Minggu lepas baru main air bersama keluarga di Morib. Tetiba dapat peluang main lagi! Wahh...seronok betul Qa'id kali ni. Macam betul-betul meraikan cuti sekolah betul, padahal belum sekolah lagi. Haha! Alhamdulillah, rezeki dapat bawak anak dan keluarga jalan-jalan lagi minggu ni.
So, hari ahad semalam, IQ dan keluarga keeeee Bangi Wonderland Themepark & Resort untuk event Meet & Greet. IQ bawa bersama adik beradik IQ serta keluarga mertua IQ. Kitaorang gerak awal untuk sarapan dan berada di Bangi Wonderland seawal jam 10 pagi.
tada!! IQ di sini! |
Masuk kawasan parking dah nampak mercu tanda Bangi Wonderland. Rasa excited mula datang. Tak sabar nak cuba kesemua ride yang terdapat di sini!
Pemandangan dari atas. |
Sebelum tu, daftarkan diri dulu. Terima kasih Bangi Wonderland kerana menjemput kami kali ni!
Bagi yang lain, tiket masuk ke Bangi Wonderland adalah RM48 untuk kanak-kanak dan RM58 untuk dewasa. TAPIIIIII
PROMOSI GEMPAK GILER SEMPENA CUTI SEKOLAH
Untuk musim cuti sekolah ni, Bangi Wonderland mengadakan Promosi Gempak Giler untuk ibu bapa membawa anak-anak merasai keseronokan bersama!
Tiket untuk musim cuti sekolah Disember ini adalah RM150 untuk 4 orang (MyKad) bagi hari Isnin hingga Jumaat dan RM180 untuk 4 orang (MyKad) bagi hari hujung minggu dan juga cuti umum.Berbaloi sangat sebab untuk seorang masuk pun jimat banyak!
PERSEMBAHAN ARTIS DI SHOWCASE GEMPAK GILER
Pada 2, 3, 9 dan 10 Disember juga, ada Showcase Gempak Giler diadakan di Bangi Wonderland. Antara artis-artis yang telah menghiburkan pengunjung Bangi Wonderland adalah seperti Ameng Spring, Ezad Lazim, Siti Nordiana, Dato' Awie, Amy Search dan Nico G.
Dan semalam, artis yang datang membuat showcase di Bangi Wonderland tak lain dan tak bukan adalah Khalifah dan Projector Band. Sape tak kenal kan dengan band yang popular dengan lagu Hang Pi Mana dan lagu Aisyah kan kan kan?
Projector Band |
Kumpulan Khalifah |
Bersama blogger Zura |
Di Bangi Wonderland ni ada 16 jenis permainan yang menjadi tarikan orang ramai. Antaranya seperti di bawah.
Seperti mana-mana taman tema air lain, pakaian yang boleh dipakai mestilah mengikut yang dibenarkan. Untuk gelongsor, jeans, pakaian berbutang dan juga pakaian berzip adalah dilarang sama sekali. Kamera action tak boleh guna yer semasa tengah main mana-mana ride. Kena la ada orang tangkapkan dari bawah. hehe.
Kids Adventure ni memang tempat utama untuk kanak-kanak kecil bermain. Seawal usia 2 tahun pasti seronok bermain di Kids Adventure ni sebab ada banyak gelongsor air yang menyeronokkan! Orang dewasa pun boleh main gelongsor air di Kids Adventure ni. Seronok!
Kids Adventure |
Kawasan Kids Adventure ni memang luas untuk seisi keluarga bermain air. Kedalaman air di kawasan Kids Adventure ni sangat selamat untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas bermain air.
Sekitar Kids Adventure |
Pirate Bay |
Magic Funnel yang memang besar dan sangat mencabar bagi IQ. IQ dapat la try sekali naik Magic Funnel ni. Memang best dan confirm menjerit! Boleh buat jantung gugur. hehe.
|
Magic Funnel |
PELBAGAI SLIDE YANG MENYERONOKKAN!
Ada banyak slide yang menarik untuk orang dewasa dan kanak-kanak main tau! Antara slide dalam gambar di bawah ni, IQ sempat try 3 jer. Iaitu Insane Racer, Spiralax dan juga The Fall. The Fall paling mencabar sebab rasa macam jatuh dari bangunan 5 tingkat jer! haha! Patutlah nama slide dia The Fall, sesuai sangat! Nanti IQ kongsikan video IQ naik The Fall ni. Tak sempat lagi nak edit video. hehe
Dari kiri: Body Slide (hijau), Spiralax (merah), The Fall (Purple), Anaconda Trail ( Kuning Hijau), Insane Race (Rainbow), Wonder Loop (Hijau bertutup) |
Close up slide: Body Slide dan Spiralax. Spiralax naik dengan tube, manakal Body Slide tanpa tube. |
PERLINDUNGAN KULIT WAJIB DIUTAMAKAN!
