Advertisement

Responsive Advertisement

Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!

Waktu pagi kalau balik rumah mertua ni, sunyi. Bukan apa, settle subuh, semua nak sambung tidur. Lain la morning person macam sesetengah orang jer seperti mak, adik ipar yang stay dengan IQ tu, IQ sendiri dan juga Qa'id. 4 orang ni jer berjaga lepas subuh. IQ kalau dah bangun memang tak ada la nak tidur balik. Tu sebab tidur malam kena betul-betul tidur, sebab bila dah bangun dah tak rasa nak tidur dah.

Mak mertua IQ pun kata...

"Jom makan roti canai" - Mak
"Yang lain macam mana mak?" - IQ tanya
"Tinggal laa, sape suruh tidur" - Mak jawab
"Keluar senyap-senyap. bior padan muka deme" - Mak sambung lagi. (Mak dan ayah mertua IQ orang Perak. Menetap jer dekat Melaka. Tu sebab kadang loghat Perak terkeluar tu)

Mak kejutkan ayah suruh bersiap, IQ pun sama siapkan Qa'id. Keluar senyap-senyap. haha! Selalunya ada adik ipar sorang tu wajib ikut tapi disebabkan dorang tidur, dorang kena tinggal jugak. Bye bye.

NAMPAK SOMETHING....
Tengah sarapan, nampak 4 wheel dengan muatan penuh durian. Perghh..durian! Dah la tergoda dengan whatsapp group yang penuh gambar durian. Terliur dibuatnya. Dah lama teringin nak makan. Tengok lori bawak durian pun rasa nak kejor jer. huhu.

Siap sarapan, ayah bungkus 10 keping roti untuk dorang yang ketiduran di rumah. Bertolak balik dan singgah di satu pasaraya. Tetiba...IQ nampak lagi something yang buatkan IQ kata..kali ni mesti beli jugak!

Nampak 4 wheel berenti depan gerai buah. Dekat dengan pasaraya. Terus cakap dekat ayah.

"Ayah, ada durian baru sampai, macam best jer" - IQ mula main ayat

Ayah tak kata apa, tapi bila dah keluar kereta, mak masuk pasaraya, ayah tiba-tiba gerak ke kedai buah tu. IQ pun follow ayah dari belakang. hehehe. Nampak tokey durian baru nak keluarkan durian dari 4wheelnya.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Durian baru sampai. 
"Berapa Musang King sekarang tokey?" - Ayah mula menanya
"Mana-mana tempat sekarang, saya jual paling murah, RM45 sekilo saya bagi" - tokey mula bagi harga

Menarik. Harga Musang King sekarang tak masuk akal, semalam baca dekat Facebook pun ada yang sampai RM80 sekilo. Tak guna betul, dah la sekilo, RM80 plak tu. ada emas ka dalam durian tu. Ayah mertua pun kata dekat tempat lain ada yang RM58, ok la kalau dapat RM45.

Oh ya, tokey ni ada kebun durian dia sendiri di Hulu Ledang. 20 ekar. Memang dia jual durian dia sendiri. Tu sebab harga boleh dapat macam murah sikit berbanding tempat lain. Sehari dia dapat keluarkan 10tan durian. Agak banyak la. Ayah mula berminat nak beli.

Tapi ayah mertua cari juga durian kampung. RM8 sekilo diberi harga. Hurmm..durian kampung pun nak harga pakai timbang sekarang. Tak logik jugak la, sebab tahu la durian kampung ada yang biji besar, tak semua biji kemek.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Buka satu-satu tengok isi
Tokey mula buka durian, bagi IQ dan ayah mertua rasa. Mula-mula durian kampung yang dah dikahwinkan, lepas tu durian yang baru nak didaftar namanya iaitu durian Puteri Gunung Ledang. Cantik isinya. Tebal, bijinya kemek. Sedap! Lepas tu Musang Queen. haha! Musang King dah ada pasangan dahhh...Musang Queen pun sedap jugak, cuma tak lemak sangat.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ini bukan Musang King. Durian lain, tapi isi padat, biji kemek
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ini Musang King. Ulas pertama. 
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Musang King. Ulas Kedua. Terus tak mau, kenyang.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Ayah dengan Musang King.
Dan last sekali, bila kitaorang hampir kekenyangan dengan durian, tokey buka lagi durian, dan kali ni...Musang King!!! IQ dah lama nak try Musang King tau! Last-last dapat rasa juga. Tokey murah hati bagi makan ni. Sekali makan dua ulas Musang King pun dah rasa kenyang betul! Memang kalau dah dapat Musang King, dah tak mau durian lain dah. Musang King memang paling sedap. Fuhhh, teringat sampai sekarang.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Gerai buah di Jasin. Durian dari Gunung Ledang. 
TAPI kitaorang tak beli la durian Musang King tu. Ayah beli durian kampung yang best isi dia. sekali borong 20kilo haaa..tapi ada la yang tak elok buah dia. Tu sebab tokey bagi diskaun siap-siap.
Kasi Try Sampai Kenyang Dibuatnya!
Hasil tangkapan
Keinginan IQ nak makan durian akhirnya tercapai jua. Bukan senang nak makan durian ni sebab sekarang durian mahal nau! Semalam ada baca dekat Facebook, seorang warga FB asingkan isi dan kulit dan timbang kulit jer.

Memang ternyata kulit memang berat berbanding dengan isi. Tapi harganya mengikut timbang. Tak tahu la nak kata wajar atau tidak. Apa pun, kualiti durian itu sendiri kena la mantap isinya. Biji kemek baru berbaloi timbang, tapi kalau biji lagi besar dari isi, memang tak berbaloi!

Post a Comment

12 Comments

  1. bestlahhh.. memang puashati kalo makan situ terus ya.. nyumnyumnyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tokey bagi rasa sampai kenyang. Untung!

      Delete
  2. Aduhai telan air liur jer tengok durian ni, menyesal baca blog IQ. stresss, kat teganu tak jumpe durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat teganu tak der durian ke huda? pelik jugak belah sana tak ada

      Delete
  3. mmg kan, mcm tak logik je durian timbang, tah mana dpt idea jual durian timbang ni. tp klu tekak dah teringin mahal pun beli jugak .. akk mmg hantu durian Qis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak gee, masa saya mula2 duduk karak dulu pun dari situ saya first time tengok durian kena timbang. haishhh..sampai ke KL pun folo cara sama, dulu main longgok jer haaaa

      Delete
  4. Durian durian..mampu tengok jea sekarang ni

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)