Advertisement

Responsive Advertisement

Petrosains KLCC Penuh Dengan Aktiviti Menarik!

IQ duduk di kawasan Lembah Klang ni lebih kurang 3 tahun++ lah kot sejak IQ mula berkhidmat dekat satu syarikat di Kelana Jaya. Tapi baru ada satu hari ni, IQ berkesempatan nak pergi Petrosains dekat KLCC tu. Sebelum ni rasa macam ermm...mahalnya nak masuk Petrosains ni. Tapi rupa-rupanya untuk pemegang MyKad macam IQ ni cuma RM20 seorang. Untuk 2 tahun ke bawah free yer! Qa'id baru menginjak ke 3 tahun tak dikira sebab dia baru 2 tahun++. heeee...
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Layan view mercu tanda ni dulu
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Indah plak view ni. *tetiba
Rasanya macam dah lewat masuk ke Petrosains ni tapi nak masuk jugak. So, masuk la kitaorang berempat ke Petrosains. Adik ipar yang sorang dah selalu pergi sana sebab ada school trip dekat situ. Rasanya tu kali ke 5 dia masuk, so dia jadi tour guide kitaorang masa masuk ke sana. 

Bila adik ipar IQ cakap kena naik telur, IQ like what?? Naik telur? Kenapa nak kena naik telur? Owhh..rupanya tu macam perjalanan ke alam sains macam tu laaa..macam time traveler gitu. haaaa...menarik jugak tapi cuak bila tiba-tiba telur tu macam naik tinggi sangat. haha!

TIBA KE ANGKASA RAYA..
Bila sampai tu, masuk ke bahagian angkasa lepas. Banyak pamer tentang kapal angkasa, kehidupan dekat angkasa lepas dan rupa bentuk bulan, bintang dan jugak matahari semua tu la. Sedar tak sedar, baru perasan tak solat Zohor lagi. Mujur ada kemudahan tandas dan surau dalam Petrosains ni. Tak perlu pergi keluar dari Petrosains ni dah.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Sibuk dia main benda ni
Tandas dia boleh dikatakan kecil untuk perseorangan. Tapi yang menariknya, setiap tandas ada singki kecik. Bila masuk suraunya plak, mengagumkan IQ betul! Macam masjid plak rasanya. Wangi, bersih dan pilihan warnanya mestilah bertemakan Petronas. kan? IQ sangat suka surau Petrosains ni. Nampak sangat moden dan selesa nak solat. 5/5 bintang IQ bagi. hehe.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tempat wudhuk surau Petrosains. Cantik kan?
Settle solat, sambung jelajah angkasa lepas lagi. Ada part yang kita boleh try sendiri juga. IQ try konon-konon tidur dekat ISS, tapi tak ada sapa nak ambikkan gambar. Gambar orang lain jer IQ ambikkan, nasiblah seorang blogger yang single. haha! 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Ambik gambar tapi tak nampak plak muka sendiri dekat skrin orang pakai sut ni. heeee
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Mars Raver. 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tidur dekat ISS ke dik?
Lepas tu kitaorang ke bahagian dinosour tapi sayangnya pameran dinosour ditutup buat sementara waktu. sedih tapi tak perlah. Next time. Lepas tu sambung ke bahagian yang dipanggil Sparkz. Dekat bahagian ni banyak aktiviti khas untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa cuba aktiviti mereka. Banyak la, tak tersebut IQ dekat sini. Tapi yang pastinya, menarik!
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Tiba di Sparkz
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Main excavator ni plak
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Yang acik nina dia pun nak jugak cuba
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
bina pakai blok
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Yang tu orang dewasa pun nak cuba, sambung alat2 tu untuk bola turun ke bawah
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Kawasan yang luas.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Ada mini playground. Budak macam Qa'id memang suka la tempat macam ni
Lepas bahagian Sparkz, kitaorang tiba di bahagian Pelantar Minyak pula. Tak lama di bahagian ni sebab dah dapat announcement tinggal masa dalam sejam lagi. Adik ipar IQ plak suruh gerak cepat sebab ada banyak lagi bahagian yang kena tengok. IQ fikir, banyak sangat ker? huhuhu.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Boleh naik atas tapi tak sempat nak naik
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Try yang simple2 jer. Ingat lagi sistem takal 2 dan takal 3?
Lepas tu, kitaorang sampai di bahagian Petrosains Speed!. Yang ni semua orang tahu kan tentang apa. Tentang kebanggaan Malaysia suatu masa itu. Dekat sini best la nak cuba tentang pelbagai aktiviti mengenai KELAJUAN. Baling bola laju-laju, ujian mata tajam semua ada la senang cerita. 
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Start Speed!
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Macam dekat Sepang dah
Lepas tu, adik ipar IQ beriya suruh IQ dan sorang lagi adik ipar try simulasi bawak kereta F1. Dah sudahhh...IQ paling tak reti nak bawak kereta dalam skrin, atas jalan tak per..haha! IQ orang yang last try simulasi tu. Lepas tu, terus dorang tutup. Dapat la try beberapa lap, tapi dapat no.5 jer. No feveret sangat. haha! Masa try simulator ni pun tak ada gambar. Huuuuu.

