu..


Dan IQ cuba dan cuba mencari pekerjaan di mana-mana laman mencari kerja. Jobstreet dan MyFutureJobs semua IQ try. Apatah lagi IQ berada di bawah insurans SIP, mestilah perlukan komitmen mencari pekerjaan. Ianya wajib dibuat apabila dapat insurans SIP ni. So, pulun lagi dan lagi.


Company lama IQ cari pekerja untuk projek di Penang. Yer! IQ berminat nak pergi ke sana. Yer! IQ bersetuju untuk memulakan PJJ dengan suami IQ TAPI disebabkan permintaan untuk ke sana terlampau cepat, IQ terpaksa menolak. Persiapan untuk persediaan kerja di sana hanya ada 4 hari. Tak mungkin bagi IQ. Sebab itu IQ tolak. Susah untuk uruskan hal rumah, anak2 dan sekolah anak2 juga. 


REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Orang kata, kalau dah rezeki tak kan ke mana. Ye tak? Meskipun IQ tolak tawaran kerja di Penang dengan gaji yang agak lumayan, akhirnya IQ dapat interview untuk satu jawatan yang sama di area rumah IQ ni sahaja! Meskipun gaji yang diberikan tak semewah seperti tawaran sebelumnya, namun...IQ bersyukur. Masih ada rezeki untuk IQ berada dekat dengan keluarga.


Interview hari selasa, hari khamis dapat jawapan. Hari khamis seterusnya dapat masuk kerja. Alhamdulillah. Indah perjalanannya. Bersyukur sangat dapat kerja kali ni walaupun hati sedih dah tak dapat nak jaga Luqman sepenuhnya macam dulu lagi. Kalau dulu, pagi2 dah bergaduh dengan si kecik tu, nak mandi la, nak susu la kan...


Terima kasih buat sesiapa yang mendoakan IQ selama ni. IQ tahu, masih ramai di luar sana perlukan pekerjaan, Jangan putus asa dalam mencari pekerjaan. dan jangan pernah mengeluh dengan apa jua pekerjaan yang korang buat. Yang penting, ianya halal. 


Rasa macam dah panjang ni. Till next time! TQ semua!

Till then, bai!

Friday, September 11, 2020

Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO

September 11, 2020 10

Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO

Sebut tentang minyak kelapa, mesti terbayangkan minyak rambut yang atok nenek kita pakaikan dekat rambut kita masa kecik-kecik dulu kan? Bau dia usah cakaplah, melekat berhari-hari walaupun dah basuh. Tapi khasiatnya masa tu kita tak tahu, yang tahu cuma baunya kurang best untuk dipakai seharian. Kan?

Zaman sekarang pula nak cari minyak kelapa yang pure mesti susah. Atok nenek kita sekarang pun dah tak larat dah nak buatkan. Lepas tu, mulalah sekarang baru tercari-cari minyak kelapa ni sebab baru tahu khasiatnya yang tersendiri. Nak cari minyak kelapa di bandar besar? Memang la susah. Merata cari belum tentu dapat cari yang ORI.

Minyak Kelapa Dara D'Aura Yang Pure!

Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO
Buat apa nak susah-susah, D'Aura kan baru sahaja melancarkan satu produk iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil atau AVCO. AVCO yang dikeluarkan D'Aura menggunakan 99% pure minyak kelapa dara dan hanya 1% bauan semulajadi sebagai bau wangian. Ianya kaya dengan antioksidan dan Vitamin E.

Produk AVCO semestinya dijamin bersih kerana ianya dihasilkan di kilang yang diiktiraf dan juga berkualiti tinggi. AVCO mempunyai dua fragrance iaitu Floral Fresh dan juga Morning Dew.
Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO
AVCO daripada D'Aura ni tulen tau. Buktinya ianya akan membeku di takat suhu 23 darjah celcius dan ke bawah. Cara nak cairkannya balik dengan rendamkan botol AVCO ni dalam air suam atau biarkan dalam suhu bilik.

Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO
Hari tu IQ mencuba AVCO buat pertama kalinya. Botolnya sederhana kecil namun mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kecil-kecil cili padi bak kata orang-orang tua kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. 

