haha! Entry Ramadhan dekat blog ni pun sendu, tetiba nak cakap pasal raya. Ater tak pelik ke? haha! Tak perlah, janji sekarang mood nak menulis macam makin pulih. Diharapkan kekallah momentum macam ni sampai bila-bila. hahahaa!!
IQ banyak share perkembangan IQ di Instastory. Adehh..nak mudah kan? Tapi kalau share kat situ pun tak seronok jugak, setakat nak save dekat Highlight banyak2 nanti jadi serabut plak IG sendiri. So, kena la bersungguh jugak buat entry blog ni untuka abadikan kenangan sampai hari tua.
Tahun ni IQ akan beraya di Terengganu. Aik? Tahun lepas dah beraya kat Terengganu, tahun ni beraya di Terengganu lagi? Yep, sepatutnya IQ beraya di Melaka. Namun, atas permintaan nenek IQ di belah Terengganu inginkan anak cucu berkumpul beramai-ramai, terpaksalah IQ beraya di Terengganu lagi tahun ni. huhu.
Raya tahun lepas, warna nude. |
Persiapan raya? Boleh dikatakan selesai la. Baju semua dah dibeli dan dijahit. Ada yang dijahit awal-awal. Ada yang dibeli awal-awal lagi macam baju kasual Qa'id. Beli sikit-sikit. Tak ada terasa sangat bila nak berbelanja besar untuk raya kan? Hujung minggu lepas pun IQ just shopping baju raya IQ untuk raya pertama dan baju melayu Qa'id.
Ikut plan asal patutnya beraya di Melaka, dan sepatutnya tak perlu beli dah. Pakai baju yang sama masa kenduri adik ipar hari tu pun dah cukup. Tapi disebabkan tukar plan beraya last minute, kena la beli jugak baju melayu dan baju raya IQ yang lain. Tak perlah, baju yang tu pakai raya kedua, settle masalah.
baju raya kedua. haha!! |
Perjalanan raya IQ plak ke mana? Seperti tahun lepas, IQ akan beraya Terengganu - Pahang - Kuala Lumpur - Melaka. haaaa...biasa la ni kan? Trip sama macam tahun lepas. Tapi rindu nak beraya dekat Perak. Beraya kat Perak pun best. Tak ada rezeki nak beraya kat sana tahun ni. Moga ada jodoh beraya tahun depan. InsyaAllah. Amiin...
Korang plak macam mana? Raya mana? Baju raya da ada? Kuih Raya? IQ tak ada kuih raya ni, bak sikeeettt. haha!
6 Comments
dah selesai
ReplyDeletenampak gayanya ina kena topup biskut raya.Dah 3balang habis dimakan oleh anak anak..huhuhu.Malas nak buat.. lagipon ank tengah melasak..
ReplyDeletewow meriahnya jalan raya. kalau datang perak singgah la kualeee hehehe
ReplyDeleteBaju sorang tak sama kaler dengan family lain sebab tak ada saiz =(
ReplyDeleteBoleh pula terlupa nak beli kasut raya untuk diri sendiri. Kena gi belilah nanti.
ReplyDeletedone juga bab baju, biskut pun dah siap... sekarang ni tengah buat kek raya pula... tp semuanya atas bantuan mr.husband, mrs pip x larat nak buat tengah preggy ni mcm hilang mood nak raya pula.
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)