Advertisement

Responsive Advertisement

Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur. Ibu negara Malaysia yang menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia untuk lawati. IQ pun tak terlepas nak merasai keunikan dan keindahan Kuala Lumpur ni, lebih-lebih sekarang IQ menetap di sini. Tempat yang menarik dan sesuai untuk bawa anak bersiar-siar dan berekreasi menjadi perkara utama IQ sejak mempunyai si kecil Qa'id.

Dalam kesibukan seharian ibubapa bekerja untuk anak-anak, mesti nak juga bawa anak-anak jalan-jalan kan? Namun, masa yang terhad menghadkan jarak dan masa yang ada. Jadi, bila dapat pergi ke tempat menarik sekitar kawasan pun rasa seronok dah. Sepertimana IQ buntu tiap kali nak bawa Qa'id jalan-jalan tiap kali hujung minggu tiba selain balik kampung.

Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik sebenarnya. Nak tahu? Jom kita tengok tempat menarik di Kuala Lumpur ni.

10 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR YANG SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

1- TAMAN TASIK TITIWANGSA
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Taman Tasik Titiwangsa ni sesuai untuk korang bawa anak-anak bersiar-siar dan juga berekreasi. Selalunya Taman Tasik Titiwangsa ni penuh dengan orang bila tibanya hujung minggu. Ramai orang berjogging, berbasikal dan juga beryoga. Best datang sini bila hujung minggu sebab memang ramai orang datang. Ada juga perkhidmatan sewa basikal roda dua, roda tiga mahupun roda empat dekat sini. Tak perlu bawa basikal sendiri dah. 
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Qa'id di Taman Tasik Titiwangsa

2- PETROSAINS KLCC
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
PetroSains KLCC ni bagus kalau bawa anak-anak yang sedang membesar dan mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak disediakan dalam PetroSains ni untuk meningkatkan daya berfikir anak-anak tentang Ilmu Sains. PetronSains ni juga memperlihatkan kejayaan Malaysia dalam bidang Penggalian Minyak, Automotif dan juga Sains. 
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Pengalaman IQ di PetroSains KLCC

3- MENARA KUALA LUMPUR
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar 
Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di Bukit Nenas kini mempunyai tarikan sampingan selain daripada naik ke atas menara itu sendiri. Di kaki Menara KL sekarang ada pelbagai tarikan baru seperti Zoo Mini, Blue Coral Aquarium dan juga Rumah Terbalik (Upside Down KL House) Tak perlu nak pergi jauh-jauh sebab macam-macam tempat boleh masuk dan boleh beli tiket untuk pakej masuk kesemua tempat yang seperti IQ sebut di atas dengan satu harga yang lebih jimat tau!
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Pengalaman IQ di Blue Coral Aquarium Menara KL

4- AQUARIA KLCC
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Pengalaman menarik kalau pergi ke Aquaria KLCC ni sebab antara tempat yang menarik untuk lihat pelbagai hidupan laut dalam akuarium. Anak-anak pasti terpegun melihat pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain di kiri, kanan serta atas mereka. Pasti menarik minat mereka untuk mengenal satu demi satu jenis ikan yang ada, dari sekecil-kecil ikan sehingga sebesar-besar ikan yang ada di Aquaria KLCC ni.

5- TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Satu-satunya Taman Burung yang terbesar di Malaysia, berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran Taman Botanical, Taman Burung menjadi tarikan utama keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dalam waktu yang singkat. Taman Burung KL ni mempunyai beratus jenis burung yang berkonsepkan terbuka kepada pengunjung yang datang, yang pastinya menarik minat anak-anak untuk mendekati burung-burung yang ada dengan lebih dekat.

6- FRIM KEPONG
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Frim Kepong yang membawa maksud, Forest Research Institute Malaysia merupakan satu kawasan hutan simpan di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau korang tak nak pergi jauh tapi masih ingin menikmati udara segar bersama keluarga, FRIM merupakan pilihan yang tepat. Di FRIM, korang boleh menyewa basikal untuk mengelilingi kawasannya sambil menyedut udara yang segar. 

7- SUNWAY LAGOON
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Nak main air bersama anak-anak tapi tak nak keluar jauh dari Kuala Lumpur? Sunway Lagoon antara pilihan yang tepat kerana jaraknya tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sunway Lagoon antara taman tema yang utama di Malaysia, menjadi pilihan rata-rata pengunjung water park. Aktiviti bermain air semestinya menjadi kegemaran anak-anak dan kalau nak pergi banyak kali pun tak kisah sebab tak perlu pergi jauh.

8- INDOOR THEME PARK BERJAYA TIMES SQUARE
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Kalau sebut taman tema pastinya buatkan anak-anak melonjat gembira. Anak-anak mana tak seronok nak main permainan yang ada di taman tema kan? Tak perlu pergi jauh-jauh kerana di Berjaya Times Square ada Indoor Theme Park yang best untuk anak-anak bermain. Indoor Theme Park yang mempunyai dua bahagian untuk dewasa dan kanak-kanak pasti buatkan anak-anak seronok bermain. 
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar

9- TAMAN METROPOLITAN KEPONG
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Tak jauh dari FRIM Kepong, ada satu tasik yang sangat besar yang boleh korang bawa anak-anak bermain dan juga beriadah. Taman Metropolitan Kepong antara yang taman yang tasik yang terbesar di Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang boleh korang cuba. Ada juga perkhidmatan menyewa basikal, scooter, skateboard, hoverboard dan macam-macam lagi. Ada juga kawasan padang yang boleh korang bermain layang-layang bersama anak-anak.
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
10- GUA DAMAI EXTREME PARK, BATU CAVES
Segmen #KBBA9: 10 Tempat Menarik Yang Sesuai Untuk Keluarga di KUALA LUMPUR
Sumber Gambar
Bagi yang sukakan aktiviti lasak seperti Rock Climbing, korang boleh cuba memanjat batu-batu di Gua Damai Extreme Park ni. Nampak macam lasak, namun korang boleh ajar anak-anak korang untuk memanjat dinding batuan ni pada peringkat awal. Disarankan peralatan dan pelatih yang bertauliah perlu ada sekali bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Baca lanjut di KBBA9.COM

Post a Comment

8 Comments

  1. Ada juga tempat menarik tu yang belum sampai

    ReplyDelete
  2. ada tempat yang tak pi lagi nihh.. nanti boleh cuba jejakkk sanaa..

    ReplyDelete
  3. Banyak kan yang menarik kat KL ni, akak pun tak habis jelajah lagi.

    ReplyDelete
  4. Banyak lagi tempat tak pernah sampai dengan anak2 ni.. boleh masuk dlm list next time pergi KL

    ReplyDelete
  5. Gua Damai extreme park bagus utk latih anak2 dengan aktiviti outdoor..

    ReplyDelete
  6. Banyak tempat tak pergi lagi nie..

    ReplyDelete
  7. Dalam list tu ada bberpa tmpt je reen pernah pergi. Banyak ag rupanya tmpt2 mnrik yg tak pernah g ni. hee

    ReplyDelete
  8. banyak tempat menarik di KL ni walaupun ianya pesat dengan bangunan.. tak perlu pergi jauh-jauh bawa anak beriadah.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)