Thursday, November 2, 2017

Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!

Dah berkurun draft terperam, akhirnya mood memblogging kembali pulih! hehe. Terima kasih pada yang mendoakan (ada ke yang doakan kau IQ?) hehe..

Sebelum IQ dan officemate berpindah ke pejabat baru, kitaorang aim nak makan sedap-sedap memandangkan area pejabat baru nanti dah tak dapat makan sedap macam ni. haha! Disebabkan office lama kitaorang tu dekat dengan Publika, so...tu sebab la kitaorang selalu makan besar dekat sana dulu. 

Tapi kalau korang tak berani nak mencuba, korang mesti tak tahu yang dekat Publika ni ada banyaaaak restaurant yang ada menu menarik untuk kita cuba. Salah satunya adalah TWO SONS BISTRO ni. Bistro ni dicadangkan oleh salah sorang officemate IQ yang dah pernah makan dekat situ. Dia cakap ada satu menu ni rasa dia sangat umphh! So, sebagai pelengkap target kitaorang untuk makan sedap-sedap sebelum berpindah nanti, kitaorang pun pergi ke bistro ni akhirnya.

MUDAH NAIK GRAB
Macam biasa, book Grab dan akhirnya kitaorang sampai di Publika. Tak susah nak pergi kedai-kedai makan dekat Publika ni sebab jalannya akan melalui semua kedai yang ada. Yang penting, korang kena tahu la kedainya di mana, senang pemandu Grab nak drop korang kat mana-mana kedai dekat situ.

Sampai-sampai jer, kitaorang dapat meja dan duduk. Diberikan dua senarai menu yang berbeza. Ada banyak hidangan seafood yang korang boleh pilih. Ada clam, ada mussel, ada juga steak kalau sesiapa yang tak nak makan seafood.
Ada juga set lunch macam senarai menu dekat atas ni. So, apa yang IQ pilih agaknya? 
View dalam bistro ni sangat la calm dan romantik. Tapi tak berapa nak romantik jugak sebab dengar keletang keletung dapur belakang IQ tu. Diaorang masak clam atau mussel dalam periuk khas sampai melambung2 apinya. haaa..nasib tak terbakor jer bistro tu. hehe
Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!
Nama dia sama dengan nama IQ. cuba teka nama dia..
Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!
Dapur belakang nun tempat dorang keletang keletung masak clam
Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!
Chillies Clam
Yang ini set lunch yang IQ order. Chillies Clam. Rasa macam makan paprik officemate IQ cakap. haha! Masa sampai order ni, tetiba macam eh? dalam mangkuk tingkat! haha! Unik sangat. 

KILLER MENU!
Tapi kan, tak boleh lawan lagi menu yang sorang officemate IQ order. Klik video kalau nak tahu apa yang dia order. memang kecur habis!

Nampak? Disebabkan menu tu sedap, kitaorang repeat lagi sekali!! haha! Sebab memang sedap menu tu. Kalau dah repeat kali kedua, paham-paham je la kan rasanya macam mana kan?  Kalau ada peluang, nak makan situ lagi dan order menu tu lagi. heee
Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!
Nad. Qissh. Kak Gee
PERINGATAN UNTUK KORANG!!
Untuk pengetahuan korang, kalau korang nak try hidangan clam dan mussel ni, dinasihatkan untuk datang pada waktu bukan peak hour. Macam hujung minggu ke waktu dinner ke, sebab clam dan mussel akan habis cepat pada waktu2 macam tu. Kalau clam dan mussel habis, tak lengkap la kunjungan korang ke Two Sons Bistro ni. Rugi kalau tak rasa set clam dan mussel dorang ni. Lebih selamat kalau korang call terlebih dahulu dan buat reservation. Lagi selamat! Ini cadangan daripada staff dorang tau. heeee.
Two Sons Bistro - Hidangan Clam Yang Meletup!
Two Sons Bistro, Publika
Kepada sesiapa nak try hidangan clam ni, boleh la klik Map di bawah. Senang dan mudah jer nak cari. Yang pasti, korang tak kan kecewa. hehe...kalau kecewa jugak, tak kena tekak korang la tu. hehe

LOKASI TWO SONS BISTRO, PUBLIKA

18 comments:

  1. menarik ni. boleh la datang cuba nanti. TQ for sharing

    ReplyDelete
  2. lala tu ye.. tiba2 tingin nak makan lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan ckp, clam bukan lala, lala warna oren, ni bukan.

      Delete
  3. Setuju dengan iq kena berani mencuba kalau tak sampai kesudah tak merasa makanan lain dr yg lain. 😊

    Sedapppp sgttt semuaanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? so, kne berani try, bonus boleh buat review juga. hehe

      memang sedap, kena try tau!

      Delete
  4. Sis suka makan di tempat santai begini IQ..
    Makanan tempat2 begini selalunya tak menghampakan..
    Terliur jugak tengok Chilies clam tu IQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang tak menghampakan, kena try baru tahu rasa unik dia, tempat memang selesa. tak sesak kalau orang penuh

      Delete
  5. waoo, nampak sedap. bolehlah try nanti.

    ReplyDelete
  6. Lapar malam-malam tengok hidangan kat sini.. huhuhu.

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata