Tuesday, November 28, 2017

Semua Di 'Upgrade' Kepada Lebih Baik

Hari tu IQ berbual kosong dengan sorang staff di site. Bukan sama bangsa, bukan sama agama. Berbeza. Umur pun berbeza. Semestinya IQ lagi muda daripada beliau.

Berbual kosong tentang kehidupan masing-masing. Dan tetiba muncul isu sensitif. Tentang agama.

Beliau memberi pendapat jujur beliau tentang agama rasmi Malaysia, iaitu agama Islam.

"I tengok orang Islam zaman sekarang nak tunjuk betapa Islamnya diri dorang, semua benda haram sekarang. Kedai dobi pun tak boleh campur. Kalau dulu, I bagi apa-apa pun boleh jer orang Melayu nak terima. Sekarang, kalau ajak makan dekat kedai yang cuma ada sayur pun boleh tanya halal ke tak...sayur kena sembelih ka??" - Beliau

"Orang Melayu yang beragama Islam dahulu berbeza dengan sekarang. Dahulu masih banyak yang kita tak tahu, yang paling alim pun pakai tudung ikat dagu. Tapi sekarang banyak dah tahu, kena la ikut peraturan agama. Pasal sayur pun nak tanya halal ke tak tu agak melampau la" - IQ

Pung pang pung pang...still beliau tak berpuas hati. Sampailah satu statement beliau tentang agama beliau pula.

"Agama I dah ada lagi lama dari agama u. Cuma kitaorang banyak ubah cara dalam agama kitaorang mengikut peredaran masa" - Beliau

IQ be like....krik krik krik....

Ianya sama. Semua benda berubah kepada yang lebih baik. Mengikut peredaran zaman. Mengikut kesesuaian.Cuma agama Islam itu lebih bersifat terbuka dan tak memaksa. Apa-apa pun rujuklah kepada yang pakar. Mereka lebih mengetahui. Dan kita pun mestilah upgrade diri sendiri untuk pertahankan apa yang kita pegang.

Bukan bersifat racist, cuma lebih bersifat terbuka.

Sekian.

9 comments:

  1. Isu2 tentang agama ni kadang2 kita kurang arif.
    kena tanya yang pakar.

    ReplyDelete
  2. Teringat time kerja dulu, pernah kena juga soalan bab agama. Malas nak layan, just bgtau
    Your religion is yours, and mine is mine. Don't compare. Just keep it to ourself.

    ReplyDelete
  3. isu tentang agama ni lisa takleh nk bagi pendapat sangat..sebab masing2 ni kan ada pemahaman yang berlainan . tapi.. itula... kalau btul2 teruk kita leh tegur... tp kalau bende kecik yang nk mengadu domba je better diamkan je heheeheeh

    ReplyDelete
  4. Bab agama, memang sensitif. Takleh salah cakap, lain jadinya.

    ReplyDelete
  5. Teringat masa reen keje yang ada bangsa lain , dia siap tanya nape ada orang islam tak macam islam. Reen krik krik je nak jawab apa.

    ReplyDelete
  6. apapun rujuk Al-Quran & sunnah Nabi Muhammad SAW yang terbaik dalam Islam

    ReplyDelete
  7. kalau miera pun, krik krik la jugak nak jawab ape.. huhu

    ReplyDelete

Komen Sepatah Dua Kata