SESUATU BERLAKU...
Masa ni pun ada satu perkara berlaku. Adik ipar IQ yang sorang tu tercicir beg tangan dia. Masa tengah syok main baling bola, dia terlupa ambik beg tangan dia. Lepas buat Calm Test dengan dia, baru dia perasan beg tangan dia tak ada. Pergi cari sana sini, tak ada!! Memang hilang! Terus tanya staff bertugas. 

Katanya, segala barang yang tercicir akan dibawa ke lobi. Walaupun staff Petrosains berkata demikian, tetap hati IQ tak senang, sebab risau ada orang lain yang mengambilnya terlebih dahulu. So, IQ try call telefon adik ipar IQ, tengok siapa yang jawab.

Ternyata memang staff Petrosains yang jawab dan beg telah dibawa ke lobi. Alhamdulillah. Mujur tak hilang dan sampai ke tangan orang yang bertanggungjawab. Terus kitaorang sambung tengok-tengok aktviti dekat Petrosains ni lagi. hehe.
Petrosains KLCC  Penuh Dengan Aktiviti
Muka seronok tapi tak puas. haha!
Tapi malangnya, banyak tempat dah tutup. Tempat khas untuk Qa'id main pun dah tutup. huhu. Tayangan 3d pun dah tutup. Tak puas jugak datang ke sini. Nak kena repeat lagi macam ni. huhu. IQ dah agak dah kalau masuk sini sebelah petang mesti tak sempat nak habiskan semua. Kena masuk dari pagi baru puas hati. 

Nak tengok aktiviti kitaorang buat secara detail dekat video ni. Jangan lupa klik dan subscribe yer!

Post a Comment

16 Comments

  1. pernh pergi jugak.. tak banyak berubah ya.. part yg akk suka part plantar minyak dgn bajak yg boleh naik.. mak2 pun naik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, teringin nak naik tapi mak sedara dia dah conquer, haha, kita tengok dari kejauhan je laa

      Delete
  2. yaya dok area selangor pon xdan nk p petrosains tu lagi..huhu
    dulu mse sek ren penah la..berzaman sudaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau ada peluang, try la pergi lagi, ada banyak perubahan sebenarnya

      Delete
  3. Tak pernah pergi situ. Menariknya..nanti boleh bawak anak2 pi situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, pergi kak moha, jangan tak pergi, best bawak budak2 pergi situ!

      Delete
  4. nanti mohon bawak reen lak pergi sini.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. boleh pergi lagi, IQ pun nak pergi lagi nanti!

      Delete
  6. memang best kan bawak anak daang sini. FL pun suka tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Best bawak budak2, tapi sayang ruang untuk kanak2 tu tutup awal, kalau tak mesti boleh cuba macam2

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)