Kelebihan Menggunakan AVCO untuk Kecantikan 

  1. Menyusutkan jerawat
  2. Sebagai pelembap kulit muka
  3. Sebagai make up remover
  4. Sebagai Make up based, melembutkan kulit muka dan pelindung UV
  5. Hilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita mengandung
  6. Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  7. Rambut jadi lebih sihat dan melebatkan rambut
  8. Boleh disapu pada tumit yang merekah
  9. Disapu pada kulit ekzema yang kering dan bermasalah
  10. Menjaga kelembapan kulit optimum
  11. Sebagai pelembap bibirKebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO

AVCO Beri Kebaikan Untuk Penjagaan Rambut



Haaa..kan? Pastinya AVCO pilihan IQ untuk merawat rambut IQ sebab paling mudah nak amalkan. Hanya picit 2 atau 3 ACVO, sapu dan urut pada rambut dan kulit kepala jer. Hasilnya rambut jadi lebih lembut dan sihat. IQ tak ada anak perempuan nak belai-belai rambut. Rambut anak lelaki semua pun pendek. Boleh juga nak letak sebenarnya, cuma nak efek belai-belai main rambut tak ada la kan? Sambil-sambil ikat tocang rambut anak perempuan. hihi.

Hasil menggunakan AVCO ni untuk beberapa hari jer pun dah buatkan IQ berpuas hati. Sebab rambut IQ tidak lagi kering dan bercabang. Malah kelemumur yang IQ alami makin lama makin berkurangan. Mungkin satu hari nanti masalah kelemumur IQ akan hilang sepenuhnya apabila mengamalkan AVCO ni setiap hari kan? InsyaAllah.

Kebaikan dan Kelebihan Guna Minyak Kelapa Dara D'Aura AVCO

Apa kata korang cuba juga AVCO ni? Sangat-sangat berbaloi tak kira sesiapa yang menggunakannya. Memang sesuai digunakan seisi keluarga. Dari hujung rambut sampai hujung tumit kaki pun boleh guna. So, kalau korang berminat nak cari dan beli AVCO ni korang boleh berbuat demikian di pautan di bawah.

Maklumat lanjut boleh lah layari website dan juga media sosial D'Aura.


Tuesday, September 8, 2020

Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin

September 08, 2020 11

Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin

Melahirkan cahayamata semestinya menjadi detik indah buat para ibu di seluruh dunia. Setiap detik mengandungkan anak sehinggalah melahirkannya menjadi kenangan yang bermakna. Namun, setelah melahirkan anak, para ibu juga mahu mendapatkan bentuk badan seperti sedia kala. Tempoh berpantang yang dilakukan sebaik sahaja melahirkan anak yang tersayang memerlukan jagaan yang rapi bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal.

IQ juga baru lepas bersalinkan anak kedua IQ pada bulan Februari yang lepas. Ternyata tempoh berpantang IQ tak seketat mana berbanding dengan tempoh berpantang para ibu yang lain disebabkan IQ berpantang sendiri. Faham-faham sendirilah kan kalau berpantang sendiri, mesti ada yang terlupa, mahupun terlepas nak buat. Bila dah terlupa nak buat, mulalah kesan berpantang tak efisen seperti yang diharapkan.

Yer, IQ kurang berbengkung sewaktu berpantang. Ianya disebabkan bengkung yang IQ guna perlu lilit banyak kali dan agak leceh untuk pakai dan tanggalkan bila perlu ke tandas. Rimas pun ada. Orang muda kalau berpantang tanpa orang tua memang banyak ciloknya. huhu. Kesannya? Perut IQ masih menggelebeh sehingga sekarang. Rasa menyesal pun ada tak berdisiplin sewaktu berpantang.

Berpeluang Mencuba Bengkung Corset Mamaway!

Baru-baru ni, IQ diberi peluang kedua untuk menghilangkan perut IQ yang terlebih ni. IQ mencuba satu bengkung corset daripada Mamaway yang sesuai dipakai walaupun dah lama bersalin. Lebih berkesan kalau pakai sebaik sahaja lepas bersalin sepatutnya tapi IQ baru dapat tahu tentang bengkung corset ni. Kalau IQ tahu, pastinya IQ grab awal-awal untuk pakai sewaktu tempoh berpantang.

Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin



Bengkung corset daripada Mamaway ni banyak kelebihannya tau! Antaranya;

  • Breathable Mesh

Permukaan mesh yang digunakan pada Bengkung Corset Mamaway ni sangat selesa untuk pengaliran udara. Bila IQ pakai bengkung ni, seolah-olah tak pakai apa-apa melainkan satu lapisan corset. Ianya berbeza berbanding bengkung yang lain kerana ia tidak memerangkap haba yang boleh menyebabkan ruam pada kulit kita dan IQ selesa untuk pakai Bengkung Corset Mamaway ni sepanjang hari walaupun perlu lakukan kerja rumah.

