Advertisement

Responsive Advertisement

Prank Orang - Wajar Atau Tidak?

Beberapa hari yang lepas, IQ ada ternampak di Twitter tentang kes satu stesen radio yang selalu buat panggilan yang berunsur prank kepada seorang lelaki yang ingatkan prank tu adalah betul. Disebabkan hal tu, lelaki berkenaan yang mengharapkan 'sponsor' dari 'company' berkenaan agak kecewa dengan hal berikut.

Perkara ni viral di Facebook dan Twitter. Disebabkan hal ini telah viral, pihak stesen radio berkenaan memanggil lelaki ini ke konti radio mereka pada hari ini. Sesiapa yang mendengar radio berkenaan pasti mendengar tentang kisah lelaki ini pagi tadi. Mungkin win-win situation telah dibuat, dan usaha lelaki berkenaan yang sebenarnya mahu mengelilingi Semenanjung Malaysia serta Selatan Thailand dengan menaiki basikal sahaja kini mendapat perhatian ramai pihak. Alhamdulillah.

PANGGILAN PRANK?
Isu yang IQ nak tekankan di sini adalah isu panggilan prank. Ok, bukan setakat panggilan. Perbuatan prank itu sendiri lah senang cerita. Dengan niat bergurau. IQ tahu kadang kita nak bergurau sesama kita. Tapi bila melibatkan isu kerjaya dan mencari rezeki, IQ rasa tak patut sebab buatkan masing-masing berharap.

Kalau IQ sendiri berharap mendapatkan sesuatu job, kerana ianya melibatkan periuk nasi. Kan? Mesti IQ kecewa yang amat kalau prank yang dibuat hanya sekadar main-main dan tidak serius. Sedih lagi satu. Lepas tu emosi. Haha! Perempuan sangat.
Prank - a practical joke or mischievous act.

Bagi IQ prank mengikut keadaan dan kesesuaian. Kalau prank sempena birthday tu, birthday boy atau girl mungkin akan alert dan kalau dah terkena prank, dorang pasti redha. Sebab tahu itu gurauan khas sempena birthday diaorang. IQ pernah kena prank masa birthday, kena telur dan tepung itu semestinya. huhu!

So, be alert dengan apa prank yang korang nak buat. Selalunya yang IQ dengar pagi-pagi di radio tu kadang ada yang boleh IQ terima, dan ada kalanya tidak. Kadang dorang terkeluar kata-kata kesat tu mungkin dorang tak sengaja dan menganggapnya betul. huhu. Diharapkan panggilan prank ni dapat dikurangkan bagi mengelakkan orang yang dikenakan rasa malu. Satu Malaysia dengar, kalau ada yang simpati ok la, kalau ada yang gelak sama? Kesian tau tak?

Post a Comment

14 Comments

  1. Betul, kalau prank yang sampai memberi harapan macam yang viral tu kesian betul. Kecewa je orang kena, sedih kot, orang yang prank seronokla dapat kena kan orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tu la, kesian. kadang memang rasa tak wajar dorang buat macam tu

      Delete
  2. Prank boleh tapi jangan melampau dan membahayakan nyawa... sian nanti, nak gembira jadi sedih pula kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dalam seronok ingatkan betul, rupanya salah. hurmm

      Delete
  3. kadang-kadang prank mereka membosankan..

    ReplyDelete
  4. Prank tengok situasi.. Ada org boleh terima prank, tapi kot tiba dapat orang yg hati tisu or timing tak kena, bad day ke ape, lagi buruk keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, silap hari bulan, boleh buatkan hari orang lain tu makin teruk. huhu

      Delete
  5. itulah.. kita tatau akan kesihatan org yang nak di prank.Buatnya sesuatu buruk berlaku.. hmm.. sepatutnya,tak wajar dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak wajar berlaku, harap2 lepas ni kurang2 la panggilan prank macam ni

      Delete
  6. ada juga terbaca kisah prank tu kat tweet.ksian dia. nasih radio tu setelkan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, reen pun ada baca kan? nasib dorang mohon maaf

      Delete
  7. tak patut prank call..

    kalau kes yang baru ni tu,
    diorang prank member diorang sendiri.

    itu jer.
    tapi benda tu dah settle dh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, lelaki berkenaan orang yg dorang kenal jugak, tapi tak baik la bila orang lain pun mengharap

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)