Well, kawasan Bangi Wonderland ni sangat terbuka. Terdapat khemah disediakan dan gazebo untuk disewakan bagi para pengunjung duduk dan beristirehat. Tapi mesti juga terkena pancaran matahari masa tunggu anak bermain dan juga waktu kita bermain kan?
Cosmoderm Vitamin E Cream ni amat membantu untuk melindungi kulit IQ dari sinaran matahari dan juga merawat kulit ketika mengalami kesan terbakar akibat sinaran matahari.
Cosmoderm Vitamin E Cream |
Keluarga IQ sangat seronok sepanjang berada di Bangi Wonderland. Bayangkanlah ayah mertua IQ pun sanggup beli pakaian basahan untuk turun bermain air bersama anak IQ, si Qa'id. Mana tahan duduk tepi tengok jer...hehe. Adik beradik IQ dan adik beradik ipar pun sangat enjoy dengan pelbagai ride yang ada di Bangi Wonderland. Banyak kali naik!
Adik bongsu IQ. Kemain haa main air dekat Kids Adventure |
Adik dan adik beradik ipar main Insane Racer, main lumba sapa paling laju, rasa-rasa mana yang menang? |
Medina anak buah IQ pun kemain dengan pelampung dia di Pirate's Bay |
Kemain haa atok dan cucu. Letih main air, mintak susu. Lepas tu, dah demam balik....huhuhu |
UPDATE VIDEO KHAS SEPANJANG DI BANGI WONDERLAND!
Semestinya pengalaman IQ dan keluarga sepanjang berada di Bangi Wonderland amat berharga! Dapat meluangkan masa bersama keluarga pasti menjadi memori paling indah kan?
Bagi korang yang nak rasa juga keseronokan seperti mana IQ rasa, korang boleh la datang ke Bangi Wonderland. Promosi diadakan sepanjang Disember tau! Habis cuti sekolah ni, harga kembali normal.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah yer!
Bangi Wonderland dibuka seperti berikut :
Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang
Tutup pada setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
Website: www.bangiwonderland.com.my
Alamat : No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Telephone: +603 8912 8333
Fax: +603 8928 0333
Email: sales@bangiwonderland.com.my
18 Comments
woww seronoknye dapat mandi manda gini
ReplyDeletewah, menariknya ...
ReplyDeletekids adventure tu mcm best, hehe ...
terasa mak budak nak jadi budak semula ...
Seronoknya kalau dapat gie sana.
ReplyDeletekalau nak tiket murah beli kat 11street or lazada kan.. tunggu promo kat situ ... berbaloi baloi
ReplyDeleteBestnya.. memang seronok lah budak-budak main air.
ReplyDeletenk kena repeat ni. xpuas lagi. hahahahha
ReplyDeleteKak nina dah pegi awal December ritu. Memang best mandi manda kat Bangi Wonderland. Rasa nak pegi lagi
ReplyDeleteterimakasih sharing. Menarik ni nampak gayanya.. teringin nak cuba slide tu jee..ehehehe
ReplyDeleteTerasa seronok tengok gambar-gambar IQ di Bangi Wonderland.
ReplyDeleteBanyak aktiviti boleh participate bukan sekadar bermandi-manda kannn, best.. best..
Bestnyaaaaaaa.magic funnel nampak menarik. ada wat video x IQ. nti share ye
ReplyDeletemohon bawak reen ke sini. hee
Seronok kan! BTW..tahniah dah ada domain...
ReplyDeletesalam singgah sini dan follow.. seronoknya macam best pulak datang sini.. sesuai bawak family..
ReplyDeleteBestnya, rugi tak join. Nanti kena bawak anak² ni.
ReplyDeletebulan 1 nk pergi lagi..hehe
ReplyDeletemenghitung hari nak pergi lagi...dpt voucher free...hehehe
ReplyDeleteBestnya. Tengok gambar pun dah teruja. nanti kalau ada rezeki, saya nak pergi jugaklah ke sini..
ReplyDeletewaaa..seronoknye main air di bangi wonderland ni..
ReplyDeletede tiket bangi wonderland beli kat matta fair tak guna lagi.. sekrang busy sgt.. before exp kena gi jugak ni.. klu tak rugi hahaha
ReplyDeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)