  • Ibu Yang Bersalin Secara C-Section Pun Boleh Pakai!

Ini sesuatu yang menarik walaupun IQ bukan bersalin secara C-Section. Tapi ianya sangat mesra C-Section yer semua. Ibu-ibu yang bersalin seacara C-Section tak perlu risau kalau nak pakai bengkung lagi bila adanya Bengkung Corset Mamaway ni kerana ianya selamat digunakan bagi ibu-ibu sekalian. Cuma perlu dipakai bermula pada hari kedua selepas bersalin, dan hari-hari seterusnya.

Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin

Bengkung Corset Mamaway ni juga membantu ibu-ibu untuk menstabilkan luka C-Section, membantu mengelakkan pemisahan perut dan juga mengurangkan sakit pinggang. Lagi-lagi kalau nak menyusukan anak, semestinya pinggang akan mudah terasa lenguh dan sakit kan? IQ faham sangat perasaan tu. Rasa nak menangis pun ada. huhu.

  • Menggunakan Bahan Anti-Bakteria

IQ dah cuba pelbagai jenis bengkung. Ada yang jenis kain ada yang jenis strap getah. Kadang kala memang bau yang kurang menyenangkan mudah muncul bila IQ berpeluh. Berpantang semestinya kita akan berpeluh apabila melakukan aktiviti seperti bertungku mahupun bertangas kan? Namun, untuk Bengkung Corset Mamaway, penggunaan bahan Anti-Bakteria mengelakkan bau muncul ketika memakainya. Walaupun IQ berpeluh ketika memakai bengkung corset ni, bau yang tidak menyenangkan tidak muncul sama sekali. IQ risau juga, tengah buat kerja rumah nanti bermacam bau muncul tiba-tiba, dah kena tukar baju, kena pakai wangian lagi kan? Menyenangkan IQ nak uruskan si kecil lagi.


Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin


  • Bengkung Corset Boleh Dilaras Sepenuhnya 

Satu perkara yang IQ paling suka tentang Bengkung Corset Mamaway ni adalah pada pemegang pelarasan dia. Sangat mudah nak dilaraskan. Hanya perlu mengikut keselesaan kita apabila memakainya. Nak ketat ke longgar sikit. Kalau ketat sangat, boleh buka dan laraskan balik.

Dengan pemegang pelarasan ni juga, bengkung corset ni mudah dibuka dan dipakai kembali. Boleh pakai sendiri yer, tak perlu suruh sesiapa untuk pakaikan. Memang mudah sangat-sangat bagi IQ bila menggunakan Bengkung Corset Mamaway ni. Memudahkan urusan seharian IQ sangat!


Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin


  • Far-Infrared Ray

Ini sesuatu yang baru bagi IQ sebab Bengkung Corset Mamaway ni boleh meningkatkan kadar pengaliran darah melalui far-infrared ray. Material daripada Bamboo Charcoal membantu pengaliran darah menjadi lebih baik. Menarik kan?



Didatangi dengan dua saiz iaitu S-M dan juga L-XL. Saiz akan dipilih mengikut saiz pinggang kita.

Menarik kan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada Bengkung Corset Mamaway ni.

Mamaway Maternity Bantu Para Ibu 

Actually, Mamaway Maternity ni juga mempunyai pelbagai produk yang merangkumi permulaan fasa ibu mengandung, pemulihan selepas bersalin, penyusuan susu badan dan juga sebagainya.

Produk yang dikeluarkan oleh Mamaway Maternity bertujuan bagi meningkatkan keyakinan para ibu di samping memberi nasihat dan galakan dalam menjalani proses penyesuaian diri dalam tempoh menerima kedatangan cahaya mata yang baru. 

Bak kata slogan Mamaway, "Made for mums, made by mums" 


Bengkung Corset Daripada Mamaway Kembalikan Keyakinan Ibu Lepas Bersalin
Pemakaian Bengkung Corset Mamaway tidak kelihatan jika dipakai 

Mungkin korang ada yang nak tahu apa yang selalu bermain di minda bagi sesiapa yang ingin mencuba Bengkung Corset Mamaway ni kan? Boleh klik link di bawah untuk melihat FAQ yang ada.


Dan sesiapa yang teringin nak cuba dan beli Bengkung Corset Mamaway ni boleh klik link di bawah untuk terus grab. 


atau klik direct link ini untuk pembelian Bengkung Corset Mamaway

Maklumat lanjut tentang produk Bengkung Corset Mamaway dan juga produk lain, korang boleh layari link website Mamaway di bawah: